LeenAzi: Persediaan Si Ibu Sepanjang Waktu Pantang

Wednesday, March 18, 2015

Persediaan Si Ibu Sepanjang Waktu Pantang

Post kali ni untuk ibu-ibu baru....anak pertama, super excitedkan...google sana, google sini cari maklumat untuk orang baru...
Dulu, masa mengandungkan Raihan, aku rasa akulah orang yang paling sibuk..bawa list kehulu-kehilir..tanya orang sana- orang sini...hahahaha
So, untuk memudahkan bakal-bakal ibu ni...aku nak share sikit apa yang perlu untuk si ibu baru membuat persiapan..
Gambar kenangan semasa mengandungkan Raihan
Apa yang perlu disediakan semasa Berpantang...

1. Kain batik lepas (Kain batik yang belum dijahit). Ia sebagai alas semasa tidur terutama sebulan selepas bersalin;
2. Kain batik yang sudah siap dijahit. Untuk dipakai seharian di rumah. Bagi yang berduit, dapatkan blaus yang memudahkan pergerakan dan selesa;
3. Baju/blaus yang memudahkan Si Ibu untuk menyusukan anak dan ia mesti selesa untuk Si Ibu. T-Shirtpun boleh. Pilih T-Shirt yang tidak terlalu tebal atau nipis;
4. Produk kesihatan. Banyak di pasaran sekarang. Ia perlu di zaman moden ini kerana pantang zaman sekarang tidak seperti zaman dulu-dulu;
5. Orang untuk menjaga Si Ibu dan Si Anak semasa pantang.
6. Khidmat Mengurut. Ini perkara wajib. Mesti dapatkan tukang urut yang betul. Kalau boleh maklumkan kepada dia awal-awal. Senang buat perancangan. Kebiasaanya kos mengurut antara RM40-100 sekali, Untuk memastikan ibu sihat dan kuat selepas berpantang, eloklah dibuat 3-7 kali sesi mengurut..
7. Tuala wanita bersalin sebanyak 280 keping/ 14 peket (20 keping sepeket) bagi kegunaan 5 keping sehari selama 60 hari. Pilih yang mempunyai permukaan lembut. Bagi yang tidak kisah untuk pakai kain, ia terpulang. Kedua-dua ada baiknya;
8. Stokin. Orang kata, masuk angin jika tidak pakai stokin. Jadi, mesti selalu pakai stokin untuk kesihatan;
9. Alat-alat jagaan kebersihan wanita. Jangan lupa juga perkara-perkara asas yang lain seperti syampu, ubat gigi, bedak, sikat, tuala muka-rambut-dan badan-asingkan. Pastikan diri Si Ibu sentiasa kemas dan terurus.
10. Pastikan rumah dikemaskan sebelum bersalin. Supaya tak berserabut nanti. Dalam pantang tidak boleh buat kerja berat
11. Sediakan tilam yang tidak begitu tebal atau nipis. Biasanya tukang urut tidak mengurut atas katil tapi di atas lantai. Ia juga memudahkan si ibu bergerak ke sana ke mari.
12. Batu tungku. Batu tunggu besi lagi mudah dipegang...Harga dalam RM30-50.00
Tungku besi
13. Ubat-ubatan dan krim badan. Selain produk kesihatan yang kita beli di pasaran, penting juga, jika ada untuk kita minum air akar kayu, sapu minyak angin kat badan, dan krim stretch mark.
aku pakai yang orang lama-lama pakai...Harga dalam RM80-90.00
Set Jamu ni dibuat dalam bentuk pil, jadi ia mudah untuk dimakan
14. Katil bayi.
15. Diapers/Lampin Si Anak. 280 keping untuk 60 hari. Lampin/diaper anak yang baru lahir perlu sentiasa ditukar, lebih kurang 5/6 kali sehari.
16. Tilam, bantal, selimut bayi.
17 Alatan mandi bayi. . Jadi elok mendapatkan alatan yang yang memang selalu diguna dalam jumlah yang banyak sekaligus. Maksudnya dalam botol besar. Bedak tak perlu beli dalam botol besar.
18. Pakaian Si Anak. Beli awal-awal dan pilih warna neutral (biasanya bila kita scan anak perempuan, mulalah kita nak beli warna pink, begitu juga sebaliknya. Tapi sejauh mana kita yakin anak perempuan yang akan lahir nanti, betul tak?
19. Basin mandi Si Anak.
20. Bengkung untuk si ibu guna semasa berpantang- membentuk kembali bentuk tubuh kembali lansing..
Inilah dia Bengkung..boleh di dapati di kedai-kedai menjual kain..

Persediaan Si Ibu Semasa Hari Bersalin (Di Hospital)
( Simpan dalam bonet kereta start dari umur kandungan 7 bulan sebagai persediaan, jika berlaku sebarang kecemasan, taklah para suami "tertinggal"dek kerana kelang kabut tu)

1. Beg Pakaian
2. Dokumen-dokumen penting (letak dalam satu beg kecil)
3. Tuala mandi 1, tuala muka 1 dan tuala rambut 1
4. Alatan mandi dan cuci (ubat dan berus gigi, syampu, sikat rambut, sabun mandi, sabun basuh dll)
5. Kain batik untuk dipakai 3 pasang
6. T-Shirt 3 helai
7. Tudung kepala (tidak terlalu besar atau kecil)
8. Pengikat rambut (bagi yang berambut panjang) atau klip rambut. Ini memastikan rambut sentiasa kemas dan terurus. Nanti tak rasa berserabut. Kesihatan juga terjaga.
9. Tuala wanita 1 peket (20 keping). Bawa lebih lebih baik jika jauh dari hospital nanti tidak menyusahkan suami pergi balik untuk dapatkannya untuk kita.
10. Bakul
11. Termos 1
12. Bekas air 1 (atau air mineral 3 btl besar)
13. Cawan
14. Tupperware
15. Roti putih, biskut tawar, susu tepung untuk ibu yang menyusu (optional)


Persediaan untuk Si Anak
( letakkan dalam bonet kereta siap-siap, untuk dibawa masuk bersama si ibu semasa dalam labor room)
Semasa hari bersalin (biasanya kita akan berada di hospital selama 2/3 hari. Ini bergantung kepada keadaan Si Ibu dan Si Anak). Kalau baby ada Kuning, kenalah bermalam di hospital sehingga doktor benarkan pulang.. Sediakan satu beg kelengkapan berikut untuk dibawa ke hospital dan jugak di rumah. Jika apa-apa berlaku, bolehlah suami membantu membawanya ke hospital tanpa perlu mencari-cari.
1. Beg Bayi
2. Selimut 2
3. Baju dan seluar 3
4. Diapers Newborn size/ saiz S
5. Tuala untuk mengelap tubuh Si Anak 1
6. Tuala basah (wet wipes) 4 peket
7. Minyak telon/ Yu yee


No comments:

SPONSORED BY NUFFNANG

New story