LeenAzi: April 2020

Sunday, April 05, 2020

Perkembangan Covid-19 di Malaysia

Assalamualaikum semua...rasa sangat lama tak menulis...tersangat lama....dek kerana ada sedikit kelapangan masa time PKP ni....barulah sempat bernafas.....

Isu semasa yang paling hangat ni apa lagi ..semestinya Covid-19 yang semakin mengganas....
Sekarang terlalu banyak maklumat yang kita perolehi berkaitan Covid-19 ...namun sebagai rakyat Malaysia, kita seharusnya lebih peka dan pandai menapis sebarang berita palsu yang boleh menggugat keamanan negara dan akan menyebabkan rakyat semakin panic...

Semoga kita semua dilindungi dari virus merbahaya ini...dan menjalankan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia untuk memutuskan rantaian penyakit ini, #StayHome

Kalau nak mengikuti maklumat yang sahih..ada baiknya terus ke laman Portal Rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia , kerana di saat getir ni ramai yang mengambil kesempatan dalam melaporkan maklumat Palsu...

Leen juga suka tengok TV1.. semua maklumat tepat dan terkini...kalau FB tu banyak yang tak sahih dan palsu...dari kena tipu baiklah kita terus ke tempat yang betul untuk mendapatkan maklumat..

Namun jauh di sudut hati...rasa susah hati dengan apa yang bakal kita lalui selepas ini, selepas PKP ni..bagaimana nasib dan ekonomi negara dan sebagainya..marilah kita sebagai umat islam,,berdoa ..kerana itulah senjata kita disaat getir ini.


SPONSORED BY NUFFNANG

New story