Sebelum kita membeli sebuah handphone, adalah lebih baik kita ketahui tahap kegunaan kita..nanti taklah kita menyesal,merungut...Kalau dah beli tak boleh pulangkan balik tau, melainkan jual dengan harga yang murah. Buat perbanding adalah jalan yang terbaik..jangan main hentam jer...sebab harga handphone sekarang ni boleh tahan mahalnya..
Setiap orang ada tahap kepuasan masing-masing, ada yang cukup dengan menggunakan handphone yang sekadar boleh tengok facebook dan berwhatsapp jer..ada yang suka ambil gambar, ada yang suka main game...,macam-macam peelll
Now days ramai yang memang tergila-gila sangat akan handphone ni, malah ada yang sanggup berhutang 2-3 tahun disebabkan nak beli handphone "mahal" punya pasal....
Majoriti kita lebih gemar menghadap handphone berbanding menghadap PC @ laptop yang gedabak besar. Selain senang untuk dibawa ke mana-mana kan..aku pun dalam kategori tu jugak...suka yang kecik-kecik dan ringkas. kalau yang besar-besar ni tinggal rumah lah ceritanyaaaaa..;p
Majoriti kita lebih gemar menghadap handphone berbanding menghadap PC @ laptop yang gedabak besar. Selain senang untuk dibawa ke mana-mana kan..aku pun dalam kategori tu jugak...suka yang kecik-kecik dan ringkas. kalau yang besar-besar ni tinggal rumah lah ceritanyaaaaa..;p
Entry ni aku nak share sikit Tips membeli smartphone, yang aku rasa ramai yang dah tahu, tapi aku tetap nak cerita jugak. tak kira.....hehehehehe
Tips untuk Android
No.1..... Kegunaan Biasa, untuk penggunaan yang biasa-biasa, Andriod 1GB RAM sudah memadai.
~ Budget Harga dalam RM400 hingga RM500++~ Range ni sesuai untuk kebanyakan pengguna.
~ Contoh Model handphone untuk budget ni; Lenovo, Asus, Samsung, LG , HTC
No.2..... Untuk Gamers, 2GB RAM keatas, Storage ROM pulak 16++
~ Budget Harga dalam RM500++ hingga RM 700++~ Range ni sesuai untuk orang yang suka main game, contoh game COC, Sniper 3D dan lain-lain
~ Contoh Model handphone untuk budget ni pulak ialah Lenovo, Asus, Samsung, LG , HTC
No.3..... Advance atau erti kata lain PRO User, 2GB+++
~ Budget Harga daripada RM600 hingga RM2000++~ Model jenis ini selalunya mempunyai camera yang bagus dan lancar.
~ Contoh Model handphone jenama terkenal ialah Sony, HTC, Samsung,
Kalau nak belikan untuk anak-anak..cukuplah sekadar yang no.1 tu...kalau rosak@hilang tak lah "menangis tak berlagu"
No comments:
Post a Comment