LeenAzi: Resepi Ayam BBQ
Showing posts with label Resepi Ayam BBQ. Show all posts
Showing posts with label Resepi Ayam BBQ. Show all posts

Friday, October 16, 2015

Berkelah jer kerjanya...1 Malaysia punya citer

Ini cerita kami berkelah di Bukit Hijau lagi...tarikh kami pergi pada 16 september 2015 sempena dengan One Malaysia Day...
Cuaca masatu tak berapa elok..hujan kekadang lebat kekadang gerimis...tapi dek kerana nak berbbq punya passal..bawa jugaklah bujang sorang ni....seronok tengok dia dok usung beg baju dalam rumah..kejap ke dapur, kejap kang ke depan...ikut jer kemana aku pergi...sambil tu mulut sibuk tanya bila nak pergi...bila nak pergi....sementara menunggu aku bersiap...excited sangatlah tuuuu...
Sabar nak...mama nak kemas banyak barang ni...rasanya masa-masa macam nilah aku memerlukan 4@6 tangan..nak jadi macam ulat bulu..cepat dan pantas buat kerja...huwaaaaa
lamb bbq kami sedang hangat membakarrrrrrrrrrrrrrrrrr..menari-nari diatas bara...hahahahaha...
Menu Bbq kami kebiasaannya ayam @ kambing..pusing-pusing situ jer lah lauk kami...rasa macam dah sebati dengan selera aku sekeluarga..hidup mesti enjoyyyy....walaupun lambat proses memasak tapi bau arang tu dah cukup mengeyangkan aku..(yer yer jerrrrrrr, padahal dah kebulur tahap cipan) 
makan sambil menikmati ciptaan Allah s.w.t....tenang jer rasa..I'm Happy!!!
Ini portion untuk abang  sayang...

ini pulak menu untuk Raihan...dia ni penggemar buah-buahan..jagung adalah antara buah kegemaran dia...kalau makan tu sunyi sepiiii...menikmati kata orangggg

Master chef in action...

berkelah ni penat sikit..sebab nak menyediakan barang sebelum dan selepas pergi....tapiiii..tak apalah penat sikit janji anak dan suami happy, kenyang dan seronok.....Alhamdulillah syukur atas rezeki Kebahagian iniiii...Amin..


Sunday, March 22, 2015

Ayam BBQ cedappp

Resepi ayam BBQ ni resepi aku sendiri, dah berapa kali try and error...resepi yang ni yang paling mantappppp, kata abang macho aku...nak kata senang sangat tak juga..sedang-sedanglah...tapi semua bahan ni dah memang ada kat dapur..campak ajerlahhhh

Airtangan Leen Azi
yang best resepi ni main campak-campak jer...pastu perap..kalau last minit plan nak berBBQ, tak yah lah perap semalam kan..tak makanlah jawabnya..hahahahaha..
Pembantu dah laparrr

Bahan-bahan memerap@marinate:

Seekor ayam..ikut suka nak kerat berapa
1.Sos Cili - 6 sudu besar
2.Sos Tiram - 6 sudu besar
3.Gula Merah - 6 sudu besar
4.Gula Pasir - 2 sudu besar
5.Garam - 2 sudu kecil
6.Minyak Masak biasa pun boleh- 8 Sudu besar
7.Lada Hitam - 1 sudu besar
8.Bawang Putih Cincang halus - 5 ulas
9.Rosemary - 1 sudu , beli cap Tesco je
10.Basil - 1 sudu,beli cap Tesco je
11.Oregano - 1 sudu,beli cap Tesco je
12.Mint - 1 sudu,beli cap Tesco je

Cara-cara memerap @ marinate:
1. Campur semua bahan dari no.1 hingga no.12 , kacau sampai rata ya.
2. Gaulkan dengan ayam yang di potong dan dibasuh.
3. Perap semalaman dalam fridge, JANGAN simpan dalam tempat sejuk beku.

Tips penting : Bila ayam dah masak halfcook, celup semula dalam lebihan marinate tadi dan bakar semula. Kalau mahukan ayam yang disaluti sos yang tebal, ulanglah teknik aku bagi ni. Jangan masak sehingga kering.Tak perlu dah nak rengis minyak kat ayam tu..sbb dalam resepi tu dah siap ada minyak dah..cuma celup jer balik..
Api dan bara arang kena control..jangan terlalu besar..boleh hangettttt dong!!

Nilah pembantu sayaaaa....tengok perut dia, buncit sebab makan terlalu banyak 


SPONSORED BY NUFFNANG

New story