LeenAzi: Sedap
Showing posts with label Sedap. Show all posts
Showing posts with label Sedap. Show all posts

Monday, August 07, 2017

Resepi Kari Ikan abang sado... mudah mantap dan meletoppp

Ok... hari sabtu lepas dah draft entry ni tetapi apakan daya, tangan hanya dua..tak sempat dik nonnnn nak mengadap blog nih..curi-curi masa sementara si kecil tido....kononnya cuti...mama pun tanam niat nak update blog...tapi  kecundang jua.. draft and draft and draft..post bila sempat..hahahaha

Entry kalini ialah Kari Ikan Abang Sado...kenapakah sebegitu nama resepi diberi.....????? sebab ini resepi orang lelaki...kita tukang tulis resepi jer...sememangnya x boleh melawan rasa mantapnya..bila makan karini rasa sangat kari airtangan sendiri dah tak sedap...hahahaha....

makanya..setiap kali nak makan kari, tuan empunya resepilah kena masakkan...alhamdulillah...
air tangan leen azi

Resepi Kari Ikan Abang Sado

Bahan-bahannya:
3 ketul Ikan merah 
1 tangkai daun kari
1 biji sederhana bawang besar-hiris
4 ulas bawang putih-hiris
 1 inci halia hiris
1 sudu kecil serbuk ketumbar
1 sudu kecil serbuk jintan putih
1 batang kayu manis
 1 bunga lawang
2 biji buah pelaga
4 bunga cengkih
hujung sudu kecil halba
sedidikit asam jawa

Cara-caranya:
1. Campurkan kesemua bahan ni didalam mangkuk-  bawang besar, bawang putih, halia, serbuk jintan putih,serbuk kentumbar dan rempah kari.

2. Tumis bahan yang dicampur tadi sebentar hingga naik bau dan masukkan halba serta 4 sekawan ( kayu manis/cengkih/bunga lawang/buah pelaga, biarkan mendidih.

3. Masukkan ikan dan campurkan air 2 cawan., tambah asam jawa dan tomato.

4. Setelah mendidih masukan garam dan gula secukup rasa.Siap

Sedap dihidang dengan nasi panas, ulam-ulaman dan sambal belacan...perrhhhh memang mantappppp

selamat mencuba..



Thursday, August 03, 2017

Resepi ayam masak asam pedas

Resepi ayam ni sama macam Resepi Asam Pedas Muar(Klik sini)..bezanya diletakkan ayam..kepada penggemar ayam boleh cuba resepi ni...sedap bak hangggg

cerita disebalik ayam masak asam pedas ni....

airtangan leen azi terbaikkk

balik ambik budak-budak dari school di petang yang damai...hahaha...mama pun tanyalah si along nak makan apa petang ni...niat di hati nak makan kat kedai jer...tapi along kata nak makan kat rumah..herannn, selalunya dia yang kalut ajak makan kedai...mungkinkah kerana papa masak sedappp..hehehe...betullah tuuu..papa masak lagi sedap dari mama...hehehe..mama redhoooooo

Bila ditanya lagi, nak ikan atau ayam..katanya nak ayam..tapi bukan ayam lembut, nak ayam yang keras...maknanya ayam gorenglah tueee..aduhai anak..hanya mama sahaja yang memahami ayat berkias dia tu...

Maka dengan hati yang berbunga-bunga...sambil menyanyi-nyayi papa dia pun masaklah...mama menyiapkan anak-anak mandi dan menyuap yang si kecil tu, yang si kecil tu lepas mandi nak makan, lepas makan nak tido..gitulah rutin petang dia..bila malam mulalah tak nak tido, ajak bergasak..tak padan yang kecil si Rizqin tu..tengok along melompat-lompat dia pun ikut skali...hahahaha



Friday, October 16, 2015

Resepi Bubur Kacang Hijau Durian

Teringat masa kecik-kecik mak suka sangat masak bubur kacang hijau ni..kalau tak habis nanti mak buat ice-cream Malaysia, kalau yang tu cepat jerrr habis..budak-budak kan suka ice-cream..berebut..
Kali ni trun aku pulak yang buat untuk Raihan..tapi dia bukan pandai 

makan sangat pun...akuuuu jugak yang kena perabiskan...yang sebenarnya mak dia yang nak makan...kesian ker anak jugak dapat namaaaa...;p


Masak dah lama..tapi harini baru nak tulis resepi..sabau jer lerrrrr..bila masak ni bau wangi satu rumah tauuu...mantapp

Resepi Bubur Kacang Hijau Durian


Bahan-Bahan
Durian -ikut suka nak banyak mana
Kacang hijau 500g- rendam semalaman
Santan 1 cawan
Gula Melaka 1/2 cawan
Garam 1 sudu kecil
Daun Pandan 2 helai- diikat dua
Air- ikut kepekatan yang dimahukan


Cara-cara:
1. Masukkan air, daun pandan dan kacang yang telah direndam, Biarkan mereneh dan kacang lembut. Bila kacang dah lembut, masukkan santan, durian, gula melaka dan garam, Kalau terlalu pekat tambahkan air. Masak dengan apa yang kecil, gaul selalu sehingga kuah pekat mengikut kesesuaian anda..Siap...


Selamat mencuba...


Sunday, April 26, 2015

Kenny Rogers~ Outing & Rewards

Tadi petang, sambil-sambil buat kerja..aku tengok Raihan main toys sorang-sorang..kesian pulak tengok dia..boringlah tewwww..kejap-kejap kacau aku buat blog, kejap-kejap minta itu ini...pahamlah tuuu nak ajak jalan-jalanlah teewww...lepas jer aku siapkan kerja aku dan kemaskini budget bulanan,bayar mana yang patut...aku pun cakap pada Raihan.."kalau nak ikut mama jalan-jalan kena kemas toys dulu" sekelip mata dia kutip toys dia dan simpan dalam bakul..basikal dua biji pun siap simpan skali."dah mama..dah siap kemas dah"..semangat okeehhhhh
outing; kami bertiga..jiwa happy...

Aku pun cepat-cepat kemas apa yang patut, Raihan macam paham jer buka baju pastu tunggu aku depan toilet nak mandi..sebelum jalan-jalan nak kena mandi wangi-wangi..lepas siapkan Raihan, aku pulak bersiap..gedebak gedebuk dah pukul 5..masa tengah siap-siap hujan lebat pun turun..elok jer kami nak keluar hujan pun berhenti...
Aku tanya Raihan.."Raihan nak gi mana, Giant ke, Tesco ker, Jusco ker??" Raihan cakap nak pergi ZOO...celah mana zoo anakku..dah petang dah..zoo pun dah nak tutup..next timelah yerkkk..so kami pun terus ke destinasi..Aeon Alma Bukit Mertajam..jarak pun bukan jauh..dalam 20minit rasanya..dekat jer..

Sampai je Aeon tu, kami pun pusing-pusing beli groceries yang nak dibawa ke Genting Highlands cuti labor day, next week..sambil-sambil tu beli pampers Raihan..stok susu ada lagi..so tak payahlah beli..dah puas pusing maka kami pun carilah tempat makan..memang dah set dah sebelum keluar tadi dengan husband...malam ni tak nak masak..kita makan luar yaaa...
Raihan memilih menu sambil menjilat bibir..punyalah sedap gambar tuuu
Pilih punya pilih kami makan di Kenny Rogerslah..secret recepi dah biasa makan..Nando's tak minat pulak..Masuk jer Kenny kami pun carilah meal yang berunsurkan nasi..sebab Raihan dah terbiasa makan nasi malam-malam...anak aku ni makan nasi kosong pun jalannnn...
Believe it or not..dia bantai sorang jer nasi tu..aku dapatlah makan satu sudu..merasa..kesiannnn anak aku,,gaya macam tak pernah makan..mungkin dah hari-hari mama masak so bertukar angin kan seronok juga sekali sekala..kalau setiap hari boleh botak kepala..
Padahal tadi tengahari tadi aku masak ikan siakap bakar..papa siap bakar pakai arang lagi..siap balut dengan daun pisang..masa makan siap jilat jari..lepas tu siap tambah nasi..seronok tengok Raihan makan berselera...
Nampak..gaya orang dah kenyang..gaya bukan main lagi.,,jelingan tajam..cucuk kang mata tuu!!
Lepas makan, kami pun balik, esok mama kerja...;D

Thursday, April 16, 2015

Nasi Arab datang lagi!!

Ada ker yang teringin nak makan Nasi Arab...Mengidammmmm kerrr, terliur kerrr..yumyumyummmmmm sedappppp. jangan tunggu lama-lama...order meh meh



Sebab saya beli Nasi Arab ni..

1. BERBALOI harga berpatutan, beras basmathi + rempah. 

2. SENANG, Bukan susah pun masak..cara-cara masak semudah 123 di sediakan...ikut jer step tu..adik aku lelaki bujang pun boleh masak uolsssss

3. Rempah yang SEDAPppp

4. TAHAN LAMA, disebabkan rempah dan beras ni bahan kering, ia boleh tahan berbulan..boleh buat stok time "malas-malas" or tak ada idea nak masak apa, so kalau para suami nak beli untuk isteri tersayang tak payah risau..tak basi sebab ianya beras, beras kalau x masak lagi tak akan basi yer abang-abang...kalau nasi yerrr lahhh boleh basi..selagi tak masak selagi tu x basi..tapi agak-agaklah jangan sampai keluar kutu beras pulakkkk..

5. STOK kentalll- Juadah untuk tetamu, kalau ada  tetamu datang "mengejut" tu...masakkan ajer Nasi Arab ni...Kerrrlassssss ko jahhh..

Buat Juadah berbuka puasa atau pun Hari Raya....

Raya dah nak dekat nih..Baju raya warna apa tahun niiii????hehehehe..lari topik jappp




Cara memasak:




SIAPPPP

Nak tempah ker ?? Meh baca gambar bawah ni plak..



1 set : Harga RM19 x 1 set = RM19 + Postage RM6 = RM 25.00 
2 set : Harga RM19 x 2 set = RM38 + Postage RM9 = RM 47.00 ( lagi jimatttt)

atau whatsApp 012-476 6598 untuk menempah

Tuesday, April 07, 2015

Grape Crumble sempoi!!

Keluarga kecil aku ni suka makan buah, kalau ke Tesco ada saja buah yang dibeli..Raihan pulak suka ambik dan pilih sendiri buah yang dia nak makan..terutama buah limau..tak kisahlah limau apa..janji warna oren...Kalau buah oren gerenti habis..tak risau..tapi kalau buah apple..makan hari nak habiskannnn

Jadi, untuk mengelakkan pembaziran, aku pun merajinkan diri buat macam-macam..janji boleh makan dan yang penting x buang ke tong sampah!!!

Antaranya yang selalu aku olah resepi ialah apple, anggur, pisang..sebab ini semua buah kegemaran Raihan..Apple sebiji dia balun sorang..pisang berangan sekali hadap 2 biji..anggur semangkuk boleh habis...si hero aku ni pemakan..selera besar..Alhamdulillah..Walaupun selera besar, tak lah dia mampu habiskan semuanya....ikut saiz perut jugaklah...

Last week punya stock banyak sangat anggur dalam fridge tu, yang beli lain, yang orang baginyer lain....maka aku buatlah #Grape Crumble untuk si jejaka hati...kalau ada lebih aku pack bawa pergi school dia..


Teacher cakap " Raihan selalu berpicnic di school"
Bujang aku ni dari kecik dah suka berpicnic..macam akulah..
sampai ke school pun nak berpicnic...

Bahan-bahannya senang bangattttt....guna stock sedia ada dalam rumah ya..tak payah pening-pening pergi beli kat kedai


Bahan-bahan untuk "Crumble"
300g tepung gandum, diayak
Secubit garam
175g gula perang, kalau tak ada sangat, gula halus pun boleh
200g Butter pada suhu bilik, potong bentuk kiub

Bahan untuk "Filling"
450g Anggur dibuang biji
50g  gula perang
1 sudu besar tepung gandum
1 secubit serbuk kayu manis

Kaedah penyediaan "Crumble"
  1. Panaskan ketuhar kepada 180C
  2. Letakkan tepung dan gula di dalam mangkuk besar dan gaul rata. 
  3. Gaulkan kiub butter bersama tepung sehingga adunan menyerupai serbuk roti. Ketepikan.
  4. Letakkan buah di dalam mangkuk besar dan taburkan gula, tepung dan kayu manis. Kacau dan pastikan anggur tidak hancur.
  5. Sapu loyang dengan butter, bagi mengelakkan melekat bila sudah masak.Taburkan adunan crumble di bahagian bawah , tekan-tekankan dengan jari supaya adunan padat .
  6. Kemudian masukkan adunan buah-buahan di lapisan kedua, akhir sekali taburkan lebihan adunan crumble di bahagian atas.Bakar dalam ketuhar selama 40-45 minit sehingga crumble itu berwarna perang keemasan.

  7. Hidangkan dengan krim tebal, kastard atau nak senang ice cream.....
Grape crumble ni kalau bawa pergi picnic memang heaven lah..senang dan mengeyangkan.. Untuk birthday party or santai petang...

cubalah!!

Sunday, March 15, 2015

Airtangan saya ~Kek Pisang Gebu,Lembab, Sedap dan Senang

Weekend ni, aku nak share resepi kek ni yang dah lama dah terperuk dalam almari..Tetiba rakan sekerja minta resepi ni minggu lepas..alang-alang buat skali lah..tekak baru lepas demam ni memang nak makan macam-macam...

Satu lagi, resepi ni yang paling mudah nak buat...kepada yang beginner tu eloklah cuba...

InsyaAllah kek pisang ni GEBUSssss, Lembabbbbb, yang paling utama..SENANG sangattttttt..Bahan-bahan pun superrr simple...

Kalau ikut step yang aku bagi ni InsyaAllah menjadi..tapi kalau pandai-pandai ubah resepi...tak dapat nak tolongggg.....

Untuk memudahkan Raihan makan..so aku buat dalam cupcake...Kalau korang nak buat dalam loyang bulat, petak...boleh juga...



Bahan-bahan yang diperlukan;


1. Pisang berangan saiz sedang-sedang ~ 6 biji (potong dadu)

2. Minyak Masak  ~ 1 cawan
3. Telur Gred C ~ 5 biji
4. Gula Caster ~ 2 cawan
5. Tepung gandum ~ 3 cawan
6. Soda Bikarbonat ~ 2 sudu kecil
7.  Esen Vanilla ~ 1 sudu kecil

Cara-caranya;

1. Kalau rajin lenyek , kalau nak senang blender , masukkan minyak masak dan soda bikarbonat  ke dalam blender dan kisar sehingga lumat...
2. Pukul telur, gula halus & esen vanilla menggunakan mixer selama 10 minit, kemudian masukkan pisang yang telah dikisar/dileyek halus tadi..
3. Sesudah sebati, masukkan pulak tepung sedikit demi sedikit dan kacau...

4. Sapu acuan / loyang  dengan butter..dan masukkan adunan tadi,  serta bakar selama 35minit , dengan suhu 180c..
Untuk memudahkan Raihan makan...aku buat dalam cupcake...
Sekali mengadap 3 cupcake dia bantai...eeeeeeeemmm dap sangat...katanya..
Otai-otai bakers kalau nak komen dialu-alukan...




SPONSORED BY NUFFNANG

New story