Percutian di Phuket ini adalah sempena hari lahir yang Pertama putera kesayangan kami..Nabil Raihan Bin Nabil Rabani...testing,testing, kalau behave boleh bawa jalan-jalan lagi.......
Sambil menyelam sambil minum air..ia juga percutian keluarga yang penuh warna warni...honeymoon skalilah...mengeratkan kasih sayang dan juga satu pengembaraan keluarga..
Bergambar kenangan di pintu utama Phuket FantaSea Theme Park
tengoklah perut Raihan tu..masa ni dia tengah montel...hahahaha
Majlis kami buat kecil-kecilan jer dirumah..inilah keluarga kecil aku
Lokasi jelajahan kami tak banyak di Phuket ni sebab Raihan terlalu kecil nak dibawa ke pulau-pulau dan menaiki bot..so aku dan suami pun pergilah ke Phuket FantaSea,,Apa yang best tentang tempat ini ialah gajah-gajahnya jinak..tak lah takut kena smasshhh dengan belalai gajah...hihihi...serta permandangan yang penuh warna-warni..nama pun theme park..Memang sesuai sangat kalau bawa budak-budak..Harga untuk masuk ke Phuket FantaSea ni ialah 1900bhat = RM190 seorang, siap makan buffet(halal punya). Pada aku ianya sangat berbaloi..sebab pelancong boleh menikmati banyak pertunjukan pentas binatang..ala-ala sarkas gitu..Tapi malangnya..Gambar or video tak boleh diambil ketika gajah tengah buat show..semua gadget hp,ipad,camera apa sahaja barang electronik x boleh bawa masuk..kena simpan dalam locker..Itu jer yang tak best..
Inilah kek birthday Raihan yang pertama..tempah dengan kawan sekerja..
Inilah jadual kami sepanjang berada di sana..so pelancong kena follow masa yang telah ditetapkan , kalau x nak follow pun boleh..tapi rugilah kalau terlepas apa-apa pertunjukan..dah bayar pulak tu..
Bergambar depan pintu masuk buffet restaurant
gambar dalam buffet restaurant...tengok keluasan dewan pun dah tahu berapa ramai pelancong boleh disumbatkan..don't be surprise..fully booked OK!!
Di Phuket FantaSea ni menyediakan buffet restaurant, dan mengasingkan makanan halal dan non-halal..diaorang ni lebih concern tau bab-bab halal ni..bagus betul... dari pemerhatian aku..pelancong Arab memang ramai yang datang..so tak perlu risau yer..
Pertunjukan budaya..open stage tau..lalu-lalang pun boleh tengok..memang fun lah..
Toilet pun macam gini punya cantik..
Nampak macam banggunan buruk..tapi itulah Palace of the Elephants..adoiii
Inilah tempat masuk untuk lihat gajah buat show..
tengoklah bapak buli anak..hahahha
aku ni kalau bab-bab color ni memang sukaaaaa bebenorrr
Hadiah belon je untuk birthday boy
Ok.Habis satu hari di Phuket FantaSea sahaja..kami dijemput dan dihantar menaiki shuttle bus oleh pihak theme park terus ke depan lobby hotel...so tak payah susah-susah naik teksi..
keesokan harinya, kami meronda Phuket dengan menyewa motor..tapi pusing-pusing pun dah petang..banyak masa kami habiskan di hotel, melepak, mandi pool...quality time with family.
Meronda naik motor ajer bujang aku ni
merayap sampai ke sini abang macho bawa!!
Tiada apa yang dicari selain kegembiraan dia..
Masjid di Phuket
permandangan ditepi pantai
Kat Malaysia dah potong kek, kat Phuket pun potong lagi..rezeki kamu anak.
Selepas potong kek kita berendam pulak dalam pool..Ada anak kecil ni tak boleh berjimba sangat, kena fikir macam-macam..tak boleh main hentam macam zaman bujang dulu..Ohhh kehidupan aku betul-betul dah berubah..dari yang ganazzz kepada yang lemah-lembut (tolong lahhhh!!!, statement nak termuntah)
Tengoklah Raihan tu..seorang anak yang berani..tak takut lansung..main bola dengan papa dalam pool..ini aktiviti Raihan setiap hari..bukan kat Phuket jer, kat rumah pun sama..berpeluh jugaklah papa.. sebab Raihan nak menang jer kalau bermain..dia sorang jer nak sepak, pegang bola tu...hahaha..Aku tak joint..tukang tengok sudahhMasa trip ni..Raihan tak pandai berjalan lagi..baru bertatih-tatih..bolehlah sikit-sikit setapak dua
Trip ke Phuket tak sama macam kat Bali dulu, honeymoon..kami banyak terperap dalam bilik dan melimitkan masa keluar sebab cuaca kat Phuket panas..lebih kurang kat Malaysia je..
Mandi ngan papa dan mama
Kepada yang berhajat nak melancong di Phuket..bolehlah pilih destinasi yang aku share ni..kalau ada yang bawa anak kecil..pilihlah tempat yang sesuai untuk mereka..
- AC's Phuket Fishing Park
- Chalong Temple(Chaiyathararam Temple)
- Big Buddha
- Pra Phoot, Wat Prathong
- Crocodile Farm
- Phuket Aquarium
- Phuket Butterfly Garden and Insect World
- Phuket FantaSea
- Prom Thep Cape
- Waterfalls
- Siam Safari Nature Tours
- Phuket Trick Eye Museum
- Siam Niramit Phuket
- Phuket old City tour
- Soi Dog Foundation
- Baan Teelanka & A-Maze-in-Phuket
- Chamber of Secrets @BaanTeelanka
Phuket ada banyak destinasi dan pulau-pulau yang cantik untuk korang pergi... Phang-nga bay, Phi-Phi island, Khai island, Racha island, Hae island or Coral island, Maiton island
Phuket Map |
So, dengan ini, aku kenalah merancang sekali lagi percutian kami di Phuket, tapi kenalah tunggu Raihan membesar dengan jayanya...
Untuk trip setahun bersama raihan ni berhenti sampai disini dulu...
Do follow me untuk trip birthday ke-2 Raihan di Japan 2014 yaaaaaaa...wachhaaaaaaaa
No comments:
Post a Comment