LeenAzi: Tips mengelak anak selalu demam

Saturday, March 28, 2015

Tips mengelak anak selalu demam

Cuaca sekarang ni tak menentu, kalau panas tu, panas terik sangat...hujan pun sekali sekala..

Cuaca macamni mudah sangat untuk budak-budak kena demamkan...Ibu bapa mana yang tak risau kalau anak selalu sangat demam..Kejap baik, kejap demam.. Berdasarkan pengalaman aku yang ada anak kecik ni...antara perkara yang menyebabkan bayi selalu demam ialah


1. Cuaca terlalu panas @ sejuk .Udara kat Malaysia ni dah tak berapa nak bersih dah..
2. Jangkitan selesema dan batuk boleh juga dijangkiti dari tempat jagaan dan asuhan kanak-kanak
3. Tumbuh gigi 
4. Persekitaran yang berabuk dan berdebu, pastikan rumah tidak mempunya karpet yang boleh memerangkap debu dan hama..Rumah aku memang tak ada ca
5. Pendedahan pada bahan kimia 

Perlu juga diketahui, demam adalah salah satu tanda pertumbuhan yang normal untuk kanak-kanak. Ia adalah sebahagian daripada pertahanan semula jadi anak anda daripada jangkitan.

Antara langkah untuk mengatasi kanak-kanak selalu demam antaranya:


1. Elakkan kanak-kanak yang berumur 3 tahun ke bawah mandi dengan air yang sejuk di waktu pagi.

2. Pastikan persekitaran tempat asuhan yang bersih
3. Pastikan pemakan yang cukup dan sihat dan mengandungi vitamin yang diperlukan
4. Pengambilan Multivitamin adalah digalakkan..

Sebelum ni Raihan pun selalu jer demam..tapi sejak dia berumur 2 tahun , kami start bagi dia Scott's Emulsion setiap hari...Aku beli 2 jenis, kekadang bagi perisa oren, kekadang yang putih original..ikut mood...
Meh baca kandungan dan peraturan yang ada dalam Scott's Emulsion ni..
Bab makan...Alhamdulillah, Raihan nganga jer mulut kalau aku nak suap dia...lepas suap dia, aku suap pulak mulut papa dia, lepas tu mulut aku pulak...sudahnya kami bertiga makan Scott's Emulsion...hehehehehe

Bagus ker??, memang bagus...sejak Raihan makan Scott's Emulsion ni...jarang sangat demam..bukan setakat Raihan, malah aku pun jarang demam..

Pada mereka yang ada anak kecik macam aku ni..cubalah bagi Scott's Emulsion ni, InsyaAllah bagus untuk kita dan budak-budak...

Yang warna oren tu rasa oren, tapi aku lagi suka bagi Raihan warna putih tu..sebab yang putih tu lagi bagus actually
Untuk bayi yang berumur 1 tahun kebawah tak boleh bagi tau...awal sangat pun nak bagi.
Harga pulak mampu beli...sebotol RM10(harga sebelum GST ya)
Ada jual kat Farmasi dan pasaraya, aku beli kat Tesco jer...

Ada juga yang bentuk tablet...bergantung pada koranglah..kalau anak x boleh nak telan yang liquid punya..yang tablet pun OK...


Untuk anak, jenama ni memang aku percaya keberkesanannya...sebab, arwah atok aku pun makan ni sehinggalah dia meninggal dunia. Dulu, kalau balik kampung Muar Johor, nampak banyak botol arwah buat koleksi..hampir penuh satu rak....Alfatihah untuk atokku Tok Mid...;(

No comments:

SPONSORED BY NUFFNANG

New story