LeenAzi: Sambal Kicap
Showing posts with label Sambal Kicap. Show all posts
Showing posts with label Sambal Kicap. Show all posts

Tuesday, July 25, 2017

Kek Kawin 4 tingkat - Royal Classic Contemporary by Leen Azi

Kek ini dinamakan Royal Classic Contemporary By Leen Azi...melihatkan design aku ni memang sesuai dengan pakaian songket merah pengantin tu...tapi gambar pengantin tak sempat nak snap sebab aku sibuk sangat mengejar si Raihan..hp pun kat husband..dah habis majlis baru perasan tak sempat ambik gambar pengantin potong kek..hahahaha

Walaupun kek ni dibuat pada tahun 2016, tapi nak share jugak...ni kek kawin 4 tingkat yang aku buat untuk adik ipar ke-2 aku...hahahaha..dah beranak dah pun si pengantin baru nak up gambar kek diaorang..tak pelahkan, janji bahagia kannnn...

Kek ni berperisa butterscotch with buttercream..standard flavor so semua orang boleh makan..
Design diilham oleh aku sendiri berkonsepkan rose merah...merah mak ngahhhhhh..kek setinggi empat tingkat ini sesungguhnya adalah yang pertama aku buat dan ilham datang secara automatik dikala mak yong sedang mengusung perut 5 bulan tu...

Sebenarnya seronok buat kek kawin ni, sebab boleh bermain dengan kepakaran dan juga idea...kalau tak ada kepakaran melempa kek memang payah, lagi-lagi nak kena ada keyakinan diri yang tinggi kalau buat kek kawin ni..almaklumlah kek kawin ni sekali je seumur hidup tau..tak sama macam kek harijadi..inilah kek yang menjadi kenangan hingga ke anak cucu..design sesebuah kek yang aku hasilkan adalah mengikut tema yang ada kat pelamin tu, sebolehnya aku cuba masukkan element-element yang ada pada pakaian pengantin...

Seikhlas hati, buat kek ni bukanlah senang macam petik jari atau makan kacang...idea idea idea..design design design....
kek semua orang boleh buat...tapi untuk menghasilkan design kek yang cantik bukan mudah..selalunya sebelum aku buat sesuatu kek kawin tu...berhelai-helai kertas aku lukis dan warna sebelum ianya terhasil, nak mendapatkan idea dan ilham bukan boleh dipaksa-paksa...itu sebab kadang kala ia mengambil masa yang lama nak berfikir..

selain design kek itu, kepakaran mengendalikan kek itu juga penting...kebanyakkan kek kawin akan nampak "tiang seri", tapi untuk kek-kek kawin yang aku hasilkan..sebolehnya aku tak nak nampak tiang seri tu..tak wowwww , pada pendapat akulah....aku nak nampak moden walaupun design klasik...so kat sini kepakaran dan silat mata perlu ada pada kek designer macam aku ni...kek tak bertiang ni bukan boleh letak-letak jer...kita nak kena touch up laaaaa, upgrade laaaaa...nak-nak pulak selalunya kena live show, sebab bukan datang seketul 4@7 tingkat camtu ja...seriously LECEH....leceh bukan sebab apa, sebab kita still kena deco walaupun kek dah ada diatas stage...huhuhu...(kalau letak kek atas stage lahhh)

diharapkan pengantin berpuas hati dengan hasil tangan dan design kami ini..

design kek by leen azi


wedding cake design by leen azi

wedding cake design by leen azi

wedding cake design by leen azi


wedding cake design by leen azi
mak yong bersama keknya





Wednesday, April 01, 2015

Pisang Goreng Cicah Sambal Kicap Power

Resepi untuk dikongsi hari ni ialah Sambal Kicap Power , pedas, sedap dan mantapppppp...

Kawan sekerja tadi tanya resepinya..so aku terpanggil untuk berkongsi di blog aku ni...

So sebelum tu, aku nak membebel dululah..sudi-sudilah dengar bebelan aku nih yerrkkk....hehehehe

Semalam, keluar jer dari office hujan lebat sangat...sampai jer rumah, tekak tak rasa nak makan nasi...perut macam kenyang, tapi nak makan....so aku pun bukaklah fridge geledah apa yang boleh dimakan..
Maka terjumpalah pisang nangka pemberian mentuaku dari Tapah...mereka tanam sendiri jer pisang tu kat belakang rumah,..seronokkan duduk kampung..
Kalau diberi pilihan, aku nak sangat duduk kampung, boleh tanam-tanam...
Mungkin suatu masa nanti, bila dah tua-tau..mana tahukannnnnn

Dek kerana hujan yang lebat tu..aku pun buatlah air kopi O panas kaw kaw, untuk dihidang bersama pisang nangka aku tuuuuu...Aku ni orang Johor...kalau makan goreng pisang mesti nak sambal kicap pedas. Kalau makan jemput-jemput @ cucuq kata orang kedah pun nak cicah ngan sambal kicap...perrhhhhhh mariiiii...berlumba-lumba Raihan, papa Raihan dan aku makan...kena pulak dengan KopiOPanasssssss.....hujan lebat pulak tuuuu...dapat tak bayangkan heavennya kami...
Airtangan Leen Azi
Pisang Nangka yang digoreng tepung..cicah pulak dengan sambal kicap....yummmyyyy

Dek kerana pisang tu sikit jer....sekelip mata jer habis..(nampakkan kami anak beranak kuat makan...hehehe)

Habis jer pisang, aku sambung pulak goreng jemput-jemput ikan bilis...habis sepinggan kami bantai..Penangan sambal kicap aku yang mantap tuuu...

Ok....sesudah habis aku membebel nih..barulah nak bagi resepi sambal kicap ni,  tutup mata jer pun boleh buat uolllssss!!! Resepi jemput-jemput tak yah lah kot...rasanya ramai dah tahu buat..entah-entah lagi sedap dari resepi aku...hehehehe
Airtangan Leen Azi
Jemput-jemput ikan bilis@ cucur pun sedap kalau dicicah dengan sambal kicap nih..
Bahan-Bahan Sambal kicap
  1. Cili Padi 15 biji
  2. Gula Merah 5 sudu besar
  3. Gula Pasir 5 sudu besar
  4. Kicap Manis 5 sudu besar
  5. Bawang putih 1 biji
  6. Air 1 cawan
Cara Memasak;
Campur semua bahan no.1 hingga 6 dan kisar sehingga lumat, masak dengan api yang kecil sehingga kuah pekat....Siapppppp

Kalau yang x suka manis, boleh kurangkan gula, kalau yang suka pedas boleh tambah cili..ikut selera korang yer..untuk family aku..kami x suka pedas..kesian kat Raihan...mama Raihan pun bukan kuat sangat makan pedas...sambal nasi lemak pun dah kira pedas untuk mama Raihan...;P hihihihi

Sambal kicap ni boleh simpan lama dalam fridge, tak payah nak beku-beku...tahan 3-5 bulan tau...
Sambal kicap ni juga boleh makan dengan sup, bakso, cicah tempe goreng, tahu goreng, ikan goreng tepung....perhhh...

Cubalah...

P/S: kakak abang yang membaca blog entry ni...jom follow blog i ni...dah follow jangan lupa tinggalkan jejak di comment...nnt i follow you back..thank youuuuu

Salingan: korang dah cuba ker Zmall (MY) aduhhh barang-barang dia serius murah, sekarang dengar kata tengah buat FREE shipping... cuci mata jer uols...mana tahu jumpa yang berkenan dihati..

 Zmall voucher

SPONSORED BY NUFFNANG

New story