Saturday, October 10, 2015
Resepi Ayam Tiram Shimeji
Puas memikirkan menu apa nak masak harini..tetiba terlintas kat kepala ni nak masak ayam berkuahkan sos tiram..tapi kali ni special sebab ada cendawan shimeji...
Sejak kebelakang ni suke benor makan cendawan ni..dah jadi peveret dah..hehehe
Memandangkan baru jer masak tadi, meh nak kongsi resepi..esok nak masak lagi dah senang refer blog sendiri..hehehe
Bahan-bahan;
Ayam 5 ketul
2 inci halia -diracik halus
2 ulas bawang putih dicincang
1 batang serai dititik
2 helai lada kering
1 biji bawang merah dimayang halus
2 sudu sos tiram
3 sudu kicap manis
1 biji tomato potong kecil
1/2 sudu kecil lada hitam
1 cawan cendawan shimeji
2 sudu minyak masak
1 sudu kecil garam
1 1/2 cawan air
Cara-cara;
1. Panaskan minyak, tumis halia yang diracik sehingga garing, masukkan bawang putih, bawang merah , lada kering dan serai, tumis sehingga naik bau kemudian masukkan air, lada hitam, sos tiram dan kicap. biarkan mereneh
2. Masukkan ayam dan biarkan sehingga kuah agak pekat dan ayam masak.
3. Akhir sekali, masukkan cendawan shimeji, tomato dan garam. biarkan sekejap sehingga cendawan layu...Ok siap.
Cubalah....I punya dah licin tadi...;D
Friday, October 09, 2015
Adakah aku perlu bercuti??
Rasa macam dah lama tak bercuti..sibuk.sibuk.sibuk.sibuk. otak penatttt badan letihhh..Kalini barulah bernyawa sikit...boleh update blog sehari 3/4 kali...;P
Tambahan pulak dengan matawang negara kita yang menyedihkan ituuu, aku dengan tegarnya menetapkan belanjawan keluarga aku untuk tahun 2015 ini adalah tahun melancong dalam negara dan segala aktiviti diluar kawasan"dibekukan" hehehe..tengok jelah promosi yang "menggoda tu"..dugaan sungguhhhh..
Tip untuk kepada yang suka berjalan macam aku ni...korang pergi jer kat Trivago lagi mudah..kat situ korang boleh pilih "mana yang lagi murah harga"..aku ni dah macam "mabuk hotel"...nak bercuti dekat jer pun tapi godek trivago ni punyalah lama..nak buat keputusan punyalah susah.. janji puas hati..bayar pakai duit, kalau pakai daun aku sapu jer...dan yang penting memenuhi ciri-ciri yang aku tetapkan...
1. Ada pool untuk Raihan berendam
2. Ada breakfast, tak payahlah bersusah-susah nak keluar dari hotel pagi-pagi cari makan..
3. Selesa dan berpatutan dengan budget..
kiranya aku agak cerewet dalam hal ni..lantakkk
Alahaiiiii....x sabarnyerrrrrr
Rasa macam dah lama tak bercuti..sibuk.sibuk.sibuk.sibuk. otak penatttt badan letihhh..Kalini barulah bernyawa sikit...boleh update blog sehari 3/4 kali...;P
Tambahan pulak dengan matawang negara kita yang menyedihkan ituuu, aku dengan tegarnya menetapkan belanjawan keluarga aku untuk tahun 2015 ini adalah tahun melancong dalam negara dan segala aktiviti diluar kawasan"dibekukan" hehehe..tengok jelah promosi yang "menggoda tu"..dugaan sungguhhhh..
Tip untuk kepada yang suka berjalan macam aku ni...korang pergi jer kat Trivago lagi mudah..kat situ korang boleh pilih "mana yang lagi murah harga"..aku ni dah macam "mabuk hotel"...nak bercuti dekat jer pun tapi godek trivago ni punyalah lama..nak buat keputusan punyalah susah.. janji puas hati..bayar pakai duit, kalau pakai daun aku sapu jer...dan yang penting memenuhi ciri-ciri yang aku tetapkan...
1. Ada pool untuk Raihan berendam
2. Ada breakfast, tak payahlah bersusah-susah nak keluar dari hotel pagi-pagi cari makan..
3. Selesa dan berpatutan dengan budget..
check it outttttt
Resepi burger bakul
Hujung minggu yang ceria, bolehlah merapu sikit buat breakfastkannnn...so kita kreatif lah sikit..jamu mata dulu sebelum jamu perut..hihihi..
Kali ni nak share cara membuat burger bakul, cara yang sangat senang dan sedap...trylah..
Bahan-bahan yang diperlukan:
Mangkuk tahan panas (oven/microwave safe)
Margerin/butter
sekeping roti sandwich
daging burger dibelah 2
sebiji telur
lada sulah
Cara-caranya:
Sapu butter disekeliling mangkuk dan sapukan butter pada kedua-dua bahagian roti. Letakkan roti kedalam mangkuk, tekan-tekan permukaan roti mengikut bentuk mangkuk anda, kemudian lapik daging burger yang telah dibelah 2 dan pecahkan telur keatasnya. Tabur sedikit lada sulah... Bakar selama 20 minit dengan suhu 180C.
Simple and Easy!!!
Thursday, October 08, 2015
Resepi Brown Sauce & Mashed Potato untuk BBQ
Resepi Brown Sauce & Mashed Potato untuk BBQ
Seperti yang telah Leen janjikan pada post sebelum ni...jadi harini Leen share ya resepi brown sauce ni..tapi kali ni special skit sebab resepi ni 2 dalam 1, semestinya senang dan mudah...
Bahan-Bahan untuk Brown Sauce
3 biji bawang putih di cincang halus
1 biji bawang besar dipotong dadu
3 sudu besar butter
3 sudu besar olive oil / minyak masak kalau nak senang..
1 sudu kecil oregano
1 sudu kecil black paper
2 sudu gula merah
1 cawan susu segar / susu cair / susu tepung(yang dibancuh dengan air)
5 biji kentang bersaiz sederhana, dibuang kulit dan dibelah 4
1 kiub stok ayam
2 1/2 Cawan air
Garam
Cara-cara:
1, Masukkan air, kiub ayam, garam dan kentang, rebus sehingga empuk. Tus kentang dan simpan air rebusan tadi. ketepikan.
2. Panaskan minyak dan butter, tumis bawang putih, bawang besar, oregano sampai naik bau. Masukkan air rebusan kentang tadi, susu, gula merah, black paper dan garam secukup rasa. Ambil lebih kurang 2 ketul kentang yang telah direbus tadi bertujuan untuk memekatkan kuah, kalau kuah cair tambah kentang lagi..
3. Masukkan kesemua bahan ke dalam pengisar dan kisar sehingga hancur...siap dah brown sauce...
Kentang yang lebih tadi kita buat mashed potato pulak @ kentang lenyek...
1. Masukkan kentang, susu, butter, oregano, garam, black paper..lenyek sesuka hati anda...hehehe
siap dah mashed potato...
Senangkan.....:)
Search Keywords terhangat jatuh kepadaaa, "Pisang Goreng Cicah Sambal Kicap Power" whattt????
Wahai mood..datanglah..datanglah..kuseru nama mu..huhuhuhu..Bila dah lama tak berblog ni, mood macam suam-suam kuku jer..facebook pun macam x best..malas nak buka kekadang 3/4 hari tak tengok...ciaannnnn
Harini gagahkan diri menjenguk lama sikit ke dalam blog aku yang hampir nak berhabuk ni..tengok-tengok tuuuudiaaaaaaa...ramainya yang baca resepi "Pisang Goreng Cicah Sambal Kicap Power" curious aku jap...apa yang best yer tentang entry ni..cer citer cer citer...nak tau gak..so next time bolehlah dapat semangat skit nak berblog ni...;)
7 bulan berblogging..inilah search keywords I yang terlarissss abad ini...hahahaha..thanks pada yang membaca...sukeeee sangat..
Wednesday, September 30, 2015
Resepi Meatball Simple dan Senang
Resepi Meatballs Simple dan Senang
Kalini Leen nak share resepi meatballs, favorite my husband and son..selalu jugak buat tapi selalunya tak sempat nak ambik gambar dah licin..so ini jer gambar yang sempat ditangkap :D
Selamat mencuba semua...
Bahan A:
1 bungkus daging kisar
1 cawan daun bawang - diracik halus
3 helai daun ketumbar@ daun sup- diracik halus
1 sudu kecil oregano
1 biji bawang merah dicincang halus
1 biji telur
1 sudu kecil garam
1 cubit lada hitam, ikut suka tahap kepedasan anda
5 sudu tepung jagung
Bahan B:
Minyak masak 3 sudu
Butter 3 sudu
Cara menyediakan;
1. Gaul kesemua bahan A di atas sehingga adunan tadi menjadi doh, kalau aduanan cair tambah tepung jagung sehingga adunan tadi mudah dibentuk.
2. Ambil adunan dan buatkan bebola kecil, ikut suka anda nak besar mana.
3. simpan dalam peti sejuk selama 1 jam untuk mengekalkan bentuk bola..kalau tak sabar boleh jer terus masak..;D
Cara memasak:
Panaskan minyak & butter,pastikan butter tidak hanget..goreng meatball sehingga garing...siapp
P/s: Resepi gravvy@ brown sauce tu leen share di post lain yer...;)
Check it outttttt
Wednesday, September 23, 2015
Birthday Boy 3 Tahun
Bismillah...Alaihai..rindunya...lamanya....
Rindunyaaaaa pada blog aku ni...dah bersawanggggg!!!!...and now baru ada time nak menaip..but this time tak boleh panjang lebar..cukup mana yang ada, mana yang terlintas difikiran..hobi yang
tergendala dek kerana tugas yang setiasa berlambak..huhuhuh....


Ok, harini nak cerita kisah Birthday Raihan yang ke-3 tahun..besar dan bujang mama..petah bercakap dan yang penting membesar dengan sihat dan cergas.

Dek kerana tahun ni adalah tahun "menyimpan"..so mama dan papa tak boleh bawa Raihan terbang naik belon..kita raikan di Malaysia ajer..kalau tiap tahun melancong mau koyak kocek dibuatnya..
Seperti biasa, kek 3 tingkat khas mama buat untuk anak mama nih..bake sendiri so the cost pon tak besar..carrot cake ni untuk celeb kat school, manakala mama bake lagi satu untuk bawa ker Shah Alam celeb dengan pakcik2nya pulak..Fondant cake (Cars)..also mama bake & deko sendiri...bukan untuk makan sangat punn..just untuk suka2 tiup lilin..
I'm happy for you my son, even balik kerja penat terus buat kek..tapi puas hati sebab buat sendiri, air tangan sendiri dan..yang penting...jimat!
Semoga Allah terus melindungi dan memelihari anak mama ini dari segala dugaan syaitan, menjadi anak yang soleh dan berguna pada agama dan negara. Amin.
Friday, June 05, 2015
Bestday cake anak
Seperti biasa aku akan membaking 2 bulan sekali untuk Raihan...sebabnya school akan celebrate birthday student lain 2 bulan sekali..si Raihan ni pulak suka menyentil nak potong cake jugakkkkk. Kalini untuk birthday bulan 5 & 6 punya..
So this time he request ball and spiderman cake..layannnnn.. yang bestnya kami sama-sama membaking. Start dari aku kumpul barang,membaking dan mendeco Raihan akan duduk kat dapur ngan aku..teman aku buat kek dia..sibuk sangat nak "menolong"..spending time dengan Raihan kat dapur..anak sorang bolehlah layan..kalau dah berderet rasanya tak larat jugaklah aku...
Thursday, June 04, 2015
Trip ke Genting Highland Berjaya Awana Hotel
![]() |
| my model |
![]() |
| suke sangat berposingggg |
![]() |
Khamis malamnya..aku seperti biasa kalut kemas beg pakaian nak balik Tapah.. sebab keesokannya hari jumaat..plan lepas jer balik kerja terus cabut, so tak lah nanti kelang kabut tertinggal itu ini...itulah rutin setiap kali kami balik kampung..wanita bekerja macam aku ni kena pandai susun masa..tak boleh main terjah-terjah jer..aku pun jenis yang tak suka last minit preparation..kalau main last2 minit jawabnya x pergilah..
Kami bermalam di Tapah dan keesokannya sabtu pagi barulah kami ker Genting..kalau dari Tapah ke Genting tu 2@3 jam jer...tapi kalau di kira dari Kulim ke Genting mau makan 5 jam..anggaran masa tau..kalau bawa laju macam F1 tu tak pasti pulak..lagi awallah sampai..
![]() |
| dalam bas dari Awana Hotel |
![]() |
| Doctor check gigi jap yer...banyak betul gigi rosak..;P |
![]() |
| Raihan dah jumpa dah tempat dia...huhuhuh |
Padat sungguh masa..so masa yang ada tu kami mengambil kesempatan pergi ke tempat "terapi minda"..apalagi kalau tak ke IKEA dan GM Klang..Kalau ke KL ni tempat wajib ialah Ikea..kalau tak ke sana rasa macam tak lengkap hidup..;P..(nasib baik jauh dengan Kulim..kalau x botak kepala tiap minggu berkemah di Ikea..dengar kata Ikea nak dibuka di Penang..akulah orang yang paling sukeee sebab dekat dah tuuuuu)
![]() |
| Nampak tu Mem besar tunjuk good...x yah citerlah kesedapannya..meat ball rasanya semua orang dah tahu kottttt |
![]() |
| aku try salmon...sedapppp |
![]() |
| Raihan di GM Klang...ikut opah shopping Cuaca di Genting tak lah sejuk sangat..panas sikit dari Cameron Highland rasa akulah..tapi masa kami berada di sana hujan so sejuk dan berkabussss...syioookkk |
![]() |
| Pantang jumpa tub.. |
![]() |
| permandangan dari balkoni hotel...berkabus dan hujan...sejukkk ooooo |
![]() |
| smiling face... |
![]() |
| Cucu opah |
![]() |
| Raihan mengambil kesempatan bersiar-siar dan terjumpa awek comellll....terpegun kotttt |
![]() |
| Yang ni pulak pemandangan waktu pagi dari Hotel..cantik sangattttt..aman dan damai jerkannn |
Ok....habis dah cerita untuk percutian di Genting....Bestttttt
Subscribe to:
Posts (Atom)
SPONSORED BY NUFFNANG
New story


































