LeenAzi

Wednesday, March 18, 2015

Persediaan Si Ibu Sepanjang Waktu Pantang

Post kali ni untuk ibu-ibu baru....anak pertama, super excitedkan...google sana, google sini cari maklumat untuk orang baru...
Dulu, masa mengandungkan Raihan, aku rasa akulah orang yang paling sibuk..bawa list kehulu-kehilir..tanya orang sana- orang sini...hahahaha
So, untuk memudahkan bakal-bakal ibu ni...aku nak share sikit apa yang perlu untuk si ibu baru membuat persiapan..
Gambar kenangan semasa mengandungkan Raihan
Apa yang perlu disediakan semasa Berpantang...

1. Kain batik lepas (Kain batik yang belum dijahit). Ia sebagai alas semasa tidur terutama sebulan selepas bersalin;
2. Kain batik yang sudah siap dijahit. Untuk dipakai seharian di rumah. Bagi yang berduit, dapatkan blaus yang memudahkan pergerakan dan selesa;
3. Baju/blaus yang memudahkan Si Ibu untuk menyusukan anak dan ia mesti selesa untuk Si Ibu. T-Shirtpun boleh. Pilih T-Shirt yang tidak terlalu tebal atau nipis;
4. Produk kesihatan. Banyak di pasaran sekarang. Ia perlu di zaman moden ini kerana pantang zaman sekarang tidak seperti zaman dulu-dulu;
5. Orang untuk menjaga Si Ibu dan Si Anak semasa pantang.
6. Khidmat Mengurut. Ini perkara wajib. Mesti dapatkan tukang urut yang betul. Kalau boleh maklumkan kepada dia awal-awal. Senang buat perancangan. Kebiasaanya kos mengurut antara RM40-100 sekali, Untuk memastikan ibu sihat dan kuat selepas berpantang, eloklah dibuat 3-7 kali sesi mengurut..
7. Tuala wanita bersalin sebanyak 280 keping/ 14 peket (20 keping sepeket) bagi kegunaan 5 keping sehari selama 60 hari. Pilih yang mempunyai permukaan lembut. Bagi yang tidak kisah untuk pakai kain, ia terpulang. Kedua-dua ada baiknya;
8. Stokin. Orang kata, masuk angin jika tidak pakai stokin. Jadi, mesti selalu pakai stokin untuk kesihatan;
9. Alat-alat jagaan kebersihan wanita. Jangan lupa juga perkara-perkara asas yang lain seperti syampu, ubat gigi, bedak, sikat, tuala muka-rambut-dan badan-asingkan. Pastikan diri Si Ibu sentiasa kemas dan terurus.
10. Pastikan rumah dikemaskan sebelum bersalin. Supaya tak berserabut nanti. Dalam pantang tidak boleh buat kerja berat
11. Sediakan tilam yang tidak begitu tebal atau nipis. Biasanya tukang urut tidak mengurut atas katil tapi di atas lantai. Ia juga memudahkan si ibu bergerak ke sana ke mari.
12. Batu tungku. Batu tunggu besi lagi mudah dipegang...Harga dalam RM30-50.00
Tungku besi
13. Ubat-ubatan dan krim badan. Selain produk kesihatan yang kita beli di pasaran, penting juga, jika ada untuk kita minum air akar kayu, sapu minyak angin kat badan, dan krim stretch mark.
aku pakai yang orang lama-lama pakai...Harga dalam RM80-90.00
Set Jamu ni dibuat dalam bentuk pil, jadi ia mudah untuk dimakan
14. Katil bayi.
15. Diapers/Lampin Si Anak. 280 keping untuk 60 hari. Lampin/diaper anak yang baru lahir perlu sentiasa ditukar, lebih kurang 5/6 kali sehari.
16. Tilam, bantal, selimut bayi.
17 Alatan mandi bayi. . Jadi elok mendapatkan alatan yang yang memang selalu diguna dalam jumlah yang banyak sekaligus. Maksudnya dalam botol besar. Bedak tak perlu beli dalam botol besar.
18. Pakaian Si Anak. Beli awal-awal dan pilih warna neutral (biasanya bila kita scan anak perempuan, mulalah kita nak beli warna pink, begitu juga sebaliknya. Tapi sejauh mana kita yakin anak perempuan yang akan lahir nanti, betul tak?
19. Basin mandi Si Anak.
20. Bengkung untuk si ibu guna semasa berpantang- membentuk kembali bentuk tubuh kembali lansing..
Inilah dia Bengkung..boleh di dapati di kedai-kedai menjual kain..

Persediaan Si Ibu Semasa Hari Bersalin (Di Hospital)
( Simpan dalam bonet kereta start dari umur kandungan 7 bulan sebagai persediaan, jika berlaku sebarang kecemasan, taklah para suami "tertinggal"dek kerana kelang kabut tu)

1. Beg Pakaian
2. Dokumen-dokumen penting (letak dalam satu beg kecil)
3. Tuala mandi 1, tuala muka 1 dan tuala rambut 1
4. Alatan mandi dan cuci (ubat dan berus gigi, syampu, sikat rambut, sabun mandi, sabun basuh dll)
5. Kain batik untuk dipakai 3 pasang
6. T-Shirt 3 helai
7. Tudung kepala (tidak terlalu besar atau kecil)
8. Pengikat rambut (bagi yang berambut panjang) atau klip rambut. Ini memastikan rambut sentiasa kemas dan terurus. Nanti tak rasa berserabut. Kesihatan juga terjaga.
9. Tuala wanita 1 peket (20 keping). Bawa lebih lebih baik jika jauh dari hospital nanti tidak menyusahkan suami pergi balik untuk dapatkannya untuk kita.
10. Bakul
11. Termos 1
12. Bekas air 1 (atau air mineral 3 btl besar)
13. Cawan
14. Tupperware
15. Roti putih, biskut tawar, susu tepung untuk ibu yang menyusu (optional)


Persediaan untuk Si Anak
( letakkan dalam bonet kereta siap-siap, untuk dibawa masuk bersama si ibu semasa dalam labor room)
Semasa hari bersalin (biasanya kita akan berada di hospital selama 2/3 hari. Ini bergantung kepada keadaan Si Ibu dan Si Anak). Kalau baby ada Kuning, kenalah bermalam di hospital sehingga doktor benarkan pulang.. Sediakan satu beg kelengkapan berikut untuk dibawa ke hospital dan jugak di rumah. Jika apa-apa berlaku, bolehlah suami membantu membawanya ke hospital tanpa perlu mencari-cari.
1. Beg Bayi
2. Selimut 2
3. Baju dan seluar 3
4. Diapers Newborn size/ saiz S
5. Tuala untuk mengelap tubuh Si Anak 1
6. Tuala basah (wet wipes) 4 peket
7. Minyak telon/ Yu yee


Macamana nak Mengurus Hutang $$$$$$$

Dalam kehidupan kita generasi muda zaman sekarang, kita perlu jelas dalam hidup ini, apa yang kita mahukan....Kepada yang berjaya mencapai matlamat mereka..Syabass...

Hidup ini ibarat roda, kekadang dibawah, kekadang di atas, orang yang berjaya akan menjadikan pengalaman sebagai pengajaran.
Siapa kata orang miskin tak boleh jadi kaya, berjaya ???
Siapa kata orang kaya tak boleh jadi Miskin???
Tiada siapa yang berhak berkata-kata melainkan Allah..
Tapi Allah juga menyuruh kita merancang dan berusaha...
Takdir biar DIA yang tentukan..
_______________________________________________

Panjang pulak aku bermukadimah...hihihhi
Topik kalini kita ketepikan "saya memang anak orang kaya, makbapak bagi duit belanja bulan-bulan kalau x cukup"...anggap ajer korang ni berdikari dengan keringat sendiri...

OKlah tips kali ini Macamana Nak Mengurus Hutang????



Dengan hanya 4 steps..Kita santai-santai tak yah stress-stress ya..
ambil masa, ambil kertas dan pen...lakarlah, contenglah, apa yang aku tulis ni mengikut kesesuaian masing-masing

STEP 1 : Menentukan Matlamat

Matlamat kena jelas..kita juga kena yakin setiap matlamat yang dirancang. Dengan adanya matlamat ini, korang akan  merasakan titik peluh korang bekerja selama ini sangat "berharga". Matlamat ni dalam erti kata lain azam..

Dalam menentukan matlamat ni, kita tak bolehlah nak capai on the spot.., jam-jam tu nakkkk..Tapi jangan pulak jadikan ia "angan-angan kosong". Ada matlamat jangka masa pendek, sederhana dan ada matlamat jangka masa panjang..




STEP 2 : Menjejaki kemana perginya duit?
ringan-ringankan tangan menulis ya angka-angka tu...walau pedih, gagahkan jer lahhh
  • Ke mana dan bagaimana korang membelanjakan duit
  • Berapa banyak hutang korang setiap bulan
  • Berapa baki wang yang masih tinggal di penghujung bulan

STEP 3 : Menilai Tabiat Berbelanja
  • Menggunakan simpanan untuk membayar bil semasa
  • Memohon pinjaman baru untuk melangsaikan hutang pinjaman lama
  • Hutang lebih besar daripada pendapatan
  • Membeli sesuatu tanpa memikirkan sama ada anda mampu atau tidak

STEP 4 : Menulis Rancangan Perbelanjaan 
  • Tentukan jumlah pendapat bulanan 
  • Tambah jumlah perbelanjaan termasuklah bil bulanan, bayaran balik pinjaman, sewa, perbelanjaan seharian dan lain lain
  • Ketepikan sejumlah wang untuk kecemasan dan perbelanjaan bermusim (seperti yuran sekolah, musim perayaan, cukai jalan, pembaharuan insurans dan lain-lain)


Amalan...BIAR PAPA ASAL BERGAYA dah lapuk...zaman sekarang, orang yang selekeh mekeh tulah yang BERKEPOK DUIT dalam bank, ada tanah berbidang-bidang....betul tak???..

Perlu ker kita berhutang hanya sebab nak pakai tudung mahal, handphone mahal, baju mahal, periuk belanga mahal, handbag mahal...tapi "Hutang??" Perlu ker...perlu ker....tak semak ker kepala nak pikir bayar hutang....Katakan TIDAKKKKK

Yang bergaya sakan diluaran tu..cer tanya..dalam bank ada berapa digit...

Kalau ada banyak digit....Cayalah koranggggg...!!!



Tips Beli Rumah Pertamaku

Orang nak kawin, orang baru kawin, orang dah kawin yang tak ada rumah lagi nii... aku rasa korang bacalah post ni habis-habis..OK, Tips ni rentetan dari Tips Permohonan Laporan Kredit @ lebih dikenali CCRIS aku sebelum ni ...post ni aku buat khas kepada orang yang belum ada rumah sendiri..atau dengan erti  kata lain...baru rancang nak beli rumah pertama..


Adat manusia..bila dah nampak list CCRIS tu panjang berjela, payment buruk.. barulah besar biji mata tu tengok hutang yang banyak..masa tulah tiba-tiba rasa migrain lah, nak muntahlah..( masa berbelanja tak ingat nak muntah..heheheh)

Hope tips ni dapat membantu korang..dan aku cuba olah seringkas yang mungkin bagi korang faham

Tujuan tips ni ialah untuk
1. Mengelakkan korang dari kecewa permohonan pinjaman kena tolak!!!
2. Sebelum korang berangan-angan nak memiliki rumah banglo 4 tingkat...
3. Sebelum korang penat cari rumah dan juga habis duit minyak ronda kawasan cari rumah nak jual..
4. Sebelum duit dalam bank korang habiskan beli kereta dan berjoli...
5. Sebelum korang kena blacklist sebab tak bayar hutang kredit kad..
6. Sebelum korang tolong owner rumah sewa korang bayar habis duit rumah kat bank..
7. Paling parah..Sebelum korang dah tua, nak buat loan dah tak boleh.....dah terlambatttt (Lazimnya tempoh pinjaman ditetapkan sehingga 30 tahun atau sehingga peminjam mencapai umur 65 tahun, mengikut mana yang dahulu.

Contoh: Tahun 2015 Ali sudah pun berumur 37 tahun + 30 tahun tempoh pinjaman = 67 tahun,(lebih had tempoh)
Kemungkinan besar, Ali tidak lagi boleh membeli rumah secara pinjaman bank melainkan dengan membayar secara tunai atau pun diberi tempoh yang singkat dan akan menyebabkan ansuran bulanan yang tinggi. Sikap bertangguh hanya merugikan.

Antara Faktor tak beli rumah ialah(realiti dalam kehidupan)
1. Tiada matlamat nak membeli rumah...ramai yang sanggup berhabis duit nak beli kereta besar dari berhabis duit beli rumah besar..tanpa sedari sekecil-kecil rumah, sekurang-kurangnya itu  rumah korang yang punya..
2. Pada yang duduk kuarters kerajaan tu terasa selesa, sampai terlupa nak beli rumah,
3. Pada yang duduk rumah mak bapak pun macam tu jugak..bila dah berlaku perselisihan faham baru terpikir nak duduk rumah sendiri..
4. Harga Rumah Mahal..setahu aku harga rumah x akan pernah turun..tunggu punya tunggu dan terus tunggu sehingga harga RUMAH MAKIN MAHAL...
5. Dah set pemikiran Tak Mampu Beli...Pemikiran kita mengawal tindakan kita..kalau dalam fikiran dah set "tak mampu beli" sampai kesudah x mampu beli..
6. Tak jumpa lagi rumah yang sesuai..kekadang terlalu "cerewet sangat" sampai dah tak jumpa rumah yang sesuai.

Come on...not too late...Usaha tangga kejayaan...kalau orang lain boleh beli kenapa korang takkkk...

Mana nak dapat duit beli rumah?
Sumber kewangan dari duit simpanan , KWSP dan juga pinjaman bank.

Sebagai panduan, komitmen bulanan seperti ansuran pinjaman peribadi , kad kredit dan kereta tidak boleh melebihi 1/3 daripada pendapatan kasar isi rumah.

Inilah sebab bergunanya laporan kredit tuuuu...Kita nilai kemampuan diri kita dulu sebelum bank menilai kita, bila dah nampak hutang keliling pinggang tu..cubalah kurangkan mana yang boleh, payment bagi cantik "0" sepanjang tahun..
(Hanya tuan punya badan je yang tahu macamana nak plan dan manage payment bagi cantik,  tabiat berbelanja tu penting)
Rancanglah perbelanjaan korang, dan elakkan terlalu banyak hutang..
Bila bank tengok payment cantik, tak lah "bank kecut perut" nak bagi kita berhutang....Malah berduyun-duyun bank call suruh buat hutang, offer itu offer ini, dasyat sungguh diaorang ni, kalau free x per jugakk...korang ingat senang bank nak bagi korang pinjam duit berpuluh ribu..kalau nak pinjam dengan aku memang tak dapat even seposen pun... punya kedekut ini orang!!!hahahahahaha

Ok..Straight to the point..

Kebanyakan dari kita, cari dulu rumah baru submit dokumen kat bank kan?? Tapi kali ni tips TERBALIK aku nak ajar, kita submit dulu baru cari rumah...amacam?? 

~ Sediakan semua dokumen "asas" yang bank perlukan. Buat 3 set untuk dihantar ke 3 bank yang berasingan

~ Setiap bank mempunyai kriteria yang berbeza dalam menentukan kemampuan membayar balik pinjaman...nak selamat submit 3 bank dan bandingkan bank mana yang paling bagus dan murah..

(STEP 1) Dokumen asas yang di perlukan untuk memohon..
  1. Sesalinan kad pengenalan atau pasport
  2. Slip gaji untuk 3 bulan yang terkini
  3. Penyata cukai pendapatan (borang J) yang terkini atau borang EA
  4. Penyata bank 6 bulan terdahulu (wajib jika tiada slip gaji/borang J/EA)/buku akaun simpanan/resit simpanan tetap
**Sesetengah bank mungkin memerlukan dokumen sokongan tambahan
**Kalau korang rancang nak beli rumah yang lebih besar, combinelah dengan pasangan, loan buat 2 nama..bolehlah dapat rumah yang diidamkan..jadi, pasangan  pun kena sediakan dokumen sama macam korang juga..

(STEP 2) Duduk Berbincang dengan pihak bank- tunjuk semua dokumen yang korang sediakan tu...lepastu tanya pegawai bank "berapa harga rumah saya mampu beli" berdasarkan gaji dan komitten yang ada..tunjuk sekali Laporan Kredit terkini tu..

- Bila dah tahu berapa harga rumah mampu beli tu barulah start mencari rumah , jadi tak lah korang tersasar jauh mencari rumah dari harga mampu beli...betul takkkk?? Submit loan penat-penat akhirnya LOAN TAK LEPAS..

Sekiranya korang punya laporan/dokumen cantikkk.." korang boleh terus submit dokumen-dokumen yang ada untuk pegawai bank tu buatkan permohonan untuk korang"

Dalam masa yang sama..korang carilah rumah yang nak dibeli..

Kalau loan x lepas....nampaknya korang kenalah baca next post aku..."Tips Macamana nak Mengurus Hutang"

- Kebiasaanya, bank ada berhubung dengan agen-agen rumah dan peguam..kalau malas.. suruh agen rumah yang carikan korang rumah..tapi diingatkan..agen-agen ni up harga lebih mahal berbanding harga yang tuan rumah nak jual..mungkin 10k, mungkin paling sikit 5k...Kalau nak jimat, carilah rumah yang direct pada owner(ini untuk case rumah 2nd hand) ..
- Kalau nak senang boleh juga korang cari kat Mudah.my..

(STEP 3) Deposit/Booking..Selalunya kalau rumah 2nd hand ni, korang terus berbincang dengan owner..kat situ korang bicanglah elok-elok, dan terus-terang berapa duit cash yang korang mampu bayar untuk "book@deposit" rumah yang berkenaan tu. (Sebagai cagaran yang korang betul-betul nak beli rumah tu)

- Untuk kes rumah melalui pemaju (rumah baru), Kebiasaannya korang kena bayar deposit 10% dari harga rumah, dan rumah mungkin belum siap sepenuhnya, kena tunggu 1-2 tahun .

(STEP 4) Sesudah korang mendapat kata sepakat dari owner rumah / pemaju (2nd hand / rumah baru)

- Korang kena dapatkan Dokumen Perjanjian Jual Beli /Resit pembayaran deposit @ tempahan / surat daripada pemaju.
- Sesalinan surat hakmilik tanah(jika ada)
- Laporan Penilaian Harta (untuk rumah 2nd hand)- Laporan Penilaian Harta ialah Sebuah laporan analisa bertulis yang disediakan oleh jurunilai bertauliah yang menyatakan maklumat berhubung dengan nilai sesuatu hartanah.-(yang ni boleh minta pegawai bank uruskan- tapi ada caj dikenakan)

(STEP 5) Melantik seorang peguam untuk menyiapkan dokumentasi pinjaman.
Biasanya, korang boleh memilih peguam dari senarai panel peguam yang disediakan oleh pihak bank. Sebahagian daripada dokumen ini akan dikemukakan kepada jabatan Kerajaan berkenaan untuk pendaftaran dan kepada Pejabat Setem untuk pembatalan setem.

Selepas proses di atas selesai, dokumen-dokumen berdaftar ini hendaklah diserahkan kepada pihak bank dan korang akan diberikan sesalinan Perjanjian Pinjaman. Pada amnya, masa yang diambil untuk menyiapkan proses undang-undang dokumentasi ini adalah tidak melebihi 6 bulan. Pergantung kepada kecekapan peguam korang buat kerja.

(STEP 6) Follow up dengan peguam status terkini , Sign surat perjanjian dengan bank dan akhir sekali "proses penyerahan kunci rumah"

Tak ada duit nak bayar deposit beli rumah???

Letakkan matlamat korang "nak beli rumah"..

Paksalah diri menyimpan setiap bulan untuk dijadikan deposit/ booking...dahulukan mana yang penting..yang tak penting tunggu dulu..dah dapat rumah barulah fikir nak beli kereta besar, nak itu nak ini...kalau sekarang x mulakan..bila lagi?


 ---- suka aku  ingatkan di sini, aku bukan pekerja dari mana-mana bank, this info aku dapat dari pengalaman dan perkongsian ilmu dari orang-orang disekeliling aku...bertanyalah dengan pihak bank untuk lebih pasti..malu bertanya sesat jalan..

Hope this tips dapat membakar semangat korang untuk membeli rumah "rumah adalah aset yang menguntungkan bukan merugikan"


Sunday, March 15, 2015

Airtangan saya ~Kek Pisang Gebu,Lembab, Sedap dan Senang

Weekend ni, aku nak share resepi kek ni yang dah lama dah terperuk dalam almari..Tetiba rakan sekerja minta resepi ni minggu lepas..alang-alang buat skali lah..tekak baru lepas demam ni memang nak makan macam-macam...

Satu lagi, resepi ni yang paling mudah nak buat...kepada yang beginner tu eloklah cuba...

InsyaAllah kek pisang ni GEBUSssss, Lembabbbbb, yang paling utama..SENANG sangattttttt..Bahan-bahan pun superrr simple...

Kalau ikut step yang aku bagi ni InsyaAllah menjadi..tapi kalau pandai-pandai ubah resepi...tak dapat nak tolongggg.....

Untuk memudahkan Raihan makan..so aku buat dalam cupcake...Kalau korang nak buat dalam loyang bulat, petak...boleh juga...



Bahan-bahan yang diperlukan;


1. Pisang berangan saiz sedang-sedang ~ 6 biji (potong dadu)

2. Minyak Masak  ~ 1 cawan
3. Telur Gred C ~ 5 biji
4. Gula Caster ~ 2 cawan
5. Tepung gandum ~ 3 cawan
6. Soda Bikarbonat ~ 2 sudu kecil
7.  Esen Vanilla ~ 1 sudu kecil

Cara-caranya;

1. Kalau rajin lenyek , kalau nak senang blender , masukkan minyak masak dan soda bikarbonat  ke dalam blender dan kisar sehingga lumat...
2. Pukul telur, gula halus & esen vanilla menggunakan mixer selama 10 minit, kemudian masukkan pisang yang telah dikisar/dileyek halus tadi..
3. Sesudah sebati, masukkan pulak tepung sedikit demi sedikit dan kacau...

4. Sapu acuan / loyang  dengan butter..dan masukkan adunan tadi,  serta bakar selama 35minit , dengan suhu 180c..
Untuk memudahkan Raihan makan...aku buat dalam cupcake...
Sekali mengadap 3 cupcake dia bantai...eeeeeeeemmm dap sangat...katanya..
Otai-otai bakers kalau nak komen dialu-alukan...




Friday, March 13, 2015

Tips Permohonan Laporan Kredit @ lebih dikenali CCRIS

Hope this tips dapat membantu korang membuat perancangan dan belanjawan dalam kehidupan seharian..

Setiap orang mengimpikan yang indah-indah belakakan..nak rumah besar, nak kereta besar,nak motor besar, nak handphone canggih, nak  pangkat besar..nak melancong jauh-jauh...

Tetapi sejauh mana usaha kita.."tepuk dada tanya selera"

Pada aku..rezeki Allah tu luas..selagi kita hidup....berusahalah sehabis daya..Namun pada aku hidup BERSEDERHANA lagi indah...tak perlu mengikut sangat trend terkini kalau ia diluar kemampuan diri..

Tak ada manusia yang suka hidup di kelilingi hutangkan???Tapi jarang-jarang sangat orang yang tak ada lansung hutang...terutama hutang rumah dan kereta..Lebih-lebih lagi yang berumur dalam lingkungan 20-60 tahun....

Silap haribulan, yang umur 70 tahun pun masih ada lagi yang berhutang( maksud aku, hutang$$$$$ dengan bank, hutang budi dan nyawa tak masuk topik OK!!!!!)
Inilah dia betuk Laporan Kredit @ CCRIS

So untuk mengelakkan hutang yang berpanjangan atau paling tidak mengurangkan bebanan yang ada..aku nak bagi sikit Tips macamana nak manage hutang..(bukan bagi pinjam duit ya!!!....;p)

Untuk orang yang baru nak memulakan alam rumahtangga..aku rasa info ni berguna untuk korang..
Sebabnya....masa tulah baru plan nak beli rumah, orang baru kawinlah katakan, nak hidup berdikari....Majoriti masyarakat kita dah kawin baru nak beli rumah..

Untuk golongan yang baru habis study dan baru bekerja, pasti kelang-kabut nak beli kereta..itulah kebiasaannya..(kereta makpak bagi tak masuk topik juga!!!)

Orang bujang pun boleh...lagilah digalakkan merancang $$$$ korang tuuuuuu

Benda pertama setiap hujung tahun yang aku buat ialah memohon LAPORAN KREDIT dari BANK NEGARA MALAYSIA (BNM)

1. Siapa yang perlu dapatkan Laporan Kredit ni...
Jawapannya : Orang yang ada hutang dengan pihak bank (Ar-Rahnu , ASB loan, Personal loan, Car loan, House loan, Aeon credit, Credit Card)..janji berhutang dengan bank yang berdaftar dengan bank negara
..yang tak ada buat hutang sepertimana yang aku tulis tu..stay cool..cayalahhhh korangg!!!!

2.Untuk apa Laporan Kredit ni
Jawapannya: Untuk SEMAK hutang yang ada, berapa banyak korang hutang dengan bank-bank, BAKI HUTANG YANG ADA dan berapa KALI BAYARAN TERTUNGGAK....senang cerita, Laporan Kredit ni membolehkan korang tengok semua hutang yang korang ada dalam sehelai kertas..

Jadi, bila dah tahu banyak mana hutang yang ada, pandai-pandailah merancang apa yang perlu diutamakan..

3. Kat mana nak dapat Laporan Kredit (CCRIS)
Jawapannya : Dapat dari Bank Negara (kalau mintak kat aku sampai kiamat tak dapat!!!! hahahaha)

Mari kita kenal apa itu Bank Negara Malaysia (the Central Bank of Malaysia)
nak lebih yakin...baca link ni...

http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=7&pg=715&ac=795

" Bank Negara Malaysia merupakan badan berkanun yang mula beroperasi pada 26 Januari 1959. Bank Negara Malaysia tertakluk kepada Akta Bank Negara Malaysia 2009. Peranan Bank Negara Malaysia adalah untuk menggalakkan kestabilan monetari dan kewangan bagi menyediakan persekitaran yang kondusif untuk pertumbuhan ekonomi Malaysia yang mampan"

Secara ringkasnya yang boleh aku terangkan....Bank Negara mengumpul, menyimpan semua DATA dan MAKLUMAT pemegang akaun bank..tak kira apa jer nama bank di Malaysia, Maybank ker, CIMB ker, Citibank ker..dah nama pun "The Central Bank of Malaysia"

4. Masa bila nak guna Laporan Kredit ni
Jawapannya : Masa korang merancang nak tambah hutang..beli rumah, beli kereta, pinjaman untuk perniagaan atau sebagainya yang memerlukan korang buat pinjaman bank...

5. Macamana nak mohon
Jawapannya: kat sini aku bagi link... baca setiap huruf, fahamkan, print borang ni, Isi borang, scan borang ni ker PC/laptop korang...pastu hantar ke alamat yang dia bagi  tu BERSERTA dokumen yang diperlukan  ....  http://www.bnm.gov.my/?rp=CRR_Form_23_Oct_2012_final.pdf

Ini aku SNAPSHOT kan borang tu...korang JANGAN print yang ini...print dari link yang aku bagi tuuu
Bila korang dah siapkan semua dokumen yang dikehendaki, korang pilihlah cara mana yang paling mudah, pada aku...email lagi mudah...

Kalau korang nak guna email, korang kena scan semua dokumen tu...
P/S: gunalah alamat email yang FORMAL..

Ni contoh email aku bagi kat BNM...

Setelah korang taip ayat tu..kalau nak guna ayat lain pun boleh...ikut koranglah...jangan lupa attach dokumen yang diperlukan...jangan lupa SEMAK sebelum hantar....
Tak lama...tak sampai 7 hari bekerja,  aku pun dapatlah reply dari BNM

Inilah contoh maklum balas dari mereka..pahamkan betul-betul ayat yang aku highlight color biru dan merah tu yaaa
Bila dah dapat Laporan Kredit @ CCRIS ni senanglah...korang boleh lah rancang apa yang patut...

*** P/S PENTING ;
Laporan  yang  cantik , 0 jer tiap-tiap bulan ini bukanlah petanda "loan gerenti approve"
bergantung pada gaji dan commitment (hutang) yang korang tanggung jugaklah...
Kalau dah hutang lebih banyak dari gaji, even payment cantik pun, bank payah lepas..unless ada guarantor (penjamin)

PENJAMIN @ GUARANTOR...
***Sebelum gatal tangan nak jadi guarantor...bacalah tips yang BNM bagi ni...
*** Berbelanjalah dengan berjimat-cermat....ibarat "ukur baju di badan sendiri"... Jom hidup BEBAS dari HUTANG!!!
*** Kalau tak paham boleh hubungi BNM




~~~~~ Do follow me # next Topik..Tips Beli RUMAH pertamakuuuuuu.....orang yang ada rumah/aset pun boleh share pendapat korang..;D

Thursday, March 12, 2015

Trip ke Jepun # Shibuya Tokyo ~ Episod 2

Episod ke-2 kali ini bertajuk "Berjimba di Shibuya Tokyo & Bertemu Awek Jepun"

Sesampai sahaja di rumah Pak Long dan Mak Long kami dijamukan dengan makanan yang sedap-sedap...mana taknya..Mak Long tunggu kami punyalah lama..dari pagi sampai ke malam....maaf di pinta....Namun, Alhamdulillah syukur  kami selamat sampai walau pun sesat....

Aktiviti seterusnya...selepas makan, solat dan berehat sebentar...Pak Long dan Mak Long pun terus bawa kami ronda-ronda Shibuya Crossing....

Abang macho aku happy sangat dapat pergi tempat ni...
Apa yang menarik Shibuya Crossing ni erk??? Ok jom aku share gambar yang aku ambil dari internet..tipulah kalau aku cakap aku yang ambil gambar ni kan...hehehe..mana ada Helicopter nak naik dan ambil gambar dari tempat yang tinggi.. ;P

Pada yang minat bawa keta engine turbo, drift sana, drift sini..bawa laju-laju serupa nak terbang tu..mesti dah tengok citer ni..
Meh aku cerita skit tentang Shibuya dan Shibuya Crossing ni..

" Shibuya adalah tapak sejarah sebuah istana di mana keluarga Shibuya yang tinggal dari abad ke-11. Berikutan pembukaan Yamanote Line pada tahun 1885, Shibuya mula muncul sebagai terminal kereta api untuk barat daya Tokyo dan akhirnya sebagai pusat komersial dan hiburan utama"

"Shibuya Crossing, adalah dimana tempat manusia sentiasa mencurah-curah dan berkumpul di seberang jalan dari semua arah akan dan bertemu di tengah-tengah dalam keadaan kucar-kacir dan terburu-buru.  Kemudian, selama beberapa minit, ia berhenti. sementara menunggu trafik bertukar kepada lampu hijau..mereka akan berkumpul kembali dan kembali menyeberangi jalan....

Aku mula-mula tu pelik juga...apa bendalah diaorang ni lalu-lalang..dah sampai sana barulah aku tahu, Ini disebabkan oleh kepadatan penduduk di Tokyo di tambah lagi dengan lokasi pusat membeli-belah dan station keretapi utama..manusia datang dari merata tempat..masing-masing dengan arah tujuan masing-masing.."

Ala...macam KeyEll lah...Kalau ke Tokyo tak pergi Shibuya "ibarat makan tak berkuah"....hehehe

Di Shibuya, kami di bawa meronda-ronda di Labi Mall...(bukan Labu-Labi dalam cerita P.Ramlee tau)..Tok Long nak cari hadiah birthday Raihan...tapi x jumpa...yang jumpa PS4 papa Raihan...hehehehe

Dapat bergambar ngan PS4 pun dah OK sangat...Bagi khatam PS3 yang ada dulu...
Bergambar kenangan dengan Mak Long
Atok upah gula-gula suh duduk diam..Raihan kalau dapat jejak tanah memang tak "cukup tanah" kita nak kejar dia
Bergambar kenangan dengan Pak Long
Selepas berjalan-jalan di sekitar Shibuya..kami pun pulang ke rumah dan berehat.....sebab esok nak sambung berjumpa awek jepun pulak...

Perkenalan kami bermula dalam flight semasa kami pulang dari US 4 tahun yang lepas..
Kalau korang ada baca 1st trip aku ke US masa bujang dulu. ..aku adalah cerita...So kedatangan aku ke Jepun ni memberikan peluang untuk kami berjumpa kembali...macam jejak kasih pulak!!
Tapi kali ini aku siap bawa anak dan suami skali..kalau dulu kami masing-masing bujang...;D

Untuk pertemuan kali ini, aku inform dia siap-siap melalui fb..apa yang mengharukan dia sanggup datang dari Sapporo sebab "aku datang Jepun!!!" Nampak...budi bahasa mereka masih tinggikan!!

Korang bolehlah tengok peta Jepun ni..tengok betapa jauhnya dia datang(naik flight) nak jumpa aku di Tokyo..itupun sebab kami ke Tokyo..kalau kami di Osaka, aku rasa sampai jugak minah ni...memang mengharukan....baik budaknya..

------------------------------------------------------------------------------------------------
Keesokan harinya...

Selepas bersarapan, kami pun kemas-kemas barang untuk berangkat pulang semula ke Osaka..Tapi sebelum tu jumpa Aki Takashi dulu..

Pak Long dan Mak Long pun hantar lah kami ke Shibuya Station dan terus ke Tokyo Station..

Di dalam Tokyo station ni ada banyak outlet bawah tanah...dalam pada berjalan menuju tempat yang dijanjikan tu sempatlah kami sambar barang untuk dijadikan kenangan .
Sambar jer apa yang patut dan murah...hehehe
Dalam masa menunggu Aki tu...aku pun beritahu dia yang kami tunggu di depan shopping mall " DAIMARU"

Semasa di Jepun..handphone cap ayam aku time tulah nak breakdown..ditambah pulak aku x buat roaming....so aku pun pinjam hp Pak Long untuk menghantar SMS bagitahu kami dah sampai depan mall..hehehe..
Sementara menunggu Aki..kami pun jenjalan dalam mall beli hadiah Raihan..;)

Tadaaaaaaaaaaa...Hadiah dari Tok Long untuk Birthday Boy!!!! Terima Kasih Atok...


busy sungguh!!
Disinilah kami menunggu Aki....Yeasu Central Entrance...
Tunggu punya tunggu..setiap orang yang lalu aku cam betul-betul..sebab aku kurang pasti muka Aki..4 tahun banyak yang boleh berubah..dan aku pun risau dia x cam muka aku sebab aku dah bertudung...
Tiba-tiba masa tengah menunggu.. Pak Long cakap..." yang tu kot"...dia dengan senyuman yang sangat manis terus meluru kat aku...rupanya dia cam aku...hehehehe..aku yang x cam dia!!!!

Sah!!! Aki...
Punyalah comel minah jepun ni..hampir tak kenal aku dibuatnya...walaupun selalu bertanya khabar melalui fb..aku jarang-jarang nampak muka dia yang cute tu..sebab gambar profile dia kucing...how sweetttttt.....
Raihan..budak yang tak tahu takut...
Setelah bertegur sapa,aku pun  memperkenalkan keluarga aku pada dia. Kami berborak rancak..rasa macam tak percaya dia depan mata aku untuk kali kedua..

Tak lama selepas tu..Pak Long dan Mak Long pun meneruskan pengembaraan mereka dan kami pun berpisah...

Pertemuan aku dan Aki x lama..sekejap jer sebab kami agak rushing nak ke Osaka pulak..takut sampai malam.kesian pulak kat Raihan nanti.. Sebagai tanda berterima kasih kat Aki kerana sudi datang dari jauh...aku dan suami pun ajak dia pergi makan..dan recommend kami tempat mana yang boleh kami makan as muslim...

Lalu kami pun masuk ke dalam mall Daimaru dan naik ke tingkat atas bahagian restoran...
Try raw shushi...;D
Aki Takashi dan aku bergambar kenangan

Pada yang belum baca post aku sebelum ni...dimana aku jumpa awek jepun nihhhh..meh klik sini..Trip ke Amerika Syarikat;Chaska~ 1st Business Trip
Raihan...dah pandai buat mimik muka!!! 
Sebelum berpisah...Raihan bergambar kenangan dengan Aunty Aki...sampai nak ikut Aunty Aki balik..melampau betul!!!!
Mesra sungguh diaorang..ni kalau jalan berdua ni sah-sah orang ingat anak..
Setelah berpisah...kami teruskan pengembaraan ke Osaka semula dengan menaiki Shinkansen..
Sesampai di Osaka dan menuju ke hotel yang sama..hari pun dah malam...kami pun berehat dan mengemas barang memandangkan esok malam kami akan pulang semula ke Malaysia...

Ok..habis dah episod di Tokyo...Episod 3 akan kembali dengan kisah di Universal Studio Osaka dan jalan-jalan cari pasal di Temma..

Check it out!!!

Untuk membaca post-post sebelum dan selepas (Trip ke Jepun)..sila klik pada senarai dibawah.
  1. Trip ke Jepun # Osaka ~ Birthday Trip Raihan 2 Tahun
  2. Trip ke Jepun # Tokyo ~ Episod 1
  3. Trip ke Jepun # Shibuya Tokyo ~ Episod 2
  4. Trip ke Jepun # Universal Studio Japan & Tenma Osaka ~ Episod 3
P/S: kakak abang yang membaca blog entry ni...jom follow blog i ni...dah follow jangan lupa tinggalkan jejak di comment...nanti i follow you back..thank youuuuu

Monday, March 09, 2015

Trip ke Jepun # Tokyo ~Episod 1

Post kali ni adalah sambungan dari post trip Osaka kami..

Episod 1 di Tokyo(Sesat di Meguro!!) hahahaha...lawakkkk lawakkkk

Selepas berjalan-jalan di Osaka Castle pada hari pertama. Hari keduanya, kami ke Tokyo pulak..menaiki Shinkansen..Alhamdulillah tercapai impian aku dan abang macho nak naik benda alah ni..
Perjalanan kami memakan masa 3 jam, kalau naik bas 10 jam...(boleh nampakkan jarak antara Osaka dan Tokyo) macam Kedah-Johor..lebih kuranglahhhh
Nasib baik sempat ambil gambar abang macho, masa ni Shinkansen ni tengah lalu..muncung pun jadilahhh
Share video yang aku rakam dengan camera cap ayam aku tu..sebab laju sangat, adalah lebih baik aku tidoooo..kwangkwangkwangggg

Kalau ke Jepun tak naik Shinkansen ; ibarat lagu tanpa irama..
Alang-alang ke Osaka baik terus ke Tokyo;  ibarat menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan....:p
Signboard mereka, tulisan Jepun tau...kami tengok nombor jer...hehehe..kalau baca sah-sah tak faham..;P

Berdasarkan pengalaman yang tak seberapa aku berada di negara orang sebelum ni, Singapore,Thailand(Phuket), Indonesia(Bali & Batam), Philippine(Cebu) dan United State...Jepun memang yang paling maju diantara negara-negara Asia namun masih " mengekalkan" tata-susila mereka..kalau tengok pelancong tu x pernah masam muka..senyummm jer..tersengih-sengih..Kita sebagai pelancong pun x lah rasa janggal dan rasa dialu-alukan tau..
Sedihnya...dah 50 tahun dah diaorang naik ni..

Sampai tertidur bujang aku ni..letihhhh
Kebanyakan mereka tak tahu cakap dan tak faham english. Walaupun ibarat ayam dan itik atau kekadang tu ibarat "bercakap dengan burung kakak tua"..totally communication breakdown!!!!!,, tapi mereka masih mahu menolong pelancong asing yang "tersesat" macam kami ni seboleh upaya...
Namun,  malangnya mereka teruskan bercakap dengan bahasa mereka, cakap macamlah aku faham, berkerut-kerut dahi aku nak memahamkanya dengan bahasa isyarat...hehehe

Untuk memastikan Raihan selesa dalam perjalanan yang jauh ni..kami bawa stroller yang besar@berat..jadi dapatlah  dia tidur dengan selesa selain mengelakkan dia meragam, tidur x  nyenyak..tengok tu siap toy lion dan batal peluk busuk aku bawa skali!!
Tapi itulah yang menyebabkan rasa macam tiap-tiap tahun  nak ke sana..di tambah pun ke"jakunan" kami dengan teknologi mereka..tak hairanlah kenapa ramai yang berebut-berebut nak ke sana, even omputih pun sibuk nak ke sana...
Dengan Bismillah..Aku sempatlah merasa ice-cream ni dalam Shinkansen ni..ala-ala dalam flight...Katanya organic...280yen= RM8.51..:(

Bercerita tentang Tokyo ni memang menyeronokkan..maklumlah aku ni orang kampung..bila tengok tempat orang mulalah buat perbandingan, kenapa Malaysia tak ada erk? kenapa Malaysia tak macamtu erk? kenapa, kenapa dan terus kenapa...kalau dibandingkan memang jauh kita ni ketinggalan dengan diaorang..Tapi semaju mana mereka di mata aku, Malaysia tetap Tanah Tumpah Darah ku..Cuma bila berada disana minda ni terbuka, kata orang "jauh perjalanan ,luas permandangan".

Setibanya kami di Tokyo, kami pun dengan yakinnya menuju ke rumah Pak Long dan Mak Long yang terletak di Kami-Meguro berdekatan dengan Shibuya ..Sebenarnya, mereka baru sahaja berpindah ke Tokyo, so kami adalah tetamu pertama mereka.."Terima kasih Pak Long Ibrahim dan Mak Long Sal menjemput kami ke rumah".

Sebelum ke Tokyo, Mak long ada ajar bagaimana nak ke rumah mereka..masa di Malaysia, beria-ia aku mengingatkan step yang diberi...nak dijadikan cerita kami "sesat di Meguro.....Huwaaaaaaaaaaaaa...Silap kami ialah kami SKIP satu step yang diberi....

Sepatutnya..Tiba sahaja di Tokyo station kena ke Shibuya Station...baru naik bas
Tapi kami....Tiba sahaja di Tokyo Station terus naik bas....hahahaha..kami tak pergi pun Shibuya Station!!!.bijakkkkkkk..

Maka sesatlah kami di Jepun...hikhikhikhi dan merayap-rayaplah kami di Meguro tu...


Inilah rumah orang jepun..parking kereta muat-muat jer...bertuah kita kan...
Gambar Raihan di Tokyo Station, yang mana dengan selambanya kami SKIP route...masa ni kami sedang menunggu bas yang salah tu..
 Setibanya bas depan mata..kami pun tunjuk alamat kepada pemandu bas..dia pun angguk-angguk kepala...rupanya dia tak pahammmm...yang di faham Megurooooo

Aku nak ke Kami-Meguro( nama tempat) bukan Meguro...nama macam sama, tapi tak sama langsunggggggggg!!!


Peta macam ni merata-rata, tapi mana nak faham...itulah dulu suruh belajar bahasa jepun x nak..peta ini lansung x boleh pakai untuk masa-masa kecemasan macam niiiiii!!!...


Papa sedang melayan Raihan yang sedikit meragam...background belakang bersih gilerkan...nak cari daun kering pun payah!!

Puas kami masuk celah-celah rumah orang (rumah mereka sebijik macam dalam cerita Doreamon tu)..Punyalah nak mencarinya nama tempat Kami-Meguro..dengan 2 backpack yang berat..dengan Raihan yang "macam-macam"..kami pun mengambil keputusan untuk menahan teksi...dengan harapan boleh pergi ke Malaysian Embassy yang terletak di Shibuya..

Puas kami tahan dan tanya pemandu teksi...lebih kurang 3-4 orang kami tanya...bila tanya Malaysian Embassy jer.. mereka x faham.., Dengan Izin Allah, sorang driver teksi ni boleh speak english sikit-sikit dan faham apa yang kami cakap, lalu dia hantarlah kami betul-betul depan Malaysian Embassy..dalam sesat barat tu...aku sempat lagi ambil gambar-gambar...hehehe...

Sampai depan Malaysian Embassy, kami merayap lagi disekeliling kawasan tu...pusing punya pusing haripun dah gelap...
Dengan izin Allah lagi...aku teringat pesan Mak long untuk naik bas no.31 untuk ke Kami-Meguro...dengan yakinnya..kami pun naiklah bas tu...masa dalam bas tu barulah teringat pesan Mak Long step-step untuk sampai ke rumah mereka...benarlah...Doa orang musafir diperkenankan Allah.

ALHAMDULILLAH...kami sampai jua tapi hari dah gelapppppppp...

Aku dan suami sebenarnya dah biasa sesat berjalan..Alhamdulillah..kami x panik...dua-dua cool and steady...
Ok..page dah penuh ni...kita sambung Episod ke-2 di Tokyo next post ya....wachhaaaaaaaaaaaa

Untuk membaca post-post sebelum dan selepas (Trip ke Jepun)..sila klik pada senarai dibawah.
  1. Trip ke Jepun # Osaka ~ Birthday Trip Raihan 2 Tahun
  2. Trip ke Jepun # Tokyo ~ Episod 1
  3. Trip ke Jepun # Shibuya Tokyo ~ Episod 2
  4. Trip ke Jepun # Universal Studio Japan & Tenma Osaka ~ Episod 3
P/S: kakak abang yang membaca blog entry ni...jom follow blog i ni...dah follow jangan lupa tinggalkan jejak di comment...nanti i follow you back..thank youuuuu

SPONSORED BY NUFFNANG

New story