LeenAzi

Tuesday, July 25, 2017

Dessert Cake

Ini antara dessert cake yang dibuat untuk para tetamu..actually ini semua x dirancang..last minute punya projek hahaha..alhamdulillah menjadi juga walau x mampu melawan taraf hotel 5 bintang..dapat hujung bintang pun dah bersyukur..hahahaha...selamat menjamu mata...




Kek Kawin 7 tingkat - Stunning White By Leen Azi

Harini nak update entry kek 7 tingkat hasil tanganku dan suami khas untuk adik@adik ipar aku yang no 3...Alhamdulillah semuanya berjalan lancar..

Kami merancang design kek ni last minit , itu pun husband yang menyumbangkan idea dia..dia kata nak buat yang tercantik dan lain dari yang lain untuk adik dia ni...so aku pun dengan bersemangatnya men"draft" cake ni....

wedding cake design by leen azi
disebabkan ni kek adik beradik so kami pun seikhlas hati buat 7 tingkat dihiasi bunga-bunga hidup untuk menampakkan kecantikan asli kek ni...tapi kalau "orang luar" rasanya kena cas sikitlah, (bukan rasanya, memang kenaaaaa cas hahahaha) kalau nak sponsor rabak maaakkkkk...Najib pun belum tentu nak sponsor kek 7 tingkat ni tauuuuuu...hihihi..lawak kasar skit....

ok berbalik pada kek design ni, kek ni sebenarnya lari dari tajuk asal..pengantin nak bentuk lain kami bagi bentuk lain..sebab kami rasa yang ni lagi grandddd dari yang dipilih tu..kami cuba buat yang Wowwww untuk adik-adik kami..harap pengantin berpuas hati...

Kek ni berperisa butterscotch with buttercream..kek kawin cantik pakai buttercream sebab colornya lebih berkilat..kalau pakai fresh cream susah nak jaga..cuaca kat malaysia ni panas, kang cair pulak kek....

wedding cake design by leen azi
Design by me, fresh flower diimport khas dari CH segar-segar lagi...setiap 7 tingkat kek mempunyai design tersendiri..dideco dengan fresh flower menaikkan seri kek ni...walaupun putih tapi sangat mempersonakan...grand lavina gituwwww..

weeding cake design by leen azi
seperti biasa, kek kawin yang aku hasilkan tak bertiang, seriously kek ni memang MENCABAR sebabnya 7 tingkat bebbbbbb...menggeletor tangan nak menghias kek nih..nervous jangan cakaplah..rasa nervous tu lagi teruk dari nak pergi interview!!!...paling aku takut kalau kek ni jatuh!!! kalaulah terjatuhhhhhh..pengsan!!!!! kek tak bertiang ni sebenarnya leceh dan merbahaya...kita kena pandai adjust dan setting..nasib baik semuanya berjalan lancar...Alhamdulillah Allah mempermudahkan segalanya...

wedding cake design by leen azi

wedding cake design by leen azi

Wednesday, March 23, 2016

Wifi twerk

Terfikir wifi @ hot spot anda di 'hack' oleh org lain? Dan terasa internet macam lembap jer. Hihihi kita dok bayar senang jer orang tumpang.... Kepada sesiapa yang guna android tu bolehla check korang punya wifi tu ada org tumpang atau tidak. Boleh la download apps ni kat 'Play Store' Fing - network tools. Apps ni boleh bagitahu kita device mana yg dok connect dgn wifi @hot spot kita. Selamat mencuba. Kalau ada yang tidak dikenali tumpang, sila tukar password.

Ke Langkawi

Salam semua.... entry kali ni nak kongsi sedikit tentang bagaimana trip ke langkawi dengan kereta. Terdapat dua jenis syarikat feri untuk membawa kereta ke langkawi iaitu,

www.langkawiauto.com
&
www.langkawiroro.com

Terpulang untuk pilih yg mana. Tetapi keduanya berlepas dari 'Kuala Perlis' bukan Kuala Kedah ya.

Terdapat 2 cara menempah iaitu secara online atau di kaunter. Sebaiknya secara online lebih mudah.

Antara dokumen yg diperlukan ialah, ic pemandu & geran kenderaan. Jangan lupa ic penumpang.

Jika ingin memudahkan proses semakan kenderaan di jeti nanti isikan secara terperinci didalam borang 'online' semasa tempahan. Ini kerana anda hanya perlu membawa borang invoice semasa pemeriksaan di jeti.

Selamat melancong!'

Thursday, November 12, 2015

Cupcake Blackcurrant for Monday blues

Hujung minggu dulu-dulu..punyalah lama cerita baru nak post...hahahaha...tertengok gambar ni kat dalam handphone..apalagi kite storylah sikit yerrkkk...

Ahad adalah masa melayan permintaan si bujang sorang..suker benor mama buat kek..buat banyak-banyak lepas tu bawa pergi school keesokan harininya..

inilah dia cupcake blackcurrant .. sedap kalau di makan panas-panas bersama Teh O panas..

Pagi-pagi bangun bersemangat jer dia, sebab nak bawa kek gi school...bagi mengelakkan delima monday blues dia tuuu..aku pun buatlah trick ni..Alhamdullah semangat  bangun pagi..nak menjamu kawan-kawan..bak kata teacher "raihan berpicnic dengan kawan-kawan dia tadi", berpicnic yer nakkk...ikut sukalah...janji kamu seronok ke sekolah..





Kek Tunang

Kek tunang ni pulak aku buat untuk adik ipar aku yang baru bertunang minggu lepas..selang seminggu dengan adik aku...perhh tahun ni memang tahun tunang-munang..hehehehe abaikan bahasa tu yerkkk

So aku pun menyumbangkan hasil seni aku ni untuk hantaran adik ipar...semoga pertunangan mereka sampai kejinjang pelamin...

Tema " Modern in Red"

bunga yang besar gedabak tu boleh makan...fondant flower handmade...bukan plastik tau..dan semestinya tak ada dijual di kedai melainkan beli dengan aku...hehehehe







Gubahan hantaran untuk adik kesayangan

Inilah gubahan yang aku buat untuk adik kandung kesayanganku sorang nih..dialah sorang adik lelaki aku yang ada kat dunia ni..


Tema "simple modern" buat dengan penuh kasih sayang...


Kalau ada yang berminat nak tempah, bleh komen kat bawah..kita sembang lain..tapi tempahan mengenjut terkejut tergempar ni aku tak leh la nak terima..nak tempah bagitau sebulan awal tau..maklumlah orang makan gaji..time free pun hujung minggu..





Wednesday, October 21, 2015

Birthday Cake Mama


Saja nak bagitau...inilah kek harijadi aku yang ke 31 tahun....tua dah ker???....buat dalam 2 kilo...balik kerja terus masuk dapur baking dan deco simple-simple...tak ada idea sangat pun...


Keesokannya, bangun pagi-pagi & packing ... bawa pergi office bagi kat rakan sekerja..tak adalah banyak mana pun..siapa yang aku nampak aku bagilah...niat sedekah sempana peningkatan umurku ini...huwaaaa....bukan selalu..setahun sekalikannnnn..

Kek ni aku buah peach fruit with almond flakes...kek kegemaran aku ni..

Ok..tu jer...K byeee

Pisang Kaki???


Dulu masa baru-baru dengar nama buah ni..terperanjat makkkk!!!..Pisang Kaki??? apa tak ada nama lain ker selain kaki..tangan ker, jari ker...kenapa mesti KAKI....
haisshhh membebel plak aku ni...dalam pada membebel tu ngapp bukan main laju...


Buah ni sedap, rasa macam isi kelapa..tapi manisssss..lemak-lemak rasanya...ada yang di import dari Korea, China dan Jepun..
Nama pisang "kaki" ni sebenarnya berasal dari Jepun, antara nama lainnya ialah Fuyu Fruit @ Kesemak...panggillah apa saja janji SEDAP
Inilah buah kegemaran Raihan..kalau sebiji dua tu dia boleh habiskan sorang dia jer...


\

Tapi yang aku beli ni diimport dari Korea..beli di pasar malam...kalau kena masa mahal melampau..tapi masa aku beli ni..13biji RM10..murahkannnn

inilah rupanya bila dah dipotong...lagi oren lagi manissssss...tapi selalunya tak sempat masak ranum dah kena ngapppp



tengok tu...penuh mulut makan pisang kaki...

Resepi Macaron

Sebenarnya aku tak lah pakar sangat dalam buat macaron ni...ni baru first time buat...itupun sebab anak bujang aku ni asyik mintak jer buat kek..pantang aku pegang tepung "buat kek ker mama"..padahal buat jemput-jempuut jer punnnnn....dialah orang yang paling seronok kalau aku buat kek..seronok main tepunggggggg
Ini adalah kali pertama aku buat macaron, nampak macam tak berapa nak menjadi...tak per nnt aku usaha lagi...chayoikkkk

Tapikan, kekadang tu menolong jugak, tolong buka cupcake, susun satu persatu..tolong masukkan tepung...kalau aku sibuk dia lagiiiiii sibukkkkkk ;D

Resepi ni aku dapat dari blog omputih mana tak tau lah..tapi aku olah ikut cara aku..yang penting senang..

Bahan-Bahan

Putih telur besar 4biji @ 140g  - suhu bilik
gula kastor  1/3 cawan @ 70ggula aising tulen 1 1/2 cawan @ 230gSerbuk badam 1 cawan @ 120gGaram 2g @ secubit kecilpewarna makanan

Cara-cara:

1. Panaskan ketuhar pada 150C
2. Dengan mengunakan pengadun elektrik, pukul putih telur dan masukkan gula kastor sedikit demi sedikit dengan perlahan-lahan. Pukul sehingga adunan kembang (cuba terbalikkan adunan, kalau x jatuh tu maknanya ia cukup kenyal. Masukan pewarna yang anda gemari.
3.  Gunakan bekas yang beasingan, ayak serbuk badam, gula aising dan garam dengan menggunakan penapis bertujuan membuang ketulan-ketulan badam yang terlalu besar.
4 . Dengan menggunakan spatula plastik/getah..masukkan adunan serbuk badam yang telah ditapis tadi kedalam adunan putih telur. Kaup adunan diantara 30-50 kali sahaja. Gaul dengan lembut. Pastikan adunan licin dan likat.
5. Masukkan adunan dalam piping beg, gunting hujung piping beg dengan gunting, dan  dan alasan dulang pembakar dengan tracing paper bertujuan supaya macaron tidak melekat pada dulang.
6. Biarkan sekurang-kurangnya 1 jam pada suhu bilik sebelum anda memasukkannya terus kedalam ketuhar. Sabarrrrr.....
7. Bila permukaan sudah stabil..barulah masukkan dalam  ketuhar, bakar dalam suhu 180C selama 30minit. Keluarkan dalam ketuhar dan biarkan sejuk..barulah cabut dari tracing paper tu....

Jom kita buat sama-sama... practice makes perfect.



SPONSORED BY NUFFNANG

New story