LeenAzi

Wednesday, April 15, 2015

DIY: Fridge Magnet Vs Tray Magnet

Tetiba harini rasa nak bercerita tentang topic magnet, rasanya sebut saja pasal magnet orang akan ingat Fridge Magnet..

Orang yang suka kumpul fridge magnet ni selalunya yang kaki berjalan, macam aku lerrrr..
Antara koleksi fridge magnet aku yang aku deco menggunakan tray besi
Sebagai tanda dan kenangan berada disesuatu tempat...selain bentuk yang menarik dan colorful...

Isu Magnet boleh menyebabkan Cancer ni rasa aku dah lama diceritakan..topik yang menjadi tanda tanya pada aku akan kebenarannya..aku rasa ada beberapa perkara yang kita perlu kaji sendiri sebelum mempercayainya buta-buta...jenis aku susah nak percaya kalau tak ada fakta depan mata..kalau stakat cakap "kajian bla bla bla bla" aku pun boleh...lagi-lagi zaman sekarang ramai yang "kreatif" suka "mereka-reka"

Antara yang meragukan aku ialah;

1. Betul ker ini kajian daripada Princeton's University atau ianya email dari pihak yang sengaja mencari publisiti murahan..

2. Magnet hiasan adalah sejenis magnet kekal dan besifat agak lemah. Kalau korang tutup pintu fridge kuat-kuat, confrim banyak yang jatuh tergolek-golek, itulah antara gambaran yang dapat menggambarkan  kelemahan magnet yang terkandung.

3. Kekuatan magnet akan berkurangan dengan cepat dengan disebabkan oleh jarak. Cuba korang letak kertas yang tebal diantara magnet dan pintu fridge korang, sudah tentu tak melekat magnet tuuu kan..Jadiiiii, macamana magnet boleh memberi kesan pada makanan yang disimpan di dalam peti sejuk? Walaupun korang lekatkan magnet yang betul-betul kuat di pintu fridge, kuasa magnet tidak mampu untuk pergi jauh apalagi nak menyerap dalam makanan yang korang simpan dalam tuuu 

4. Kalau dipikir secara logik..pintu fridge kita yang ada kat rumah tu menggunakan magnet  untuk merapatkan dan menutup pintu, dan motor electrik yang ada kat dalam tu juga mempunyai magnet untuk menghasilkan medan elektromagnet..Ianya lebih dekat dengan jarak makanan yang kita simpan kat dalam tu dan lebih kuat dari magnet hiasan yang kita tampal tuuuuu...errrkkkkkkk????

hahahahahahahahaaaaaaaaaaaaaaa...so macammana? apa korang fikir? itu pendapat aku, terpulang pada koranglah...fikir-fikirkan yerrrr


" A number of researchers at Princeton's University have discovered something scary!.

For several months, they were feeding two groups of mice: the first group with food kept in a refrigerator, and the second group with food kept in a refrigerator as well but with several decorative magnets on the door.

The objective of this experiment was to see how electromagnetic radiation (that coming out from the decorative magnets on the door) affect food items. Amazingly, rigorous clinical studies stated that the group of mice that consumed the "radiated" food had as much as 87% higher probability to get cancer than the other group of mice.

Inexplicably no Governments or health associations/institutions have given any statement on this regard. However and just in case, is recommendable to remove any decorative magnet from refrigerators, and put it far away from any food" 


Selepas jer cerita pasal magnet ni keluar...ramai yang tukar haluan hobi...yang parah terus buang or simpan jer magnet tu....adoooiiiiii...awat jadi lagu tuuuuu kakkkkkk

Kalau rasa tetap tak leh go-on, tetap nak percaya akan "Fridge Magnet merbahaya dan membawa kepada cancer" terpulang...tapi janganlah dibuang fridge magnet tu..tak nak bagi kat aku...hehehe

Ok..meh nak share IDEA untuk deco & display fridge magnet yang ada tu.. selain BUANG dan simpan ..kita kreatiflah sikitttt
Pintu besi rumah aku ...bilalah nak penuh koleksi aku ni yerkkk??

1. Tampal pada dulang besi yang ada kat rumah tu..buat macam frame berbingkai..gantung ke...sekurang-kurangnya tak lah lekat merata-rata...;D

2. Tampal kat pintu dapur(besi)


Berkebun dengan anak

Rutin harian aku..balik dari kerja terus masuk kebun@ taman mini...hehehehe (bunyi macam besar jer "kebun" aku tu kannnn)..

Kebun sekangkang kera...depan rumah jerrrr..tanah rezab ..dari terbiar baik aku buat taman mini..bolehlah buat penyejuk mata....kalau sempat..selepas balik kerja luangkan sedikit masa jirus pokok dan pantau pokok-pokok yang aku tanam..walaupun pokok aku tu bukanlah yang jenis manja..semua pokok yang aku tanam pokok yang jenis "dare to die"...


Pada aku pokok-pokok tu memberikan aku udara yang nyaman, aku x dapat bayangkan macamana rumah aku kalau x ada pokok hidup...;(








Cuaca pulak elok harini...Alhamdulillah...Raihan dah sibuk nak main basikal dia..aku pun bagilah dia main..kesiannnn,  dah terketa-ketar sangat nak main basikal..dia pun mainlah pusing-pusing dalam rumah tu..bukan main lama pun..kejap jer..budak-budak kan cepat boring....sekurang-kurangnya adalah riadah petang untuk Raihan..aku sebenarnya tak suka manjakan Raihan dengan gadget, aku lagi suka dia berpeluh..di usia Raihan 3 tahun ni alhamdulillah dia belum lagi tahu guna hp main game, kalau tengok youtube pun request nak tengok kat laptop..aku memang tak ajar dia tengok kat hp..pada aku belum masanya lagi..

Kadang-kadang, masa ku tengah bercucuk tanam tu..Raihan pun apalagi..tinggalkan basikal.. sibuk nak "tolong mama" katanya..kalau aku dah siap bertanam dia lagilah sibuk..nak tolong aku siram pokok..Sekarang ni Raihan dah pandai buka paip air sendiri..pantang aku toleh tempat lain..baju pun basah..Pandai ambil kesempatan bujang aku ni..bukan nak tolong aku siram pokok..yang sebenarnya dia nak main airrr!!! Sebagai mak, aku dah tahu sangat dah intention dia tuuuuu.."tolong mama jap Raihan..tolong buka paip air" Dengar jer perkataan paip air tu laju jer dia buka..lepastu suruh aku pancut air tu kat badan dia..pastu suruh aku buat air hujan,,sudahnya pokok aku terlebih air..

Taman Mini ni aku dah kurangkan pokok, konon-konon nak buat design ala Bali..macam x jadi jerrrkkk
Kalau time aku menyemai pulak..aku bagi dia tanam pokok sendiri, cucuk sendiri benih kat tanah..gembur-gemburkan tanah, buang daun kuning, Alhamdulillah boleh harap dah...

Elok habis jer aku men"deco" taman aku tu..langit pun gelap beserta angin kencang..masuk rumahlah...esok pulak sambung bertanam..


Tuesday, April 14, 2015

Trip ke Bukit Tinggi Berjaya Hotel

Entry kali ni nak cerita tentang pengalaman Raihan di Bukit Tinggi..bulan April 2014

sebelum tu nak cerita sikitlah tentang Bukit Tinggi ni, apa yang menarik yang ada kat sana..

Percutian ini adalah percutian keluarga..seronok sangat..

Bukit Tinggi ini  terletak di Negeri Pahang. Hanya 48KM jarak dari Kuala Lumpur dengan melalui Highway Karak. Konsep di Bukit Tinggi ini sedikit berbeza dari apa yang ada di Cameron Highland dan Fraser's Hill. 

Konsep yang mereka bawakan ialah lebih kepada memberi tumpuan dan membawa rasa budaya yang berbeza dari luar negara ke Malaysia seperti English Cottage Design, Japanese culture dan macam-macam lagi..
Background yang cantik...model musim sejuk kami...
Model penat, cangkung jap erkkk
Pendek cerita, permandangannya memang cantik..seperti berada di negara sebenar...

Masa ni Raihan baru berumur 1 tahun 8 bulan..badan pun dah tak montel macam dulu..mana taknya..baru dapat kaki..berlari kesana sini..



Semasa di Bukit Tinggi ni kami sempat lagi buat bakar-bakar dan satay kat appartment...aku import satay dari Kulim 300 batang , mak mentua aku pula bawa bahan-bahan untuk steamboat.. 2 hari sebelum ke Bukit Tinggi, aku ngan husband pun start operasi buat satay untuk dibawa ke sana..

Japanese river...
take rest...capekkkk
Kat Bukit Tinggi jugak Raihan teman atok main bowling..seronok bukan main Raihan "campak" bola bowling tu..


Cuma yang tak best kat Bukit Tinggi ialah cuaca...tak seperti yang aku bayangkan...ingatkan sejuk macam kat Cameron Highland..rupanya tidak...panas serupa tu jugak..cuma sejuk sikit sebab berada di "dalam hutan" dan sunyi sepi sangat...

Pada yang baru berkahwin tu boleh lah datang..tak banyak sangat aktiviti disini melainkan bergambar di ColmarTropical & Zen inspires Japanese Garden..

Kalau buat wedding photography outdoor memang fantastic..... cantikkkkkk

Trip ke Langkawi Raihan yang pertama

Trip ke Langkawi Raihan yang pertama ialah masa dia berumur 4 bulan..Masa tu berat dia dah mencecah 7 kg....montel anak aku masa ni..hahahaha...tengok gambar lama-lama terasa cepat betul masa berlalu..Sewaktu post ini ditulis..Raihan sudah pun berumur 2 tahun 9 bulan, sudah nak masuk 3 tahun..;D

Happy jer..macam tahu-tahu jer nak bawa dia gi jenjalan.


Gambar Raihan sebelum berangkat ke Langkawi
Alhamdulillah Raihan membesar dengan penuh kasih sayang dan membesar dengan sihat..
Setiap hari ada jer perkara baru yang dia tunjukkan..kekadang ternganga mama mendengarnya, macam tak percaya keluar "ayat-ayat" pelik dari Raihan..hehehe..benarlah kata orang,anak lelaki lebih manja dengan mak..Raihan sememangnya anak yang manja..


Raihan dalam ferry dari Kuala Perlis
Di Langkawi kami menginap di Berjaya Hotel Langkawi..tempat yang menarik dan nyaman..
Bergambar kenangan di depan hotel..

Gambar permandangan dari balkoni bilik hotel
selain bershopping di Haji Ismail Group di Pekan Kuah tu...sebenarnya banyak tempat yang menarik di Langkawi..Raihan pergi kepulau-pulau dengan menaiki bot


Raihan di Pulau Dayang Bunting
Raihan dah naik Cable car..
Bergambar kenangan di atas puncak Gunung Mat Cincang
Family trip yang menyeronokkan...Alhamdulillah


Monday, April 13, 2015

Vespa LX 150

VESPA

LX 150

Dulu, arwah tok aku ni peminat tegar vespa...aku pun minat jugak tapi cita-cita tak kesampaian....:p

Spec & ignition problem

Engine: Single Cylinder, 4 Stroke Catalytic Hi-PER4
Engine Capacity (cc): 150 cc
Ignition: Electric
Bore x Stroke: 62.8mm x 48.6mm
Max Torque: 11.8 Nm at 6,250 rpm
Fuel Tank Capacity: 2.3 gallons
Front Suspension: Single arm with helical spring
Rear Suspension: Helical spring with adjustable 4-position pre-load
Front Brake: 200 mm steel disc with hydraulic command
Rear Brake: 110 mm drum with mechanical command
Dry Weight: 243 lbs
Front Tire: Tubeless 110/70-11"
Rear Tire: Tubeless 120/70-10"
Length x Width: 70.9" inches x 29.1" inches
Clutch: Automatic dry centrifuge with damper buffers
Lubrication: Wet sump, 1000cc capacity; chain-drive lobe pump
Cooling System: Ram air with sound proof cover
Distribution: Cam head single shaft-SOHC (2 valves)
Seat Height: 30.9" inches

Can't start? start problem? through rain? red code? code blink? immobilizer? lx 150?
-check the code blink
-when turn on the key if the RED LED blink twice then the RED LED don't off
-just switch to your provided MASTER KEY (as we use the blue one)

-problem solve

Bowties Cheese Bake @ Pasta Farfalle~ abang sayang buat


Bowties Cheese Bake @ Pasta Farfalle

Harini tak rasa nak makan nasi...nak makan western plak...Bowties Cheese Bake @ Pasta Farfalle Airtangan abang sayang...Ni cerita hari ahad, semalam...disebabkan aku demam. so orang demam tak boleh masak..aku tolong monitor jer , harini master chef  yang masak...

Rumah aku memang sentiasa ada stock spegatti/pasta ni..cakap jer nak macamana rupa..yang pintal, yang panjang, yang senget, yang kembung...cheese and mayonis wajib kena ada..so jangan tanya kenapa kami dah semakin "sihat" sekarang ni...;p 
Gambar kat bawah ni antara pasta yang ada dan nama-namanya....meh kita kenali serba sedikit pasta yang ada...selama ni aku main telan jer...hihhikhik...

Raihan kurang suka bowties ni sebab ia lebih tebal dan kenyal berbanding pasta biasa..yang dia cari hanyalah  udang...cukup suka udang..papa Raihan lah yang suka sangat bowties farfalle ni..
Lepas jer masak, bakar pulak dalam oven, sebab nak cairkan segala cheeseeeeeeee yang ada...lepas tu tabur pulak mayonisssss...MasyaAllah lemak berkrim..lagi sedap sebab air tangan abang sayang yang masakkan..hehehehe...seriously husband aku masak lagi sedap dari aku masak!!!!


Badan dah lama tak demam..pandai pulak badan ni pilih demam time cuti..hari Ahad...bijakkkk..actually nak manja-manja..bukannya tak larat lansung nak ke dapur...sajer nak ngada-ngada sikitttt...;p
Maka dengan itu, akupun apa lagi memalaskan dan merehatkan dirilah seharian di rumah..kena pulak hujan lebat..golek-golek baca buku cerita dengan Raihan, tengok movie bertiga dalam gelap beserta hujan yang lebat tuuuu..kejap jer masa berlalu dalam sehari tu.. 

Petang barulah kami keluar jenjalan kejap, bawa bujang shopping barang dapur kat Tesco..sejak GST dikena nilah baru first time aku bershopping...eeemmmm RM6.00++ jugaklah kami kena bayar..

Bila dah siap masak...sekali hadap jer dah habisssssssssssss...;p

Kat bawah ni lah contoh bowties yang belum masak...kena rebus, goreng dan bakar..leceh memasak tetapi berbaloi...


Resepi...kena tanya master chef ya....nanti aku update

Jemput makannnnnnn

Saturday, April 11, 2015

Cuaca terkini di Kulim~Hujan lebat,beserta ribut dan angin kencang


Lebat sungguh hujan kat luar tu..siap ribut dan angin kencang..

Hari sabtu yang sejukkkk,best-best..Raihan pulak tengah tidur lena tu, maka aku pun cepat-cepat menaip entry untuk harini... Kalau tengah-tengah tengok tv tetiba siaran hilang..memang petanda hujan terlalu lebat lah tu..
Hujan yang turun mem"basuh"kan  kereta mini ku
Ingat lagi masa kecik-kecik dulu..kalau hujan lebat macam ni dah lama aku adik beradik keluar mandi hujan...seronok sangat mandi hujan keliling taman..hehehehe..
Tapi kalau hujan sikit-sikit mak tak bagi..sebab ada asid kata mak..Zaman kanak-kanak memang indah...

Kami mandi sakan adik beradik kat belakang rumah..adik beradik pun bukannya ramai..3 orang jer...

Lepas jer mandi, terus masuk toilet, mandi skali lagi dengan sabun bagaiiii
lepas tu pakai bedak penuh muka, makan..lepas tu tido....fuuhhhhh memang fantastikkkk

Itu cerita zaman 30 tahun dahulu, lamakan...nampak sangat aku dah tua....tapi jiwa masih muda tau..;p

Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran kategori pertama angin kencang dan laut bergelora di kawasan perairan Samui, Condore, Reef North, Layang-layang dan Palawan selama empat hari bermula esok.
Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 40-50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dijangka berlaku selama empat hari pada Ahad, 12 April hingga Rabu, 15 April.

Dengan ini...no outdoor activitilah nampaknya weekend ni...aku baru berangan nak kemas pokok kat pond depan rumah tu dan berkebun sikit kat kebun mini aku tu.. tak lama lagi nak puasa..untuk mengelakkan kerja-kerja berat pada bulan puasa..so aku plan nak buat awal-awal susun atur itu ini..semai pokok mana yang patut..bagi keluar skit peluh ni....Kalau cuaca petang ni OK..InsyaAllah...

So, moh kita mengemas rumahhhhhhh

Pokok-pokok ni semua dah besar..masa gambar ni diambil pokok ni kecik lagi...;D




Friday, April 10, 2015

Resepi Sup Tulang+Daging Empuk,

Harini..minit terakhir sebelum balik ..tekak macam nak makan sup-sup.. Balik jer dari kerja pickup Raihan terus pergi pasar malam..Malam ni nak masak #Sup Tulang Daging

Sampai jer pasar malam, langit dah gelap..kami pun terus menuju gerai yang jual daging segar tu..aku beli sekilo jer...setengah kilo daging setengah lagi tulang...cukuplah untuk kami bertiga makan..harga RM28.00, pada aku mahal jugaklah..tapi tekak nak makan punya pasal..

Lepastu terus tuju gerai barang runcit, beli kentang dan sayur sikit-sikit..RM20.00 pada aku MAHAL..sebab kalau kat pasar aku rasa x sampai RM10.00... So total RM48.00 aku bawa RM50.00 tak habis pun..dah beli terus balik sebab nak masak untuk malam ni...

Masuk jer kereta, hujan pun turun dengan lebat, ribut petir kilat semua ada...Alhamdulillah bumi Kulim basah kembali.

Sampai jer rumah..aku settlekan mana yang wajib dulu pastu terus masak sebelum azan Maghrib...
Menu malam ni simple jer..Sup Tulang Daging + Kueh Teaw..malam ni x nak makan nasi....konon nak kurus...;p

Aku masak menggunakan pressure cooker..so cun-cun sejam daging dah empuk gilerrr..hampir hancur pun ada..Raihan pun senang nak kunyah..

Raihan memang suka sup..mak-mak kalau masak selalu utamakan apa yang anak suka..macam tu jugak aku..Tadi makan sup penuh semangkuk, kueh teaw siap bertambah-tambah..(Raihan makan sampai nak termuntahhhhh bayangkan!!!!) Lepas hirup sup tunjuk thumb up kat mama...hahahaha..Raihan oh Raihan..

 Hirup sup panas-panas semasa hujan lebattttt memang mendamaikan & menyamankan....

Bahan-bahan:
  1. Daging + Tulang 1/2 kilo
  2. Bawang besar 1 biji
  3. Bawang Putih 3 ulas
  4. Halia 5 inci
  5. Cili padi 2 biji
  6. Sup Bunjut 1 uncang
  7. Rempah sup 3 sudu besar
  8. Air 10 cawan
  9. Minyak untuk menumis
  10. Garam dan gula sebagai perasa
  11. Sayur-sayuran Brokoli, Bunga Kobis, Karot, Kentang, Tomato, Daun Sup & bawang goreng
Cara memasak:
  1. Basuh tulang dan daging sebersih-bersihnya
  2. Kisar bahan no.2 hingga no.3.
  3. Tumis Sup bunjut sehingga naik bau, masukkan bahan yang telah dikisar tadi. Masukkan cili padi dan rempah sup tumis sehingga naik bau..
  4. masukkan tulang dan daging, tambahkan air sehingga tak nampak tulang..Masak sehingga daging empuk dan lembut.
  5. Sesudah daging lembut, masukkan kentang dan biarkan kentang  lembut sebentar, barulah masukkan sayur-sayur yang lain..kalau terlalu pekat, tambahkan air.
  6. Masukkan garam dan sedikit gula..Siapppppp

SELAMAT MENCUBA....

Thursday, April 09, 2015

Macamana nak create blog for beginner

Sejak aku publish personal blog aku ni, ramai yang tanya #macamana nak buat blog

Actually sebelum ni aku ada 2 blog yang dah pun dilupusssskan..hahahaha...so yang terbaru ni InsyaAllah akan bertahan lama...hehehe

Soalan yang kerap ditanya,

1. Kena bayar ker?
Jawapan: Free

2. Nak create kat mana ? 



Oklah, disebabkan aku ni pun ala-ala beginner, BARU JER SEBULANNNNN so aku nak share cara nak create blog ala-ala beginner macam aku jugaklahhhh...yang sifu-sifu tu dah bertahun blogging tu respect kat they all.. yang aku ni masih macam siput sedut ni dok terkial-kial lagi..

Sebenarnya blogging ni fun..tak macam  facebook,share gambar jer pastu dahhh....comment sikit-sikit...kalau di blog aku boleh karang ayat sepanjang mana yang aku nak..kupas isu itu ini, and story sikit-sikit pengalaman...;P sikit lah sangattttttt

Rasa aku, orang yang suka berblog ni adalah orang yang suka bercerita...pok pek pok pekkk

Apa pun..yang penting, ini "diari hidupku..."

Mula-mula memang blurrrrr...tak tahu nak letak apa, nak tulis apa.....tapi bila dah godek-godek lama-lama barulah faham..Facebook pun macam tu jugak dulu-dulukan..take time and be patient..

Kalau yang otai-otai tu siap boleh buat duit lagi, orang tumpang iklan and get $$$$$$$,..tapi investors nak jugaklah tengok traffic dan follower..kalau blog macam aku ni, memang x pandanglahhhh....Walaupun begitu, Thank you so muchhhh pada yang sudi follow me..sukeeeeeee sangat...

So, pada yang bercita-cita nak makan duit "atas angin" tuu..create your blog now, work for it, and maintain it..InsyaAllah..ada yang sudi..cuma makan masa dan tenaga..;p

Pada aku, so-so, aku create blog bukan fokus nak duit, aku lebih fokus pada "info sharing & dairy". 

Ok.let's start,

Ada beberapa perkara penting yang perlu kita pertimbangkan..

1. Bahasa, bahasa apa nak pakai..English or Malay
~ kalau malay macam akulah..celup-celup kejap omputih, kejap omlayu..

2. Target Audience ( Umur ) 
~ Korang nak "golongan apa yang baca blog korang" . Target pada pembaca yang berumur sebaya korang or budak sekolah or pakcikmakcik . Sebab, bila korang tahu target, baru senang nak guna tatabahasa dan karang ayat..

macam aku punya blog ni, target pada umur sebaya aku or below..so bahasa pun agak "cantik" lah disitu..hehehehe

3. Blog Issue 
~ Kalau korang suka politik, just tulis isu yang berkaitan politik, ada macam-macam isu boleh kita fokuskan, isu Politik, isu hiburan artis-artis gosip (uweeeekkkkk ;p tak sukeee), Isu kesihatan, Isu Agama, Isu peribadi, macam-macam boleh difokuskan..

Pesanan: Fokus pada isu yang korang minat. Baru senang nak mengarang ayat. Kalau isu yang bercampur-campur nantikan pening pembaca blog korang tu...tapi kalau pandai susun ayat, why not!!! rojak semua skali...hahahaha


Bila dah set tiga benda alah ni...barulah boleh pergi ke step yang seterusnya....senang jerrr..

1. Mula-mula...Create your Google Account. Email ini untuk korang guna sebagai "blog address" korang.
Bila dah ada email tu, baru create blog.

2. Lepastuuu..Pergi  ke https://www.blogger.com
~ Masukkan username and password, and click Sign in. 
~ Masukkan display name and accept Blogger's Terms of Service. 
~ Lepastu click the Create a Blog link and get started!



3. Create Blog, pilihlah template yang mana korang suka...
~ Ambil alamat blog (URL) dan tulis blog title. 
~ Selepas tu pilihlah template mana yang korang suka, Inilah masanya nak tunjukkan kreativiti korang atau ke'serabutan' blog korang, masukkan seberapa banyak info yang korang suka dalam personal profile..contoh gambar kat bawah ni..


Tadaaaaaaaaaaaaaaaaa....yeeaaaaayyyyyyyyyy korang dah ada blog sendiri...
So rajinkan lah diri godek-godek apa yang ada dalam blog tu..try & error sikitlah...


4. Untuk create post korang yang pertama,  tekan pada kotak yang berwarna oren tu


Kalau nak mudah, create blog ni pakailah PC or laptop..nanti dah siap create barulah pakai segala gadget yang ada untuk create new post..

Pesanan kepada incoming new blogger(pesanan pada diri jugak)...


Blogging sesuatu yang menghayalkan jugak...sama macam facebook..so kalau nak serius buatlah bersungguh-sungguh, pastikan korang pandai membahagikan masa antara blogging dan keluarga..( pada yang dah kawin macam aku ni)

Selalunya, aku lebih suka uruskan perkara yang penting dulu barulah buat blog,uruskan diri dan perkara wajib, masak dulu, pastikan anak dan suami makan, baju dah siap basuh dan sidai, rumah dah berkemas, Raihan dah mandi..siap semua tu barulah aku pegang laptop/pc... Raihan pun tak kacau, baru lah idea nak story mory keluar berduyun-duyun...tenang jer menaip..

Kalau tengok aku dah lama tak berblog tu tandanya kerja-kerja "utama" aku tu belum lagi selesai.. 
Prinsip aku mudah..Family first

Satu lagi benda paling penting..Cari Identiti korang sendiri...jangan ciluk idea orang..buatlah seikhlas hati..lama kelamaan orang akan tahu..jujurkan dapat pahala..

WELCOME TO THE CROWD
Dah create blog jangan lupa "follow" me tau :D

Resepi Lontong Johor

Last week, terasa nak sangat makan Lontong..nak beli kat kedai takut tak sama dengan selera tekak ni..almaklumlah aku ni cerewet sikit bab-bab makan..nak yang kena dengan tekak baru puas makan...;D

Lagipun tukar-tukar menu setiap hujung minggu ni ok jugak..tak lah jemu anak dan suami nak makan...hari minggu jerlah mama masak sedap-sedap, hari weekday..makan yang simple-simple jer..maklumlah mama berkerja..


Kalau ada yang teringin nak masak..meh sini baca...
nak bagi resepi mudah-mudah jer....

Bahan-bahan untuk (3 orang )
  1. Nasi impit segera( adabi)
  2. Bawang besar 1 biji
  3. bawang putih 2 ulas
  4. Udang kering lebih kurang 1 sudu besar
  5. Serai dititik 3 batang
  6. Udang segar ikut suka
  7. Santan 1/2 kotak
  8. Air 2 cawan
  9. serbuk kunyit 1 sudu kecil
  10. Garam 2 sudu kecil
  11. Gula 1 sudu kecil
Bahan untuk sayur-sayuran( optional...terpulang, apa  yang ada dalam fridge jer)
  1. Sayur kobis
  2. Karot
  3. Lada merah dibelah 2 - 1 biji
  4. Tempe 1 bungkus
  5. Sohun direndam
  6. Kacang  panjang
  7. fucuk kering
  8. Jagung muda

Cara memasak;
  1. Rebus nasi impit
  2. Kisar semua bahan no.1, 2 & 3, tumis sehingga naik bau.
  3. Masukkan serai dan udang segar, tumis sebentar,
  4. Masukkan air 2 cawan dan biarkan mendidih
  5. Setelah air mendidih, masukkan semua sayur yang ada , kemudian masukkan santan, serbuk kunyit, garam dan gula. Gaul sentiasa dengan api yang perlahan sehingga mendidih. Siapppppp
  6. Pesanan: rasa dulu sebelum hidang tau...kalau manis tambah air, kalau tawar tambah garam, kalau cair tambah santan. memasak ni kena kreatif dik noooonnnnn

Hidangkan dengan Telur rebus dan sambal ikan bilis...senangkannnnnn

Masak dengan hati dan ikhlas, InsyaAllah sedappp



SPONSORED BY NUFFNANG

New story