LeenAzi Sambal Kicap: Trip ke Genting Highland Berjaya Awana Hotel

Thursday, June 04, 2015

Trip ke Genting Highland Berjaya Awana Hotel



my model
suke sangat berposingggg
Kali ni entry berkaitan short holiday Raihan di Genting Highland..first time Raihan ke Genting..untuk aku pulak dah banyak kali dah masa zaman study dulu..Cuti kali ni jatuh pada public holiday yang panjang sikit, jumaat, sabtu, ahad dan isnin (1-4 May2015).4 hari cukuplah kot..Opah dan Atuk Lan excited nak bawa Raihan bercuti...i follow jerrr...heeeeeee ..


Khamis malamnya..aku seperti biasa kalut kemas beg pakaian nak balik Tapah.. sebab keesokannya hari jumaat..plan lepas jer balik kerja terus cabut, so tak lah nanti kelang kabut tertinggal itu ini...itulah rutin setiap kali kami balik kampung..wanita bekerja macam aku ni kena pandai susun masa..tak boleh main terjah-terjah jer..aku pun jenis yang tak suka last minit preparation..kalau main last2 minit jawabnya x pergilah..


Kami bermalam di Tapah dan  keesokannya sabtu pagi barulah kami ker Genting..kalau dari Tapah ke Genting tu 2@3 jam jer...tapi kalau di kira dari Kulim ke Genting mau makan 5 jam..anggaran masa tau..kalau bawa laju macam F1 tu tak pasti pulak..lagi awallah sampai..
dalam bas dari Awana Hotel
Masa di Genting, kami tak kemana pun sebab outdoor masih dalam progress..habuk jangan cakaplah..boleh kena asma...hehehe...Yang boleh indoor jer...tapi mahluk punyalah ramai..heran aku apa diaorang ni buat kat tempat-tempat camni..(macam cakap kat diri sendiri jerkannnn)
Doctor check gigi jap yer...banyak betul gigi rosak..;P
Masa kami datang tu ada banyak entertainment yang disediakan oleh pihak Genting..tengok ajer lerrrr..dah free...agaknya Raihan lansung x faham  apa yang berlaku disekelilingnya..yang dia tahu "jalan-jalan"..Seronok tengok dia happy...tambah pulak dengan mulut murai dia tu...
Raihan dah jumpa dah tempat dia...huhuhuh


Kami bermalam di Genting pada malam sabtu . Ahadnya selepas jer check out hotel kami ke Shah Alam pulak dan bermalam di sana..bawa Raihan jumpa pakcik-pakcik dia kat Shah Alam dan sambut hari lahir Atuk Lan(surprise gituuu)......cer tengok tu...senyum leborrr atuknyerrr

Padat sungguh masa..so masa yang ada tu kami mengambil kesempatan pergi ke tempat "terapi minda"..apalagi kalau tak ke IKEA dan GM Klang..Kalau ke KL ni tempat wajib ialah Ikea..kalau tak ke sana rasa macam tak lengkap hidup..;P..(nasib baik jauh dengan Kulim..kalau x botak kepala tiap minggu berkemah di Ikea..dengar kata Ikea nak dibuka di Penang..akulah orang yang paling sukeee sebab dekat dah tuuuuu) 
Nampak tu Mem besar tunjuk good...x yah citerlah kesedapannya..meat ball rasanya semua orang dah tahu kottttt

aku try salmon...sedapppp

Raihan  di GM Klang...ikut opah shopping

Cuaca di Genting tak lah sejuk sangat..panas sikit dari Cameron Highland rasa akulah..tapi masa kami berada di sana hujan so sejuk dan berkabussss...syioookkk
Pantang jumpa tub..

permandangan dari balkoni hotel...berkabus dan hujan...sejukkk ooooo

smiling face...

Cucu opah 
Raihan mengambil kesempatan bersiar-siar dan terjumpa awek comellll....terpegun kotttt
Yang ni pulak pemandangan waktu pagi dari Hotel..cantik sangattttt..aman dan damai jerkannn
Ok....habis dah cerita untuk percutian di Genting....Bestttttt
Post a Comment

SPONSORED BY NUFFNANG

New story