LeenAzi: asam pedas
Showing posts with label asam pedas. Show all posts
Showing posts with label asam pedas. Show all posts

Thursday, August 03, 2017

Resepi ayam masak asam pedas

Resepi ayam ni sama macam Resepi Asam Pedas Muar(Klik sini)..bezanya diletakkan ayam..kepada penggemar ayam boleh cuba resepi ni...sedap bak hangggg

cerita disebalik ayam masak asam pedas ni....

airtangan leen azi terbaikkk

balik ambik budak-budak dari school di petang yang damai...hahaha...mama pun tanyalah si along nak makan apa petang ni...niat di hati nak makan kat kedai jer...tapi along kata nak makan kat rumah..herannn, selalunya dia yang kalut ajak makan kedai...mungkinkah kerana papa masak sedappp..hehehe...betullah tuuu..papa masak lagi sedap dari mama...hehehe..mama redhoooooo

Bila ditanya lagi, nak ikan atau ayam..katanya nak ayam..tapi bukan ayam lembut, nak ayam yang keras...maknanya ayam gorenglah tueee..aduhai anak..hanya mama sahaja yang memahami ayat berkias dia tu...

Maka dengan hati yang berbunga-bunga...sambil menyanyi-nyayi papa dia pun masaklah...mama menyiapkan anak-anak mandi dan menyuap yang si kecil tu, yang si kecil tu lepas mandi nak makan, lepas makan nak tido..gitulah rutin petang dia..bila malam mulalah tak nak tido, ajak bergasak..tak padan yang kecil si Rizqin tu..tengok along melompat-lompat dia pun ikut skali...hahahaha



Friday, March 20, 2015

Asam Pedas Muar

Kali ini nak share Resepi Asam Pedas Muar pulak lah...Resepi turun-temurun...

Raihan kalau makan asam pedas ni bertambah-tambah kuahnya..mama dia pulak yang risau, takut pedas (sebenarnya mama lupa Raihan dah besar..hehehehehe)

Trademark resepi ni.."Kuah kena pekat"

Makan dengan telur dadar, sayur kobis goreng, sambal belacan ulam timun, ikan masin@telur masin...MasyaAllah..bertambah-tambah ..kena pulak dengan nasi panas-panas..


Resepi Asam Pedas Muar

Bahan-bahan:
1. Ikan merah - 2 potong
2. Bawang besar - 1 biji
3. Bawang putih - 3 ulas
4. Halia - 2 inci
5. Kunyit Hidup - 1 1/2 inci
6. Cili kering - 7-10 helai, buang biji * kalau suka pedas tambah lagi cili kering tu
7. Asam Keping - 1 keping
8. Daun Kesum - 1 genggam
9. Bendi - 5 biji ( boleh juga letak sawi jeruk/ tomato/ pelam muda)
10.Minyak masak - cukup untuk menumis
11.Garam - 2 sudu kecil
12.Gula - 1 sudu kecil

Cara-cara memasak:
1. Kisar bahan no.2 hingga no.6 sehingga lumat..panaskan minyak masak dan tumis sehingga garing
2. Masukkan  daun kesum dan asam keping.
3. Masukkan ikan
4. Masukkan air mengikut paras-paras ikan, jgn sampai x nampak ikan, kalau lebih air, kuah akan cair, maka x jadilah asam pedas muar...
5. Masukkan garam,gula dan bendi ,  biarkan mendidih..dah siapppp

Selamat berjaya mencuba......

SPONSORED BY NUFFNANG

New story