LeenAzi: Kelengkapan untuk bayi dan Ibu; Breastpump & Accessories

Thursday, March 19, 2015

Kelengkapan untuk bayi dan Ibu; Breastpump & Accessories

Ini adalah list kelengkapan untuk si bayi dan ibu selepas bersalin...checkitout!!

1) Breast Pump....pump ni penting, kalau tak boleh terjadinya bengkak susu, bila susu sudah mula keluar, baby mungkin tak sempat minum kesemuanya dan akan menyebabkan sakit dibahagian atas payudara si ibu. Symptom ini dipanggil bengkak susu. Sekiranya ia dibiarkan, ia boleh menyebabkan si ibu demam.

Pump ada pelbagai jenis, Manual, Bateri dan elektrik.
Menggunakan pump manual sebenarnya adalah lebih effective berbanding bateri dan electrik. Si ibu dapat mengepam susu dengan lebih banyak. Tetapi agak memenat dan melenguhkan tangan.

Pump bateri dan electrik akan mengepam susu dengan spend yang telah ditetapkan. Kebaikannya,  Si ibu dapat berehat dan  pada yang sama susu dapat di pump.

Berdasarkan pengalaman, tak perlulah beli pump untuk 2 belah, beli yang sebelah je...tukar-tukar...sekejap pump sebelah kanan, sekejap sebelah kiri..atau pada masa yang sama boleh bagi bayi menyusu sebelah lagi tu..itu pun bergantung kepada kandungan susu badan ..

Harga bergantung kepada budget yang ada, harga normal untuk pump manual yang berjenama RM150 - 200.00, Kalau Jenama Medela mungkin mencecah RM1500++

Kalau beli yang murah sangat pun tak berapa elok, ramai yang kata tak selesa atau boleh menyebabkan sakit pada si ibu..
3 in1 set, manual, bateri dan juga elektrik...pilih nak pakai mana satu..
Manual breast pump Jenama Pigeon
Jenama Medela
Notes : kena bawa pump pergi hospital sekali masa admit.,,standby dalam beg takut kena admit hospital 2@3 days..breast akan bengkak coz that time susu sudah mula keluar dengan banyak until your baby pun x sempat nak habiskan..masa tu breast very pain..its call "bengkak susu".

2) Storage bottle : nk simpan susu selepas pump



3) Coller bag : Untuk si ibu yang bekerja, coller bag ni penting untuk simpan susu dalam storage bottle sementara tunggu masa balik - susu badan hanya boleh bertahan 4 jam sahaja di dalam suhu bilik





4) Warmer : Untuk panaskan susu yang di simpan dalam peti ais , senang nak tentukan suhu, kalau panas sangat nanti khasiat hilang...kalau sejuk sangat, baby x boleh minum.


Kalau orang-orang lama, letak air panas dalam cawan dan rendamkan jer...hehehe..jimat



5) Sterilizer : Sterilizer ini berfungsi untuk mematikan sebarang bertuk kuman, bakteria,virus yang ada pada botol, pump dan storage bottle..Ini untuk memastikan bayi tidak terkena sebarang sakit  yang disebabkan botol susu, seperti cirit-birit.




6) Botol susu : Untuk beri susu kepada baby, ada bermacam  jenis botol susu yang ada dipasaran..

Harga dalam lingkungan  RM10.00 -RM70.00 sebotol, buatlah pilihan yang bijak mengikut budget.



Setiap ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak-anak mereka, tapi ia juga harus selari dengan keperluan. Elakkan membeli barang yang terlalu mahal yang boleh menyebabkan pembaziran. Masih banyak perkara yang perlu diutamakan seperti susu, lampin dan duit kecemasan untuk bayi. Beringat dan berbelanja mengikut kemampuan.

WELCOME TO THE CLUB

No comments:

SPONSORED BY NUFFNANG

New story