Masa dalam perjalanan nak ke ofis tadi, dengarkan radio ikim fm, seronok dengar radio ikim ni bukan apa banyak info dari hiburan semata-mata, dalam pada tu terdengarlah topik yang dibincangkan berkaitan daging kultur...aduhai....seram pulak mendengarnya...tapi bersediakah kita akan kewujudan daging kultur ini di pasaran, halal ker, haram ker..jom sama-sama kita fahamkan dan hadam apakan sebenarnya daging kultur ni..
jom baca link dibawah ni, membaca jambatan ilmu...
Daging Kultur Menurut Perspektif Islam: Analisis terhadapPenggunaan ESCs sebagai Sumber Sel Stem
Ringkasannya,,,,,,
Perkembangan sains dan teknologi telah
memberikan pelbagai kemudahan kepada
manusia dalam pelbagai aspek kehidupan.
Antaranya penghasilan daging tanpa melibatkan
penternakan lembu secara konvensional yang
dinamakan sebagai daging kultur. Daging
ini dihasilkan di dalam makmal dengan
mengembangkan sel stem sehingga menjadi
daging kultur. Daging ini berpotensi untuk
dipasarkan namun perlu menepati prinsip Islam
apabila ia ingin dipasarkan kepada pengguna
beragama Islam yang diketahui menjadi antara
pengguna terbesar dalam pasaran daging. Kajian
ini akan melihat konsep daging kultur secara
umum, sejarah dan teknik yang digunakan.
Seterusnya, pengkaji akan melihat status
halal daging kultur berdasarkan sumber Sel
Stem Embrio (ESCs) kerana ia adalah sumber
terbaik dalam pengkulturan daging. Hasil kajian
mendapati jika sel stem diambil dari lembu
yang telah disembelih mengikut kaedah yang
telah ditetapi oleh Islam, maka daging kultur
tersebut halal dimakan.
No comments:
Post a Comment