Episod 1 di Tokyo(Sesat di Meguro!!) hahahaha...lawakkkk lawakkkk
Selepas berjalan-jalan di Osaka Castle pada hari pertama. Hari keduanya, kami ke Tokyo pulak..menaiki Shinkansen..Alhamdulillah tercapai impian aku dan abang macho nak naik benda alah ni..
Perjalanan kami memakan masa 3 jam, kalau naik bas 10 jam...(boleh nampakkan jarak antara Osaka dan Tokyo) macam Kedah-Johor..lebih kuranglahhhh
Nasib baik sempat ambil gambar abang macho, masa ni Shinkansen ni tengah lalu..muncung pun jadilahhh
Kalau ke Jepun tak naik Shinkansen ; ibarat lagu tanpa irama..
Alang-alang ke Osaka baik terus ke Tokyo; ibarat menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan....:p
Signboard mereka, tulisan Jepun tau...kami tengok nombor jer...hehehe..kalau baca sah-sah tak faham..;P
Sedihnya...dah 50 tahun dah diaorang naik ni..
Sampai tertidur bujang aku ni..letihhhh |
Namun, malangnya mereka teruskan bercakap dengan bahasa mereka, cakap macamlah aku faham, berkerut-kerut dahi aku nak memahamkanya dengan bahasa isyarat...hehehe
Dengan Bismillah..Aku sempatlah merasa ice-cream ni dalam Shinkansen ni..ala-ala dalam flight...Katanya organic...280yen= RM8.51..:(
Bercerita tentang Tokyo ni memang menyeronokkan..maklumlah aku ni orang kampung..bila tengok tempat orang mulalah buat perbandingan, kenapa Malaysia tak ada erk? kenapa Malaysia tak macamtu erk? kenapa, kenapa dan terus kenapa...kalau dibandingkan memang jauh kita ni ketinggalan dengan diaorang..Tapi semaju mana mereka di mata aku, Malaysia tetap Tanah Tumpah Darah ku..Cuma bila berada disana minda ni terbuka, kata orang "jauh perjalanan ,luas permandangan".
Setibanya kami di Tokyo, kami pun dengan yakinnya menuju ke rumah Pak Long dan Mak Long yang terletak di Kami-Meguro berdekatan dengan Shibuya ..Sebenarnya, mereka baru sahaja berpindah ke Tokyo, so kami adalah tetamu pertama mereka.."Terima kasih Pak Long Ibrahim dan Mak Long Sal menjemput kami ke rumah".
Sebelum ke Tokyo, Mak long ada ajar bagaimana nak ke rumah mereka..masa di Malaysia, beria-ia aku mengingatkan step yang diberi...nak dijadikan cerita kami "sesat di Meguro.....Huwaaaaaaaaaaaaa...Silap kami ialah kami SKIP satu step yang diberi....
Sepatutnya..Tiba sahaja di Tokyo station kena ke Shibuya Station...baru naik bas
Tapi kami....Tiba sahaja di Tokyo Station terus naik bas....hahahaha..kami tak pergi pun Shibuya Station!!!.bijakkkkkkk..
Maka sesatlah kami di Jepun...hikhikhikhi dan merayap-rayaplah kami di Meguro tu...
Inilah rumah orang jepun..parking kereta muat-muat jer...bertuah kita kan... |
Gambar Raihan di Tokyo Station, yang mana dengan selambanya kami SKIP route...masa ni kami sedang menunggu bas yang salah tu.. |
Aku nak ke Kami-Meguro( nama tempat) bukan Meguro...nama macam sama, tapi tak sama langsunggggggggg!!!
Peta macam ni merata-rata, tapi mana nak faham...itulah dulu suruh belajar bahasa jepun x nak..peta ini lansung x boleh pakai untuk masa-masa kecemasan macam niiiiii!!!... |
Untuk membaca post-post sebelum dan selepas (Trip ke Jepun)..sila klik pada senarai dibawah.
- Trip ke Jepun # Osaka ~ Birthday Trip Raihan 2 Tahun
- Trip ke Jepun # Tokyo ~ Episod 1
- Trip ke Jepun # Shibuya Tokyo ~ Episod 2
- Trip ke Jepun # Universal Studio Japan & Tenma Osaka ~ Episod 3
P/S: kakak abang yang membaca blog entry ni...jom follow blog i ni...dah follow jangan lupa tinggalkan jejak di comment...nanti i follow you back..thank youuuuu
No comments:
Post a Comment