LeenAzi Sambal Kicap: Resepi Lontong Johor

Thursday, April 09, 2015

Resepi Lontong Johor

Last week, terasa nak sangat makan Lontong..nak beli kat kedai takut tak sama dengan selera tekak ni..almaklumlah aku ni cerewet sikit bab-bab makan..nak yang kena dengan tekak baru puas makan...;D

Lagipun tukar-tukar menu setiap hujung minggu ni ok jugak..tak lah jemu anak dan suami nak makan...hari minggu jerlah mama masak sedap-sedap, hari weekday..makan yang simple-simple jer..maklumlah mama berkerja..


Kalau ada yang teringin nak masak..meh sini baca...
nak bagi resepi mudah-mudah jer....

Bahan-bahan untuk (3 orang )
  1. Nasi impit segera( adabi)
  2. Bawang besar 1 biji
  3. bawang putih 2 ulas
  4. Udang kering lebih kurang 1 sudu besar
  5. Serai dititik 3 batang
  6. Udang segar ikut suka
  7. Santan 1/2 kotak
  8. Air 2 cawan
  9. serbuk kunyit 1 sudu kecil
  10. Garam 2 sudu kecil
  11. Gula 1 sudu kecil
Bahan untuk sayur-sayuran( optional...terpulang, apa  yang ada dalam fridge jer)
  1. Sayur kobis
  2. Karot
  3. Lada merah dibelah 2 - 1 biji
  4. Tempe 1 bungkus
  5. Sohun direndam
  6. Kacang  panjang
  7. fucuk kering
  8. Jagung muda

Cara memasak;
  1. Rebus nasi impit
  2. Kisar semua bahan no.1, 2 & 3, tumis sehingga naik bau.
  3. Masukkan serai dan udang segar, tumis sebentar,
  4. Masukkan air 2 cawan dan biarkan mendidih
  5. Setelah air mendidih, masukkan semua sayur yang ada , kemudian masukkan santan, serbuk kunyit, garam dan gula. Gaul sentiasa dengan api yang perlahan sehingga mendidih. Siapppppp
  6. Pesanan: rasa dulu sebelum hidang tau...kalau manis tambah air, kalau tawar tambah garam, kalau cair tambah santan. memasak ni kena kreatif dik noooonnnnn

Hidangkan dengan Telur rebus dan sambal ikan bilis...senangkannnnnn

Masak dengan hati dan ikhlas, InsyaAllah sedappp



Post a Comment

SPONSORED BY NUFFNANG

New story