LeenAzi: August 2017

Sunday, August 27, 2017

Birthday Nabil Raihan yang ke-5 tahun

Inilah Birthday kek Raihan untuk yang ke-5 tahun..besar dah anak mama..masa buat kek ni..dialah peneman setia aku kat dapur, tunggu kek dia siap, dari baking sampailah ke mendeco..teman setia tak berganjak walaupun dah mengantuk...tapi tahun ni dia request nak sebiji jer sebab nak makan makanan lain banyak kat school..katanya...selamat aku...tahun yang sudah-sudah bertingkat-tingkat request kek..mama dia tahun ni seronok sangat dengar kata nak setingkat jer...kek ni aku buat dua kilo punya adunan..

KEK SPIDERMAN
tema macam biasa spiderman..sarang spiderman dan nama NABIL RAIHAN tu dibuat dari coklat so berketar-ketar tangan mama mendeco dengan Raihan..kaluttttt betullll..sibuk dia komen nak deco ikut citarasa dia..yang bestnya, boleh ker dia complaint aku deco tak cantik..nak yang macam nilah..nak macam tulah..letak sinilah, letak situlah...dah tengah malam nak mendeco memang huru-haralah mama...aduhai anak...tapi yang seronoknya dia semakin berseni dan creatif..idea dia masuk akal...

BIRTHDAY CAKE SPIDERMAN
kebesokan paginya..pukul 6 pagi dah bangun, kebiasaannya jenuh kejut bangun pagi..tapi kali ni sekali kejut dah bangun terus mandiiiii,,,semangat betullll...sebelum pergi school aku suruh posing dulu dengan kek..pagi-pagi dah bagi pose yang happy...happy sungguh anak mama ni dapat kek birthday...akupun bagi panas line nyanyikan lagu birthday untuk dia...apalagi kembang kuncuplah hidung memberrrrr

Mama dan papa sentiasa mendoakan Raihan menjadi wangian syurga mama dan papa..berjaya dunia akhirat , berguna pada agama,bangsa dan negara, dijauhi dari segala anasir jahat dan hasutan syaitan..Aminnnnn

BIRTHDAY KEK SPIDERMAN

BIRTHDAY CAKE SPIDERMAN

Thursday, August 24, 2017

KHASIAT KUNYIT DAN PETUA MUDAH PENJAGAAN DALAMAN WANITA

Khasiat kunyit dan Petua mudah penjagaan dalaman wanita 

petua Leen Azi

entry kali ni nak share petua mudah untuk menjagaan dalaman wanita, amalkan minum air ni InsyaAllah sedap badan, ringan dan mudah berpeluh dan yang penting original tak ada bahan-bahan campuran lain...Leen pun sudah mula mengamalkan minum air kunyit ni selepas melahirkan Raihan lagi..bila ada masa leen buat, lebih-lebih lagi bila rasa badan dan mula sakit-sakit lah, letih lah...kekadang tu penat sangatkan...2 minggu sekali paling tidak..

So kat rumah memang berpasu-pasu leen tanam pokok kunyit, senang masak lemak dan buat masak rendang..bila nampak pokok kunyit tu dah nak tua..leen cabutlah ambil kunyitnya dan buat air..

kunyit ni mampu melawan kanser dan bertindak meneutralkan radikal bebas selain mampu menjadi antioksidan bagi memusnahkan radikal bebas sebagai faktor penyebab utama kepada kewujudan sel-sel kanser, baguskan kalau kita amalkan makan.minum kunyit ni..makanan zaman sekarang kita tak pasti apa campuran mereka..

dan yang paling utama untuk pengjagaan RAHIM wanita..lebih-lebih lagi yang baru bersalin..
kunyit ni boleh mengecutkan peranakkan...antara lain, paling mudah makan kunyit ni dibuat masak singgang...aduhhh sedapnyaaaaa, selain dibuat minuman..

bahan-bahannya...

2 inci kunyit hidup-racikkan
2 inci halia-racikkan
1 batang serai-racikkan
1 batang kulit kayu manis
2 biji bunga cengkih
2 biji bunga lawang
1 helai daun pandan-simpulkan
2 sudu gula merah/melaka(optional)

cara-caranya;
campurkan semua bahan tadi, letak dalam periuk berisi air kemudian rebus...minum suam-suam...senangkan , kalau tak habis simpan dalam fridge, esok panaskan sebelum minum.

antara minuman herbal lain yang leen amalkan ialah daun Afrika , jom baca entry yang ini pulak..Daun afrika amalan traditional untuk elak darah tinggi

BUGGER LELEH YANG CEPAT DAN SIMPLE


Bugger Leleh yang cepat dan simple 

air tangan leen Azi yang cepat

tumpang lalu............nak makan apa malam ni??? nak bagi idea skitlah...malam ni apa kata buat bugger leleh sendiri..hehehe

dapat soalan "nak makan apa" memang jem jap nak jawabkan..perut lapar tapi tak tahu nak makan apa...jenuh pikir nak makan apa, tapi nak yang cepat dan sedap..tak nak tunggu lama-lama, maghrib tak elok bawa budak-budak keluarkan...

 tengok atas meja ada roti, bantai ajer lah, buat jer sandwich telur...dah malam malas nak makan nasi...teringat dalam fridge ada stok cheese beli banyak haritu...campur cheese mozzarella pon sodappp ..masa goreng telur tu letaklah cheesenya....bagi cair..kalau tak, nak kena masak dalam oven pulak..leceh...lepas tu taburlah sikit lada sulah dan black paper atas telur tu.....hiriskan  bawang, tomato dan salad...letak sikit blackpaper sos, sos cili, mayonis..SIAP, Kejap ker dan settle....



husband nak tebal..so buat 3 layer...aku dan Raihan standard jer..seriously kalau nak kurus tak boleh makan menu ni....roti tu kalau nak rangup sapu butter sikit baru bakar...teknik lebih kurang sama macam buat bugger tepi jalan tu tapi ni kita buat sendiri kat umah.


sebenarnya ini menu favorite family aku lebih-lebih cik abang..kalau dia nak makan tengah malam dia masak sendiri jer...janji ada bahan-bahannya...cubalah...menu mudah dan berkhasiat

Wednesday, August 23, 2017

Trip ke Pulau Pinang Hard Rock Hotel ~ Episode 2

Trip ke Pulau Pinang Hard Rock Hotel ~ Episode 2

Ok, ini adalah sambungan dari entry sebelum ni...Trip ke Pulau Pinang Hard Rock Hotel...keesokan harinya pagi-pagi lagi kami dah bangun, bersiap nak mandi pool dan makan breakfast di hotel..so kita review pulak makanan hotelnya yaaa...

Pada aku, makanan di Hard Rock ni jatuh tangga ke-3, chef yang pandai masak dan sedap adalah di The Royale Chulan Penang (Trip ke Pulau Pinang The Royale Chulan Penang)..serius kena dengan tekak tembolok aku ni..satu lagi variety makanan dia...di Hard Rock ni menu "biasa-biasa" jer lah..kecuali pizza..pagi-pagi makan pizza kooo...orang melayu mana boleh telan pizza pagi-pagi..tapi dek nak cuba...rasa jer lah...yang omputih tu depa biasalahhh..tapi yang ramai pak arab jer aku tengok..

TRIP KE PULAU PINANG
nasi lemak, pastri, teh tarik pekat mantap sedap...teh tarik dia winnn
Aku ni bukan suka mengampu, tak sedap cakap jer tak sedap, walau hotel 7 bintang sekali pun, kalau sedap kedai tepi jalan pun aku bagi 10 bintang...kita kena jujur dalam memberikan pendapat dan review, bab makanlah...tapi kalau bab lain kenalah ada adapnya..melayu kan penuh dengan kiasan dan adap bila berbicara, kenapa tak gunakan...

TRIP KE PULAU PINANG
Roti canai, kuah kari dhal, roti bakar, pizza.

Kuah kari dhal tu kalau diletak daging kambing mesti mengembekkkkkk..tak cukup flavor aku rasa..kalau diletak daging dah sedap dahhhh...roti canai liat sikit, chef kena uli lebih skit kot...jenuh nak kunyah tambah bila dah sejuk....roti telur ok-ok jer...sosej tak ada pilihan macam-macam..satu jenis jer...Nasi lemak tak leh go-onlah...Raihan pun tak habis makan..bau daun pandan pun tak ada..lemak pun tidak..tapi teh tarik kaw gilerrr...pekat dan sedap...seminggu tak pergi tandas....oppsss banyak pulak komen ko yer leen...hahahaha..tapi facilities memang Terbaikkkk..yang tu memang tak boleh nak komen...

TRIP KE PULAU PINANG
budak ni tak berapa nak sihak...jadi mama celup-celup jer badan dia..tak boleh lama-lama...bagi happy jer...
TRIP KE PULAU PINANG
adik ditemani oleh itiknya...along tak boleh tunggu adik..dia ada aktiviti lain...menyelamatkan bumi..hahaha
So secara purata..makanan di sini aku bagi 6/10...ala carte dia pun sama..so-so...maybe chef kena pelbagaikan masakan mengikut citarasa penduduk tempatan jugak kot.....selera aku ni mungkin kena dengan airtangan chef kat Royale Chulan...eeemmmmm jampi apakah dia pada makanan tu..hahahaha...Satu lagi dek kerana hotel ni punya cafe yang kecil..kena beratur ya tunggu giliran , meja penuh...nasib baik kami tak tunggu lama, adalah 5 minit depan pintu tu...staff Hard Rock memang bagus..service tip top..cuma bab makan jer kureeeng...

Ok setelah selesai makan...kami pun beransur-ansur keluar , meja rapat-rapat..tak leh laju-laju kang terlangar pulak meja orang lain...hahahaa...maka berjalanlah kami ke kolam renanggggg..yabedabeduuuuuu..girang sungguh si Raihan

TRIP KE PULAU PINANG
tengok wajah anak yang tengah gelak ketawa macam ni memang membahagiakan..tenang rasa hati..

TRIP KE PULAU PINANG
along beraksi...ditepi pool..

TRIP KE PULAU PINANG
Happy boy mama nih...

TRIP KE PULAU PINANG
tengok tu...suka bukan main dia...
TRIP KE PULAU PINANG
manja mama nihhhh
TRIP KE PULAU PINANG
heloooo helooo hellooo tengok lah saya berani!!!..tak takut air pun....kaki pun dah berkayuh laju jer kat bawah tu...

TRIP KE PULAU PINANG
ambik nafas jap...berehat yer adik..awak tu ketegori baby lagi tau..tak boleh berendam lama sangat...

TRIP KE PULAU PINANG
dapat tutup dengan towel suam memang mata pun melayuuuuu jer adik tu...disumbat pulak puting tu...tunggu masa jer tu nak tertido...

TRIP KE PULAU PINANG
Raihan bersiap dengan aksinya  nak melompat ke dalam air
TRIP KE PULAU PINANG
mama sempat snap ni jer...nampak kaki dia jer..hebatttt

kesimpulannya....rate aku untuk Hardrock ni
bilik aku bagi  10/10
pool 10/10
makan 6/10 but still highly recommended Hotel to stay especially for family holiday

untuk gambar yang lebih banyak...jom layan youbute kami...



Tuesday, August 22, 2017

Trip ke Pulau Pinang Hard Rock Hotel

Percutian pendek ni sebenarnya untuk menyambut harijadi kak non(nama samaran kawan bagi..hakhakhak..mcm best pulak) yang lepas plus Raihan in advance plus juga anniversary kami yang ke-6 tahun, hambekkkk...banyak benau plus nyaaa..... campur semua buat sekali.. senang sikit... pejam celik pejam celik sekejap sangat masa berlalu..sedar tak sedar dah 6 tahun dah usia perkhawinan aku ni..Alhamdulillah..terlalu banyak memori suka duka yang kami tempuh bersama sebagai suami isteri, 6 tahun ni banyak mengajar aku erti kesyukuran, syukur atas nikmat yang Allah berikan, nikmat makan, nikmat masa, nikmat kesihatan dan yang penting nikmat kasih sayang.
TRIP KE PULAU PINANG
mama rock jap

Berkait dengan nikmat kasih sayang...Kita dalam hidup biarlah ramai kawan , ramai yang sayang dari lawan..kerana kawanlah yang akan mendoakan kita bila kita tiada nanti..InsyaAllah...bila menyambut birthday ni aku suka jugak kaitkan dengan kematian..semua manusia akan mati..lambat atau cepat..bersyukur Allah masih mahu memberikan aku ruang untuk bertaubat dengan masa yang diberikan ini..Alhamdulillah...

TRIP KE PULAU PINANG
surprise cake dari pihak hotel untuk birthday and anniversary kami...dulu di Goldan Sand pun kami ada dapat jugak..tapi seketul kek dan berserta wish cards, di Hard Rock ni agak rock sikit, tak ada wish card..huhuhuhu
berbalik kepada percutian kami ni......

seperti sebelum ini..aku memang merancang bercuti di semua hotel di penang ni..nak buat review mana hotel yang best dan yang tak best..mengikut pendapat akulahkan..kalau rasa tak setuju tak apa..cuma menyuarakan pendapat...

Dulu masa menginap di Golden Sand Resort kami hanya ada Raihan sorang ja..tahun ni kami sudah berempat..Nabil Rizqin penggamat hati kami...kehadiran yang menambah seri hati along dia..ada geng!!! Rizqin anak yang tak banyak kerenah..senang dijaga..cuma kalau demam tu biasalah nak berdukung saja..manja yakmattt

Hotel ni aku book melalui Booking.com harga memang sangat berpatutan dia offer time tu...compare dengan yang lain2 tu..
TRIP KE PULAU PINANG

ok.kita start review sikit2 ya sambil bercerita...selain sebab-sebab yang dah diceritakan tadi, antara lain adalah sebab kawan jepun aku datang Malaysia..ni first time dia dengan boyfriend dia ke Malaysia...setibanya hari pertama dia di Penang..kami sempat meluangkan masa hightea di cafe pizzaria..dia menginap di Rasa Sayang, jaraknya lebih kurang 1.2km dari Hard Rock, jadi mereka menawarkan diri nak ke Hard Rock berjumpa kami..perjumpaan yang singkat..lagipun dah petang, Raihan pulak kalut dengan pool dia tu..tak nak naik selagi tak panggil...

TRIP KE PULAU PINANG
Perbualan lebih kurang 1 1/2 jam jer..sebab si Rizqin ni pulak mula meragam nak susulah,nak tidolahhhhhh setelah bertukar hadiah dan buahtangan...jadi mereka baliklah semula ke hotel Rasa Sayang tu menaiki teksi sepertimana mereka datang tadi...kami tak bawa pun mereka pusing -pusing penang..dia lebih expert dari aku..dah google siap-siap..lagipun datang dengan boypren dia tak lah aku risau sangat...jadi tak perlulah aku kacau line orang tengah bercintakan....hehehehe

TRIP KE PULAU PINANG

Masa high-tea tu banyak sangat perkara yang kami borakkan...macam-macam..sampai kekadang tu terlupa nak minum.hahaha..aku pulak jenis banyak cakap plus banyak tanya..jenuh si Aki dan boy dia menjawab soalan aku yang berpusu- pusu tu ditambah pulak dengan letih...kesian diaorang melayang becok aku ni..hihihihi


ok, nak start dah ni...

bilik yang kami tido malam tu ialah Seaview Studio Suite...bilik ni memang terbaik!!!..antara bilik hotel yang paling best aku pernah tido...eeemmm nama pun dah gah kan...sesuailah dengan bilik dan harganya..hukhukhukhuk..

jom review bilik ni...
TRIP KE PULAU PINANG
Raihan dengan aksi rocknya...whateverlah anakkk
TRIP KE PULAU PINANG
seronok sungguh Raihan nampak kek atas meja..kecoh tak hingat dunia...bukan saja Raihan..bakers macam aku pun teruja kot...yerlah kek adalah simbol harijadi!!!.kalau tak ada kek pada aku tak lengkaplah sambutan harijadi tu...hadiah tu satu hal..tak sama dengan kek....walau aku seorang bakers, kek sebesar ini amat bermakna pada aku..very appreciate!!!
TRIP KE PULAU PINANG
bos besau kita ni pemalu...

TRIP KE PULAU PINANG
adik dipaksa berposing, skali tengok awat garang dik muka...jangan rock sangat dikkkk..bukan main penumbuk tangan tu yer...amboooiiiii diaaaaaa!!!!
TRIP KE PULAU PINANG
pantry dia is awesome!!!!..memang win!!! teh ice tu beli ya...pihak hotel x bagi teh ice..hahaha..cuaca panas sangat so kami singgah gerai pekena cuq nangka , karipap dan teh ais...eeemmmm marvelesss..



TRIP KE PULAU PINANG
yang ni memang best..Coffee maker pun ada,...fantastic!!!
TRIP KE PULAU PINANG
keluasan bilik dia memang memuaskan..selesa sangatt..carpet dia glow2 giteww..Raihan very excited!!!



safety box  wajib ada, nak simpan harta karunnn....sangattttt
katil king size..tengok tu si along bergumpal dengan si adik..kalau dibukak tingkap tu free show...nampak dalam toilet...oppsss...maluuuuu, malu ok lagi...bauuuuu tu yang bahaya...hakhakhak

audio system yang powerrr...halus tapi bunyi peeerrrhhhhh...Best!!!

toilet so-so jer...standard jerrr
oklah....design rock


kami masuk-masuk jer bilik, si Raihan dah meluru dulu dah..dia yang sibuk explore dulu..yang pertama dia check is balkoni dan yang kedua tub mandi..sebab tu memang tabiat dia berendam dalam tub, walau berjam dekat pool..tub tak tinggal!!
bathrobe dia x berapa nak baru...eeemmm tak berapa ngan ngam dengan selera aku... kalau nak beli rm80...hahaha...tak perlu kott
simple and rock...awat lampu dia sengetttt...rock memang kena senget skit kottt...TV dia besar...nice..

view dia memang win giler.....nampak tu muka Raihan..happylah tuuu





permandangan dari balkoni bilik kami

ok...setelah selesai explore setiap sudut bilik...hahaha..Raihan pun mula bising nak mandi pool...mana nak tahan tengok kat bawah orang main water park..dengan suara kanak-kanak  yang melambai-lambai terjerit-jerit tu..memang bikin hati Raihan panassslah...hakhakhak..



aku pun suruh dia salin baju..sepantas kilat dia salin..kalau suruh mandi pagi pergi school tak da pulak laju macam tu...eeemmmmmmmm. Bila Raihan dah siap, maka kami pun duyun-duyun turun ke pool...

Budak ni kalau buat tak menyabar mau dia terjun kebawah..bahaya jugak ber balkoni ni..kena ada pengawasan orang tua...

sebelum turun ke bawah posing dulu yer nakkk
aku tak joint pun sebab nak tunggu Aki sampai dan satu lagi Rizqin tak berapa sihat..jadi kami pun tunggu jer di lobi sambil bersantai-santai...selipar jamban lupa bawa..bantai selipar hotel bagi...lantakkkk
Kesian Rizqin tak sihat time ni...menunggu aunti Aki datang sampai tertido dia..nak tinggal dalam bilik sapa  nak jaga..papa dan Raihan dah hilang hentah ke mana..huhuhuh



lobi dia ok-ok lah..tak besar mana pun...

liveband...tapi masa aku tunggu tu tak ada lah..diorang baru nak setup 

kerusi banyak, keselesaan pada yang menunggu..

setelah selesai perjumpaan jejak kasih kami itu..Raihan pun dah puas berendam, langit pun dah senja..maka kami pun beredar, pulang ke sarang...maghrib yobbb setan banyak berkeliaran!!!

maka aktiviti malam kami pun hanya bersantai didalam bilik bertemankan secawan kopi expresso...ewahhhh...sesekali berlagak orang putih hidung kemek...

Raihan awal-awal dah leburrrr..letih main air..masuk bilik tadi pun bukan terus tido..berendam lagi dalam tub dengan air suam pulak...amboiii sakannnnn diaa..biarlah..seronok tengok dia ketawa terlompat sana terlompat kesini..happyyy

Nak berjalan di night market pun tak boleh sebab Rizqin tak sihat..maka kami pun makan jerlah dalam bilik...Bersantai laki bini di balkoni sambil dengar live band pastu borak-borak pasal anak,Alhamdulillah syukur Allah bagi kami kesempatan ini..walau tak kaya raya, kereta tak besar, hidup tak mewah, rumah tak terbentang luas, tapi kami cukup dengan apa yang kami ada...kadang tu ada duit tak ada masa, ada masa tak ada duit....dapat bercuti ini pun dah bersyukur sangat, dapat mengeratkan kasih sayang antara kami..

mohon doakan kebahagian kami kekal hingga ke jannah...

 keesokan harininyaaaaaaa...next entry ya...to be continuee....




SPONSORED BY NUFFNANG

New story