LeenAzi: resepi mudah
Showing posts with label resepi mudah. Show all posts
Showing posts with label resepi mudah. Show all posts

Wednesday, August 09, 2017

Resepi Tauhu Sayur Campur Sos Tiram


Tauhu ni bagus untuk budak budak, haritu masak lauk ni suap kat Rizqin seronok sungguh dia...asyik nganga mulut minta di suap..tapi tauhu jerlah..kuahnya tak bagi pun...tauhukan lembut, seronoklah dia....along Raihan tak suka tauhu..dia makan brokoli jer...selera budak lain-lainkan...orang tua lagi macam-macam...hihihihi

Tauhu Sayur Campur Sos Tiram

airtangan leen azi

Bahan-bahan:
tauhu, ikut suka jenis apa
brokoli
carrot
daun sup
1/2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
3 sudu sos tiram
air 1/2 cawan
garam secukup rasa

Cara-caranya;
1. Tumis bawang dan bawang putih, masukkan tauhu, goreng garing sikit jer
2. masukkan air,sos tiram dan garam, biarkan mendidih.
3. masukkan sayur. biarkan mereneh sekejap dan tutup api.

Kalau tengok resepi ni mudahkan....kejap jer dah siap...Selamat mencuba!!!!


airtangan leen azi


Thursday, August 03, 2017

Resepi ayam masak asam pedas

Resepi ayam ni sama macam Resepi Asam Pedas Muar(Klik sini)..bezanya diletakkan ayam..kepada penggemar ayam boleh cuba resepi ni...sedap bak hangggg

cerita disebalik ayam masak asam pedas ni....

airtangan leen azi terbaikkk

balik ambik budak-budak dari school di petang yang damai...hahaha...mama pun tanyalah si along nak makan apa petang ni...niat di hati nak makan kat kedai jer...tapi along kata nak makan kat rumah..herannn, selalunya dia yang kalut ajak makan kedai...mungkinkah kerana papa masak sedappp..hehehe...betullah tuuu..papa masak lagi sedap dari mama...hehehe..mama redhoooooo

Bila ditanya lagi, nak ikan atau ayam..katanya nak ayam..tapi bukan ayam lembut, nak ayam yang keras...maknanya ayam gorenglah tueee..aduhai anak..hanya mama sahaja yang memahami ayat berkias dia tu...

Maka dengan hati yang berbunga-bunga...sambil menyanyi-nyayi papa dia pun masaklah...mama menyiapkan anak-anak mandi dan menyuap yang si kecil tu, yang si kecil tu lepas mandi nak makan, lepas makan nak tido..gitulah rutin petang dia..bila malam mulalah tak nak tido, ajak bergasak..tak padan yang kecil si Rizqin tu..tengok along melompat-lompat dia pun ikut skali...hahahaha



Bubur Ayam dan sayur sawi untuk bayi 10 bulan

inilah resepi kegemaran Rizqin...Bubur Ayam dan sayur sawi.setakat ni pasti habis kalau disuap..suka sangat dia dengan Bubur ayam ni..mama dia main campak-campak ja...tapi taklah campak sangatttt sebab mama dah buat stok siap2, stok halia goreng,bawang goreng,bawang putih goreng..jadi time nak masak letak semua tu, letak air, beras,ayam dan sayur ja..lepastu masak dalam steamer...esok pagi angkut bawa pergi nursery..cepat dan mudah kaedahnya...semamangnya ia tips memasak yang mudah

airtangan leen azi

beginilah rupanya bahan-bahan asas yang diperlukan...stok bawang dan halia ni tahan dalam 1@2 minggu..lepas tu habis....hahaha...Rizqin ni memilih sikit...kalau sedap laju jer...kalau tak sedap, rapattttt mulut tu tak nak makan...hahaha jadi yang bawang/bawang putih dan halia goreng ni pembangkit selera si kecil...

cubalah...senang dan ringkas untuk ibu-ibu di dapur...

air tangan leen azi
bila dicampak-campak...ginilah rupanya sebelum masak....

airtangan leen azi
steamer ni sangat berjasa...memudahkan mama buat makanan Rizqin


Siappp...ayam tu diracik-raciklah sikit...budak umur 10 bulan mana tahu makan ayam macam tu...hehehe


Wednesday, August 02, 2017

Resepi Daging Masak ala Korea

Resepi Daging Masak ala Korea


airtangan leen azi

Bahan-bahan:
Segenggam Kacang buncis
1 mangkuk daging yang sudah direbus
1 biji bawang besar
1 inci halia
2 ulas bawang putih
1 sudu minyak bijan
1/2 cawan lobak merah
2 biji cili padi
2 sudu kicap manis
2 sudu kicap cair
garam secukup rasa

Cara-caranya
1.Rebus daging sehingga lembut.hiris dan ketepikan.
2.Panaskan kuali dan letak minyak bijan.Tumis bawang besar, bawang putih , halia dan cili padi hingga naik bau.
3.Letakkan kicap manis dan kicap cair, kemudian masukan daging, kacang buncis, lobak merah, garam secukup rasa dan gaul rata..siappppppp
p/s: kalau nak berkuah sikit letakkan air rebusan daging yang ada tu...kalau nak jenis kering, x payahlah letak air...

makan dengan nasi panas-panas...memang sedaplah...pakai chopstick pulak tu...mulalah terbayang drama korea..hahahaha

Sunday, July 30, 2017

Hujung minggu masak special sikit...menu ikan bakar

walaupun mama sibuk sikit..online kerja opis kat rumah..tapi mood masak still on...ikan bakar,sayur campur dan sambal tempoyak..Alhamdulillah...licin...itulah lumrah as a working mama nih...masa sangat penuh,lagi-lagi hari sabtu dan ahad..basuh baju,lipat baju,housekeeping..blablablablaaa...seminggu punya stok pun nak kena ready..pendek kata memang tak sempat nak tido siang pun...harap balik kampung baru dapat berehat..duduk rumah sendiri almaklumlah..ada jer tak kenanya..anak-anak tengah membesar..memang letih sikitlah..tapi si along dah boleh diharap tolong mama dia nih..ambik itu,ambik ini...hehehe...tak lama lagi dah boleh buat susu adik dah...hahahaha...

cerita pasal ikan bakar ni...along dan papanya makan boleh tahan..dah lama x membakar..sesekali dapat menu ni memang licinlah along bantai..cik abang dan along x gemar sangat ikan..tapi menu ni mendapat pujian along..alhamdulillah..anak dan bapaknya suka...

kepada yang nak mencuba resepi ni bolehlah buka link kat bawah ni
  1. Ber "Ikan Bakar" di hari cuti (klik sini)


tangan siapakah ini????cer teka cer teka.....

Friday, October 16, 2015

Resepi Bubur Kacang Hijau Durian

Teringat masa kecik-kecik mak suka sangat masak bubur kacang hijau ni..kalau tak habis nanti mak buat ice-cream Malaysia, kalau yang tu cepat jerrr habis..budak-budak kan suka ice-cream..berebut..
Kali ni trun aku pulak yang buat untuk Raihan..tapi dia bukan pandai 

makan sangat pun...akuuuu jugak yang kena perabiskan...yang sebenarnya mak dia yang nak makan...kesian ker anak jugak dapat namaaaa...;p


Masak dah lama..tapi harini baru nak tulis resepi..sabau jer lerrrrr..bila masak ni bau wangi satu rumah tauuu...mantapp

Resepi Bubur Kacang Hijau Durian


Bahan-Bahan
Durian -ikut suka nak banyak mana
Kacang hijau 500g- rendam semalaman
Santan 1 cawan
Gula Melaka 1/2 cawan
Garam 1 sudu kecil
Daun Pandan 2 helai- diikat dua
Air- ikut kepekatan yang dimahukan


Cara-cara:
1. Masukkan air, daun pandan dan kacang yang telah direndam, Biarkan mereneh dan kacang lembut. Bila kacang dah lembut, masukkan santan, durian, gula melaka dan garam, Kalau terlalu pekat tambahkan air. Masak dengan apa yang kecil, gaul selalu sehingga kuah pekat mengikut kesesuaian anda..Siap...


Selamat mencuba...


Saturday, October 10, 2015

Resepi ketam masak sambal telur

Dah lama dah resepi ni..tinggal lambat jer mood sampai nak tulis resepi..harini operasi menulis entry yang berkisarkan masakan..makan jer kerja aku..lepas tu bising dah gemok...hehehe..Ramai yang mintak resepi Ketam Masak Sambal telur ni...sabaq nah..dia mai dia mai dahhhh..buat tau pastu hantar rumah..;D


Bahan-bahan;

4 ekor ketam dibasuh bersih
2 batang serai dititik
4 biji bawang putih dicincang halus
1 biji bawang besar dicincang halus
1 inci halia dicincang halus
1 biji lada besar dicincang halus
5 tangkai daun ketumbar dipotong halus
5 tangkai daun sup dipotong halus
1 biji telur-dipukul
1 sudu kecil garam
2 sudu besar gula merah
1 sudu gula pasir
4 sudu sos tomato
4 sudu sos cili
1/2 cawang air
Minyak untuk menggoreng
Limau

Cara-caranya;
1. Goreng ketam.Asingkan.
2. Gunakan minyak menggoreng ketam itu tadi. ambil sedikit jer tau untuk menumis.... Masukkan serai, bawang putih, bawang besar dan halia, lada besar yang telah dicincang tadi, tumis sehingga garing dan naik bau. Kemudian masukkan sos tomato, sos cili, gula merah,gula pasir, garam  dan air. biar mereneh sebentar. 
3. Masukkan ketam dan telur yang telah dipukul biar beberapa minit untuk bagi telur tu berketul-ketul,pastu baru gaul sehingga rata, Kemudian masukkan daun ketumbar dan daun sup, gaul lagi dan hidang..Siap dahhh


Sebelum makan tu..perah limau...perrhhh..tak toleh kiri kanan depan belakang dah...harap maklum..

p/s: Kalau  nak tukar ketam kepada makanan seafood lain pun boleh..contohnya udang..


Resepi Ayam Tiram Shimeji

Puas memikirkan menu apa nak masak harini..tetiba terlintas kat kepala ni nak masak ayam berkuahkan sos tiram..tapi kali ni special sebab ada cendawan shimeji...

Sejak kebelakang ni suke benor makan cendawan ni..dah jadi peveret dah..hehehe
Memandangkan baru jer masak tadi, meh nak kongsi resepi..esok nak masak lagi dah senang refer blog sendiri..hehehe

Bahan-bahan;
Ayam 5 ketul
2 inci halia -diracik halus
2 ulas bawang putih dicincang
1 batang serai dititik
2 helai lada kering
1 biji bawang merah dimayang halus
2 sudu sos tiram
3 sudu kicap manis
1 biji tomato potong kecil
1/2 sudu kecil lada hitam
1 cawan cendawan shimeji
2 sudu minyak masak
1 sudu kecil garam
1 1/2 cawan air

Cara-cara;
1. Panaskan minyak, tumis halia yang diracik sehingga garing, masukkan bawang putih, bawang merah , lada kering dan serai, tumis sehingga naik bau kemudian masukkan air, lada hitam, sos tiram dan kicap. biarkan mereneh
2. Masukkan ayam dan biarkan sehingga kuah agak pekat dan ayam masak.
3. Akhir sekali, masukkan cendawan shimeji, tomato dan garam. biarkan sekejap sehingga cendawan layu...Ok siap.

Cubalah....I punya dah licin tadi...;D

Friday, October 09, 2015

Resepi burger bakul

Hujung minggu yang ceria, bolehlah merapu sikit buat breakfastkannnn...so kita kreatif lah sikit..jamu  mata dulu sebelum jamu perut..hihihi..

Kali ni nak share cara membuat burger bakul, cara yang sangat senang dan sedap...trylah..

Bahan-bahan yang diperlukan:

Mangkuk tahan panas (oven/microwave safe)
Margerin/butter
sekeping roti sandwich
daging burger dibelah 2
sebiji telur
lada sulah

Cara-caranya:
Sapu butter disekeliling mangkuk dan sapukan butter pada kedua-dua bahagian roti. Letakkan roti kedalam mangkuk, tekan-tekan permukaan roti mengikut bentuk mangkuk anda, kemudian lapik daging burger yang telah dibelah 2 dan pecahkan telur keatasnya. Tabur sedikit lada sulah... Bakar selama 20 minit dengan suhu 180C. 

Simple and Easy!!! 

Thursday, October 08, 2015

Resepi Brown Sauce & Mashed Potato untuk BBQ

Resepi Brown Sauce & Mashed Potato untuk BBQ

Seperti yang telah Leen janjikan pada post sebelum ni...jadi harini Leen share ya resepi brown sauce ni..tapi kali ni special skit sebab resepi ni 2 dalam 1, semestinya senang dan mudah...

Bahan-Bahan untuk Brown Sauce

3 biji bawang putih di cincang halus
1 biji bawang besar dipotong dadu
3 sudu besar butter
3 sudu besar olive oil / minyak masak kalau nak senang..
1 sudu kecil  oregano
1 sudu kecil black paper
2 sudu gula merah
1 cawan susu segar / susu cair / susu tepung(yang dibancuh dengan air)
5 biji kentang bersaiz sederhana, dibuang kulit dan dibelah 4
1 kiub stok ayam
2 1/2 Cawan air
Garam

Cara-cara:

1, Masukkan air, kiub ayam, garam dan kentang, rebus sehingga empuk. Tus kentang dan simpan air rebusan tadi. ketepikan.
2. Panaskan minyak dan butter, tumis bawang putih, bawang besar, oregano sampai naik bau. Masukkan air rebusan kentang tadi, susu, gula merah, black paper dan garam secukup rasa. Ambil lebih kurang 2 ketul kentang yang telah direbus tadi bertujuan untuk memekatkan kuah, kalau kuah cair tambah kentang lagi..
3. Masukkan kesemua bahan ke dalam pengisar dan kisar sehingga hancur...siap dah brown sauce...
Kentang yang lebih tadi kita buat mashed potato pulak @ kentang lenyek...
1.  Masukkan kentang, susu, butter, oregano, garam, black paper..lenyek sesuka hati anda...hehehe
siap dah mashed potato...

Senangkan.....:) 

Wednesday, September 30, 2015

Resepi Meatball Simple dan Senang

Resepi Meatballs Simple dan Senang

Kalini Leen nak share resepi meatballs, favorite my husband and son..selalu jugak buat tapi selalunya tak sempat nak ambik gambar dah licin..so ini jer gambar yang sempat ditangkap :D 

Selamat mencuba semua...


Bahan A:

1 bungkus daging kisar
1 cawan daun bawang - diracik halus
3 helai daun ketumbar@ daun sup- diracik halus
1 sudu kecil oregano
1 biji bawang merah dicincang halus
1 biji telur
1 sudu kecil garam
1 cubit lada hitam, ikut suka tahap kepedasan anda
5 sudu tepung jagung


Bahan B: 

Minyak masak 3 sudu
Butter 3 sudu

Cara menyediakan;

1. Gaul kesemua bahan A di atas sehingga adunan tadi menjadi doh, kalau aduanan cair tambah tepung jagung sehingga adunan tadi mudah dibentuk.
2. Ambil adunan dan buatkan bebola kecil, ikut suka anda nak besar mana.
3. simpan dalam peti sejuk selama 1 jam untuk mengekalkan bentuk bola..kalau tak sabar boleh jer terus masak..;D


Cara memasak:

Panaskan minyak & butter,pastikan butter tidak hanget..goreng meatball sehingga garing...siapp


P/s: Resepi gravvy@ brown sauce tu leen share di post lain yer...;)

Check it outttttt


SPONSORED BY NUFFNANG

New story