LeenAzi

Tuesday, August 01, 2017

Kata sibuk sangattttt??? blogging boleh pulak..apa kesss

aduh...ayat inilah yang paling win skali...diajukan ayat macam ni memang boleh berpinar bijik mata..

semenjak aktif berblogging balik ni..ada jugak terdengar ayat keramat ni..so kita yang mendengar ni haruslah positive...kalau hal kecil macam ni pun nak emo...susahlah nak maju..blogging ni samalah konsepnya macam hobi sesetangah orang lain tu..berbasikal,bercucuk tanam, bermain bola,bermain facebook...opppsssssss

Jadinya..pandai-pandailah atur masa, dimana ada kemahuan disitu ada jalan..dari kita stalker fb orang dan baca benda yang x berfaedah..baiklah kita berkongsi ilmu dengan blogging ni..

Ada masanya berblog sambil pangku Rizqin,lagipunkan dari scroll gosip2 artis tu baiklah melayan hobiku ini..hahaha..banyak benda nak cerita sebenarnya..maklumlah kita ni becok orangnya...yang penting hobi kita tu x mengganggu orang lain...

Maka dengan itu..marilah kita bermasker..menghilangkan kedut dimuka..bagi tegang skit..senyum senyum selalu..;)

apa sebenarnya dan kaitannya dengan masker nih...hahahaha...sajer jer nak bagitahu..masker ni beli kat guardian..
tips untuk awek muda

tips awek muda diawal usia
tada...jangan takut haaaaaaaa

Pentingnya beriadah untuk anak-anak yang sedang membesar

Baru sempat nak bercerita pasal hal anak...kejadian pada hari ahad kelmarin..punyalah boring dia duduk dalam rumah jer....mama sibuk mengemas dia lagi sibuk menyepah..emosi mama dah turun naik turun naik melihatkan gelagat anak jantan ku ini..sabar2..mama kena banyak berzikir dan istifar...budak nak membesar...lalu mama pun masak lah sedap2..elok ja siap masak dan letak lauk atas meja untuk dihidang..laluuuu hinggaplah sebiji bola atas meja dek tendangan yang padu oleh si along..makanya..mama pun bertukar menjadi raksaksa ganazzzzzzzz....mendapatlah si along ciuman manja..manjalah sangatttt....

Lepas habis makan,papanya suruh si along bersiap mandi..nak keluar..sebabnya dah nampak dah keboringan dia tu..kesiannn...mamanya x habis2 mengemas...yang peliknya x siap2 kerja mamanya mengemasss..pelik sungguh..jadi papanya bawalah kami bersiar2 di Jusco sebagai terapi untuk anak2..adik macam biasa..steady jer dia..tapi nampaklah riak wajah yang ceria bahagia tuuu..hahahaha...balik dari jusco singgah pulak tesco terapi untuk mamanya pulak...haaaa gitulah ceritanya kalau x beriadah dihujung minggu..haru biru dibuatnya...sesampai di rumah bateri along pun dah weak..letak kepala dah berdengkur kepenatan...hambekkkkk...nak sangat jenjalan....hahakhakhakhak









Monday, July 31, 2017

Bau durian mengancam nyawa di petang yang sejuk lepas hujan

Harini mama halfday bawa Rizqin inject kat KK.tetiba masa bawa kereta tetiba terbau-bau durian masuk dalam kereta..banyak benau tetibanya...apakah itu????

so balik jer rumah report kat boss besar nak makan durian...petang tadi merondalah kami anak beranak mencari  si penjual durian..maka terjumpalah di taman selasih..ambik u-turn terus beli..alhamdulillah merasalah durian harini..harga boleh tahan 2 biji besar kepala Rizqin jer pun dah RM40..hukhukhuk..jadilah asal dapat lalu kat tekak nih..

kalau kat tapah ni puas makan.maklumlah kebun pakmentua...masa melantak tak pulak hingat harga..hehehehe..makan pun tak toleh dah orang lain..memang sah hantu durian..durian frozen pun den bantai jer...janji durian....

Raihan? 4 ulas jer tadi..yang balance pak mak dia balun...Rizqin?..hahaha..dia main biji durian jer..awak tak makan..main pun jadilah..hakhakhak
selera leen azi



Sunday, July 30, 2017

Mencuba resepi sotong bakar..mudah dan sedap

Ni cerita semalam..terliur tengok resepi orang post..kami pulak bukalah peminat sotong tapi gambar yang mengliurkan itu membuatkan hati terdetik ingin mencuba..cik abang cepat2 beli sotong..melayan tekak bini..hahahaha...

tapi memang sedap resepi ni..x hangir bau sotong tu..boleh repeat kot resepi ni..ala2 kerabu sotong rasanya..

kat bawah ni nak share sikit gambar..sotong kami x besar..comel2 jer..alhamdulillah asalkan ada..

ada yang bertanya resepinya....kita share sikitlah...tapi resepi ini telah diolah mengikut selere tekakku...hehehe...

Bahan-bahan A - sumbat dalam sotong (semua bahan bertanda ## ni di cincang)
1 biji bawang besar##
3 ulas bawang putih##
1 inci halia##
5 ekor udang size besar##
1 biji telur

Cara-caranya
1.Campur semua bahan A dalam mangkuk besar
2.Sumbat semua bahan tadi ke dalam sotong, last sekali sumbat kepala sotong dan cucuk dengan lidi satay
3. Bakar sotong dengan api yang sederhana

Bahan Sos cicah
1 biji bawang besar##
3 ulas bawang putih##
2 tangkai daun ketumbar##
5 biji cili padi-ikut citarasa##
1 biji tomato##
3 sudu gula
1 biji jus lemon atau cuka masakan
garam mengikut citarasa

airtangan leen azi


airtangan leen azi

airtangan leen azi

airtangan leen azi


airtangan leen azi

airtangan leen azi

airtangan leen azi
isi sotong yang lembut...lansung tak liat...dapppppp

Hujung minggu masak special sikit...menu ikan bakar

walaupun mama sibuk sikit..online kerja opis kat rumah..tapi mood masak still on...ikan bakar,sayur campur dan sambal tempoyak..Alhamdulillah...licin...itulah lumrah as a working mama nih...masa sangat penuh,lagi-lagi hari sabtu dan ahad..basuh baju,lipat baju,housekeeping..blablablablaaa...seminggu punya stok pun nak kena ready..pendek kata memang tak sempat nak tido siang pun...harap balik kampung baru dapat berehat..duduk rumah sendiri almaklumlah..ada jer tak kenanya..anak-anak tengah membesar..memang letih sikitlah..tapi si along dah boleh diharap tolong mama dia nih..ambik itu,ambik ini...hehehe...tak lama lagi dah boleh buat susu adik dah...hahahaha...

cerita pasal ikan bakar ni...along dan papanya makan boleh tahan..dah lama x membakar..sesekali dapat menu ni memang licinlah along bantai..cik abang dan along x gemar sangat ikan..tapi menu ni mendapat pujian along..alhamdulillah..anak dan bapaknya suka...

kepada yang nak mencuba resepi ni bolehlah buka link kat bawah ni
  1. Ber "Ikan Bakar" di hari cuti (klik sini)


tangan siapakah ini????cer teka cer teka.....

Friday, July 28, 2017

Bersediakah kita akan kewujudan daging kultur ini di pasaran

Masa dalam perjalanan nak ke ofis tadi, dengarkan radio ikim fm, seronok dengar radio ikim ni bukan apa banyak info dari hiburan semata-mata, dalam pada tu terdengarlah topik yang dibincangkan berkaitan daging kultur...aduhai....seram pulak mendengarnya...tapi bersediakah kita akan kewujudan daging kultur ini di pasaran, halal ker, haram ker..jom sama-sama kita fahamkan dan hadam apakan sebenarnya daging kultur ni..

jom baca link dibawah ni, membaca jambatan ilmu...

Daging Kultur Menurut Perspektif Islam: Analisis terhadapPenggunaan ESCs sebagai Sumber Sel Stem 

Ringkasannya,,,,,,

Perkembangan sains dan teknologi telah memberikan pelbagai kemudahan kepada manusia dalam pelbagai aspek kehidupan. Antaranya penghasilan daging tanpa melibatkan penternakan lembu secara konvensional yang dinamakan sebagai daging kultur. Daging ini dihasilkan di dalam makmal dengan mengembangkan sel stem sehingga menjadi daging kultur. Daging ini berpotensi untuk dipasarkan namun perlu menepati prinsip Islam apabila ia ingin dipasarkan kepada pengguna beragama Islam yang diketahui menjadi antara pengguna terbesar dalam pasaran daging. Kajian ini akan melihat konsep daging kultur secara umum, sejarah dan teknik yang digunakan. Seterusnya, pengkaji akan melihat status halal daging kultur berdasarkan sumber Sel Stem Embrio (ESCs) kerana ia adalah sumber terbaik dalam pengkulturan daging. Hasil kajian mendapati jika sel stem diambil dari lembu yang telah disembelih mengikut kaedah yang telah ditetapi oleh Islam, maka daging kultur tersebut halal dimakan.

Thursday, July 27, 2017

Bacalah Anakku

Entri kali ni nak kongsi pasal buku Raihan.... Hihihi. Terdapat 8 siri dalam buku ni. Seawal usia 4 tahun boleh la mula dengan siri pertama.

Raihan agak seronok bila boleh mengenal huruf dan bunyi huruf. Tetapi sistem fonik yg di terapkan dalam siri pembelajaran ni agak berbeza dengan yang biasa. Dalam seri ini, ia lebih menekankan bunyi sesuatu huruf..

kita juga boleh mendapatkan panduan membaca dan mengenal sistem fonik melalui youtube...ada pelbagai variasi lagu...

selain panduan dan bimbingan dari guru di sekolah, ibu bapa pun memainkan peranan besar dalam memastikan anak-anak kita dapat membaca seawal umur 5 tahun...

Tuesday, July 25, 2017

Kek Kawin 4 tingkat - Royal Classic Contemporary by Leen Azi

Kek ini dinamakan Royal Classic Contemporary By Leen Azi...melihatkan design aku ni memang sesuai dengan pakaian songket merah pengantin tu...tapi gambar pengantin tak sempat nak snap sebab aku sibuk sangat mengejar si Raihan..hp pun kat husband..dah habis majlis baru perasan tak sempat ambik gambar pengantin potong kek..hahahaha

Walaupun kek ni dibuat pada tahun 2016, tapi nak share jugak...ni kek kawin 4 tingkat yang aku buat untuk adik ipar ke-2 aku...hahahaha..dah beranak dah pun si pengantin baru nak up gambar kek diaorang..tak pelahkan, janji bahagia kannnn...

Kek ni berperisa butterscotch with buttercream..standard flavor so semua orang boleh makan..
Design diilham oleh aku sendiri berkonsepkan rose merah...merah mak ngahhhhhh..kek setinggi empat tingkat ini sesungguhnya adalah yang pertama aku buat dan ilham datang secara automatik dikala mak yong sedang mengusung perut 5 bulan tu...

Sebenarnya seronok buat kek kawin ni, sebab boleh bermain dengan kepakaran dan juga idea...kalau tak ada kepakaran melempa kek memang payah, lagi-lagi nak kena ada keyakinan diri yang tinggi kalau buat kek kawin ni..almaklumlah kek kawin ni sekali je seumur hidup tau..tak sama macam kek harijadi..inilah kek yang menjadi kenangan hingga ke anak cucu..design sesebuah kek yang aku hasilkan adalah mengikut tema yang ada kat pelamin tu, sebolehnya aku cuba masukkan element-element yang ada pada pakaian pengantin...

Seikhlas hati, buat kek ni bukanlah senang macam petik jari atau makan kacang...idea idea idea..design design design....
kek semua orang boleh buat...tapi untuk menghasilkan design kek yang cantik bukan mudah..selalunya sebelum aku buat sesuatu kek kawin tu...berhelai-helai kertas aku lukis dan warna sebelum ianya terhasil, nak mendapatkan idea dan ilham bukan boleh dipaksa-paksa...itu sebab kadang kala ia mengambil masa yang lama nak berfikir..

selain design kek itu, kepakaran mengendalikan kek itu juga penting...kebanyakkan kek kawin akan nampak "tiang seri", tapi untuk kek-kek kawin yang aku hasilkan..sebolehnya aku tak nak nampak tiang seri tu..tak wowwww , pada pendapat akulah....aku nak nampak moden walaupun design klasik...so kat sini kepakaran dan silat mata perlu ada pada kek designer macam aku ni...kek tak bertiang ni bukan boleh letak-letak jer...kita nak kena touch up laaaaa, upgrade laaaaa...nak-nak pulak selalunya kena live show, sebab bukan datang seketul 4@7 tingkat camtu ja...seriously LECEH....leceh bukan sebab apa, sebab kita still kena deco walaupun kek dah ada diatas stage...huhuhu...(kalau letak kek atas stage lahhh)

diharapkan pengantin berpuas hati dengan hasil tangan dan design kami ini..

design kek by leen azi


wedding cake design by leen azi

wedding cake design by leen azi

wedding cake design by leen azi


wedding cake design by leen azi
mak yong bersama keknya





Dessert Cake

Ini antara dessert cake yang dibuat untuk para tetamu..actually ini semua x dirancang..last minute punya projek hahaha..alhamdulillah menjadi juga walau x mampu melawan taraf hotel 5 bintang..dapat hujung bintang pun dah bersyukur..hahahaha...selamat menjamu mata...




Kek Kawin 7 tingkat - Stunning White By Leen Azi

Harini nak update entry kek 7 tingkat hasil tanganku dan suami khas untuk adik@adik ipar aku yang no 3...Alhamdulillah semuanya berjalan lancar..

Kami merancang design kek ni last minit , itu pun husband yang menyumbangkan idea dia..dia kata nak buat yang tercantik dan lain dari yang lain untuk adik dia ni...so aku pun dengan bersemangatnya men"draft" cake ni....

wedding cake design by leen azi
disebabkan ni kek adik beradik so kami pun seikhlas hati buat 7 tingkat dihiasi bunga-bunga hidup untuk menampakkan kecantikan asli kek ni...tapi kalau "orang luar" rasanya kena cas sikitlah, (bukan rasanya, memang kenaaaaa cas hahahaha) kalau nak sponsor rabak maaakkkkk...Najib pun belum tentu nak sponsor kek 7 tingkat ni tauuuuuu...hihihi..lawak kasar skit....

ok berbalik pada kek design ni, kek ni sebenarnya lari dari tajuk asal..pengantin nak bentuk lain kami bagi bentuk lain..sebab kami rasa yang ni lagi grandddd dari yang dipilih tu..kami cuba buat yang Wowwww untuk adik-adik kami..harap pengantin berpuas hati...

Kek ni berperisa butterscotch with buttercream..kek kawin cantik pakai buttercream sebab colornya lebih berkilat..kalau pakai fresh cream susah nak jaga..cuaca kat malaysia ni panas, kang cair pulak kek....

wedding cake design by leen azi
Design by me, fresh flower diimport khas dari CH segar-segar lagi...setiap 7 tingkat kek mempunyai design tersendiri..dideco dengan fresh flower menaikkan seri kek ni...walaupun putih tapi sangat mempersonakan...grand lavina gituwwww..

weeding cake design by leen azi
seperti biasa, kek kawin yang aku hasilkan tak bertiang, seriously kek ni memang MENCABAR sebabnya 7 tingkat bebbbbbb...menggeletor tangan nak menghias kek nih..nervous jangan cakaplah..rasa nervous tu lagi teruk dari nak pergi interview!!!...paling aku takut kalau kek ni jatuh!!! kalaulah terjatuhhhhhh..pengsan!!!!! kek tak bertiang ni sebenarnya leceh dan merbahaya...kita kena pandai adjust dan setting..nasib baik semuanya berjalan lancar...Alhamdulillah Allah mempermudahkan segalanya...

wedding cake design by leen azi

wedding cake design by leen azi

SPONSORED BY NUFFNANG

New story