LeenAzi

Friday, October 09, 2015

Adakah aku perlu bercuti??

Rasa macam dah lama tak bercuti..sibuk.sibuk.sibuk.sibuk. otak penatttt badan letihhh..Kalini barulah bernyawa sikit...boleh update blog sehari 3/4 kali...;P

Tambahan pulak dengan matawang negara kita yang menyedihkan ituuu, aku dengan tegarnya menetapkan belanjawan keluarga aku untuk tahun 2015 ini adalah tahun melancong dalam negara dan segala aktiviti diluar kawasan"dibekukan" hehehe..tengok jelah promosi yang "menggoda tu"..dugaan sungguhhhh..

Tip untuk kepada yang suka berjalan macam aku ni...korang pergi jer kat Trivago lagi mudah..kat situ korang boleh pilih "mana yang lagi murah harga"..aku ni dah macam "mabuk hotel"...nak bercuti dekat jer pun tapi godek trivago ni punyalah lama..nak buat keputusan punyalah susah.. janji puas hati..bayar pakai duit, kalau pakai daun aku sapu jer...dan yang penting memenuhi ciri-ciri yang aku tetapkan...

1. Ada pool untuk Raihan berendam
2. Ada breakfast, tak payahlah bersusah-susah nak keluar dari hotel pagi-pagi cari makan..
3. Selesa dan berpatutan dengan budget..


kiranya aku agak cerewet dalam hal ni..lantakkk
Alahaiiiii....x sabarnyerrrrrr

Senarai online booking yang menawarkan harga masing-masing..kat sini boleh tahu dah yang mana paling murah dan berbaloi..Hotel yang sama dan pada tarikh yang sama..sebagai pengguna kita kena bijak membuat perbandingan tau
check it outttttt


Resepi burger bakul

Hujung minggu yang ceria, bolehlah merapu sikit buat breakfastkannnn...so kita kreatif lah sikit..jamu  mata dulu sebelum jamu perut..hihihi..

Kali ni nak share cara membuat burger bakul, cara yang sangat senang dan sedap...trylah..

Bahan-bahan yang diperlukan:

Mangkuk tahan panas (oven/microwave safe)
Margerin/butter
sekeping roti sandwich
daging burger dibelah 2
sebiji telur
lada sulah

Cara-caranya:
Sapu butter disekeliling mangkuk dan sapukan butter pada kedua-dua bahagian roti. Letakkan roti kedalam mangkuk, tekan-tekan permukaan roti mengikut bentuk mangkuk anda, kemudian lapik daging burger yang telah dibelah 2 dan pecahkan telur keatasnya. Tabur sedikit lada sulah... Bakar selama 20 minit dengan suhu 180C. 

Simple and Easy!!! 

Thursday, October 08, 2015

Resepi Brown Sauce & Mashed Potato untuk BBQ

Resepi Brown Sauce & Mashed Potato untuk BBQ

Seperti yang telah Leen janjikan pada post sebelum ni...jadi harini Leen share ya resepi brown sauce ni..tapi kali ni special skit sebab resepi ni 2 dalam 1, semestinya senang dan mudah...

Bahan-Bahan untuk Brown Sauce

3 biji bawang putih di cincang halus
1 biji bawang besar dipotong dadu
3 sudu besar butter
3 sudu besar olive oil / minyak masak kalau nak senang..
1 sudu kecil  oregano
1 sudu kecil black paper
2 sudu gula merah
1 cawan susu segar / susu cair / susu tepung(yang dibancuh dengan air)
5 biji kentang bersaiz sederhana, dibuang kulit dan dibelah 4
1 kiub stok ayam
2 1/2 Cawan air
Garam

Cara-cara:

1, Masukkan air, kiub ayam, garam dan kentang, rebus sehingga empuk. Tus kentang dan simpan air rebusan tadi. ketepikan.
2. Panaskan minyak dan butter, tumis bawang putih, bawang besar, oregano sampai naik bau. Masukkan air rebusan kentang tadi, susu, gula merah, black paper dan garam secukup rasa. Ambil lebih kurang 2 ketul kentang yang telah direbus tadi bertujuan untuk memekatkan kuah, kalau kuah cair tambah kentang lagi..
3. Masukkan kesemua bahan ke dalam pengisar dan kisar sehingga hancur...siap dah brown sauce...
Kentang yang lebih tadi kita buat mashed potato pulak @ kentang lenyek...
1.  Masukkan kentang, susu, butter, oregano, garam, black paper..lenyek sesuka hati anda...hehehe
siap dah mashed potato...

Senangkan.....:) 

Search Keywords terhangat jatuh kepadaaa, "Pisang Goreng Cicah Sambal Kicap Power" whattt????

Wahai mood..datanglah..datanglah..kuseru nama mu..huhuhuhu..Bila dah lama tak berblog ni, mood macam suam-suam kuku jer..facebook pun macam x best..malas nak buka kekadang 3/4 hari tak tengok...ciaannnnn

Harini gagahkan diri menjenguk lama sikit ke dalam blog aku yang hampir nak berhabuk ni..tengok-tengok tuuuudiaaaaaaa...ramainya yang baca resepi  "Pisang Goreng Cicah Sambal Kicap Power" curious aku jap...apa yang best yer tentang entry ni..cer citer cer citer...nak tau gak..so next time bolehlah dapat semangat skit nak berblog ni...;)

7 bulan berblogging..inilah search keywords I yang terlarissss abad ini...hahahaha..thanks pada yang membaca...sukeeee sangat..




Wednesday, September 30, 2015

Resepi Meatball Simple dan Senang

Resepi Meatballs Simple dan Senang

Kalini Leen nak share resepi meatballs, favorite my husband and son..selalu jugak buat tapi selalunya tak sempat nak ambik gambar dah licin..so ini jer gambar yang sempat ditangkap :D 

Selamat mencuba semua...


Bahan A:

1 bungkus daging kisar
1 cawan daun bawang - diracik halus
3 helai daun ketumbar@ daun sup- diracik halus
1 sudu kecil oregano
1 biji bawang merah dicincang halus
1 biji telur
1 sudu kecil garam
1 cubit lada hitam, ikut suka tahap kepedasan anda
5 sudu tepung jagung


Bahan B: 

Minyak masak 3 sudu
Butter 3 sudu

Cara menyediakan;

1. Gaul kesemua bahan A di atas sehingga adunan tadi menjadi doh, kalau aduanan cair tambah tepung jagung sehingga adunan tadi mudah dibentuk.
2. Ambil adunan dan buatkan bebola kecil, ikut suka anda nak besar mana.
3. simpan dalam peti sejuk selama 1 jam untuk mengekalkan bentuk bola..kalau tak sabar boleh jer terus masak..;D


Cara memasak:

Panaskan minyak & butter,pastikan butter tidak hanget..goreng meatball sehingga garing...siapp


P/s: Resepi gravvy@ brown sauce tu leen share di post lain yer...;)

Check it outttttt


Wednesday, September 23, 2015

Birthday Boy 3 Tahun


Bismillah...Alaihai..rindunya...lamanya....



Rindunyaaaaa pada blog aku ni...dah bersawanggggg!!!!...and now baru ada time nak menaip..but this time tak boleh panjang lebar..cukup mana yang ada, mana yang terlintas difikiran..hobi yang
tergendala dek kerana tugas yang setiasa berlambak..huhuhuh....

Ok, harini nak cerita kisah Birthday Raihan yang ke-3 tahun..besar dan bujang mama..petah bercakap dan yang penting membesar dengan sihat dan cergas.





Dek kerana tahun ni adalah tahun "menyimpan"..so mama dan papa tak boleh bawa Raihan terbang naik belon..kita raikan di Malaysia ajer..kalau tiap tahun melancong mau koyak kocek dibuatnya..

Seperti biasa, kek 3 tingkat khas mama buat untuk anak mama nih..bake sendiri so the cost pon tak besar..carrot cake ni untuk celeb kat school, manakala mama bake lagi satu untuk bawa ker Shah Alam celeb dengan pakcik2nya pulak..Fondant cake (Cars)..also mama bake & deko sendiri...bukan untuk makan sangat punn..just untuk suka2 tiup lilin..



I'm happy for you my son, even balik kerja penat terus buat kek..tapi puas hati sebab buat sendiri, air tangan sendiri dan..yang penting...jimat!

Semoga Allah terus melindungi dan memelihari anak mama ini dari segala dugaan syaitan, menjadi anak yang soleh dan berguna pada agama dan negara. Amin.

Friday, June 05, 2015

Bestday cake anak

Seperti biasa aku akan membaking 2 bulan sekali untuk Raihan...sebabnya school akan celebrate birthday student lain 2 bulan sekali..si Raihan ni pulak suka menyentil nak potong cake jugakkkkk. Kalini untuk birthday bulan 5 & 6 punya..

So this time he request ball and spiderman cake..layannnnn.. yang bestnya kami sama-sama membaking. Start dari aku kumpul barang,membaking dan mendeco Raihan akan duduk kat dapur ngan aku..teman aku buat kek dia..sibuk sangat nak "menolong"..spending time dengan Raihan kat dapur..anak sorang bolehlah layan..kalau dah berderet rasanya tak larat jugaklah aku...

Thursday, June 04, 2015

Trip ke Genting Highland Berjaya Awana Hotel



my model
suke sangat berposingggg
Kali ni entry berkaitan short holiday Raihan di Genting Highland..first time Raihan ke Genting..untuk aku pulak dah banyak kali dah masa zaman study dulu..Cuti kali ni jatuh pada public holiday yang panjang sikit, jumaat, sabtu, ahad dan isnin (1-4 May2015).4 hari cukuplah kot..Opah dan Atuk Lan excited nak bawa Raihan bercuti...i follow jerrr...heeeeeee ..


Khamis malamnya..aku seperti biasa kalut kemas beg pakaian nak balik Tapah.. sebab keesokannya hari jumaat..plan lepas jer balik kerja terus cabut, so tak lah nanti kelang kabut tertinggal itu ini...itulah rutin setiap kali kami balik kampung..wanita bekerja macam aku ni kena pandai susun masa..tak boleh main terjah-terjah jer..aku pun jenis yang tak suka last minit preparation..kalau main last2 minit jawabnya x pergilah..


Kami bermalam di Tapah dan  keesokannya sabtu pagi barulah kami ker Genting..kalau dari Tapah ke Genting tu 2@3 jam jer...tapi kalau di kira dari Kulim ke Genting mau makan 5 jam..anggaran masa tau..kalau bawa laju macam F1 tu tak pasti pulak..lagi awallah sampai..
dalam bas dari Awana Hotel
Masa di Genting, kami tak kemana pun sebab outdoor masih dalam progress..habuk jangan cakaplah..boleh kena asma...hehehe...Yang boleh indoor jer...tapi mahluk punyalah ramai..heran aku apa diaorang ni buat kat tempat-tempat camni..(macam cakap kat diri sendiri jerkannnn)
Doctor check gigi jap yer...banyak betul gigi rosak..;P
Masa kami datang tu ada banyak entertainment yang disediakan oleh pihak Genting..tengok ajer lerrrr..dah free...agaknya Raihan lansung x faham  apa yang berlaku disekelilingnya..yang dia tahu "jalan-jalan"..Seronok tengok dia happy...tambah pulak dengan mulut murai dia tu...
Raihan dah jumpa dah tempat dia...huhuhuh


Kami bermalam di Genting pada malam sabtu . Ahadnya selepas jer check out hotel kami ke Shah Alam pulak dan bermalam di sana..bawa Raihan jumpa pakcik-pakcik dia kat Shah Alam dan sambut hari lahir Atuk Lan(surprise gituuu)......cer tengok tu...senyum leborrr atuknyerrr

Padat sungguh masa..so masa yang ada tu kami mengambil kesempatan pergi ke tempat "terapi minda"..apalagi kalau tak ke IKEA dan GM Klang..Kalau ke KL ni tempat wajib ialah Ikea..kalau tak ke sana rasa macam tak lengkap hidup..;P..(nasib baik jauh dengan Kulim..kalau x botak kepala tiap minggu berkemah di Ikea..dengar kata Ikea nak dibuka di Penang..akulah orang yang paling sukeee sebab dekat dah tuuuuu) 
Nampak tu Mem besar tunjuk good...x yah citerlah kesedapannya..meat ball rasanya semua orang dah tahu kottttt

aku try salmon...sedapppp

Raihan  di GM Klang...ikut opah shopping

Cuaca di Genting tak lah sejuk sangat..panas sikit dari Cameron Highland rasa akulah..tapi masa kami berada di sana hujan so sejuk dan berkabussss...syioookkk
Pantang jumpa tub..

permandangan dari balkoni hotel...berkabus dan hujan...sejukkk ooooo

smiling face...

Cucu opah 
Raihan mengambil kesempatan bersiar-siar dan terjumpa awek comellll....terpegun kotttt
Yang ni pulak pemandangan waktu pagi dari Hotel..cantik sangattttt..aman dan damai jerkannn
Ok....habis dah cerita untuk percutian di Genting....Bestttttt

Wednesday, May 27, 2015

Sambal Ubi kayu

Hari ahad lastweek punya program santai-santai jer berehat di rumah bersama mentua..sempatlah nak menaip blog..itupun halfway..harini baru sempat nak post..hehehe..entry kali ni pasal ubi kayu lagi...jenuh nak menghabiskan ubi kayu tu..macam-macam resepi nak dicuba...yang dicabut tiga pokok jer pun...pagi tu aku pun buatlah resepi pemberian kawan dalam fb..rasa macam zaman jepun plak makan ubi kayu..walaupun x sempat melalui zaman itu..tapi dari cerita di tv tu dapatlah aku bayangkan waktu zaman jepun..(hihihih...melalut dah ni...)

Resepi ni dapat dari kawan fb aku yang sangat baik hati..ubi kayu cicah sambal hijau..tapi edisi aku ni sambal merah tau.,.sebab lada warna hijau tu tak ada stok dalam rumah...:P

Bangun pagi jer..buat nasi goreng kampung dan start rebus ubi kayu,  pastu aku pun goreng sikit ikan masin buat tambah lauk sambil-sambil tu sediakan bahan buat sambal untuk dicicah makan bersama ubi rebus..

Bahan-bahannya;
Sebiji bawang besar
3 ulas bawang putih
4 biji cili padi
4 biji  lada hijau@merah
Segenggam ikan bilis dibasuh
1 sudu kecil garam
2 sudu kecil gula

Cara-caranya;
Campur semua dalam blender/tumbuk kalau rajin... dan kisar kasar-kasar sikit tau...panaskan minyak dan tumis garing-garing sampai naik minyak. Kalau nak sedap lagi boleh tambah bawang yang dihiris. Masak sampai bawang tu layu..Siapppp..

Selamat mencuba yaaaa...

Saturday, May 23, 2015

Sira Ubi Kayu

Assalamualaikum...fuhhh rasa macam dah lama sangat tak menaip blog...dah nampak ada serawang dan habuk dah dalam blog ni..kesiankannnnn blog ni... balik kerja otak dah penat, seharian perah otak....Kesibukan sudah melanda diriku kembali.. dan ia akan berterusan begini sehingga 2 @ 3  bulan akan datang...sabau jer lerrrrr....
Tapi dalam sibuk-sibuk tu..hobi yang lain x akan dilupakan...berkebun semestinya...keluarkan peluh manja ni...Hari ni hari sabtu..cuaca pulak mendung jer..macam nak hujan..macam x nak hujan..kebetulan pulak pak dan mak mentua nak datang umah...so apa lagi...ke kebunlah aku.. cabut ubi depan rumah...plan nak buat makan petang sambut tetamu yang aku sayangi...
Alhamdulillah  rezeki..ubi ni batch kedua gemuk-gemuk sikit..sebab aku tabur baja...hihihihi...si Raihan pun nak menyibuk jugak cabut ubi,,tolonglah sangattttt...tapi aku suka jer dia join..sekurang-kurangnya mendedahkan dia pada alam semula jadi dan juga menggalakkan dia berbakti pada tanah...

Pucuk ubi tu aku buat masak lemak...lauk tengahari kami anak beranak harini...cukup kami bertiga makan..Raihan memang suka masak lemak..Ubinya pulak aku buat sira...meh nak share resepi sikit..senang bangattttt...tutup mata pun boleh buat...resepi campak-campak jer uolsssss..tak yah pening kepala..



Ubi - potong kecil dan bersihkan
Air - ikut paras ubi
Gula melaka 1 ketul
Garam 2 sudu kecil
Daun pandan 3 helai- aku ambik depan umah jer
Tepung jagung 3 sudu larutkan dengan air dalam cawan dulu.

Cara-caranya:
Masukan Ubi dalam periuk pastu masukan air mengikut paras ubi, Kemudian masukkan garam, gula melaka dan daun pandan. Bila ubi dah empuk..masukkan tepung jagung, biarkan mendidih sekejap dan kuah memekat...jengjengjeng..dah siappp

Senangkannnnn...selamat mencuba....


SPONSORED BY NUFFNANG

New story