LeenAzi Sambal Kicap: Pai Apple yang Awesome

Thursday, April 02, 2015

Pai Apple yang Awesome

Kalini Leen nak share resepi Pai Apple ya...

Raihan suka sangat apple pie, favorite family aku...kalau beli apple mesti beli banyak-banyak..sebab nanti balance nak buat apple pie ni...
senang dan mudah, cepat kenyang.. (nampakkkkkk...)
Selalunya kalau berpicnic aku suka buat ni..santai-santai jer makan...yang paling penting Raihan dan Papa Raihan suka...Kalau tak jenuh nak menghabiskan sorang-sorang...

Airtangan Leen Azi

Bahan-bahan "Filling@inti"
  1. 3/4 cawan gula
  2. 1 sudu besar tepung jagung
  3. 1 sudu teh serbuk kayu manis
  4. 1 sudu teh garam
  5. 3 1/2 cawan epal dipotong kecil
  6. 1 sudu besar jus lemon
  7. 1 cawan air

Cara memasak ;

  1. Campurkan kesemua bahan no.1 hingga no.7 dalam periuk , kacau perlahan-lahan dan masak sehingga epal lembut dan kuah menjadi pekat. Ketepikan dan sejukkan.
Bahan - bahan untuk "Doh Pie"
500g tepung gandum
200g butter
2 biji telur gred A
250g gula halus

Cara-cara membuat Doh.

  1. Ayak tepung dan gaulkan dengan gula halus hingga rata. Masukkan butter dan gaul hingga jadi serbuk roti. Tuang telur yg telah dikacau tadi sedikit demi sedikit sambil digaul hingga terhasilnya doh. Pastu simpan dalam fridge 30 minit.
  2. Selepas 30 minit, keluarkan doh dan biarkan sebentar. Kemudian bahagikan doh kepada 2 bahagian.
  3. Uli kedua-dua doh tadi menjadi bentuk bulat. Doh mesti dicanai lebih besar dari mangkuk pie.
  4. Ambil doh yang pertama dan lapik dilapisan bawah mangkuk pai. Kemudian bakar pada suhu 180c selama 10 minit(separuh masak). Selepas tu keluarkan dan sejukkan. Ini untuk memastikan bahagian bawah pie tu keras..
  5. Bila doh dah sejuk..tuang inti yang telah dimasak tadi ke atas pie yang separuh masak tadi..Bila dah penuh, ambil doh yang kedua..tutup kesemua bahagian inti. *** boleh buat bentuk tikar, atau pun tutup kesemuanya...sapukan dengan kuning telur dibahagian atasnya,
  6. bila dah tutup semua bahagian inti, sapukan dengan kuning telur dibahagian atasnya,..bakar pada suhu 180C selama 30 minit.
Contoh seperti gambar di bawah ni..tadaaaaaaaaaaaaa


Airtangan Leen Azi



Airtangan Leen Azi
Meh nak belanja gambar Raihan..dialah orang yang paling sibuk nak makan..x sabar-sabar nak makan "kek" mama buat....letak ais cream kat atas tu...perrrhhh...nikmat dunia..







Post a Comment

SPONSORED BY NUFFNANG

New story