Dalam kehidupan kita generasi muda zaman sekarang, kita perlu jelas dalam hidup ini, apa yang kita mahukan....Kepada yang berjaya mencapai matlamat mereka..Syabass...
Hidup ini ibarat roda, kekadang dibawah, kekadang di atas, orang yang berjaya akan menjadikan pengalaman sebagai pengajaran.
Siapa kata orang miskin tak boleh jadi kaya, berjaya ???
Siapa kata orang kaya tak boleh jadi Miskin???
Tiada siapa yang berhak berkata-kata melainkan Allah..
Tapi Allah juga menyuruh kita merancang dan berusaha...
Takdir biar DIA yang tentukan..
_______________________________________________
Panjang pulak aku bermukadimah...hihihhi
Topik kalini kita ketepikan "saya memang anak orang kaya, makbapak bagi duit belanja bulan-bulan kalau x cukup"...anggap ajer korang ni berdikari dengan keringat sendiri...
OKlah tips kali ini Macamana Nak Mengurus Hutang????
Dengan hanya 4 steps..Kita santai-santai tak yah stress-stress ya..
ambil masa, ambil kertas dan pen...lakarlah, contenglah, apa yang aku tulis ni mengikut kesesuaian masing-masing
STEP 1 : Menentukan Matlamat
Matlamat kena jelas..kita juga kena yakin setiap matlamat yang dirancang. Dengan adanya matlamat ini, korang akan merasakan titik peluh korang bekerja selama ini sangat "berharga". Matlamat ni dalam erti kata lain azam..
Dalam menentukan matlamat ni, kita tak bolehlah nak capai on the spot.., jam-jam tu nakkkk..Tapi jangan pulak jadikan ia "angan-angan kosong". Ada matlamat jangka masa pendek, sederhana dan ada matlamat jangka masa panjang..
STEP 2 : Menjejaki kemana perginya duit?
ringan-ringankan tangan menulis ya angka-angka tu...walau pedih, gagahkan jer lahhh
- Ke mana dan bagaimana korang membelanjakan duit
- Berapa banyak hutang korang setiap bulan
- Berapa baki wang yang masih tinggal di penghujung bulan
STEP 3 : Menilai Tabiat Berbelanja
- Menggunakan simpanan untuk membayar bil semasa
- Memohon pinjaman baru untuk melangsaikan hutang pinjaman lama
- Hutang lebih besar daripada pendapatan
- Membeli sesuatu tanpa memikirkan sama ada anda mampu atau tidak
STEP 4 : Menulis Rancangan Perbelanjaan
- Tentukan jumlah pendapat bulanan
- Tambah jumlah perbelanjaan termasuklah bil bulanan, bayaran balik pinjaman, sewa, perbelanjaan seharian dan lain lain
- Ketepikan sejumlah wang untuk kecemasan dan perbelanjaan bermusim (seperti yuran sekolah, musim perayaan, cukai jalan, pembaharuan insurans dan lain-lain)
Amalan...BIAR PAPA ASAL BERGAYA dah lapuk...zaman sekarang, orang yang selekeh mekeh tulah yang BERKEPOK DUIT dalam bank, ada tanah berbidang-bidang....betul tak???..
Perlu ker kita berhutang hanya sebab nak pakai tudung mahal, handphone mahal, baju mahal, periuk belanga mahal, handbag mahal...tapi "Hutang??" Perlu ker...perlu ker....tak semak ker kepala nak pikir bayar hutang....Katakan TIDAKKKKK
Yang bergaya sakan diluaran tu..cer tanya..dalam bank ada berapa digit...
Kalau ada banyak digit....Cayalah koranggggg...!!!
No comments:
Post a Comment