LeenAzi: Macamana nak create blog for beginner

Thursday, April 09, 2015

Macamana nak create blog for beginner

Sejak aku publish personal blog aku ni, ramai yang tanya #macamana nak buat blog

Actually sebelum ni aku ada 2 blog yang dah pun dilupusssskan..hahahaha...so yang terbaru ni InsyaAllah akan bertahan lama...hehehe

Soalan yang kerap ditanya,

1. Kena bayar ker?
Jawapan: Free

2. Nak create kat mana ? 



Oklah, disebabkan aku ni pun ala-ala beginner, BARU JER SEBULANNNNN so aku nak share cara nak create blog ala-ala beginner macam aku jugaklahhhh...yang sifu-sifu tu dah bertahun blogging tu respect kat they all.. yang aku ni masih macam siput sedut ni dok terkial-kial lagi..

Sebenarnya blogging ni fun..tak macam  facebook,share gambar jer pastu dahhh....comment sikit-sikit...kalau di blog aku boleh karang ayat sepanjang mana yang aku nak..kupas isu itu ini, and story sikit-sikit pengalaman...;P sikit lah sangattttttt

Rasa aku, orang yang suka berblog ni adalah orang yang suka bercerita...pok pek pok pekkk

Apa pun..yang penting, ini "diari hidupku..."

Mula-mula memang blurrrrr...tak tahu nak letak apa, nak tulis apa.....tapi bila dah godek-godek lama-lama barulah faham..Facebook pun macam tu jugak dulu-dulukan..take time and be patient..

Kalau yang otai-otai tu siap boleh buat duit lagi, orang tumpang iklan and get $$$$$$$,..tapi investors nak jugaklah tengok traffic dan follower..kalau blog macam aku ni, memang x pandanglahhhh....Walaupun begitu, Thank you so muchhhh pada yang sudi follow me..sukeeeeeee sangat...

So, pada yang bercita-cita nak makan duit "atas angin" tuu..create your blog now, work for it, and maintain it..InsyaAllah..ada yang sudi..cuma makan masa dan tenaga..;p

Pada aku, so-so, aku create blog bukan fokus nak duit, aku lebih fokus pada "info sharing & dairy". 

Ok.let's start,

Ada beberapa perkara penting yang perlu kita pertimbangkan..

1. Bahasa, bahasa apa nak pakai..English or Malay
~ kalau malay macam akulah..celup-celup kejap omputih, kejap omlayu..

2. Target Audience ( Umur ) 
~ Korang nak "golongan apa yang baca blog korang" . Target pada pembaca yang berumur sebaya korang or budak sekolah or pakcikmakcik . Sebab, bila korang tahu target, baru senang nak guna tatabahasa dan karang ayat..

macam aku punya blog ni, target pada umur sebaya aku or below..so bahasa pun agak "cantik" lah disitu..hehehehe

3. Blog Issue 
~ Kalau korang suka politik, just tulis isu yang berkaitan politik, ada macam-macam isu boleh kita fokuskan, isu Politik, isu hiburan artis-artis gosip (uweeeekkkkk ;p tak sukeee), Isu kesihatan, Isu Agama, Isu peribadi, macam-macam boleh difokuskan..

Pesanan: Fokus pada isu yang korang minat. Baru senang nak mengarang ayat. Kalau isu yang bercampur-campur nantikan pening pembaca blog korang tu...tapi kalau pandai susun ayat, why not!!! rojak semua skali...hahahaha


Bila dah set tiga benda alah ni...barulah boleh pergi ke step yang seterusnya....senang jerrr..

1. Mula-mula...Create your Google Account. Email ini untuk korang guna sebagai "blog address" korang.
Bila dah ada email tu, baru create blog.

2. Lepastuuu..Pergi  ke https://www.blogger.com
~ Masukkan username and password, and click Sign in
~ Masukkan display name and accept Blogger's Terms of Service
~ Lepastu click the Create a Blog link and get started!



3. Create Blog, pilihlah template yang mana korang suka...
~ Ambil alamat blog (URL) dan tulis blog title. 
~ Selepas tu pilihlah template mana yang korang suka, Inilah masanya nak tunjukkan kreativiti korang atau ke'serabutan' blog korang, masukkan seberapa banyak info yang korang suka dalam personal profile..contoh gambar kat bawah ni..


Tadaaaaaaaaaaaaaaaaa....yeeaaaaayyyyyyyyyy korang dah ada blog sendiri...
So rajinkan lah diri godek-godek apa yang ada dalam blog tu..try & error sikitlah...


4. Untuk create post korang yang pertama,  tekan pada kotak yang berwarna oren tu


Kalau nak mudah, create blog ni pakailah PC or laptop..nanti dah siap create barulah pakai segala gadget yang ada untuk create new post..

Pesanan kepada incoming new blogger(pesanan pada diri jugak)...


Blogging sesuatu yang menghayalkan jugak...sama macam facebook..so kalau nak serius buatlah bersungguh-sungguh, pastikan korang pandai membahagikan masa antara blogging dan keluarga..( pada yang dah kawin macam aku ni)

Selalunya, aku lebih suka uruskan perkara yang penting dulu barulah buat blog,uruskan diri dan perkara wajib, masak dulu, pastikan anak dan suami makan, baju dah siap basuh dan sidai, rumah dah berkemas, Raihan dah mandi..siap semua tu barulah aku pegang laptop/pc... Raihan pun tak kacau, baru lah idea nak story mory keluar berduyun-duyun...tenang jer menaip..

Kalau tengok aku dah lama tak berblog tu tandanya kerja-kerja "utama" aku tu belum lagi selesai.. 
Prinsip aku mudah..Family first

Satu lagi benda paling penting..Cari Identiti korang sendiri...jangan ciluk idea orang..buatlah seikhlas hati..lama kelamaan orang akan tahu..jujurkan dapat pahala..

WELCOME TO THE CROWD
Dah create blog jangan lupa "follow" me tau :D

No comments:

SPONSORED BY NUFFNANG

New story