LeenAzi Sambal Kicap: Cuaca terkini di Kulim~Hujan lebat,beserta ribut dan angin kencang

Saturday, April 11, 2015

Cuaca terkini di Kulim~Hujan lebat,beserta ribut dan angin kencang


Lebat sungguh hujan kat luar tu..siap ribut dan angin kencang..

Hari sabtu yang sejukkkk,best-best..Raihan pulak tengah tidur lena tu, maka aku pun cepat-cepat menaip entry untuk harini... Kalau tengah-tengah tengok tv tetiba siaran hilang..memang petanda hujan terlalu lebat lah tu..
Hujan yang turun mem"basuh"kan  kereta mini ku
Ingat lagi masa kecik-kecik dulu..kalau hujan lebat macam ni dah lama aku adik beradik keluar mandi hujan...seronok sangat mandi hujan keliling taman..hehehehe..
Tapi kalau hujan sikit-sikit mak tak bagi..sebab ada asid kata mak..Zaman kanak-kanak memang indah...

Kami mandi sakan adik beradik kat belakang rumah..adik beradik pun bukannya ramai..3 orang jer...

Lepas jer mandi, terus masuk toilet, mandi skali lagi dengan sabun bagaiiii
lepas tu pakai bedak penuh muka, makan..lepas tu tido....fuuhhhhh memang fantastikkkk

Itu cerita zaman 30 tahun dahulu, lamakan...nampak sangat aku dah tua....tapi jiwa masih muda tau..;p

Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran kategori pertama angin kencang dan laut bergelora di kawasan perairan Samui, Condore, Reef North, Layang-layang dan Palawan selama empat hari bermula esok.
Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 40-50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dijangka berlaku selama empat hari pada Ahad, 12 April hingga Rabu, 15 April.

Dengan ini...no outdoor activitilah nampaknya weekend ni...aku baru berangan nak kemas pokok kat pond depan rumah tu dan berkebun sikit kat kebun mini aku tu.. tak lama lagi nak puasa..untuk mengelakkan kerja-kerja berat pada bulan puasa..so aku plan nak buat awal-awal susun atur itu ini..semai pokok mana yang patut..bagi keluar skit peluh ni....Kalau cuaca petang ni OK..InsyaAllah...

So, moh kita mengemas rumahhhhhhh

Pokok-pokok ni semua dah besar..masa gambar ni diambil pokok ni kecik lagi...;D




Post a Comment

SPONSORED BY NUFFNANG

New story