Resepi untuk dikongsi hari ni ialah Sambal Kicap Power , pedas, sedap dan mantapppppp...
Kawan sekerja tadi tanya resepinya..so aku terpanggil untuk berkongsi di blog aku ni...
So sebelum tu, aku nak membebel dululah..sudi-sudilah dengar bebelan aku nih yerrkkk....hehehehe
Semalam, keluar jer dari office hujan lebat sangat...sampai jer rumah, tekak tak rasa nak makan nasi...perut macam kenyang, tapi nak makan....so aku pun bukaklah fridge geledah apa yang boleh dimakan..
Maka terjumpalah pisang nangka pemberian mentuaku dari Tapah...mereka tanam sendiri jer pisang tu kat belakang rumah,..seronokkan duduk kampung..
Kalau diberi pilihan, aku nak sangat duduk kampung, boleh tanam-tanam...
Mungkin suatu masa nanti, bila dah tua-tau..mana tahukannnnnn
Dek kerana hujan yang lebat tu..aku pun buatlah air kopi O panas kaw kaw, untuk dihidang bersama pisang nangka aku tuuuuu...Aku ni orang Johor...kalau makan goreng pisang mesti nak sambal kicap pedas. Kalau makan jemput-jemput @ cucuq kata orang kedah pun nak cicah ngan sambal kicap...perrhhhhhh mariiiii...berlumba-lumba Raihan, papa Raihan dan aku makan...kena pulak dengan KopiOPanasssssss.....hujan lebat pulak tuuuu...dapat tak bayangkan heavennya kami...
Dek kerana pisang tu sikit jer....sekelip mata jer habis..(nampakkan kami anak beranak kuat makan...hehehe)
Habis jer pisang, aku sambung pulak goreng jemput-jemput ikan bilis...habis sepinggan kami bantai..Penangan sambal kicap aku yang mantap tuuu...
Ok....sesudah habis aku membebel nih..barulah nak bagi resepi sambal kicap ni, tutup mata jer pun boleh buat uolllssss!!! Resepi jemput-jemput tak yah lah kot...rasanya ramai dah tahu buat..entah-entah lagi sedap dari resepi aku...hehehehe
Bahan-Bahan Sambal kicap
- Cili Padi 15 biji
- Gula Merah 5 sudu besar
- Gula Pasir 5 sudu besar
- Kicap Manis 5 sudu besar
- Bawang putih 1 biji
- Air 1 cawan
Cara Memasak;
Campur semua bahan no.1 hingga 6 dan kisar sehingga lumat, masak dengan api yang kecil sehingga kuah pekat....Siapppppp
Kalau yang x suka manis, boleh kurangkan gula, kalau yang suka pedas boleh tambah cili..ikut selera korang yer..untuk family aku..kami x suka pedas..kesian kat Raihan...mama Raihan pun bukan kuat sangat makan pedas...sambal nasi lemak pun dah kira pedas untuk mama Raihan...;P hihihihi
Sambal kicap ni boleh simpan lama dalam fridge, tak payah nak beku-beku...tahan 3-5 bulan tau...
Sambal kicap ni juga boleh makan dengan sup, bakso, cicah tempe goreng, tahu goreng, ikan goreng tepung....perhhh...
Cubalah...
P/S: kakak abang yang membaca blog entry ni...jom follow blog i ni...dah follow jangan lupa tinggalkan jejak di comment...nnt i follow you back..thank youuuuu
Salingan: korang dah cuba ker Zmall (MY) aduhhh barang-barang dia serius murah, sekarang dengar kata tengah buat FREE shipping... cuci mata jer uols...mana tahu jumpa yang berkenan dihati..
P/S: kakak abang yang membaca blog entry ni...jom follow blog i ni...dah follow jangan lupa tinggalkan jejak di comment...nnt i follow you back..thank youuuuu
Salingan: korang dah cuba ker Zmall (MY) aduhhh barang-barang dia serius murah, sekarang dengar kata tengah buat FREE shipping... cuci mata jer uols...mana tahu jumpa yang berkenan dihati..
No comments:
Post a Comment