Wednesday, March 23, 2016
Wifi twerk
Terfikir wifi @ hot spot anda di 'hack' oleh org lain? Dan terasa internet macam lembap jer. Hihihi kita dok bayar senang jer orang tumpang.... Kepada sesiapa yang guna android tu bolehla check korang punya wifi tu ada org tumpang atau tidak. Boleh la download apps ni kat 'Play Store' Fing - network tools. Apps ni boleh bagitahu kita device mana yg dok connect dgn wifi @hot spot kita. Selamat mencuba. Kalau ada yang tidak dikenali tumpang, sila tukar password.
Ke Langkawi
Salam semua.... entry kali ni nak kongsi sedikit tentang bagaimana trip ke langkawi dengan kereta. Terdapat dua jenis syarikat feri untuk membawa kereta ke langkawi iaitu,
www.langkawiauto.com
&
www.langkawiroro.com
Terpulang untuk pilih yg mana. Tetapi keduanya berlepas dari 'Kuala Perlis' bukan Kuala Kedah ya.
Terdapat 2 cara menempah iaitu secara online atau di kaunter. Sebaiknya secara online lebih mudah.
Antara dokumen yg diperlukan ialah, ic pemandu & geran kenderaan. Jangan lupa ic penumpang.
Jika ingin memudahkan proses semakan kenderaan di jeti nanti isikan secara terperinci didalam borang 'online' semasa tempahan. Ini kerana anda hanya perlu membawa borang invoice semasa pemeriksaan di jeti.
Selamat melancong!'
Thursday, November 12, 2015
Cupcake Blackcurrant for Monday blues
Hujung minggu dulu-dulu..punyalah lama cerita baru nak post...hahahaha...tertengok gambar ni kat dalam handphone..apalagi kite storylah sikit yerrkkk...
Ahad adalah masa melayan permintaan si bujang sorang..suker benor mama buat kek..buat banyak-banyak lepas tu bawa pergi school keesokan harininya..
inilah dia cupcake blackcurrant .. sedap kalau di makan panas-panas bersama Teh O panas..
Pagi-pagi bangun bersemangat jer dia, sebab nak bawa kek gi school...bagi mengelakkan delima monday blues dia tuuu..aku pun buatlah trick ni..Alhamdullah semangat bangun pagi..nak menjamu kawan-kawan..bak kata teacher "raihan berpicnic dengan kawan-kawan dia tadi", berpicnic yer nakkk...ikut sukalah...janji kamu seronok ke sekolah..
Kek Tunang
Kek tunang ni pulak aku buat untuk adik ipar aku yang baru bertunang minggu lepas..selang seminggu dengan adik aku...perhh tahun ni memang tahun tunang-munang..hehehehe abaikan bahasa tu yerkkk
So aku pun menyumbangkan hasil seni aku ni untuk hantaran adik ipar...semoga pertunangan mereka sampai kejinjang pelamin...
Tema " Modern in Red"
bunga yang besar gedabak tu boleh makan...fondant flower handmade...bukan plastik tau..dan semestinya tak ada dijual di kedai melainkan beli dengan aku...hehehehe
Gubahan hantaran untuk adik kesayangan
Inilah gubahan yang aku buat untuk adik kandung kesayanganku sorang nih..dialah sorang adik lelaki aku yang ada kat dunia ni..
Tema "simple modern" buat dengan penuh kasih sayang...
Kalau ada yang berminat nak tempah, bleh komen kat bawah..kita sembang lain..tapi tempahan mengenjut terkejut tergempar ni aku tak leh la nak terima..nak tempah bagitau sebulan awal tau..maklumlah orang makan gaji..time free pun hujung minggu..
Wednesday, October 21, 2015
Birthday Cake Mama
Saja nak bagitau...inilah kek harijadi aku yang ke 31 tahun....tua dah ker???....buat dalam 2 kilo...balik kerja terus masuk dapur baking dan deco simple-simple...tak ada idea sangat pun...
Keesokannya, bangun pagi-pagi & packing ... bawa pergi office bagi kat rakan sekerja..tak adalah banyak mana pun..siapa yang aku nampak aku bagilah...niat sedekah sempana peningkatan umurku ini...huwaaaa....bukan selalu..setahun sekalikannnnn..
Kek ni aku buah peach fruit with almond flakes...kek kegemaran aku ni..
Ok..tu jer...K byeee
Pisang Kaki???
Dulu masa baru-baru dengar nama buah ni..terperanjat makkkk!!!..Pisang Kaki??? apa tak ada nama lain ker selain kaki..tangan ker, jari ker...kenapa mesti KAKI....
haisshhh membebel plak aku ni...dalam pada membebel tu ngapp bukan main laju...
Buah ni sedap, rasa macam isi kelapa..tapi manisssss..lemak-lemak rasanya...ada yang di import dari Korea, China dan Jepun..
Nama pisang "kaki" ni sebenarnya berasal dari Jepun, antara nama lainnya ialah Fuyu Fruit @ Kesemak...panggillah apa saja janji SEDAP
Inilah buah kegemaran Raihan..kalau sebiji dua tu dia boleh habiskan sorang dia jer...
\
Tapi yang aku beli ni diimport dari Korea..beli di pasar malam...kalau kena masa mahal melampau..tapi masa aku beli ni..13biji RM10..murahkannnn

inilah rupanya bila dah dipotong...lagi oren lagi manissssss...tapi selalunya tak sempat masak ranum dah kena ngapppp
tengok tu...penuh mulut makan pisang kaki...
Resepi Macaron
Sebenarnya aku tak lah pakar sangat dalam buat macaron ni...ni baru first time buat...itupun sebab anak bujang aku ni asyik mintak jer buat kek..pantang aku pegang tepung "buat kek ker mama"..padahal buat jemput-jempuut jer punnnnn....dialah orang yang paling seronok kalau aku buat kek..seronok main tepunggggggg
Ini adalah kali pertama aku buat macaron, nampak macam tak berapa nak menjadi...tak per nnt aku usaha lagi...chayoikkkk
Tapikan, kekadang tu menolong jugak, tolong buka cupcake, susun satu persatu..tolong masukkan tepung...kalau aku sibuk dia lagiiiiii sibukkkkkk ;D
Resepi ni aku dapat dari blog omputih mana tak tau lah..tapi aku olah ikut cara aku..yang penting senang..
Bahan-Bahan
Resepi ni aku dapat dari blog omputih mana tak tau lah..tapi aku olah ikut cara aku..yang penting senang..
Putih telur besar 4biji @ 140g - suhu bilik
gula kastor 1/3 cawan @ 70ggula aising tulen 1 1/2 cawan @ 230gSerbuk badam 1 cawan @ 120gGaram 2g @ secubit kecilpewarna makanan
Cara-cara:
1. Panaskan ketuhar pada 150C
2. Dengan mengunakan pengadun elektrik, pukul putih telur dan masukkan gula kastor sedikit demi sedikit dengan perlahan-lahan. Pukul sehingga adunan kembang (cuba terbalikkan adunan, kalau x jatuh tu maknanya ia cukup kenyal. Masukan pewarna yang anda gemari.
3. Gunakan bekas yang beasingan, ayak serbuk badam, gula aising dan garam dengan menggunakan penapis bertujuan membuang ketulan-ketulan badam yang terlalu besar.
4 . Dengan menggunakan spatula plastik/getah..masukkan adunan serbuk badam yang telah ditapis tadi kedalam adunan putih telur. Kaup adunan diantara 30-50 kali sahaja. Gaul dengan lembut. Pastikan adunan licin dan likat.
5. Masukkan adunan dalam piping beg, gunting hujung piping beg dengan gunting, dan dan alasan dulang pembakar dengan tracing paper bertujuan supaya macaron tidak melekat pada dulang.
6. Biarkan sekurang-kurangnya 1 jam pada suhu bilik sebelum anda memasukkannya terus kedalam ketuhar. Sabarrrrr.....
7. Bila permukaan sudah stabil..barulah masukkan dalam ketuhar, bakar dalam suhu 180C selama 30minit. Keluarkan dalam ketuhar dan biarkan sejuk..barulah cabut dari tracing paper tu....
Jom kita buat sama-sama... practice makes perfect.
Tuesday, October 20, 2015
Trip ke Pulau Pinang Golden Sands Resort by Shangri-La
Percutian singkat ini sempena sambutan Anniversary aku yang ke-4 tahun & Hadiah Birthday my lovely husband....pantas sungguh masa berlalukan ..sedar tak sedar dah 4 tahun kami melayari bahtera ini bersama putera kesayangan kami..Alhamdulillah syukur pada Allah S.W.T..Semoga perkahwinan ni kekal selamanya.
![]() |
| Awesome!!!!...surprise cake dari pihak hotel...thank you very much!!! |
kami....bertiga adalah lebih baik..
![]() |
![]() |
| Bilik kami dideconya angsa 2 ekor...how sweetttt...romantik gilerrrr..bunga-bunga tu dengan baunya wangi semerbak...alahai...menguatkan lagi cinta kami...ewahhhhh ________________________________ |
Entry kali ni aku nak selit & buat review tentang hotel kat Feringgi ni, pilih punya pilih, tahun ni aku pun membookkan diri di hotel ni, Golden Sands Resort by Shangri-La dengan alasan nak bawa Raihan mandi pantai dan pool, dia pun dah beberapa kali ajak.....kesian anak mama...sambil-sambil tu nak beromatika skalilah ngan laling kiterr tueee...bukan selalu pun..setahun sekali...Tahun lepas dah pergi E&O, aku nak cuba satu persatu hotel kat Penang ni..nanti bolehlah buat perbandingan...jengjengjeng,,
Permandangan hotel ni aku pilih hillview, sebab aku bab-bab hijau ni memang suke sangat lah..sejuk-sejuk gitueee dan yang penting sesuai dengan budget yang ada..tak lah mahal sangat...luruh poketttt
![]() |
| toilet dia biasa-biasa jer... |
![]() |
| yang penting ada tub..senang nak berkubang dalam tuuuuuu |
![]() |
| dalam bilik juga ada mini fridge..senang nak simpan kek dan buah yang ada tu...buah tu free tau... |
Bilik dia memang selesa, berbaloilah dengan harganya..macam-macam ada...puas hatilahhh!!
Subscribe to:
Posts (Atom)
SPONSORED BY NUFFNANG
New story

















































