LeenAzi: Senang
Showing posts with label Senang. Show all posts
Showing posts with label Senang. Show all posts

Monday, August 07, 2017

Resepi Kari Ikan abang sado... mudah mantap dan meletoppp

Ok... hari sabtu lepas dah draft entry ni tetapi apakan daya, tangan hanya dua..tak sempat dik nonnnn nak mengadap blog nih..curi-curi masa sementara si kecil tido....kononnya cuti...mama pun tanam niat nak update blog...tapi  kecundang jua.. draft and draft and draft..post bila sempat..hahahaha

Entry kalini ialah Kari Ikan Abang Sado...kenapakah sebegitu nama resepi diberi.....????? sebab ini resepi orang lelaki...kita tukang tulis resepi jer...sememangnya x boleh melawan rasa mantapnya..bila makan karini rasa sangat kari airtangan sendiri dah tak sedap...hahahaha....

makanya..setiap kali nak makan kari, tuan empunya resepilah kena masakkan...alhamdulillah...
air tangan leen azi

Resepi Kari Ikan Abang Sado

Bahan-bahannya:
3 ketul Ikan merah 
1 tangkai daun kari
1 biji sederhana bawang besar-hiris
4 ulas bawang putih-hiris
 1 inci halia hiris
1 sudu kecil serbuk ketumbar
1 sudu kecil serbuk jintan putih
1 batang kayu manis
 1 bunga lawang
2 biji buah pelaga
4 bunga cengkih
hujung sudu kecil halba
sedidikit asam jawa

Cara-caranya:
1. Campurkan kesemua bahan ni didalam mangkuk-  bawang besar, bawang putih, halia, serbuk jintan putih,serbuk kentumbar dan rempah kari.

2. Tumis bahan yang dicampur tadi sebentar hingga naik bau dan masukkan halba serta 4 sekawan ( kayu manis/cengkih/bunga lawang/buah pelaga, biarkan mendidih.

3. Masukkan ikan dan campurkan air 2 cawan., tambah asam jawa dan tomato.

4. Setelah mendidih masukan garam dan gula secukup rasa.Siap

Sedap dihidang dengan nasi panas, ulam-ulaman dan sambal belacan...perrhhhh memang mantappppp

selamat mencuba..



Thursday, August 03, 2017

Bubur Ayam dan sayur sawi untuk bayi 10 bulan

inilah resepi kegemaran Rizqin...Bubur Ayam dan sayur sawi.setakat ni pasti habis kalau disuap..suka sangat dia dengan Bubur ayam ni..mama dia main campak-campak ja...tapi taklah campak sangatttt sebab mama dah buat stok siap2, stok halia goreng,bawang goreng,bawang putih goreng..jadi time nak masak letak semua tu, letak air, beras,ayam dan sayur ja..lepastu masak dalam steamer...esok pagi angkut bawa pergi nursery..cepat dan mudah kaedahnya...semamangnya ia tips memasak yang mudah

airtangan leen azi

beginilah rupanya bahan-bahan asas yang diperlukan...stok bawang dan halia ni tahan dalam 1@2 minggu..lepas tu habis....hahaha...Rizqin ni memilih sikit...kalau sedap laju jer...kalau tak sedap, rapattttt mulut tu tak nak makan...hahaha jadi yang bawang/bawang putih dan halia goreng ni pembangkit selera si kecil...

cubalah...senang dan ringkas untuk ibu-ibu di dapur...

air tangan leen azi
bila dicampak-campak...ginilah rupanya sebelum masak....

airtangan leen azi
steamer ni sangat berjasa...memudahkan mama buat makanan Rizqin


Siappp...ayam tu diracik-raciklah sikit...budak umur 10 bulan mana tahu makan ayam macam tu...hehehe


Friday, October 16, 2015

Resepi Bubur Kacang Hijau Durian

Teringat masa kecik-kecik mak suka sangat masak bubur kacang hijau ni..kalau tak habis nanti mak buat ice-cream Malaysia, kalau yang tu cepat jerrr habis..budak-budak kan suka ice-cream..berebut..
Kali ni trun aku pulak yang buat untuk Raihan..tapi dia bukan pandai 

makan sangat pun...akuuuu jugak yang kena perabiskan...yang sebenarnya mak dia yang nak makan...kesian ker anak jugak dapat namaaaa...;p


Masak dah lama..tapi harini baru nak tulis resepi..sabau jer lerrrrr..bila masak ni bau wangi satu rumah tauuu...mantapp

Resepi Bubur Kacang Hijau Durian


Bahan-Bahan
Durian -ikut suka nak banyak mana
Kacang hijau 500g- rendam semalaman
Santan 1 cawan
Gula Melaka 1/2 cawan
Garam 1 sudu kecil
Daun Pandan 2 helai- diikat dua
Air- ikut kepekatan yang dimahukan


Cara-cara:
1. Masukkan air, daun pandan dan kacang yang telah direndam, Biarkan mereneh dan kacang lembut. Bila kacang dah lembut, masukkan santan, durian, gula melaka dan garam, Kalau terlalu pekat tambahkan air. Masak dengan apa yang kecil, gaul selalu sehingga kuah pekat mengikut kesesuaian anda..Siap...


Selamat mencuba...


Thursday, April 16, 2015

Nasi Arab datang lagi!!

Ada ker yang teringin nak makan Nasi Arab...Mengidammmmm kerrr, terliur kerrr..yumyumyummmmmm sedappppp. jangan tunggu lama-lama...order meh meh



Sebab saya beli Nasi Arab ni..

1. BERBALOI harga berpatutan, beras basmathi + rempah. 

2. SENANG, Bukan susah pun masak..cara-cara masak semudah 123 di sediakan...ikut jer step tu..adik aku lelaki bujang pun boleh masak uolsssss

3. Rempah yang SEDAPppp

4. TAHAN LAMA, disebabkan rempah dan beras ni bahan kering, ia boleh tahan berbulan..boleh buat stok time "malas-malas" or tak ada idea nak masak apa, so kalau para suami nak beli untuk isteri tersayang tak payah risau..tak basi sebab ianya beras, beras kalau x masak lagi tak akan basi yer abang-abang...kalau nasi yerrr lahhh boleh basi..selagi tak masak selagi tu x basi..tapi agak-agaklah jangan sampai keluar kutu beras pulakkkk..

5. STOK kentalll- Juadah untuk tetamu, kalau ada  tetamu datang "mengejut" tu...masakkan ajer Nasi Arab ni...Kerrrlassssss ko jahhh..

Buat Juadah berbuka puasa atau pun Hari Raya....

Raya dah nak dekat nih..Baju raya warna apa tahun niiii????hehehehe..lari topik jappp




Cara memasak:




SIAPPPP

Nak tempah ker ?? Meh baca gambar bawah ni plak..



1 set : Harga RM19 x 1 set = RM19 + Postage RM6 = RM 25.00 
2 set : Harga RM19 x 2 set = RM38 + Postage RM9 = RM 47.00 ( lagi jimatttt)

atau whatsApp 012-476 6598 untuk menempah

Tuesday, April 07, 2015

Grape Crumble sempoi!!

Keluarga kecil aku ni suka makan buah, kalau ke Tesco ada saja buah yang dibeli..Raihan pulak suka ambik dan pilih sendiri buah yang dia nak makan..terutama buah limau..tak kisahlah limau apa..janji warna oren...Kalau buah oren gerenti habis..tak risau..tapi kalau buah apple..makan hari nak habiskannnn

Jadi, untuk mengelakkan pembaziran, aku pun merajinkan diri buat macam-macam..janji boleh makan dan yang penting x buang ke tong sampah!!!

Antaranya yang selalu aku olah resepi ialah apple, anggur, pisang..sebab ini semua buah kegemaran Raihan..Apple sebiji dia balun sorang..pisang berangan sekali hadap 2 biji..anggur semangkuk boleh habis...si hero aku ni pemakan..selera besar..Alhamdulillah..Walaupun selera besar, tak lah dia mampu habiskan semuanya....ikut saiz perut jugaklah...

Last week punya stock banyak sangat anggur dalam fridge tu, yang beli lain, yang orang baginyer lain....maka aku buatlah #Grape Crumble untuk si jejaka hati...kalau ada lebih aku pack bawa pergi school dia..


Teacher cakap " Raihan selalu berpicnic di school"
Bujang aku ni dari kecik dah suka berpicnic..macam akulah..
sampai ke school pun nak berpicnic...

Bahan-bahannya senang bangattttt....guna stock sedia ada dalam rumah ya..tak payah pening-pening pergi beli kat kedai


Bahan-bahan untuk "Crumble"
300g tepung gandum, diayak
Secubit garam
175g gula perang, kalau tak ada sangat, gula halus pun boleh
200g Butter pada suhu bilik, potong bentuk kiub

Bahan untuk "Filling"
450g Anggur dibuang biji
50g  gula perang
1 sudu besar tepung gandum
1 secubit serbuk kayu manis

Kaedah penyediaan "Crumble"
  1. Panaskan ketuhar kepada 180C
  2. Letakkan tepung dan gula di dalam mangkuk besar dan gaul rata. 
  3. Gaulkan kiub butter bersama tepung sehingga adunan menyerupai serbuk roti. Ketepikan.
  4. Letakkan buah di dalam mangkuk besar dan taburkan gula, tepung dan kayu manis. Kacau dan pastikan anggur tidak hancur.
  5. Sapu loyang dengan butter, bagi mengelakkan melekat bila sudah masak.Taburkan adunan crumble di bahagian bawah , tekan-tekankan dengan jari supaya adunan padat .
  6. Kemudian masukkan adunan buah-buahan di lapisan kedua, akhir sekali taburkan lebihan adunan crumble di bahagian atas.Bakar dalam ketuhar selama 40-45 minit sehingga crumble itu berwarna perang keemasan.

  7. Hidangkan dengan krim tebal, kastard atau nak senang ice cream.....
Grape crumble ni kalau bawa pergi picnic memang heaven lah..senang dan mengeyangkan.. Untuk birthday party or santai petang...

cubalah!!

Wednesday, April 01, 2015

Serawa@ Pulut Kuah Durian Lemak berkrim!!

Harini hari pertama GST dilancarkan...kalau tengok post kat facebook..beratur update pasal GST..siap tunjuk bill lagi..hehehe lawakkk...Hangat sungguh isu nih...panazzzzz

Ada yang sokong, ada juga yang membantah dan merungut..
Tapi aku yakin...bahang yang rakyat Malaysia rasa harini InsyaAllah akan reda juga suatu hari nanti...
Aku, ..So-So ...malas nak pikir..pikir pun bukan boleh suruh Najib tarik balik GST tu kannnnn
Kalau difikirkan dari sudut negative...memang sakit hati, lebih-lebih lagi orang macam aku ni, dah lah gaji kena potong income tax bulan-bulan, GST lagi...kiri kanan depan belakang ke attack yooooppp..Nak dapat refund income tax pun siap nak beraudit bagai....haiiishhhhh...Tapi aku redha...dah nak sangat duduk kat Malaysia...dalam kata kena GST tu, gatal plak tangan ni buka website Airasia..tinjau nak kemana plak destinasi tahun ni....ini semua poyo!!!...;p

Sebagai rakyat Malaysia, kita berhak bersuara..tak salah...tapi kekadang tu sampai memalukan diri dengan statement yang errrrrrrkkkkkkk"perlu ker nak update???'''.. pun not so cleverlah kan...Statement kekadang tu terlupa tapis..tu yang payah facebook nihhh...emotion uncontrollable..

Tetapi cuba pulak kita fikir disudut positive...mestilah kita nak negara kita maju seiring peredaran zamankan...Kita pikir yang baik-baik sudahlah...kalau marah-marah cepat pulak berkedut muka yang sedia kedut nih!! kalau kedut saje tak per...pendek nyawa...darah tinggi , sakit jantung dan sewaktu dengannyaaalah

Kalau kita terus merungut, GST tetap dilaksanakan...merungut x keyang yoppp...perut nak kena isi...hidup kena jugak diteruskan...
Lepas ni..aku akan jadi semakin "kedekutlah"hahahahahahahahahahahahahahahahahaha...gelak jahat!!
OK, habis membebel dah ...
Airtangan Leen Azi

Malam ni nak bagi resepi Serawa@Pulut Kuah Durian...

bagi meredakan bahang yang ada nih!!..hehehe

Bahan-bahan Serawa@ Kuah Durian;
  1. Sebiji buah durian
  2. Santan kotak 2 cawan
  3. Tepung gandum 3 sudu besar
  4. Gula pasir 3 sudu besar
  5. Garam 1 sudu kecil
  6. Daun Pandan , penaik bau
  7. Air 2 cawan
Cara Memasak:
Campur semua bahan dari no.1 hingga no.7, masak dengan api yang kecil, biarkan mendidih dan kuah menjadi pekat...siapppppp...senangkan..campak-campak pun sodapp

Pulut, kalau rajin kukus,,kalau malas tanak jer macam masak nasi lemak tu..bubuh santan dan garam..siap...

Siapa kata memasak ni susah??   tak cuba tak tahu....




x

Pisang Goreng Cicah Sambal Kicap Power

Resepi untuk dikongsi hari ni ialah Sambal Kicap Power , pedas, sedap dan mantapppppp...

Kawan sekerja tadi tanya resepinya..so aku terpanggil untuk berkongsi di blog aku ni...

So sebelum tu, aku nak membebel dululah..sudi-sudilah dengar bebelan aku nih yerrkkk....hehehehe

Semalam, keluar jer dari office hujan lebat sangat...sampai jer rumah, tekak tak rasa nak makan nasi...perut macam kenyang, tapi nak makan....so aku pun bukaklah fridge geledah apa yang boleh dimakan..
Maka terjumpalah pisang nangka pemberian mentuaku dari Tapah...mereka tanam sendiri jer pisang tu kat belakang rumah,..seronokkan duduk kampung..
Kalau diberi pilihan, aku nak sangat duduk kampung, boleh tanam-tanam...
Mungkin suatu masa nanti, bila dah tua-tau..mana tahukannnnnn

Dek kerana hujan yang lebat tu..aku pun buatlah air kopi O panas kaw kaw, untuk dihidang bersama pisang nangka aku tuuuuu...Aku ni orang Johor...kalau makan goreng pisang mesti nak sambal kicap pedas. Kalau makan jemput-jemput @ cucuq kata orang kedah pun nak cicah ngan sambal kicap...perrhhhhhh mariiiii...berlumba-lumba Raihan, papa Raihan dan aku makan...kena pulak dengan KopiOPanasssssss.....hujan lebat pulak tuuuu...dapat tak bayangkan heavennya kami...
Airtangan Leen Azi
Pisang Nangka yang digoreng tepung..cicah pulak dengan sambal kicap....yummmyyyy

Dek kerana pisang tu sikit jer....sekelip mata jer habis..(nampakkan kami anak beranak kuat makan...hehehe)

Habis jer pisang, aku sambung pulak goreng jemput-jemput ikan bilis...habis sepinggan kami bantai..Penangan sambal kicap aku yang mantap tuuu...

Ok....sesudah habis aku membebel nih..barulah nak bagi resepi sambal kicap ni,  tutup mata jer pun boleh buat uolllssss!!! Resepi jemput-jemput tak yah lah kot...rasanya ramai dah tahu buat..entah-entah lagi sedap dari resepi aku...hehehehe
Airtangan Leen Azi
Jemput-jemput ikan bilis@ cucur pun sedap kalau dicicah dengan sambal kicap nih..
Bahan-Bahan Sambal kicap
  1. Cili Padi 15 biji
  2. Gula Merah 5 sudu besar
  3. Gula Pasir 5 sudu besar
  4. Kicap Manis 5 sudu besar
  5. Bawang putih 1 biji
  6. Air 1 cawan
Cara Memasak;
Campur semua bahan no.1 hingga 6 dan kisar sehingga lumat, masak dengan api yang kecil sehingga kuah pekat....Siapppppp

Kalau yang x suka manis, boleh kurangkan gula, kalau yang suka pedas boleh tambah cili..ikut selera korang yer..untuk family aku..kami x suka pedas..kesian kat Raihan...mama Raihan pun bukan kuat sangat makan pedas...sambal nasi lemak pun dah kira pedas untuk mama Raihan...;P hihihihi

Sambal kicap ni boleh simpan lama dalam fridge, tak payah nak beku-beku...tahan 3-5 bulan tau...
Sambal kicap ni juga boleh makan dengan sup, bakso, cicah tempe goreng, tahu goreng, ikan goreng tepung....perhhh...

Cubalah...

P/S: kakak abang yang membaca blog entry ni...jom follow blog i ni...dah follow jangan lupa tinggalkan jejak di comment...nnt i follow you back..thank youuuuu

Salingan: korang dah cuba ker Zmall (MY) aduhhh barang-barang dia serius murah, sekarang dengar kata tengah buat FREE shipping... cuci mata jer uols...mana tahu jumpa yang berkenan dihati..

 Zmall voucher

Monday, March 30, 2015

Tomyam Udang Easy Measy

Malam ni cuaca hujan di Kulim..best-best...jimat electric tak payah buka aircond...;p
Tekak pulak rasa nak makan yang ada sup-sup gituuu...
Maka dengan semangatnya aku ke dapur keluarkan udang dari fridge...
Dek kerana nak masak Tomyam..aku pun ke tanahlah mencari apa yang patut untuk masak tomyam..

Aku ni suka bertanam..hehehe.banyak sangat hobi..antaranyalahhhhh.ikut mood jugak tuuu....
Buat masa sekarang stok herba yang ada kat rumah cukup menampung kami bertiga...Taman mini kecil aku tu boleh lah tampung pokok-pokok basic, bukan apa..senang, lagipun dari biar tanah terbiar, adalah lebih baik aku bertanam..aku kan tak ada istilah boring dalam hidup..ada jer benda nak dibuat waktu cuti atau petang..
Cuti pulak tak biasa tido siang hari..maka macam-macamlah yang aku buat untuk "membusykan"diri.. Ada juga paksa diri pejam-pejamkan mata...tapi nakkkk jugak bukak mata...jeles dengan Raihan..seronok jer dia tido siang...

Ok, inilah senarai pokok yang aku tanam dengan tangan lembut aku ni..;p

1. Daun Kari...sedang galak membesar..aku tanam dalam pasu jer, sebab kecik lagi
2. Lempoyang..untuk makan dalam pantang...hehehe standby kot-kot ada rezeki.....tak pantang pun aku bedal jugak...(korang tahu ker apa tu lempoyang??) ,mana yang tak tahu tu nanti aku tunjuk dalam entry lain yer..
3. Serai, 24 hours ada stok...aku tanam belakang rumah jer..2 batas..jimat!!!..nak masak jer terus ke luar ambik serai..
4. Daun limau purut, tanam depan rumah, dah bercambah-cambah pucuk, sebab aku tanam kat tanah...
5. Halia..seronok keluar tunas..kalau stok halia abis..cangkul jer depan rumah tuuuu
6. Daun pandan..lebar-lebar juga daunnya...
7. Daun sirih..hahaha, esok Raihan nak kawin boleh buat sirih junjung...(hahaha..mama berangan lebihhhh)..
8. Lengkuas..aku kan suka bakar-bakar..lengkuas ni pelengkap resepi ikan bakar edisi aku.....
9.Daun kesum..aku tanam dalam pasu kat belakang rumah jer..nak masak asam pedas muar senang!!
10.Daun Kunyit...haritu gemok-gemok..tapi bila dialih ke tanah habis kena baham dek ulat..benci!!!...yang ada sekarang dalam pasu kecil sedang bercambah...
11.Ulam pegaga, kalau stok sayur dah habis, aku batai ulam pegaga jer..kat pond aku tanam 2 pasu..kemain galak dia tumbuh...
12. Daun Bawang, aku ni suka beli bawang yang bercambah..bukan apa...kalau tanam boleh buat stok..nak masak sup senang...gunting jer daun bawang tu..freshhh tau...
13. Daun Sup..pun sama kes..depan mata jer...potong, basuh, campak...siapppp
14. Pisang..hahahaha...ambik kat Tapah..dasyatttt...kekadang aku ambik daun pisang yang cenonet tu buat balut ikan bakar..jadilahhh kami berdua jer laki bini nak makan..
15. Ubi...hahaha pucuk ubi tu lepaslah kami bertiga makan buat masak lemak udang...petik je depan rumah..tapi aku rasa isi  ubinya tak ada..sebab tak cukup khasiat..kesian ubi aku tu...
16. Daun Selasih...dah nak tua dah...kena tanam lain aku rasa..tunggu masa jer tu nak kiokkk
17. Betik..campak jer biji betik..tumbuh pulak dia..dah tinggi Raihan dah tu..tak lama lagi dapatlah  merasa buah betik pulak..

Aku rasa kalau bagi tanah kampung, habis keliling rumah aku tanam...
Dalam brutal-brutal aku ni, ada juga sifat "pencinta alam" tauuuu

Musim panas sekarang ni..pokok kurang gemuk..tak cukup air gamaknya...kesian..;(

Alahaiiiii...panjangnyer aku membebel...aku sebenarnya nak bagi resepi Tomyam udang Easy Measy aku nih...;p

Untuk adik-adik baru kawin tu..nak try skill bleh la...senang jer dikkkkk...
Untuk otai-otai dapur...tak yah lah baca..malulah...resepi campak-campak jer..

Airtangan Leen Azi

Bahan-bahan: Untuk 2 orang makan

  1. Udang - 10-15 ekor
  2. Bawang besar - 1 biji , dipotong
  3. Bawang putih - 3 ulas
  4. Cili padi - 2@3 batang ( bergantung kepada kepedasan yang korang nak)
  5. Serai - 3 batang, dititik
  6. Pes Tomyam - 2 sudu ( kalau kuib tomyam - 1 jer sudah)
  7. Minyak untuk menumis
  8. Daun limau purut - 4 helai
  9. Daun Ketumbar - 3 tangkai
  10. Bunga kobis ikut suka banyak mana
  11. Tomato 1 biji
  12. Karot- ikut suka banyak mana
  13. Air- 2 cawan
  14. Garam - 2 sudu kecil
  15. Gula- Satu sudu  kecil


Cara-cara memasak
  1. Panaskan minyak, tumis bahan no.2 hingga no.5 . Bila naik bau, masukkan pes tomyam, tumis sampai naik bau..jangan hanget pulak...
  2. Masukkan udang, gaul rata sebentar..
  3. Masukkan air paras-paras udang. Masukkan daun limau purut dan daun ketumbar. bunga kobis, tomato, karot..biarkan mendidih. Kalau tak cukup air tambah lagi..
  4. Masukkan garam dan gula. Rasa lah..kalau masin tambahlah air...biarkan mendidih lagi pastu..dah siappppp


Aku punya tomyam edisi budak-budak..tak pedasss..Raihan hirup kuah macam hirup sup...nasi bertambah-tambah kekadang hampir 2 senduk..tapi badan tak gemok jugakkkk...;p

Airtangan Leen Azi

Sunday, March 15, 2015

Airtangan saya ~Kek Pisang Gebu,Lembab, Sedap dan Senang

Weekend ni, aku nak share resepi kek ni yang dah lama dah terperuk dalam almari..Tetiba rakan sekerja minta resepi ni minggu lepas..alang-alang buat skali lah..tekak baru lepas demam ni memang nak makan macam-macam...

Satu lagi, resepi ni yang paling mudah nak buat...kepada yang beginner tu eloklah cuba...

InsyaAllah kek pisang ni GEBUSssss, Lembabbbbb, yang paling utama..SENANG sangattttttt..Bahan-bahan pun superrr simple...

Kalau ikut step yang aku bagi ni InsyaAllah menjadi..tapi kalau pandai-pandai ubah resepi...tak dapat nak tolongggg.....

Untuk memudahkan Raihan makan..so aku buat dalam cupcake...Kalau korang nak buat dalam loyang bulat, petak...boleh juga...



Bahan-bahan yang diperlukan;


1. Pisang berangan saiz sedang-sedang ~ 6 biji (potong dadu)

2. Minyak Masak  ~ 1 cawan
3. Telur Gred C ~ 5 biji
4. Gula Caster ~ 2 cawan
5. Tepung gandum ~ 3 cawan
6. Soda Bikarbonat ~ 2 sudu kecil
7.  Esen Vanilla ~ 1 sudu kecil

Cara-caranya;

1. Kalau rajin lenyek , kalau nak senang blender , masukkan minyak masak dan soda bikarbonat  ke dalam blender dan kisar sehingga lumat...
2. Pukul telur, gula halus & esen vanilla menggunakan mixer selama 10 minit, kemudian masukkan pisang yang telah dikisar/dileyek halus tadi..
3. Sesudah sebati, masukkan pulak tepung sedikit demi sedikit dan kacau...

4. Sapu acuan / loyang  dengan butter..dan masukkan adunan tadi,  serta bakar selama 35minit , dengan suhu 180c..
Untuk memudahkan Raihan makan...aku buat dalam cupcake...
Sekali mengadap 3 cupcake dia bantai...eeeeeeeemmm dap sangat...katanya..
Otai-otai bakers kalau nak komen dialu-alukan...




SPONSORED BY NUFFNANG

New story