LeenAzi: Sup Daging empuk
Showing posts with label Sup Daging empuk. Show all posts
Showing posts with label Sup Daging empuk. Show all posts

Wednesday, August 09, 2017

Resepi mee sup daging simple dan enak




Harini perut mula meragam..so mama work from home jer lah...letih tiga empat kali ulang tandas...boleh kurus tauuuu...kalau kurus lahhhh..heheheh

jadinya, pagi-pagi mama dah hantar budak-budak tu ke nursery, untuk mama mengumpul tenaga..nak berjalan pun x larat dik nonnnnn...

so lunch hari ni mee sup daging jer lah...

airtangan leen azi

Tips and tricknya sangat senang..

stok daging memang dah ada...tumis bawang  besar dan bawang putih, letak air daging dan daging, dah mereneh tu letaklah mee dan sayur,kalau suka boleh letak telur... ni lah makanan orang yang tak larat....dalam kata sakit tu habis jugak lah semangkuk..light-light jer rasanya....ni semua untuk mengumpul tenaga jap lagi...

aku ni memang suka makan daging...kalau beli daging selalunya rebus siap2 dalam pressure cooker lepas tu simpan dalam bekas dan bekukan...selalunya 1kg akan dapat 4 portion...lebih kuranglah...masa rebus tu aku akan letak halia skali untuk hilangkan bau daging tu.

jadi bila dah ada banyak stok daging tu mulalah keluar resepi bukan-bukan, nak menghabiskan stok tu pun satu hal...

dulu Raihan tak pandai makan daging, sekarang dia dah suka pulak..kadang tu siap berebut cop daging dia...elok budak-budak makan daging ni, membina otot...

airtangan leen azi

Wednesday, August 02, 2017

Resepi Daging Masak ala Korea

Resepi Daging Masak ala Korea


airtangan leen azi

Bahan-bahan:
Segenggam Kacang buncis
1 mangkuk daging yang sudah direbus
1 biji bawang besar
1 inci halia
2 ulas bawang putih
1 sudu minyak bijan
1/2 cawan lobak merah
2 biji cili padi
2 sudu kicap manis
2 sudu kicap cair
garam secukup rasa

Cara-caranya
1.Rebus daging sehingga lembut.hiris dan ketepikan.
2.Panaskan kuali dan letak minyak bijan.Tumis bawang besar, bawang putih , halia dan cili padi hingga naik bau.
3.Letakkan kicap manis dan kicap cair, kemudian masukan daging, kacang buncis, lobak merah, garam secukup rasa dan gaul rata..siappppppp
p/s: kalau nak berkuah sikit letakkan air rebusan daging yang ada tu...kalau nak jenis kering, x payahlah letak air...

makan dengan nasi panas-panas...memang sedaplah...pakai chopstick pulak tu...mulalah terbayang drama korea..hahahaha

Resepi Sup Daging Korea yang mudah dan sedap sangatttt

airtangan leen Azi

Resepi Sup Daging Korea

Bahan-bahan:

500gram Daging
1 Biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 inci halia
3 sudu sos tiram
3 sudu kicap manis
1 sudu kicap cair
1 sudu minyak bijan
1 sudu minyak sawit
Cara-caranya:
1. Rebus daging sehingga lembut.Asingkan.
2.Panaskan periuk dengan menggunakan minyak sawit dan juga minyak bijan. Tumis bawang,halia,bawang putih tumis hingga naik bau...
3. Letakkan daging bersama-sama air rebusan daging, letak kicap manis,kicap cair, sos tiram dan garam secukup rasa. Biarkan mereneh sekejap.
4. Last sekali letakkan tomato ..siapppp..makan dengan mee hoon/mee kuning pun mantapp nih...
Raihan berebut daging dengan mama ok....suka benar dia papa masak sup daging nih...hehehe


Resepi sup daging yang enak

Friday, July 28, 2017

Bersediakah kita akan kewujudan daging kultur ini di pasaran

Masa dalam perjalanan nak ke ofis tadi, dengarkan radio ikim fm, seronok dengar radio ikim ni bukan apa banyak info dari hiburan semata-mata, dalam pada tu terdengarlah topik yang dibincangkan berkaitan daging kultur...aduhai....seram pulak mendengarnya...tapi bersediakah kita akan kewujudan daging kultur ini di pasaran, halal ker, haram ker..jom sama-sama kita fahamkan dan hadam apakan sebenarnya daging kultur ni..

jom baca link dibawah ni, membaca jambatan ilmu...

Daging Kultur Menurut Perspektif Islam: Analisis terhadapPenggunaan ESCs sebagai Sumber Sel Stem 

Ringkasannya,,,,,,

Perkembangan sains dan teknologi telah memberikan pelbagai kemudahan kepada manusia dalam pelbagai aspek kehidupan. Antaranya penghasilan daging tanpa melibatkan penternakan lembu secara konvensional yang dinamakan sebagai daging kultur. Daging ini dihasilkan di dalam makmal dengan mengembangkan sel stem sehingga menjadi daging kultur. Daging ini berpotensi untuk dipasarkan namun perlu menepati prinsip Islam apabila ia ingin dipasarkan kepada pengguna beragama Islam yang diketahui menjadi antara pengguna terbesar dalam pasaran daging. Kajian ini akan melihat konsep daging kultur secara umum, sejarah dan teknik yang digunakan. Seterusnya, pengkaji akan melihat status halal daging kultur berdasarkan sumber Sel Stem Embrio (ESCs) kerana ia adalah sumber terbaik dalam pengkulturan daging. Hasil kajian mendapati jika sel stem diambil dari lembu yang telah disembelih mengikut kaedah yang telah ditetapi oleh Islam, maka daging kultur tersebut halal dimakan.

Friday, April 10, 2015

Resepi Sup Tulang+Daging Empuk,

Harini..minit terakhir sebelum balik ..tekak macam nak makan sup-sup.. Balik jer dari kerja pickup Raihan terus pergi pasar malam..Malam ni nak masak #Sup Tulang Daging

Sampai jer pasar malam, langit dah gelap..kami pun terus menuju gerai yang jual daging segar tu..aku beli sekilo jer...setengah kilo daging setengah lagi tulang...cukuplah untuk kami bertiga makan..harga RM28.00, pada aku mahal jugaklah..tapi tekak nak makan punya pasal..

Lepastu terus tuju gerai barang runcit, beli kentang dan sayur sikit-sikit..RM20.00 pada aku MAHAL..sebab kalau kat pasar aku rasa x sampai RM10.00... So total RM48.00 aku bawa RM50.00 tak habis pun..dah beli terus balik sebab nak masak untuk malam ni...

Masuk jer kereta, hujan pun turun dengan lebat, ribut petir kilat semua ada...Alhamdulillah bumi Kulim basah kembali.

Sampai jer rumah..aku settlekan mana yang wajib dulu pastu terus masak sebelum azan Maghrib...
Menu malam ni simple jer..Sup Tulang Daging + Kueh Teaw..malam ni x nak makan nasi....konon nak kurus...;p

Aku masak menggunakan pressure cooker..so cun-cun sejam daging dah empuk gilerrr..hampir hancur pun ada..Raihan pun senang nak kunyah..

Raihan memang suka sup..mak-mak kalau masak selalu utamakan apa yang anak suka..macam tu jugak aku..Tadi makan sup penuh semangkuk, kueh teaw siap bertambah-tambah..(Raihan makan sampai nak termuntahhhhh bayangkan!!!!) Lepas hirup sup tunjuk thumb up kat mama...hahahaha..Raihan oh Raihan..

 Hirup sup panas-panas semasa hujan lebattttt memang mendamaikan & menyamankan....

Bahan-bahan:
  1. Daging + Tulang 1/2 kilo
  2. Bawang besar 1 biji
  3. Bawang Putih 3 ulas
  4. Halia 5 inci
  5. Cili padi 2 biji
  6. Sup Bunjut 1 uncang
  7. Rempah sup 3 sudu besar
  8. Air 10 cawan
  9. Minyak untuk menumis
  10. Garam dan gula sebagai perasa
  11. Sayur-sayuran Brokoli, Bunga Kobis, Karot, Kentang, Tomato, Daun Sup & bawang goreng
Cara memasak:
  1. Basuh tulang dan daging sebersih-bersihnya
  2. Kisar bahan no.2 hingga no.3.
  3. Tumis Sup bunjut sehingga naik bau, masukkan bahan yang telah dikisar tadi. Masukkan cili padi dan rempah sup tumis sehingga naik bau..
  4. masukkan tulang dan daging, tambahkan air sehingga tak nampak tulang..Masak sehingga daging empuk dan lembut.
  5. Sesudah daging lembut, masukkan kentang dan biarkan kentang  lembut sebentar, barulah masukkan sayur-sayur yang lain..kalau terlalu pekat, tambahkan air.
  6. Masukkan garam dan sedikit gula..Siapppppp

SELAMAT MENCUBA....

SPONSORED BY NUFFNANG

New story