LeenAzi Sambal Kicap: Trip ke Jepun # Osaka ~ BirthdayTrip Raihan 2 Tahun

Sunday, March 08, 2015

Trip ke Jepun # Osaka ~ BirthdayTrip Raihan 2 Tahun

Ok, Pengembaraan kali ini panjang sikit ceritanya...kena bahagi kepada 2 part ni..Osaka & Tokyo

Sebenarnya, aku plan nak ke Korea, tapi husband x nak..dia kata nak pergi Jepun..so dengan hati yang berbelah bagi..aku pun mem"booking"kan diri ke Osaka , hadiah for my birthday boy, Raihan..
Kat sini aku nak share sikit info tentang merancang percutian. Sebab ramai yang tanya macamana nak pergi, dan info penting ke Jepun yang boleh aku gelarkan Negara serba Mahal!!

Gambar di KLIA2 sebelum berangkat..

1. Budget-Kita kenalah tahu berapa budget yang kita ada, Percutian yang dibayar menggunakan kad kredit atau pinjaman adalah sesuatu yang TIDAK digalakkan..Kerana anda mungkin pada masa yang sama merancang untuk menyemakkan kepala dengan HUTANG. Sebaik-baiknya, gunalah duit simpanan yang ada dalam bank jer..barulah ia dinamakan bercuti...

Dengan adanya budget, barulah plan berapa yang perlu kita peruntukkan untuk FLIGHT- business class ker, ekonomi ker or budget flight macam Airasia( http://www.airasia.com/my/en/home.page?cid=1 ), HOTEL- motel ker, hotel 4 star ker, apartment ker..ikut budget korang , PENGANGKUTAN- naik kereta sewa ker,naik teksi ker, naik motor ker ,naik train ker.. tapi kena ingat..kos pengangkutan di setiap negara berbeza, tak bolehlah korang samakan harga di Malaysia ok!! KOS MAKAN MINUM-nak makan kat hotel ker, nak bawa bekal maggi ker, roti ker, ikut suka..janji boleh supply tenaga nak digunakan..BUAH TANGAN- tak kan balik tangan kosong, at least untuk diri sendirikan... 

Semua ni penting untuk kita ambil kira.

2.  Tentukan destinasi- dengan budget yang ada, kemana kita boleh bercuti. Survey tempat-tempat yang menarik sebanyak mungkin dan bandingkan harga. Rajin-rajinlah tangan tu buat catatan sikit, ...harga yang paling rendah kepada yang paling tinggi. 

3. Tempat menarik yang perlu dilawati di sesuatu negara- Bila dah tentukan destinasi, bolehlah google dan baca blog-blog apa yang menarik kat sesuatu tempat. So kita tahu apa nak buat/ mana nak pergi..tak lah nanti kita duduk jer dalam bilik, atau ditipu oleh agen perlancongan. 
Hope tips ni berguna kepada korang..

Ok.start balik tentang percutian aku kali ni...Percutian aku ni sebenarnya percutian yang singkat 4hari3malam..Disebabkan kekangan waktu, Itupun kalau diikutkan colleagues aku dari US nak datang Malaysia padahari yang sama penerbangan kami,dengan serta-merta terpaksa aku email mereka , suruh cepatkan atau lambatkan kedatangan mereka..sebabnya aku dah book semua percutian ni 3 bulan yang lalu..tak kan nak cancel!!! aarrgghhh masakkkk!!! tak mungkin!!!

Nasib baik diaorang ni baik hati orangnya...so diorang pun tukarlah tarikh penerbangan mereka ke Malaysia..sebab projek tu memerlukan aku untuk turut serta, senang citer PIC, maka mereka pun tak ada pilihan lain melainkan datang seminggu awal sebelum tarikh sepatutnya..jadi tak lah clash dengan time aku.....;P Itulah , pentingnya "merancang awal-awal"..selamattttttt

Berdasarkan pengalaman di Phuket sebelum ni, kami dengan yakinnya yang Raihan InsyaAllah boleh follow the rules and behavelahkan..

Setelah selesai book flight dan hotel, kami pun beli train tiket. Aku beli JR Rail Pass( All pass -  bermakna kami boleh naik semua JR punya train seluruh Jepun  dan juga Shinkansen!!, tapi untuk 7 hari sahaja)..Di Jepun ni train adalah transportation utama mereka..kemana-mana sahaja naik train dan juga "berbasikal @berjalan kaki". tak boleh nak malas-malas ok..kena exercise...
nampak tu tempat duduk baby pun ada..creative mereka ni

Di Jepun ni, pakai skirt cantik-cantik, pakai makeup tebal pun naik basikal tau..yang lelaki biasalah..relax jer kayuh basikal..hehehe

Satu lagi pesanan penting, JR Rail pass ni kena beli di Malaysia...kalau dah sampai Jepun, Harap Maaafffff..x boleh dah...

Kalau nak beli JR ni layarilah laman web ni..bayar by online tau..http://www.japanrailpass.net/eng/en003.html kat sinilah aku dapat banyak maklumat tentang JR Rail Pass..Selepas je korang bayar, dalam masa kurang 5 hari dapatlah korang Exchange Order, bill dan juga travel guide...Tapi ini bukan pass tau..sesampai jer di Airport, korang kena cari  JAPAN RAIL PASS exchange offices. untuk buat pertukaran...
Inilah yang mereka hantarkan ke rumah kita

Pendek citer..sebelum pergi Jepun kena warmup dulu..ini bukan main-main tau, ini realiti!!! Orang Jepun jalan laju...kalau nak lenggang-lenggok pun boleh...up to you...tapi rasa peliklah kan...melainkan kalau dah biasa berjalan laju..Train di Jepun  ni 5 minit skali, so tak takut kalau terlepas train..

Masa aku beli harga JR Pass ni USD575 x 3.2 = RM1840.00, inilah kos pengangkutan kami, Kos train sahaja tau...

Dengan JR Pass ni banyak kebaikannya..
1. Tak takut salah naik train, sebab kita boleh patah balik dan naik balik train yang betul...
2. Boleh juga digunakan untuk naik bas( JR punya bas jer)
3. Boleh Naik Ferry(JR punya ferry jer)
4. Boleh naik Shinkansen@ bullet trains, Malah Tokyo Monorial& Aoimori Railway pun boleh guna tau..
5. Tak payah beratur beli tiket dan tunggu turn nak masukkan tiket kat automatik ticket gate..di sebelah gate ada sorang gaurd jaga, tunjuk jer pass tu kat dia  dan terus masuk..Senangkan...

..kalau nak naik teksi..harga lain..sebaik sahaja buka pintu teksi..RM30 dalam tangan..ikut meter ok!!!

Inilah rupa pass tu selepas di tukar..tunjuk jer kat gaurd...dan tunggulah train..

Jepun negara yang MAHAL!!! itulah kesimpulannya...

Kalau di Malaysia kita ada KTM, Monorial, LRT .... kat Japan pun macam tu jugak..JR Rail Pass ni adalah yang paling senanglah untuk pelancong luar..

Ada banyak jenis Shinkansen tau..masing-masing ada keistimewaan masing-masing...dah nama bullet train..laju tu semestinyalah...

High Heel, maafkan..lupakanlahhhhh..kalau korang x nak merana separuh jalan...tapi kalau dare to die..pakai ajer lah..InsyaAllah pakai seliparlah lepas tu..Aku, pakai sport-shoes jer..senang nak bergerak, berlari dan yang paling utama "mengejar" bujang aku yang baru dapat kaki tuuuuuuuuuuuuu...

Di Osaka ni, kami menginap di APA Hotel(Osaka Temma), lebih kurang 15 minit jalan kaki ke train station yang paling berdekatan...kalau kat Malaysia 15minit perjalanan ni dah kira jauh ok!!! Nampak tak manjanya kita ni..bertuah badan!!!

Itu baru sampai station, belum kira turun naik train yang bersimpang siur...mata kena peka, otak kena ligat berfikir....silap naik train x sampai destinasi..Jalan-jalan mereka kecil, tapi sangat bersih..rasa nak guling-guling jer..itu memang aku kagum, sikap mereka yang pembersih dan sistematik...

Menaiki train di Jepun ni memang adventure!!! but aku ngan suami manage to use it, dengan anak kecil, dengan stroller Raihan yang berat dan besar tu, dengan 1 luggage besar...2 backpack sorang satu...imaginelah...sampai tangan keluar muscle!!!..tetiba kami jadi raksasa boleh angkut semua ni kehulur-kehilir!!! masa kat rumah lagi kami dah set siapa kena angkat stroller, siapa kena bawa itu,ini..kerjasama tu penting, baru harmoni..cewahhhhh...tapi sebenarnya, aku dan husband memang "satu kepala" tu yang senang..

 Berjalan menuju ke train station 
Inilah hotel tempat kami menginap

Sesampai di hotel kami terus letak beg dan pergi ke Osaka Castle...sangat mencabar ok. nak sampai ke Osaka Castle ni..
Berpandukan travel guide yang ada. akhirnya kami sampailah Osaka Castle tu..Trip ni musim Summer..panas macam kat Malaysia tapi tak lah terik..namun hitam jugalah kulit yang sedia hitam ni....Birthday Raihan bulan august, time summer..aterrrr pergi jer ler....

Flight kami dari Malaysia awal pagi, sampai di Osaka Airport lebih kurang 9.00 pagi, nak checkin hotel x boleh lagi sebab checkin pukul 3pm..Dari mengelakkan membuang masa..kami terus menuju ker Osaka Castle..

Raihan anak yang bagus, tak banyak ragam, dia macam tahu-tahu jer jalan jauh...tapi berbuih juga mulut berpesan kat dia supaya behave..Puting x tinggal..sampai ke jepun puting tu...hahaha

Cukup makan, cukup tidor, diamlah dia..napkin sentiasa bertukar bagi mengelakan rashes..

Bagi dia lepas bebas belari..puas duduk dalam stroller..maka aku pun turut serta berlariiiiiiiiii...

 Raihan dah sampai Jepun!!!
 walaupun letih..aku gagah juga ke sini...
 lagi gambar di tasik
Depan pintu masuk Osaka Castle

Habis ja melawat Osaka Castle, kami cepat-cepat balik, makan dan tidur....sebab esok nak ke Tokyo pulak...letih, sakit urat angkat beg...but it fun, enjoy the trip sooo much...Alhamdulillah...

Ikuti perjalanan kami ke Tokyo menaiki Shinkansen..Yabedabeddddddddddddddduuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu

***Untuk gambar di Osaka yang lebih banyak...fb Leen Azi..

Untuk membaca post-post sebelum dan selepas (Trip ke Jepun)..sila klik pada senarai dibawah.
  1. Trip ke Jepun # Osaka ~ Birthday Trip Raihan 2 Tahun
  2. Trip ke Jepun # Tokyo ~ Episod 1
  3. Trip ke Jepun # Shibuya Tokyo ~ Episod 2
  4. Trip ke Jepun # Universal Studio Japan & Tenma Osaka ~ Episod 3
P/S: kakak abang yang membaca blog entry ni...jom follow blog i ni...dah follow jangan lupa tinggalkan jejak di comment...nnt i follow you back..thank youuuuu
Post a Comment

SPONSORED BY NUFFNANG

New story