LeenAzi

Monday, August 21, 2017

Giveaway "Free Cake" design by Leen Azi

HELLO HELLO HELLOOOOOOOOOO

Giveaway "Free Cake" design by Leen Azi



wahhhhh rasa macam teruja sangat nak buat give away ni....ini adalah first time tau buat give away...tujuan nak buat give away ni ialah nak tambah crowd kat blog leen ni,...caranya senang jerrr...ikut jer apa yang diarahkan...pemenang akan dapat SEBIJI kek.....baca betul-betul...sebiji kek...bukan slice tau...tapi kenalah ikut syarat dan terma..ahaksssss

Sis nak bagi kek apa?????? supriseeeeeeeee...sebab kek bergantung kepada pemenangnya nanti....disebabkan kek tak tahan lama..so kek apakah itu?? akan diberitahu kelak..


syarat-syaratnya......
  1. Follow Blog Followers
  2. Follow Google+ Followers
  3. Like Page Blog Leen Azi
  4. Like Page Rai Shopcenter
  5. Komen mana-mana entry Leen Azi
  6. Copy banner dan buat satu entry bertajuk "GiveAway "Free Cake" design by Leen Azi"- Please backlink
  7. Publish entry anda dan tinggalkan link pada ruangan komen entry ini
  • Semua syarat diatas mesti dipatuhi
  • Give away bermula dari 29/8/2017 sehingga 29/9/2017
  • Pemenang hanya seorang sahaja yang layak dan akan dipilih secara random oleh Leen Azi sendiri 
  • Give away ini hanya untuk warga Malaysia yang berada sekitar KULIM...yang berada di Luar kawasan KULIM pun boleh dengan syarat ambil kek ini sendiri..hehehehe
  • Kek tak boleh di poslaju yer sis-sis / bro-bro semua...pemenang kenalah datang ambik sendiri di lokasi yang akan ditetapkan..







Saturday, August 19, 2017

Kek Kawin 2 tingkat - Romann Blue Wedding Cake By Leen Azi

Tadaaaaa..tudiaaaaa..lama kak non tak update entry..sebab kak non sibuk sangat dengan aktiviti harian..macam biasa tapi ada extra skitlah busynyaaaa..Harini sepupu kak non kawin..so kak non and syuben pun membuatkan sebiji kek untuk mereka bertemakan royal blue..disebabkan ini adalah idea kak non so kak non nak bagi nama sikitlahhh..nama kek ni ROMANN BLUE with color Royal blue...syuben kata sesuai sebab dia ala2 roman design gitu...seperti biasa kek ni berperisa vanilla butterscotch with buttercream..

Design by Leen Azi

selain mementingkan design yang cantik untuk kek-kek kawin kak non..kak non juga mementingkan kualiti kek tu sendiri..

cerita bab design..kak non selalu berexperiment dengan kek-kek kak non..nak polish skill dan semestinya follow trend semasa..kek ni tengah in trend sesangatttttt...

Design by Leen Azi
Kek ni kak non buat 2 tingkat untuk menghasilkan kek yang simple tapi trending...ramai sangat yang mengadu..kek besar2 takut tak habisss..kek kecil pun boleh cantik kalau kena pada designnya..budget pun termasuk dalam senarai.. kek besar besarlah budget..kek simple,simple lah budget.(sempat lagi nak promosi hihihi).yang penting kek kawin nak cantikkk..tak gituuwwwwweew

kak non pulak jenis yang suka bunga-bunga ni..memang matching sangatlah dengan jiwaku ini...diharap pengantin suka dan berpuashati.. terimalah kek ikhlas dari kami ini...

Design By Leen Azi

Design by Leen Azi

Design By Leen Azi


Friday, August 11, 2017

Untung duduk kampung ada dusun buah

Siapa tak kenal durian????? sedih benorrr kalau ada yang tak kenal durian.....

buah-buahan tempatan yang sangat digemaribuah-buah ni aku beli dengan kawan sekerja...dia duduk area kampung so aku kirimlah dengan dia...siap hantar rumah lagiiiiii...baik budaknya......haritu punya trip tak puas makan, durian kecik besar kepala Rizqin jer kannn...kalini beli lagi untuk second trip...memang seronok bak hanggggg... sebab dapat makan puas-puas, harga pun tak mahal...harga kawan-kawan...

buah-buahan tempatan yang sangat digemari
Dalam 3 jenis buah ni, yang Raihan PALING SUKA ialah rambutan, kedua maggis dan ketiga durian...tapi terbalik pulak untuk mama raihan...Aku ni memang hantu durian..setakat 4 biji tu tak jadi masalah besar nak habiskan...cuma berpada-pada...makan sikit-sikit boleh ulang banyak hari...hahahahahaha

Nak order banyak tak boleh...sebab dah nak habis musim dah..yang ada pun tak berapa elok..yang aku dapat ni masih tip top rasanya..ni kira rezekilah ni...nasib baik ada kalau tak kempunan makkkkk

haritu scroll FB tengok ada yang post makan durian lambak kat shah alam erkkkk, katanya durian mentah...tak baik buat orang macamtu kannn..buat kata yang pergi tu mengidam...ciannnn baby...memberi harapan palsu jerrrr!!!!

ok sambung balik....

Rizqin??? dia yang paling sibuk..papa bagi rasa hujung lidah jer durian, relax jer diam yum yum durian tu, berdecap-decap mulut kumat kamit ..pastu bagi plak rasa rambutan...bukan main kejar tangan papa...hahaha..manggis pun rasa tapi nampaknya rambutan menang kot...rambutan kan manissss, Raihan sampai kenal pokok rambutan macamana,hahahaha

Dalam cerita ni Raihan yang paling happy nampak buah-buah ni...dapat-dapat jer terus ngapppp
aku pulak terus terjah durian...laki bini mengadap yang lemak kuning tu...durian kampung memang pure..rasa pun kuat sikit....tapi yang aku musykillllllll, ada ke durian bandar????????

lemak manis berkirm disukai ramai




Wednesday, August 09, 2017

Anak-anaklah harta dunia dan akhiratku...

Tak lama lagi Raihan dah 5 tahun, cepat sungguh masa berlalu, Raihan membesar dengan sihat dan kuat, anak yang rajin menolong mama dan sangat petah bercakap. Raihan juga anak yang manja, hari-hari mintak dipeluk dan dicium...tips keluarga bahagia

Bila dia dah beradik ni makin nampak sifat abang-abang dia tu, rajin popok adik tidor, rajin tolong mama jaga adik dan juga rajin main dengan adik dia..yang penting rajin kemas barang mainan dia lepas main, bukan apa,takut mama buang...pernah sekali memang aku buang sungguh-sungguh card choki-choki dia tu, bila nak berlawan nak cari card dah tak ada, dan dengan selamba aku cakap aku dah buang!!!rasakan...kejamkan aku..tapi lepas tu memang takutlah dia, mama buat sungguh-sungguh....

Dia tak sabar sungguh tunggu adik dia membesar,banyak kali tanya aku bila adik nak besar... nak ajak main bola...adik pun boleh tahan mengekek ketawa kalau nampak along tendang bola....tak padan yang kecik Rizqin tu...

keluarga bahagiaDulu masa Raihan kecil pool nya pun kecik, bila dah ada adik ni mama kena beli pool yang besar sikitlah lah nak sumbat 2 orang...
Budak-budakkan suka air, bila beli pool tu tak menyempat nak mandi, kalau boleh malam tu jugak nak mandi...
keluarga bahagia
sebelum mandi pool tu aku suruh dia basuh semua toys yang ada tu...bersungguh dia menyental toys dia tu...semangat sungguh dia...seronok tengok dia dah boleh buat kerja rumah...hahahaha, siap lah kooooo...banyak lagi yang menanti...hahahahha...mama gelak jahattttt
masa aku kecik dulu memang kena kerahan tenaga oleh mak, mana ada chance nak duduk goyang kaki tengok tv kalau dia memasak,disebabkan kerahan tenaga itulah aku jadi aku sekarang ni...thanks to mak...muuuahhhhh
keluarga bahagia
Ok berbalik pada cerita pool ni....sebenarnya kami plan nak picnic tapi langit nampak gelap nak hujan lebat...mengikut ramalan akulah...jadi aku pun membatalkan niat tu dan berpicniclah kami di depan pintu rumah...hahahhaa....tunggu punya tunggu rupanya tak jadi hujan, ku sangka mendung nak hujan rupanya panas sampai ke petang...haaaaa gituuuuuuuuuuuuuuu

Maka dengan itu kami rancang untuk bercuti minggu depan sambut birthday girl dan Raihan in advance, dekat-dekat jer janji depan laut....

Resepi Tauhu Sayur Campur Sos Tiram


Tauhu ni bagus untuk budak budak, haritu masak lauk ni suap kat Rizqin seronok sungguh dia...asyik nganga mulut minta di suap..tapi tauhu jerlah..kuahnya tak bagi pun...tauhukan lembut, seronoklah dia....along Raihan tak suka tauhu..dia makan brokoli jer...selera budak lain-lainkan...orang tua lagi macam-macam...hihihihi

Tauhu Sayur Campur Sos Tiram

airtangan leen azi

Bahan-bahan:
tauhu, ikut suka jenis apa
brokoli
carrot
daun sup
1/2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
3 sudu sos tiram
air 1/2 cawan
garam secukup rasa

Cara-caranya;
1. Tumis bawang dan bawang putih, masukkan tauhu, goreng garing sikit jer
2. masukkan air,sos tiram dan garam, biarkan mendidih.
3. masukkan sayur. biarkan mereneh sekejap dan tutup api.

Kalau tengok resepi ni mudahkan....kejap jer dah siap...Selamat mencuba!!!!


airtangan leen azi


Resepi mee sup daging simple dan enak




Harini perut mula meragam..so mama work from home jer lah...letih tiga empat kali ulang tandas...boleh kurus tauuuu...kalau kurus lahhhh..heheheh

jadinya, pagi-pagi mama dah hantar budak-budak tu ke nursery, untuk mama mengumpul tenaga..nak berjalan pun x larat dik nonnnnn...

so lunch hari ni mee sup daging jer lah...

airtangan leen azi

Tips and tricknya sangat senang..

stok daging memang dah ada...tumis bawang  besar dan bawang putih, letak air daging dan daging, dah mereneh tu letaklah mee dan sayur,kalau suka boleh letak telur... ni lah makanan orang yang tak larat....dalam kata sakit tu habis jugak lah semangkuk..light-light jer rasanya....ni semua untuk mengumpul tenaga jap lagi...

aku ni memang suka makan daging...kalau beli daging selalunya rebus siap2 dalam pressure cooker lepas tu simpan dalam bekas dan bekukan...selalunya 1kg akan dapat 4 portion...lebih kuranglah...masa rebus tu aku akan letak halia skali untuk hilangkan bau daging tu.

jadi bila dah ada banyak stok daging tu mulalah keluar resepi bukan-bukan, nak menghabiskan stok tu pun satu hal...

dulu Raihan tak pandai makan daging, sekarang dia dah suka pulak..kadang tu siap berebut cop daging dia...elok budak-budak makan daging ni, membina otot...

airtangan leen azi

Monday, August 07, 2017

Resepi roti canai telur mudah dan senang

kepada yang suka makan roti telur boleh kot cuba resepi ni..senang sesangat...si Raihan pun tahu buat...hehehehe...bakar line skit..

Roti Canai@paratha Telur

airtangan leen azi

rahsia resepi ni ialah kena ada roti canai tesco..dengan roti canai tesco ni macam-macam boleh buat..makan kosong  pun sedap...buat roti pisanng pun sedap, rasa dah macam bukan roti canai pun ada..dia lebih kepada pastri jer rasanya..
airtangan leen azi

kalau nak lagi mantap cairkan butter dulu baru tepek atas kuali..pastu pecahkan telur, tabur bawang besar yang dihiris, tabur cheese mozzarella, mayonies, bbq sauce,lada sulah sikit..terbalikkan sikit bagi masak rata.... perhhhh..dengan mozzarella yang mencair tu....sememangnya menu malam minggu yang menyeronokkan....

Tips and trick memasak
inilah roti canai yang dikatakan tuuu

Resepi Puding Roti mudah sesangat

Puding roti ni dibuat masa majlis rumah terbuka school Raihan dan Rizqin...potluck..so masing-masing bawalah makanan untuk dikongsi bersama..banyak sungguh makanan..sedap-sedap semuanya, antara yang aku buat untuk majlis tu ialah puding roti ni

jadinya nak share dan save resepi ni kat sini...harap sudi-sudilah mencuba

Resepi Puding Roti yang sangat mudah

airtangan leen azi yang senang dan simple

Bahan-bahan:
1 tin susu cair
6 sudu besar gula
8 keping roti sandwich
1 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla
5 sudu tepung kastard

Cara-caranya:
1. Campur semua bahan dalam blander, blander sampai halus,.
2. Masak dengan api sederhana sampai kuah pekat dan berkilat, kacau sentiasa tau.
3. Letakkan dalam acuan, sejukkan dalam peti sejuk.

pesanan: boleh disira dengan gula hangus@susu sejat

Resepi mudah kastard koktail buah-buahan

Sebenarnya resepi ni dibuat masa bulan puasa haritu...sekali lalu kat tekak masa cuaca panas terik memang terrangkatlahhhh...puas hati buat sendiri kan...dapat makan banyak sikit...hehehehe

Kalau buat majlis harijadi dan rumah terbuka memang sesuai sangattttt...berebut-rebut para tetamu...

Resepi mudah kastard koktail buah-buahan 

airtangan leen azi
Resepi mudah kastard koktail buah yang sedappppp...eemmmm yummyy


Bahan untuk Puding

1 cawan tepung kastard 4 cawan air1/2 cawan gula pasir 

Cara membuat puding:

1. Panaskan air dan gula di dalam periuk, kemudian perlahan-lahan letakkan tepung kastard, gunakan api sederhana, kacau sehingga pekat dan berkilat..a
2. Tuang dalam bekas comel2 dan biarkan hingga sejuk sedikit kemudian simpan dalam peti sejuk.


Bahan Untuk Kuah

1 tin susu cair1 tin besar mix fruits 1 1/2 tin air masak3 sudu besar gula pasir1 sudu teh esen vanila

Cara membuat kuah:

1.Letakan semua bahan kuah ke dalam periuk dan masak dengan api sederhana, bila dah naik wap terus tutup api, sejukkan..


hidang dengan ice cube atau di simpan dalam peti sejuk..makan masa hari panas ni 2 mangkuk pun boleh habis niiii....yummyyy


Resepi Kari Ikan abang sado... mudah mantap dan meletoppp

Ok... hari sabtu lepas dah draft entry ni tetapi apakan daya, tangan hanya dua..tak sempat dik nonnnn nak mengadap blog nih..curi-curi masa sementara si kecil tido....kononnya cuti...mama pun tanam niat nak update blog...tapi  kecundang jua.. draft and draft and draft..post bila sempat..hahahaha

Entry kalini ialah Kari Ikan Abang Sado...kenapakah sebegitu nama resepi diberi.....????? sebab ini resepi orang lelaki...kita tukang tulis resepi jer...sememangnya x boleh melawan rasa mantapnya..bila makan karini rasa sangat kari airtangan sendiri dah tak sedap...hahahaha....

makanya..setiap kali nak makan kari, tuan empunya resepilah kena masakkan...alhamdulillah...
air tangan leen azi

Resepi Kari Ikan Abang Sado

Bahan-bahannya:
3 ketul Ikan merah 
1 tangkai daun kari
1 biji sederhana bawang besar-hiris
4 ulas bawang putih-hiris
 1 inci halia hiris
1 sudu kecil serbuk ketumbar
1 sudu kecil serbuk jintan putih
1 batang kayu manis
 1 bunga lawang
2 biji buah pelaga
4 bunga cengkih
hujung sudu kecil halba
sedidikit asam jawa

Cara-caranya:
1. Campurkan kesemua bahan ni didalam mangkuk-  bawang besar, bawang putih, halia, serbuk jintan putih,serbuk kentumbar dan rempah kari.

2. Tumis bahan yang dicampur tadi sebentar hingga naik bau dan masukkan halba serta 4 sekawan ( kayu manis/cengkih/bunga lawang/buah pelaga, biarkan mendidih.

3. Masukkan ikan dan campurkan air 2 cawan., tambah asam jawa dan tomato.

4. Setelah mendidih masukan garam dan gula secukup rasa.Siap

Sedap dihidang dengan nasi panas, ulam-ulaman dan sambal belacan...perrhhhh memang mantappppp

selamat mencuba..



SPONSORED BY NUFFNANG

New story