LeenAzi: Dah ready??? for GST @ Cukai Barangan dan Perkhidmatan

Saturday, March 21, 2015

Dah ready??? for GST @ Cukai Barangan dan Perkhidmatan

Jom kita kenali serba sedikit tentang GST ni...aku nak berpantun sikitlah..weekend2 ni mood happy..
Cakap banyak pun x guna, 
1st April akan dilaksana,
Kita rakyat harus bersedia,
Rancanglah perbelanjaan kita.


Apa pun terjadi, hidup mesti diteruskan..tak kan nak lari Thailand / Singapore sbb GST ni pulakkan...itu bukanlah tindakan yang bijak...so nak share sikit info senarai barang yang kena / x kena GST...nanti taklah kita kena tipu buta-buta..kalau nak lagi senang..print rebus minum....hihihihihi..memain jer..jangan buat tau...awal-awal ni printlah siap2 kalau ke kedai tu...tak lah terlupa..mula-mula agak leceh..esok2 dah boleh hafal...Kalau nak paling senang lagi, save dalam hp canggih manggih korang tu...


Kalau ada yang main harga, sesuka hati letak GST pada barang yang tak kena tu...korang tunjuklah list ni kat peniaga tak "berilmu" tuuu...

Awal-awal ni ramai yang termangu-mangu barang apa yang kena, barang apa yang tak kena.."mamai-mamai" gitu...so kita get ready dari sekaranglah..

Apa itu GST yer...

GST@CBP juga dikenali sebagai VAT (value added tax) atau cukai nilai ditambah di kebanyakan negara adalah cukai pelbagai peringkat penggunaan barangan dan perkhidmatan.

CBP dikenakan ke atas bekalan barangan dan perkhidmatan di setiap peringkat rantaian bekalan daripada pembekal sehingga peringkat peruncit. 

"Sejak beberapa dekad yang lalu, telah menjadi trend di seluruh dunia untuk memperkenalkan sistem CBP berperingkat. Hari ini, hampir 90% penduduk dunia hidup dalam negara dengan CBP, termasuk China, Indonesia, Thailand, Singapura dan India.

Ni contoh GST yang di kenakan di Tokyo, masa aku dan keluarga ke sana last year..mantap jugaklah GST diaorang ni 8% gitu..HOPE dengan GST ni Malaysia bolehlah MAJU macam JEPUN kan kan kan....
Leen Azi in Japan
Pada yang boleh baca tulisan Jepun ni..abaikan apa yang kami beli...hahahaha..tengok pada 8.00% tu jer yerrrr
Pelbagai manfaat bahawa CBP boleh menawarkan kepada pengguna perniagaan dan Malaysia adalah:
  • Meningkatkan taraf hidup

    Hasil daripada CBP boleh digunakan untuk tujuan pembangunan infrastruktur sosial seperti kemudahan dan institusi kesihatan, infrastruktur pendidikan dan kemudahan awam untuk meningkatkan lagi taraf hidup.
  • Mengurangkan kos perniagaan

    Di bawah sistem semasa, sesetengah perniagaan membayar cukai berganda dan kadar cukai di tahap yang lebih tinggi kerana berlakunya cukai atas cukai (cukai bertindih). Dengan CBP, perniagaan bermanfaat kerana boleh mendapatkan balik cukai input atas bahan mentah dan perbelanjaan yang ditanggung, dan seterusnya mengurangkan kos menjalankan perniagaan.
  • Pembangunan negara

    CBP adalah satu kaedah yang lebih baik dan cekap. Lebih banyak dana boleh disalurkan ke dalam projek-projek pembangunan negara untuk kemajuan ke arah menjadi negara berpendapatan tinggi.
  • Keadilan dan kesaksamaan

    CBP dikenakan secara sama rata antara perniagaan yang terlibat, sama ada di peringkat pengilangan, pemborong, peruncit atau di sektor perkhidmatan.
  • Meningkatkan sistem penyampaian

    CBP akan ditadbir dalam persekitaran sistem elektronik dan boleh mempercepatkan sistem penyampaian, terutamanya bagi tuntutan bayaran balik. Ini menjadikan ia lebih cepat, cekap dan boleh dipercayai.
  • Meningkatkan daya saing global

    Harga eksport Malaysia akan menjadi lebih berdaya saing di persada global kerana tidak dikenakan CBP dan CBP yang ditanggung ke atas input boleh didapatkan semula di sepanjang rantaian pembekalan. Ini akan memperkukuhkan industri eksport negara dan membantu negara untuk lebih maju.
  • Meningkatkan pematuhan

    SST mempunyai banyak kelemahan yang menyukarkan pentadbiran. Sistem CBP mempunyai mekanisme yang tersedia menjadikan pentadbiran cukai lebih berkawalan kendiri (self-policing) dan dengan ini akan mempertingkatkan pematuhan.
  • Mengurangkan kerenah birokrasi

    SST berkehendakkan peniaga memohon kelulusan bahan bebas cukai dan pengecualian khas untuk harta alih. Kehendak ini tidak perlu di bawah CBP dan perniagaan boleh offset CBP ke atas input dalam penyata mereka.
  • Harga adil kepada pengguna

    CBP menghapuskan cukai bertindih di bawah SST. Pengguna akan membayar harga yang lebih berpatutan bagi kebanyakan barang dan perkhidmatan berbanding SST.
  • Lebih telus

    CBP adalah lebih telus kerana pengguna akan tahu sama ada barang atau perkhidmatan diperoleh tertakluk kepada cukai dan amaun cukai yang perlu dibayar.

PESANAN: Blog aku ni tak menerima sebarang comment berunsur politik. blog ini untuk INFO, diterangkan lagi, UNTUK INFO...sebarang comment berunsur politik akan dibuang@delete.

No comments:

SPONSORED BY NUFFNANG

New story