LeenAzi

Wednesday, April 08, 2015

Ber "Ikan Bakar" di hari cuti

Harini nak share resepi #Ikan bakar...Menu hujung minggu. Dalam sebulan mesti kami akan buat sekali atau 2 kali..seronok...ratah ikan..aku ni memang suka ikan, jadi tak ada masalah nak habiskan, sure habis punyalah...

Nak kata susah tak juga..pada aku resepi ni sedang-sedanglah..yang penting hasilnya sehingga menggigit jari...Awesome!!!

Delicious kata Raihan..

Makan dengan nasi panas..perah limau kasturi atas tu...sayur pulak kita buat kangkung goreng belacan, telur dadar sikit..kalau rajin buat pulak tomyam seafood...mantapppppp.


Tak payah ke gerai aweee siam, buat sendiri, masak sendiri lagi berbaloi dan puas hati..

Pastu santai tengok movie..pastu naik pulak lemak-lemak yang mewah, pastu mengadu pulak  dah gemuk, baju tak muatttt...hahahaha...;p

I don't care..janji hati senang, suami kenyang, anak kenyang..dulu muda-muda puas dah diet, macam-macam fashion baju dah pakai..makan oat jer hari-hari nak kurus punya pasal....right now just maintain to be healthy sudah..petang-petang gardening, cangkul sikit-sikit, main twister kejap,  keluar peluh, oklah tu..sihat!!

dulu, dah share dah resepi ni kat fb,,so now update dalam blog pulak ya...


Mehlah cuba.....

Trip ke Jepun #Universal Studio & Tenma Osaka ~ Episod 3

Harini gelap sebulan lebih sikit hobi blogging aku dilancarkan...macam-macam isu di'story'kan...tetapi rupa-rupanya.....aku terlupa nak post 1 of my favorite story Trip ke Jepun #Universal Studio Japan & Tenma Osaka ~ Episod 3 haiiisshhhhh

Punyalah lama pending..lupee cik oooiii, busy yang entah bukan-bukan...godek-godek page rupanya Episod 3 belum post lagi..dok dalam draft list punyalah lama......hihiihi...Episod yang mengisahkan sekembalinya kami dari Tokyo, patah balik ke Osaka..(Ade ke koejeee laki bini nih dok ulang alik Tokyo-Osaka)

Ok..kita start yerkkk...


Dari Tokyo, kami menaiki Shinkansen sekali lagi untuk ke Osaka, sampai jer di Osaka haripun dah malam, dengan keletihan tu..kami pun terus balik ke hotel untuk berehat..
Raihan bergambar dalam bilik hotel kami...budak ni happy memanjang..
Masa naik Shinkansen tu, ingatkan bolehlah duduk senang lenang macam dalam flight...MashaAllah...orang punya ramai naik..macam dalam bas gitu..mana datang punya ramai orang tak tahulah...dari Tokyo hingga ke Osaka abang macho aku berdiri dalam Shinkansen tu...Ramai yang ulang alik bekerja dari Tokyo..padattt sangat dalam tu..tapi semakin hampir dengan Osaka barulah lega skit..Nasib baik Raihan aku sediakan stroller besar gedabak tu...

Bayar begitu punya mahal tiket Shinkansen tu bukanlah bererti kita boleh dapat tempat duduk ya, nak julur-julur kaki gituuu..tidakkk sama sekaliiii.Melainkannnnnnn...beli yang mahal punya tiket ( reservation seat, tapi harga mau ingatlahhhhhh)

Bangun jer pagi aku pun siap-siap pack barang untuk balik...Breakfast dulu kat Hotel...bekalan untuk tenaga kami nanti..

Pancake, nasi, salmon, cukuplah...yang lain x lalu nak telan
Disebabkan flight kami malam..maka kami mengambil keputusan nak round-round Osaka sekali lagi untuk kali terakhir...
Kami pun meronda-ronda kawasan sekitar Tenma..Tamade ni sebuah pusat membeli belah di Tenma dan kita boleh berjalan-jalan dalam banggunan yang menghubungkan pekan-pekan  yang lain..Ala..macam Petaling Street tuuuu..

SAH, kami pergi bulan August (hahahaha...kau dah kenapa Leen!!!)

Lorong pejalan kaki yang berbumbung dan juga sempit...

Abang sayang tengah ushar tikar nak bawa balik Malaysia
tengok tu ikan bilis mereka..hambikkkk kooo...besau2
Crossline ni menghubungkan pekan kecil yang lain

Gambar-gambar ini menunjukkan kawasan sekitar Tenma..Macam small city lah..macam-macam ada jual...bawa duit jer..

Heran jap aku...dok terpikir...tak panas ker diaorang ni pakai Kimono musim panas ni...huwwaaaaaa....


Kami jumpa macam-macam, termasuklah yang ini..ini roti tau..bukan penyu..boleh ngapp punya..
Selepas puas berpusing di Tenma dan kawasan sekelilingnya..kami pun mengambil keputusan untuk sightseeing ker Universal Studio Japan pulak...Kalau masuk confirm tak baliklah kami ke Malaysia...kena tinggal flightlah gamaknya..

_________________________________________________________________________________Dalam pada tu...USJ ni bukanlah kecik..letih jugaklah nak pusing...
Raihan, aku biarkan bebas berlari di sini...

Ketika menunggu train ke Universal Studio Japan...
We are here!!!! Cop tiang pun jadilah nakkkk

Bergambar kenangan jap
Sesudah berpusing dalam tu dan kami belilah serba sedikit hadiah untuk Birthday Boy kami ni di USJ Shop..aku pun memberi kebebasan untuk Raihan pilih sendiri hadiah dia, dalam banyak-banyak tu yang dia berkenan ialah mechanical pencil..dah bayar kat kaunter barulah ternganga mulut aku tengokkan harganya yang mengancam nyawa tuuuuu...Mata papa pulak macam nak terjojol keluar...6 batang pencil berharga hampir RM90.00 ..WHATTT???....huwaaaaaa..macam nak nangis jerr makkkkk....tak apalah nakkkk...janji kamu suka...untuk mama, biasalah fridge magnet jer..,



Muka happyyyyy dapat hadiah



Setelah berpusing dan berposing dan berpicnic kat dalam tu..kami pun balik dan terus ke Airport...






Maka dengan ini, berakhirlah trip pertama Raihan ke Jepun..
InsyaAllah, kami merancang akan ke Jepun lagi untuk trip kedua Raihan..kalini kena pergi lama sikit..So mama dan papa sedang bekerja keras kumpul duit..Semoga impian kami tercapai lagi..Aminnnn

Senarai post sebelum-sebelum ni...Untuk kembali membaca trip ke Jepun kami sila click senarai di bawah...
  1. Trip ke Jepun # Osaka ~ Birthday Trip Raihan 2 Tahun
  2. Trip ke Jepun # Tokyo ~ Episod 1
  3. Trip ke Jepun # Shibuya Tokyo ~ Episod 2

Tuesday, April 07, 2015

Grape Crumble sempoi!!

Keluarga kecil aku ni suka makan buah, kalau ke Tesco ada saja buah yang dibeli..Raihan pulak suka ambik dan pilih sendiri buah yang dia nak makan..terutama buah limau..tak kisahlah limau apa..janji warna oren...Kalau buah oren gerenti habis..tak risau..tapi kalau buah apple..makan hari nak habiskannnn

Jadi, untuk mengelakkan pembaziran, aku pun merajinkan diri buat macam-macam..janji boleh makan dan yang penting x buang ke tong sampah!!!

Antaranya yang selalu aku olah resepi ialah apple, anggur, pisang..sebab ini semua buah kegemaran Raihan..Apple sebiji dia balun sorang..pisang berangan sekali hadap 2 biji..anggur semangkuk boleh habis...si hero aku ni pemakan..selera besar..Alhamdulillah..Walaupun selera besar, tak lah dia mampu habiskan semuanya....ikut saiz perut jugaklah...

Last week punya stock banyak sangat anggur dalam fridge tu, yang beli lain, yang orang baginyer lain....maka aku buatlah #Grape Crumble untuk si jejaka hati...kalau ada lebih aku pack bawa pergi school dia..


Teacher cakap " Raihan selalu berpicnic di school"
Bujang aku ni dari kecik dah suka berpicnic..macam akulah..
sampai ke school pun nak berpicnic...

Bahan-bahannya senang bangattttt....guna stock sedia ada dalam rumah ya..tak payah pening-pening pergi beli kat kedai


Bahan-bahan untuk "Crumble"
300g tepung gandum, diayak
Secubit garam
175g gula perang, kalau tak ada sangat, gula halus pun boleh
200g Butter pada suhu bilik, potong bentuk kiub

Bahan untuk "Filling"
450g Anggur dibuang biji
50g  gula perang
1 sudu besar tepung gandum
1 secubit serbuk kayu manis

Kaedah penyediaan "Crumble"
  1. Panaskan ketuhar kepada 180C
  2. Letakkan tepung dan gula di dalam mangkuk besar dan gaul rata
  3. Gaulkan kiub butter bersama tepung sehingga adunan menyerupai serbuk roti. Ketepikan.
  4. Letakkan buah di dalam mangkuk besar dan taburkan gula, tepung dan kayu manis. Kacau dan pastikan anggur tidak hancur.
  5. Sapu loyang dengan butter, bagi mengelakkan melekat bila sudah masak.Taburkan adunan crumble di bahagian bawah , tekan-tekankan dengan jari supaya adunan padat .
  6. Kemudian masukkan adunan buah-buahan di lapisan kedua, akhir sekali taburkan lebihan adunan crumble di bahagian atas.Bakar dalam ketuhar selama 40-45 minit sehingga crumble itu berwarna perang keemasan.

  7. Hidangkan dengan krim tebal, kastard atau nak senang ice cream.....
Grape crumble ni kalau bawa pergi picnic memang heaven lah..senang dan mengeyangkan.. Untuk birthday party or santai petang...

cubalah!!

Thursday, April 02, 2015

Pai Apple yang Awesome

Kalini Leen nak share resepi Pai Apple ya...

Raihan suka sangat apple pie, favorite family aku...kalau beli apple mesti beli banyak-banyak..sebab nanti balance nak buat apple pie ni...
senang dan mudah, cepat kenyang.. (nampakkkkkk...)
Selalunya kalau berpicnic aku suka buat ni..santai-santai jer makan...yang paling penting Raihan dan Papa Raihan suka...Kalau tak jenuh nak menghabiskan sorang-sorang...

Airtangan Leen Azi

Bahan-bahan "Filling@inti"
  1. 3/4 cawan gula
  2. 1 sudu besar tepung jagung
  3. 1 sudu teh serbuk kayu manis
  4. 1 sudu teh garam
  5. 3 1/2 cawan epal dipotong kecil
  6. 1 sudu besar jus lemon
  7. 1 cawan air

Cara memasak ;

  1. Campurkan kesemua bahan no.1 hingga no.7 dalam periuk , kacau perlahan-lahan dan masak sehingga epal lembut dan kuah menjadi pekat. Ketepikan dan sejukkan.
Bahan - bahan untuk "Doh Pie"
500g tepung gandum
200g butter
2 biji telur gred A
250g gula halus

Cara-cara membuat Doh.

  1. Ayak tepung dan gaulkan dengan gula halus hingga rata. Masukkan butter dan gaul hingga jadi serbuk roti. Tuang telur yg telah dikacau tadi sedikit demi sedikit sambil digaul hingga terhasilnya doh. Pastu simpan dalam fridge 30 minit.
  2. Selepas 30 minit, keluarkan doh dan biarkan sebentar. Kemudian bahagikan doh kepada 2 bahagian.
  3. Uli kedua-dua doh tadi menjadi bentuk bulat. Doh mesti dicanai lebih besar dari mangkuk pie.
  4. Ambil doh yang pertama dan lapik dilapisan bawah mangkuk pai. Kemudian bakar pada suhu 180c selama 10 minit(separuh masak). Selepas tu keluarkan dan sejukkan. Ini untuk memastikan bahagian bawah pie tu keras..
  5. Bila doh dah sejuk..tuang inti yang telah dimasak tadi ke atas pie yang separuh masak tadi..Bila dah penuh, ambil doh yang kedua..tutup kesemua bahagian inti. *** boleh buat bentuk tikar, atau pun tutup kesemuanya...sapukan dengan kuning telur dibahagian atasnya,
  6. bila dah tutup semua bahagian inti, sapukan dengan kuning telur dibahagian atasnya,..bakar pada suhu 180C selama 30 minit.
Contoh seperti gambar di bawah ni..tadaaaaaaaaaaaaa


Airtangan Leen Azi



Airtangan Leen Azi
Meh nak belanja gambar Raihan..dialah orang yang paling sibuk nak makan..x sabar-sabar nak makan "kek" mama buat....letak ais cream kat atas tu...perrrhhh...nikmat dunia..







Wednesday, April 01, 2015

Serawa@ Pulut Kuah Durian Lemak berkrim!!

Harini hari pertama GST dilancarkan...kalau tengok post kat facebook..beratur update pasal GST..siap tunjuk bill lagi..hehehe lawakkk...Hangat sungguh isu nih...panazzzzz

Ada yang sokong, ada juga yang membantah dan merungut..
Tapi aku yakin...bahang yang rakyat Malaysia rasa harini InsyaAllah akan reda juga suatu hari nanti...
Aku, ..So-So ...malas nak pikir..pikir pun bukan boleh suruh Najib tarik balik GST tu kannnnn
Kalau difikirkan dari sudut negative...memang sakit hati, lebih-lebih lagi orang macam aku ni, dah lah gaji kena potong income tax bulan-bulan, GST lagi...kiri kanan depan belakang ke attack yooooppp..Nak dapat refund income tax pun siap nak beraudit bagai....haiiishhhhh...Tapi aku redha...dah nak sangat duduk kat Malaysia...dalam kata kena GST tu, gatal plak tangan ni buka website Airasia..tinjau nak kemana plak destinasi tahun ni....ini semua poyo!!!...;p

Sebagai rakyat Malaysia, kita berhak bersuara..tak salah...tapi kekadang tu sampai memalukan diri dengan statement yang errrrrrrkkkkkkk"perlu ker nak update???'''.. pun not so cleverlah kan...Statement kekadang tu terlupa tapis..tu yang payah facebook nihhh...emotion uncontrollable..

Tetapi cuba pulak kita fikir disudut positive...mestilah kita nak negara kita maju seiring peredaran zamankan...Kita pikir yang baik-baik sudahlah...kalau marah-marah cepat pulak berkedut muka yang sedia kedut nih!! kalau kedut saje tak per...pendek nyawa...darah tinggi , sakit jantung dan sewaktu dengannyaaalah

Kalau kita terus merungut, GST tetap dilaksanakan...merungut x keyang yoppp...perut nak kena isi...hidup kena jugak diteruskan...
Lepas ni..aku akan jadi semakin "kedekutlah"hahahahahahahahahahahahahahahahahaha...gelak jahat!!
OK, habis membebel dah ...
Airtangan Leen Azi

Malam ni nak bagi resepi Serawa@Pulut Kuah Durian...

bagi meredakan bahang yang ada nih!!..hehehe

Bahan-bahan Serawa@ Kuah Durian;
  1. Sebiji buah durian
  2. Santan kotak 2 cawan
  3. Tepung gandum 3 sudu besar
  4. Gula pasir 3 sudu besar
  5. Garam 1 sudu kecil
  6. Daun Pandan , penaik bau
  7. Air 2 cawan
Cara Memasak:
Campur semua bahan dari no.1 hingga no.7, masak dengan api yang kecil, biarkan mendidih dan kuah menjadi pekat...siapppppp...senangkan..campak-campak pun sodapp

Pulut, kalau rajin kukus,,kalau malas tanak jer macam masak nasi lemak tu..bubuh santan dan garam..siap...

Siapa kata memasak ni susah??   tak cuba tak tahu....




x

Pisang Goreng Cicah Sambal Kicap Power

Resepi untuk dikongsi hari ni ialah Sambal Kicap Power , pedas, sedap dan mantapppppp...

Kawan sekerja tadi tanya resepinya..so aku terpanggil untuk berkongsi di blog aku ni...

So sebelum tu, aku nak membebel dululah..sudi-sudilah dengar bebelan aku nih yerrkkk....hehehehe

Semalam, keluar jer dari office hujan lebat sangat...sampai jer rumah, tekak tak rasa nak makan nasi...perut macam kenyang, tapi nak makan....so aku pun bukaklah fridge geledah apa yang boleh dimakan..
Maka terjumpalah pisang nangka pemberian mentuaku dari Tapah...mereka tanam sendiri jer pisang tu kat belakang rumah,..seronokkan duduk kampung..
Kalau diberi pilihan, aku nak sangat duduk kampung, boleh tanam-tanam...
Mungkin suatu masa nanti, bila dah tua-tau..mana tahukannnnnn

Dek kerana hujan yang lebat tu..aku pun buatlah air kopi O panas kaw kaw, untuk dihidang bersama pisang nangka aku tuuuuu...Aku ni orang Johor...kalau makan goreng pisang mesti nak sambal kicap pedas. Kalau makan jemput-jemput @ cucuq kata orang kedah pun nak cicah ngan sambal kicap...perrhhhhhh mariiiii...berlumba-lumba Raihan, papa Raihan dan aku makan...kena pulak dengan KopiOPanasssssss.....hujan lebat pulak tuuuu...dapat tak bayangkan heavennya kami...
Airtangan Leen Azi
Pisang Nangka yang digoreng tepung..cicah pulak dengan sambal kicap....yummmyyyy

Dek kerana pisang tu sikit jer....sekelip mata jer habis..(nampakkan kami anak beranak kuat makan...hehehe)

Habis jer pisang, aku sambung pulak goreng jemput-jemput ikan bilis...habis sepinggan kami bantai..Penangan sambal kicap aku yang mantap tuuu...

Ok....sesudah habis aku membebel nih..barulah nak bagi resepi sambal kicap ni,  tutup mata jer pun boleh buat uolllssss!!! Resepi jemput-jemput tak yah lah kot...rasanya ramai dah tahu buat..entah-entah lagi sedap dari resepi aku...hehehehe
Airtangan Leen Azi
Jemput-jemput ikan bilis@ cucur pun sedap kalau dicicah dengan sambal kicap nih..
Bahan-Bahan Sambal kicap
  1. Cili Padi 15 biji
  2. Gula Merah 5 sudu besar
  3. Gula Pasir 5 sudu besar
  4. Kicap Manis 5 sudu besar
  5. Bawang putih 1 biji
  6. Air 1 cawan
Cara Memasak;
Campur semua bahan no.1 hingga 6 dan kisar sehingga lumat, masak dengan api yang kecil sehingga kuah pekat....Siapppppp

Kalau yang x suka manis, boleh kurangkan gula, kalau yang suka pedas boleh tambah cili..ikut selera korang yer..untuk family aku..kami x suka pedas..kesian kat Raihan...mama Raihan pun bukan kuat sangat makan pedas...sambal nasi lemak pun dah kira pedas untuk mama Raihan...;P hihihihi

Sambal kicap ni boleh simpan lama dalam fridge, tak payah nak beku-beku...tahan 3-5 bulan tau...
Sambal kicap ni juga boleh makan dengan sup, bakso, cicah tempe goreng, tahu goreng, ikan goreng tepung....perhhh...

Cubalah...

P/S: kakak abang yang membaca blog entry ni...jom follow blog i ni...dah follow jangan lupa tinggalkan jejak di comment...nnt i follow you back..thank youuuuu

Salingan: korang dah cuba ker Zmall (MY) aduhhh barang-barang dia serius murah, sekarang dengar kata tengah buat FREE shipping... cuci mata jer uols...mana tahu jumpa yang berkenan dihati..

 Zmall voucher

SPONSORED BY NUFFNANG

New story