LeenAzi: Trip ke Bukit Tinggi Berjaya Hotel

Tuesday, April 14, 2015

Trip ke Bukit Tinggi Berjaya Hotel

Entry kali ni nak cerita tentang pengalaman Raihan di Bukit Tinggi..bulan April 2014

sebelum tu nak cerita sikitlah tentang Bukit Tinggi ni, apa yang menarik yang ada kat sana..

Percutian ini adalah percutian keluarga..seronok sangat..

Bukit Tinggi ini  terletak di Negeri Pahang. Hanya 48KM jarak dari Kuala Lumpur dengan melalui Highway Karak. Konsep di Bukit Tinggi ini sedikit berbeza dari apa yang ada di Cameron Highland dan Fraser's Hill

Konsep yang mereka bawakan ialah lebih kepada memberi tumpuan dan membawa rasa budaya yang berbeza dari luar negara ke Malaysia seperti English Cottage Design, Japanese culture dan macam-macam lagi..
Background yang cantik...model musim sejuk kami...
Model penat, cangkung jap erkkk
Pendek cerita, permandangannya memang cantik..seperti berada di negara sebenar...

Masa ni Raihan baru berumur 1 tahun 8 bulan..badan pun dah tak montel macam dulu..mana taknya..baru dapat kaki..berlari kesana sini..



Semasa di Bukit Tinggi ni kami sempat lagi buat bakar-bakar dan satay kat appartment...aku import satay dari Kulim 300 batang , mak mentua aku pula bawa bahan-bahan untuk steamboat.. 2 hari sebelum ke Bukit Tinggi, aku ngan husband pun start operasi buat satay untuk dibawa ke sana..

Japanese river...
take rest...capekkkk
Kat Bukit Tinggi jugak Raihan teman atok main bowling..seronok bukan main Raihan "campak" bola bowling tu..


Cuma yang tak best kat Bukit Tinggi ialah cuaca...tak seperti yang aku bayangkan...ingatkan sejuk macam kat Cameron Highland..rupanya tidak...panas serupa tu jugak..cuma sejuk sikit sebab berada di "dalam hutan" dan sunyi sepi sangat...

Pada yang baru berkahwin tu boleh lah datang..tak banyak sangat aktiviti disini melainkan bergambar di ColmarTropical & Zen inspires Japanese Garden..

Kalau buat wedding photography outdoor memang fantastic..... cantikkkkkk

No comments:

SPONSORED BY NUFFNANG

New story