LeenAzi: Kisah Kawin Leen Azi ~ Part 3 is Bersanding di Perak & Outdoor Photography

Wednesday, April 29, 2015

Kisah Kawin Leen Azi ~ Part 3 is Bersanding di Perak & Outdoor Photography

Post kali ni mengisahkan majlis menyambut menantu di Tapah Perak, sebelum majlis ni diadakan kami sempat lagi honeymoon di Cameron Highlands..sempat lagi borong fresh flowers untuk gubahan..lepas balik dari Cameron barulah majlis ni diadakan...Majlis yang cukup meriah dan sederhana..saya sayang ibu dan bapa mertua saya kerana menjadikan ia salah satu  memori manis dalam hidup kami berdua..
Tema, pink jugak..tapi pink belacan...fuhh nama tak boleh tahan, belacan pun belacanlah, janji I LIKE..


Biarkan gambar berbicara..meh nak belanja gambar sikit.....esok Raihan dah besar tengok kat sini jer sudahhh,,,;p
Sebelum masuk dalam rumah, kami disajikan dengan pertunjukan silat...hehehehe..terima kasih..
Bersama kedua orang tua kami yang kami kasihi..


tengok tu...tak senonoh pengantin ketawa besarrr
Majlis ini juga diraikan dari kumpulan nasyid yang datang dari jauh..power pakcik-pakcik ni bernasyid..

Bila selesai saja jamuan makan dan bergambar kenangan dengan tetamu yang hadir..kami pun memulakan sesi outdoor di taman berdekatan...








Alhamdulillah syukur pada Allah..walau ombak badai datang melanda..
Kasih antara kami tak akan berubah..
Ikatan suci ini tak akan mudah goyah walau datang ombak Tsunami sekali pun...
Jodoh antara kami sudah ditentukan Allah dari lahirnya kami didunia ni, 
Kuasa manusia hanya setitik air dilautan..usah disangkal kuasa Ilahi.


Terima kasih kepada saudara-mara dan rakan taulan yang hadir meraikan hari bahagia kami hampir 4 tahun yang lalu..tapi aku rasa macam baru jer kawin semalam..hehehehe..naper errkkk???...semoga perkahwinan ini kekal hingga ke syurga..Aminnn




No comments:

SPONSORED BY NUFFNANG

New story