LeenAzi Sambal Kicap: Zoo Taiping ~ Trip Pertama Raihan

Saturday, April 25, 2015

Zoo Taiping ~ Trip Pertama Raihan

Trip pertama Raihan ke Zoo Taiping masa dia berumur 1 tahun 10 bulan kami pergi pada tarikh 9 June 2014, masa tu cakap pun tak berapa nak betul lagi..baru dapat kaki...


Kami bawa stroller in case Raihan nak tidur or penat berjalan..letih oooo kalau nak dukung dia...berat boleh tahan tu...boleh naik segala otot tangan yang ada...

Disebabkan Raihan dah membesar dengan jayanya..aku & husband pun bawalah dia mengenal binatang. Sesi pembelajaran pun bermula.. .masa ni dia first time masuk zoo, so excited sungguh dia tengok binatang-binatang yang ada..selalu jumpa lembu jer..Kulim ni kalau round-round kampung jumpalah lembu ternakkan orang kampung..Raihan kenal sangatlah lembu..hehehe

Kami naik keretapi mini sampai 2 kali pusing, jalan kaki pun 2 kali pusing..hambekkk kooooo..nak jalan sangat....pusing sampai pening...hehehehe

 papa ajar Raihan bagi makan burung unta...Raihan ni memang tak tahu takut dengan binatang..selamba dia jerrrr...
 Nampak tu...siap landing kaki kat pagar lagi punya nak tengok Giraffe dekat-dekat...gaya tak boleh tahannnnn.... 
Harga tiket masuk ke Zoo Taiping ni untuk Normal RM16.00 kanak-kanak RM8.00
Waktu melawat dari 8.00-6.00pm dibuka setiap hari termasuk cuti umum.

Kalau nak masuk Night Safari Normal mahal sikitlah, Dewasa RM20.00 kanak-kanak RM10.00
Waktu melawat pulak dari 8.00-11.00 pm dibuka setiap malam temasuk Cuti Umum, Pada hari Sabtu dan malam sebelum cuti am waktu melawat dilanjutkan sehingga pukul 12.00am..

Inilah serba sedikit info yang dapat dikongsikan bersama
Tapi aku belum cuba lagi masuk Night Safari, tunggu Raihan besar sikit InsyaAllah..
Upah makan icecream..Raihan boleh jer habiskan sorang ice cream ni...panas dan penat..kesiannnn




Selit sikit kisah aku pulaklah..


Mengimbas kembali kenangan masa aku kecik-kecik dulu, seingat akulah..antara tempat-tempat utama yang parents aku pernah bawa kami adik beradik dari hujung semenanjung sehingga ke utara...sebenarnya banyak lagi..lupa dah..maklumlah dah tua, aku ambik yang utama jerr yerrkk..List ni kiranya dari aku kecil sehingga tamat sekolah menengah...sakan mereka bawa kami berjalan...Terima kasih makabah.

Johor,tak yah cakaplah Negeri Kelahiran aku,  
Negeri Sembilan (Pantai Port Dickson, Seremban, Kuala Pilah) 
Pahang(Teluk Cempedak, Kuantan, Pekan, Taman Negara Endau Rompin) 
Selangor (Wet Worlds Shah Alam, Sunway Lagoon), 
Kuala Lumpur (Zoo Negara(click sini), Taman Rama-Rama Kuala Lumpur , Tugu Negara)
Pahang (Cameron Highlands, Janda Baik)
Perak (Taiping, Parit Buntar)
Terengganu (Masjid Terapung, Rantau Abang, Pasar Payang)
Kelantan(Pasir Mas)
Penang(Bukit Bendera, Batu Feringgi, Padang Kota)
Kedah( Bukit Kayu Hitam,Langkawi)
Perlis(Padang Besar)
Thailand(Songkla,Hatyai)
Sarawak (Kuching)
Sabah---belum sampai lagi...


Jadi, sekarang adalah turn aku pulak bawa anak berjalan-jalan..baru aku tahu kenapa parents aku suke bebenor bawa kami berjalan-jalan, hampir setiap minggu ada saja agenda mereka..jalan, jalan, jalan...sampai ker Thailand mereka bawa kami berjalan, tinggal sabah jer tak pergi lagi..nampaknya kena pergi sendirilah Sabah tu...Bila dah besar, panjanglah kaki berjalan negara orang pulak, masa kecik dah pusing keliling negara sendiri..sekarang turn Raihan pulak untuk menikmati apa yang aku rasa masa zaman kanak-kanak kami..




Post a Comment

SPONSORED BY NUFFNANG

New story