LeenAzi

Wednesday, April 22, 2015

Sambal Lempoyang, pernah makan tak??

Lempoyang


Sambal Lempoyang ni diperkenalkan oleh mak aku kepada aku masa zaman aku remaja lagi..rasa dia pahit-pahit tapi berlemak...sedappppp

Dulu masa zaman remaja, selalulah kena tumbuk lempoyang dengan lesung batu..makan dengan ikan bakar..lauk orang berpantang ni sedap jugak tau..rasa rindu pulak nak makan lauk orang berpantang..;p

3 ulas Lempoyang 
1 sudu kecil lada hitam, 
1 sudu kecil garam 
1 sudu kecil gula pasir
Segenggam ikan bilis yang disangai tanpa minyak...

semua bahan ni selalunya aku tumbuk sekali, bau harum semerbakkk..boleh tengok gambar yang aku ambik kat bawah ni..
bahan-bahannya

Makan dengan nasi panas-panas+ sayur masak air+ ikan bakar + sambal lempoyang ni...aduhaiiiii..lauk light-light ni kekadang sedap...tekak ni kekadang nak makan yang simple-simple jer.....(ooppsss kalau untuk orang yang berpantang, tak bolehlah tambah nasi, jaga badannn).

Lempoyang ni biasanya tumbuh di kawasan semak samun. Ia dari jenis halia dan juga biasa dipanggil halia hutan. Pokoknya hampir menyerupai pokok bunga kantan. Ia mempunyai bunga yang cantik dan ketinggiannya lebih kurang 30-50 cm dari tanah. Sama seperti genus halia yang lain ia membiak melalui rizom dan pecahan rumpun.
Inilah hasil cabutan aku tadi..cukuplah untuk makan sorang.
Antara kegunaan lempoyang ialah untuk mengubati:
  • kurang selera makan
  • sesak nafas
  • bau badan
  • gaut
sesiapa yang ada gaut tu, bolehlah cuba makan lempoyang ni...tapi selalunya lempoyang ni lauk untuk ibu yang sedang berpantang..yang "pantang nampak" pun boleh jugak makannn...
pokok lempoyang yang aku tanam..dah berlubang kena cabut tadi..hehehehe

Chappie movie pertama Raihan

Sebelum Raihan lahir ke dunia,  movie yang terakhir yang aku tengok ialah Battleship itupun tahun 2012...so Chappie ni adalah movie yang pertama aku tengok selepas kelahiran Raihan dan juga movie pertama untuk Raihan..hampir 3 tahun tak tengok wayang....Kisah ni berlaku awal bulan March, tak silap aku hari ahad malam ;8/3/2015.


Kalau nak diikutkan..rumah aku dengan Gaint Kulim Landmark tu jalan kaki pun sampai, bila-bila masa boleh pergi tengok wayang..tapi aku ni bukan jenis tengok wayang..dulu masa belum kawin kalau tengok wayang setengah jam pertama jer aku tengok..selepas tu maaf katalah..tidur lagi bagussss...sedar-sedar cerita dah habis..aku bukan jenis yang jiwang-jiwang ni..kalau pergi wayang aku nak tengok cerita yang ganasssss jer...tak pun cerita epic high fantasy ni aku suke lerrr...macam Lord of the rings ker atau science fiction action macam Transformer ker..bolehlah layan..kalau cerita nangis-nangis ni aku kurenggg skit..

Bila Raihan dah besar, inilah first time aku bawa dia pergi tengok filem kat wayang..mula-mula kami plan nak bawa dia tengok cerita Cinderella...sampai jer kat counter kami tukar plan..risau nanti dia boring atau dalam kata lain "papa&mama"  boring...akhirnya kami beli tiket tengok cerita Chappie..tengok gambar macam best, ingatkan macam cerita Transformer, tapi rupanya lain sikit..

Disebabkan ini kali pertama Raihan masuk panggung wayang..gelap gelita..so dia pun agak terkejut jugaklah, satu jam pertama macam-macam hal..Kami beli couple seat..so Raihan duduk tengah-tengah..duduk jer terus capai popcorn, makan tak berhenti dan macam tak pernah makan..padahal selalu jer aku beli popcorn...terkejut aku tengok..tapi aku diamkan aja, biar dia menikmati popcorn dia tuuu...

Lepas makan popcorn, Raihan cakap dia sakit perut..aku pun bawalah dia pergi toilet..sampai toilet tak jadi pulak memerut..katanya dah tak sakit dah..aku pun masuk baliklah..ingatkan dapatlah duduk menikmati cerita tu...tak sempat nak duduk Raihan cakap sakit lagi perut...kali ni aku buka siap2 kasut dia..senang nanti takut basah..layannnn...masuk toilet cangkung tak nak, toilet duduk pun tak nak, last-last Raihan cakap tak nak pulak, tak sakit perut dah...sabarrrrrrr...balik semula dalam wayang..aku pun duduklah..masuk kali ke3 cakap sakit perut lagi...aku pun hampir hilang sabar...lepastu aku tanyalah betul-betul dengan nada yang agak ehemehem "jangan bagi mama jadi hulk!!!" ....sakit perut atau Raihan takut, jawapan Raihan bagi senang jer...takut...bukan nak memerut punnnnnn...rupanya dia nervous sebab gelappppp...letih anak oiiii mama kamu ni..dengan papa x nak, nak dengan mama.."papa tak yah, mama jer". Tahu pulak takut kalau dengan papa confirm tak dapatlah layanan manja ulang alik toilet 3 kali..

Lepas tu aku sapu minyak angin kat perut incase betul-betul sakit perut..Raihan pun duduk balik tengah-tengah, port awal dia tadi...aku pakaikan semula stokin dan kasut dia tu...kalau keluar dengan Raihan ni satu beg penuh barang Raihan je, 2 set baju spare, bedak, sabun, minyak angin, wet wipe,tuala kecil, pampers, air kosong, air panas dan susu..satu beg semua barang dia..


Gedebak gedebukkkk..habis satu jam pertama yang penuh huru hara...masuk jam kedua barulah Raihan comfortable...tengok Chappie sampai ketawa mengekek-ngekek...kelakar pulak dengar dia ketawa macam orang tua...macamlah paham sangatttt..dia tengok aku dan papa dia ketawa, dia pun nak joint skalilah tuuuuu...

Cerita Chappie pada aku tak berapa sesuai untuk kanak-kanak..sebab bahasa yang digunakan boleh mempengaruhi, lagipun cerita ini ganazz sangat untuk Raihan...mungkin next time kami kena baca dulu sinopsis cerita sebelum bawa Raihan tengok movie or kena bawa dia tengok cerita kanak-kanak..hehehehe

Kesimpulan dari cerita aku pulak...Raihan enjoy, tak tido pun dalam wayang..mata bulat jer..mama pulak hampir tertidur keletihan...hehehehe..nasib baik cerita ni kelakar, bestttttt...Raihan passed ujian ketahanan..next time boleh bawa lagi...
Aku bagi 6 bintang dari 10...oklah tu...

Tuesday, April 21, 2015

Breakfast Roti Jala

Seperti biasa, hujung minggu adalah masa untuk memasak, Kalau weekday raihan breakfast at school.. so hari sabtu mama pulak masak..bagi anak makan air tangan sendiri..dah terbiasa...kalau memasak suka baca doa, sambil potong bawang sambil berdoa.. supaya anak menjadi anak yang baik, rajin belajar, hormat orang tua..bla bla bla bla...aku yakin, doa ibu adalah sebaik-baik doa..so caranya ialah masak untuk anak...walau sesibuk mana pun aku..tetap cari masa untuk masak untuk Raihan..cuba jadi ibu yang baik sehabis daya selain doa diakhir solat....mana ada ibu doa yang buruk untuk anak, semua ibu mahukan yang terbaik untuk anak mereka.


Minggu lepas teringin nak buatkan roti jala untuk Raihan...aku dan husband pun memang suka roti jala...kalau makan berdua, 10 keping tu kira cukup-cukup perut jer..kebiasaannya aku buat 24 keping..habisssss..family kecik tapi salur perut kami besarrrr hehehe...puas hati makan bertambah..kalau kat kedai kena sukat....;p

Resepi roti jalan ni mudah sangat...boleh dicicah bersama kuah kari ayam, kari ikan, kuah durian, sambal udang dan sebagainya...mengikut citarasa masing-masing..no problemmm

Bahan-bahan untuk roti jala;
Tepung gandung 3 cawan
Garam 1 sudu kecil
Kunyit  serbuk 1 sudu kecil
Air 3 cawan

Nota: ~ pastikan adunan tidak terlalu cair dan tidak terlalu pekat. 
Kalau pekat tambah air..kalau cair tambah tepung. 
Test dulu tahap kecairan tepung tu..kalau adunan tak boleh lalu di celah-celah corong tu maknanya adunan terlalu pekat, tapi kalau laju macam air tu maknanya adunan terlalu cair,..

Cara-caranya:

  1. Campur semua bahan ke dalam blender dan kisar sehingga semua bahan tadi sekata.
  2. Sapu kuali dengan minyak dan putarkan bancuhan tepung tadi dengan alat membuat roti jala seperti gambar dibawah. Kalau tak ada boleh juga guna botol air yang ditebuk lubangnya kat bawah..leceh sikitlah..



alat membuat roti jala
cara membuat roti jala

Tadaaaaaaaaaaa...dah siap roti jala sayaaa
airtangan leen azi



Selamat mencuba...

Trip ke Pulau Pinang The Royale Chulan Penang

Short holiday in Penang , entry kali ni throwback lagi, tahun lepas 2014 punya cerita..

Kalau dipikirkan macam kelakar jer tidur di Penang, jarak Kulim dengan Penang 45 minit jer..bukan jauh sesangat pun sehingga kena bermalam...tapi ada beberapa faktor yang menyebabkan kami bermalam di Penang...search punya search hotel..akhirnya kami tidur di The Royale Chulan Penang. Saja nak try new hotel..



Antara sebabnya yang utama percutiaan ini ialah Raihan dan juga company punya dinner..Kalau bukan kerana lucky draw rasanya macam malas jer nak pergi dinner..tapi siapa tahu rezeki Allah nak bagi..cash 3k kan...banyak tu...Alhamdulillah setiap kali dinner mesti dapat lucky draw..paling sikit voucher RM80.00 ..rezeki anak...untuk tahun 2014 punya dinner ni aku dapat voucher RM150.00, oklah tuu. dari tak dapat..

Ceritanya bermula beginiii...dinner tahun 2013, husband aku tolong jagakan Raihan, balik dari dinner tengok mereka berdua tidur depan tv tunggu mama balik dari berjimba...hehehe..kesian Raihan dan husband,,sayu hati tengok diaorang... Bila dah tengok keadaan mereka tu, aku berjanji tahun depan (2014) punya dinner mama bawa Raihan & papanya skali ya...janji!!! Janji kena ditepati, not dicapati...hihihii

Normally dinner company buat hujung tahun, bulan December..company bagi kelonggaran untuk pulang awal dari biasa, pukul 3 dah boleh balik untuk bersiap dinner malamnya...Balik jer kerja terus ambik Raihan dari school dan kami terus pergi ke Penang. lucky draw table close pukul 6.30, kalau x silap akulah..so agak rushing disitu...sampai jer Penang, kami terus ke hotel untuk check in..lepas check in tu tengok-tengok jam dah nak pukul 5.30pm, perjalanan hotel tempat aku menginap tu dengan Hotel Equatorial(dinner company) memakan masa lebih kurang 45minit...kena pulak time tu pick hour..semua orang rushing nak balik kerja..sure Jemmmmmm giler-gileeerrrr..

So aku pun kelang-kabut check-in bilik...nasib baik hotel ada sediakan bellboy tolong angkat beg...tak sempat kemas apa-apa pun...cium husband, cium Raihan..terus cabut..

Sampai jer kat hotel Equatorial tu pun cun-cun jer time..nasib baik sempat nak drop number...anyway thanks to Entegris for the meals and the entertainments..actually itu semua tak penting..yang penting ialah nombor lucky draw aku tu ada up dekat skrin..tunggu punya tunggu..akhirnya naiklah no.lucky draw aku tu...Alhamdulillah...So, apa lagi, start your engine and Zzaaassssssss balik hotel dimana anak dan suami aku berada...huwaaaaaaa...kesian mereka kena tinggal lagi...


Sampai hotel tengok Raihan dah tido..bangun keesokan harinya, Raihan pun keluarkan 1 words that killing me softly "mama tinggal a'an"..Aduhai anak..tersentuh hati mama..dah besar, dah pandai bercakap dan dah mempunyai perasaan sayu bila ditinggalkan..Bukan lama, sekejap jer, cuma dia terasa ditinggalkan kerana mama tetiba-tiba hilang dari mata dan pandangan..budak-budak bukan pandai berbohong..hati mereka halus dan suci..

Macam biasa kalau menginap dihotel ni, breakfast tak boleh missed...kalau tidur di mana-mana hotel, the first thing first is breakfast..bangun pagi dah lapar, memang x ada masa nak keluar dari hotel untuk cari makan..lutut dah ketar-ketar..tak larat nak tekan minyak...Breakfast di Hotel Royale Bintang ni memang best..semua masakan mereka sedap-sedap..kerusi makan punyalah gedabak besar dan berat..Bab makan memang tip-top..Lunch pun best..a la carte with reasonable price..berbaloi..

Second things kalau nak tidur hotel for family holiday kena ada pool, sebab aku nak bawa Raihan berendam dalam pool..maklumlah rumah kami tak ada pool..so jakun sikit bila jumpa pool..kalau ada pun pool tiup angin tu...hihihihi..

Dari bilik kami boleh nampak kapal percutian yang besar dok parking tepi tu..sebab hotel ni betul-betul berada di Pengkalan Weld, George Town. Permandangan laut memang cantik..



Lepas jer breakfast, aku pun bawalah si bujang aku ni meronda-ronda persekitaran hotel dan bermandi mandi..Hotel ni baru saja di baik pulih, so all new..actually ini banggunan lama yang dinaik taraf dan diubah suai..seriously cantik, mewah dan selesa..
Melihat mereka ketawa, rasa semua penat yang ada hilang serta merta, suami dan anak adalah nyawaku..merekalah penguat dan pemberi semangat untuk aku terus maju..Alhamdulilah semoga keluargaku terus dilimpahi kasih sayang dan kebahagiaan. 

Kebahagian adalah sesuatu yang subjektif, kami tak kaya wang dan harta, tapi kami mewah dengan kasih sayang dan saling bergantung antara satu sama lain..Raihan adalah tanda kasih sayang kami..Alhamdulillah syukur pada Allah.

Check out hotel..lepas tu kami meronda pulak batu feringgi..Raihan ni masih takut pada ombak dan pantai..mungkin kami tak selalu bawa dia ke pantai kot..tunggulah sikit masa lagi bagi dia besar sikit..InsyaAllah..

For those yang nak berjalan dan nak bermalam di Penang, highly recommended this hotel..Pekerja yang peramah dan makanan yang sedappp..

Saturday, April 18, 2015

Hot Spring @ Sungai Klah; Raihan mandi-manda

Throwback trip bermandi-manda di Hot Spring Sungai Kelah.


Percutian keluarga kami ini sejurus kami balik dari Jepun, berjalan saja bujang aku ni..tahun 2014 sakan bawa Raihan berjalan.



Hot spring ni terletak di Sungkai, Perak.

Taman tema air yang cantikkkk..kolam air panas yang banyak dan besar...boleh pilih nak yang panas tahap mana..untuk Raihan yang budak-budak punyalahhhh...



Taman rekreasi air panas ni dikelilingi hutan yang subur, dikelilingi bukit bukau, kelapa sawit, dusun burian dan anak sungai yang jernih. Berkeluasan  6.5 hektar..besarrr tuuu..letih jugak berjalan...


Konsep seni bina yang direka oleh manusia, air panas dialirkan ke kolam renang.. Kreatif betul engineer yang buat hot spring ni,.. Antara yang best kat sini ialah kita boleh merebus telur...tak payah bawa telur dari rumah, kat sana ada jual dah..bawa duit jer..
Selain tu ada juga tempat untuk terapi dan berjogging yang disediakan disekitar kawasan, kalau rasa penat berjalan, bolehlah naik tram..

Persekitaran yang selesa, bersih dan cantik..masih dijaga rapi..Toilet bersih dan terjaga..

Harga tiket untuk dewasa RM12, untuk kanak-kanak : RM10, untuk warga emas :  RM7 dan untuk OKU : RM2, rasanya berbaloi sangat dengan harga...

Yang paling seronok kat sini Raihan lah....main airrrrr


Friday, April 17, 2015

Bestday Cake untuk anak ; March & April

Harini school Raihan ada buat Birthday Party Celebration (untuk bulan March & April).
Seperti sebelum-sebelum ni, my son ni alahaiiiiiii...nak juga menyentil birthday party orang..
A day before, bising nak kek, nak potong kek mama..nak potong kek mama..pujuk aku suruh buat kek dia...





Balik ambik Raihan semalam, elok jer teacher bukak jer pintu kereta mengadu, katanya Raihan nak kek..."besok ada birthday party ya puan..., Raihan nak kek"

Message book pun dah ada bagitahu ada birthday party tapi Raihan punya nama x ada dalam list..ofcourselah..Raihan lahir bulan August..hehehe 

Actually aku tak plan pun nak buat kek untuk Raihan kalini sebab letihhh, kat opis macam-macam hal..konon balik nak rehat-rehat ja...(rehatlah sangattttt, sibuk blogging)

Seperti biasa, malam-malam aku ngan husband pun berbincanglah tentang anak...kata papa Raihan "nanti naik lemak", mula-mula aku tak paham, ingatkan lemak badan, tengok badan Raihan tak gemuk punnn...rupanya lemak "mengada-ngada"..hehehehe...bila pikir-pikirkan balik memang pun...nanti manja sangat, tapi pikir sekali lagi...why notttt??...lagipun air tangan aku, bukan beli kat kedai..air tangan ibukan berkat (boleh jampi sikit-sikit suh dengar cakap..hehehe)..semoga dengan air tangan aku tu Raihan bersemangat untuk belajar!!! barang baking ada & boleh deco sendiri..apalah salahnya buat anak happy...siapa tak suka anak happykann...

Dah banyak kali kami bagitahu Raihan , its not your birthday sayangggg...pastu haru satu rumah menangis nak kek...So mama pun dengan penuh rasa kasih sayang, buatlah dengan dibantu oleh papa, papa memang pakar bab putar-putar krim kek ni...

Sambil-sambil baking tu aku pun masaklah untuk dinner...ayam masak merah + sayur campur...
Habis jer makan, kek pun siap masak..

Lepastu aku selesaikan mana-mana yang wajib dululah...pukul 8.30 start deco kek..by 9.30pm dah siapp...lepas tu apa lagiiiii posing lah si Raihan dengan kek Ultraman dia tu... 
Posing lepas kek siap deco...
My Happy son!!!
Kalau ikutkan kek Raihan ni tinggi..3 layer with krim..tapi disebabkan dia dah ngapppp dulu layer yang pertama masa aku tak ada kat dapur..tak sabar sangat nak makan kek..tengok-tengok 1st layer dah tinggal separuh...maka dapat 2 layer jer lah untuk mama deco..
Kek comel Raihan yang tak cukup tingkat..hahahaha
Masa pilih gambar pun kecoh..nak pilih sendiri..tunjuk nak gambar yang mana...

Mama:Raihan nak kek apa??
Raihan : Raihan nak kek Ultraman,
Mama: Yerlah, kek apa..pisang ker, strawberry ker, coklat ker...
Raihan: Kek Ultramanlah mamaaaa....
Mama: Yerrrr lah....nak kek Pisang Ultraman ker, Strawberry Ultraman ker, Coklat Ultraman
Raihan: Pisang Ultraman (sepantas kilat sebut nak kek pisang, tapi ultraman tak tinggal, hahahaha)

School Raihan akan buat birthday party 2 bulan sekali...dengan ini Raihan akan ada 5 Bestday & 1 Birthday cake..you are lucky enough my son sebab mama boleh bake and deco cake sendiri..kalau nak beli kat kedai, mungkin tidaklah...2 bulan skali beli kek boleh botak kepala mama....

Pukul 10.30pm Zaaaazzzzzzzzzzssssssssssss  tidooooo

Bangun pagi, bersiap pergi kerja, mandikan Raihan..pastu macam biasalah...posinggggg lagiiiiiii

Sebelum pergi school, posing dulu dengan kek dia



I LOVE MY SON....

Thursday, April 16, 2015

Nasi Arab datang lagi!!

Ada ker yang teringin nak makan Nasi Arab...Mengidammmmm kerrr, terliur kerrr..yumyumyummmmmm sedappppp. jangan tunggu lama-lama...order meh meh



Sebab saya beli Nasi Arab ni..

1. BERBALOI harga berpatutan, beras basmathi + rempah. 

2. SENANG, Bukan susah pun masak..cara-cara masak semudah 123 di sediakan...ikut jer step tu..adik aku lelaki bujang pun boleh masak uolsssss

3. Rempah yang SEDAPppp

4. TAHAN LAMA, disebabkan rempah dan beras ni bahan kering, ia boleh tahan berbulan..boleh buat stok time "malas-malas" or tak ada idea nak masak apa, so kalau para suami nak beli untuk isteri tersayang tak payah risau..tak basi sebab ianya beras, beras kalau x masak lagi tak akan basi yer abang-abang...kalau nasi yerrr lahhh boleh basi..selagi tak masak selagi tu x basi..tapi agak-agaklah jangan sampai keluar kutu beras pulakkkk..

5. STOK kentalll- Juadah untuk tetamu, kalau ada  tetamu datang "mengejut" tu...masakkan ajer Nasi Arab ni...Kerrrlassssss ko jahhh..

Buat Juadah berbuka puasa atau pun Hari Raya....

Raya dah nak dekat nih..Baju raya warna apa tahun niiii????hehehehe..lari topik jappp




Cara memasak:




SIAPPPP

Nak tempah ker ?? Meh baca gambar bawah ni plak..



1 set : Harga RM19 x 1 set = RM19 + Postage RM6 = RM 25.00 
2 set : Harga RM19 x 2 set = RM38 + Postage RM9 = RM 47.00 ( lagi jimatttt)

atau whatsApp 012-476 6598 untuk menempah

Wednesday, April 15, 2015

DIY: Fridge Magnet Vs Tray Magnet

Tetiba harini rasa nak bercerita tentang topic magnet, rasanya sebut saja pasal magnet orang akan ingat Fridge Magnet..

Orang yang suka kumpul fridge magnet ni selalunya yang kaki berjalan, macam aku lerrrr..
Antara koleksi fridge magnet aku yang aku deco menggunakan tray besi
Sebagai tanda dan kenangan berada disesuatu tempat...selain bentuk yang menarik dan colorful...

Isu Magnet boleh menyebabkan Cancer ni rasa aku dah lama diceritakan..topik yang menjadi tanda tanya pada aku akan kebenarannya..aku rasa ada beberapa perkara yang kita perlu kaji sendiri sebelum mempercayainya buta-buta...jenis aku susah nak percaya kalau tak ada fakta depan mata..kalau stakat cakap "kajian bla bla bla bla" aku pun boleh...lagi-lagi zaman sekarang ramai yang "kreatif" suka "mereka-reka"

Antara yang meragukan aku ialah;

1. Betul ker ini kajian daripada Princeton's University atau ianya email dari pihak yang sengaja mencari publisiti murahan..

2. Magnet hiasan adalah sejenis magnet kekal dan besifat agak lemah. Kalau korang tutup pintu fridge kuat-kuat, confrim banyak yang jatuh tergolek-golek, itulah antara gambaran yang dapat menggambarkan  kelemahan magnet yang terkandung.

3. Kekuatan magnet akan berkurangan dengan cepat dengan disebabkan oleh jarak. Cuba korang letak kertas yang tebal diantara magnet dan pintu fridge korang, sudah tentu tak melekat magnet tuuu kan..Jadiiiii, macamana magnet boleh memberi kesan pada makanan yang disimpan di dalam peti sejuk? Walaupun korang lekatkan magnet yang betul-betul kuat di pintu fridge, kuasa magnet tidak mampu untuk pergi jauh apalagi nak menyerap dalam makanan yang korang simpan dalam tuuu 

4. Kalau dipikir secara logik..pintu fridge kita yang ada kat rumah tu menggunakan magnet  untuk merapatkan dan menutup pintu, dan motor electrik yang ada kat dalam tu juga mempunyai magnet untuk menghasilkan medan elektromagnet..Ianya lebih dekat dengan jarak makanan yang kita simpan kat dalam tu dan lebih kuat dari magnet hiasan yang kita tampal tuuuuu...errrkkkkkkk????

hahahahahahahahaaaaaaaaaaaaaaa...so macammana? apa korang fikir? itu pendapat aku, terpulang pada koranglah...fikir-fikirkan yerrrr


" A number of researchers at Princeton's University have discovered something scary!.

For several months, they were feeding two groups of mice: the first group with food kept in a refrigerator, and the second group with food kept in a refrigerator as well but with several decorative magnets on the door.

The objective of this experiment was to see how electromagnetic radiation (that coming out from the decorative magnets on the door) affect food items. Amazingly, rigorous clinical studies stated that the group of mice that consumed the "radiated" food had as much as 87% higher probability to get cancer than the other group of mice.

Inexplicably no Governments or health associations/institutions have given any statement on this regard. However and just in case, is recommendable to remove any decorative magnet from refrigerators, and put it far away from any food" 


Selepas jer cerita pasal magnet ni keluar...ramai yang tukar haluan hobi...yang parah terus buang or simpan jer magnet tu....adoooiiiiii...awat jadi lagu tuuuuu kakkkkkk

Kalau rasa tetap tak leh go-on, tetap nak percaya akan "Fridge Magnet merbahaya dan membawa kepada cancer" terpulang...tapi janganlah dibuang fridge magnet tu..tak nak bagi kat aku...hehehe

Ok..meh nak share IDEA untuk deco & display fridge magnet yang ada tu.. selain BUANG dan simpan ..kita kreatiflah sikitttt
Pintu besi rumah aku ...bilalah nak penuh koleksi aku ni yerkkk??

1. Tampal pada dulang besi yang ada kat rumah tu..buat macam frame berbingkai..gantung ke...sekurang-kurangnya tak lah lekat merata-rata...;D

2. Tampal kat pintu dapur(besi)


Berkebun dengan anak

Rutin harian aku..balik dari kerja terus masuk kebun@ taman mini...hehehehe (bunyi macam besar jer "kebun" aku tu kannnn)..

Kebun sekangkang kera...depan rumah jerrrr..tanah rezab ..dari terbiar baik aku buat taman mini..bolehlah buat penyejuk mata....kalau sempat..selepas balik kerja luangkan sedikit masa jirus pokok dan pantau pokok-pokok yang aku tanam..walaupun pokok aku tu bukanlah yang jenis manja..semua pokok yang aku tanam pokok yang jenis "dare to die"...


Pada aku pokok-pokok tu memberikan aku udara yang nyaman, aku x dapat bayangkan macamana rumah aku kalau x ada pokok hidup...;(








Cuaca pulak elok harini...Alhamdulillah...Raihan dah sibuk nak main basikal dia..aku pun bagilah dia main..kesiannnn,  dah terketa-ketar sangat nak main basikal..dia pun mainlah pusing-pusing dalam rumah tu..bukan main lama pun..kejap jer..budak-budak kan cepat boring....sekurang-kurangnya adalah riadah petang untuk Raihan..aku sebenarnya tak suka manjakan Raihan dengan gadget, aku lagi suka dia berpeluh..di usia Raihan 3 tahun ni alhamdulillah dia belum lagi tahu guna hp main game, kalau tengok youtube pun request nak tengok kat laptop..aku memang tak ajar dia tengok kat hp..pada aku belum masanya lagi..

Kadang-kadang, masa ku tengah bercucuk tanam tu..Raihan pun apalagi..tinggalkan basikal.. sibuk nak "tolong mama" katanya..kalau aku dah siap bertanam dia lagilah sibuk..nak tolong aku siram pokok..Sekarang ni Raihan dah pandai buka paip air sendiri..pantang aku toleh tempat lain..baju pun basah..Pandai ambil kesempatan bujang aku ni..bukan nak tolong aku siram pokok..yang sebenarnya dia nak main airrr!!! Sebagai mak, aku dah tahu sangat dah intention dia tuuuuu.."tolong mama jap Raihan..tolong buka paip air" Dengar jer perkataan paip air tu laju jer dia buka..lepastu suruh aku pancut air tu kat badan dia..pastu suruh aku buat air hujan,,sudahnya pokok aku terlebih air..

Taman Mini ni aku dah kurangkan pokok, konon-konon nak buat design ala Bali..macam x jadi jerrrkkk
Kalau time aku menyemai pulak..aku bagi dia tanam pokok sendiri, cucuk sendiri benih kat tanah..gembur-gemburkan tanah, buang daun kuning, Alhamdulillah boleh harap dah...

Elok habis jer aku men"deco" taman aku tu..langit pun gelap beserta angin kencang..masuk rumahlah...esok pulak sambung bertanam..


SPONSORED BY NUFFNANG

New story