Wednesday, October 11, 2017
Wedding Cake Promotion
Cuti sekolah tak lama lagi dah, masa tu ramailah yang nak mendirikan rumahtangga @ kawin kan...
Kalini Leen nak buat promosi awallah...untuk bakal pengantin yang akan mendirikan rumah tangga tu...ada diskaun 20% untuk anda yang menempah awal..
Sekiranya ada pertanyaan, boleh komen kat entry ni..nnt Leen reply..
Leen suka kalau buat kek tu mengikut budget...kita sedia maklum..zaman sekarang ni semua orang nak berjimat cermatkan...tapi sebagai raja sehari nak jugak potong kek dan bergambar kenangan...kalau kek tu WOW memang seronok sangat nak berposing sakan dekat kek tu...
Kepada bakal pelanggan, Leen akan sedaya upaya buat kek anda lain dari yang lain @ design by Leen Azi dan semestinya sedap...tak lah membazir jer nanti...dan yang paling utama kek anda adalah UNIK...
Berapa harga kek???jawapannya bergantung kepada apa yang anda mahu..berapa tingkat, jenis kek, design kek, itu semua bergantung kepada anda..so cepat-cepat kita discuss..semuanya boleh dibawa berbincang....jangan risau...
Bab kos penghantaran pulak, mungkin akan dikenakan bergantung kepada jarak..InsyaAllah harga terbaik dan mampu Leen berikan..
kalau nak tahu lebih lanjut...cepat-cepat hubungi leen ya...nak "save your date" nanti ada yang berkecil hati pulak sebab tak dapat menerima tempahan...
cepat-cepat tau...nanti penuh....
Tuesday, October 10, 2017
Trip ke Cameron Highland dan Resepi Aiskrim Malaysia
Trip ke Cameron Highland dan Resepi Aiskrim Malaysia
Trip ni adalah yang pertama untuk Nabil Rizqin, kami pergi waktu ni hujan...sejuk yak matttttt....rasanya Raihan dah banyak kali pergi sampai mama pun dah lupa berapa kali Raihan sampai Cameron Highland...yang pastinya dah banyak kali...
jangan lupa follow blog leen untuk cerita santai yang lain....
sila tinggalkan jejak untuk leen follow blog anda pulak..tqqqqqq
Percutian ni kami pergi bersama opah dan atok, masa kami pergi ni tak ramai sangat orang, jadi tak lah jam rabak..senang nak bergerak dan cari kedai makan..aktiviti malam hari kami adalah ber"steambot"..Raihan excited sangat main masak-masak..order macam-macam nak makan,nak mee goreng mamaklah, nak jagung lah....aku pun buatlah...siap jer mee goreng mamak dia pun tido..bertuah punya anak....sejuk kan...nak pijak lantai pun tak sanggup..tenaga pun dah habis keletihan bermain, senanglah dia tido..kalau tak jenuh kena paksa tido..
Keesokan paginya...Oleh kerana masa ni hujan, aktiviti agak terbatas dan banyak bersantai dalam apartment jer...bila cuaca dah ok sikit barulah kami jenjalan sekitar hotel..along dan papanya dah explore dulu dah..main kat taman lah..turun naik tanggalah....mama teman adik jer dalam bilik..dah nak check out baru mama menonjolkan diri..bukan apa..sejuk..adik punya sweater pulak basah..so sweater yang ada tak lah tebal mana..nasib baik ada pelukan kasih seorang ibu...hehehehehe.. tak lah adik kesejukan..bab dada baby ni kena jaga, jangan bagi terdedah sangat..
Di Cameron Highland ni kalau tak beli strawberry tak sah...macam biasalah beli sepeket dua..balik kulim buat aiskrim....aiskrim strawberry Malaysia kat CH ni boleh tahan harga, rm1.50 sebatang..nak balas dendam punya pasal buat sendiri jer aiskrim Malaysia tuuu...bukan payah sangat pun...rebus strawberry dan tambah gula..pastu blender jer..dah jadi aiskrim malaysia @ aiskrim batang...korang kalau ada lebih strawberry balik dari CH tu jangan tunggu lembik dan masam...buat jer aiskrim..tak membazir...puas makan....
![]() |
| atok bersama along...letih atok layan kerenah cucunya yang sulong ni.. |
Borong sayur satu kemestian...RM10 dapat ciput jer kalau kat Kulim ni, kalau kat CH berplastik-plastik dapat...cukup seminggu makan..malah lebih...dah namapun tempat tanam sayur-sayuran..kalau mahal jugak tak tahulah nak habaqqqqq...hihihihi..kat CH ni ada jual jagung manis tau..makan macamtu jer dah sedap, tak yah masak pun..harga 4 biji RM20 kalau tak silap aku..lupa dah...tapi jangan tertipu, ada juga jagung tiruan, tawar..tak sedap...sedap lagi jagung kat kulim..hahahaha..
jangan lupa singgah di Mossy Forest...cantikkkkkkkkkkk
nak tahu lebih lanjut bacalah entry leen tentang Mossy Forest ni..sejukkkkkk
sampai disini sahaja review holiday kami di CH...
jangan lupa follow blog leen untuk cerita santai yang lain....
sila tinggalkan jejak untuk leen follow blog anda pulak..tqqqqqq
Monday, October 09, 2017
Birthday Nabil Rizqin 1 tahun
Birthday Nabil Rizqin 1 tahun
Kek Didi and friends 2 tingkat, khas untuk adik manja along ni...
Agak lambat entry birthday adik di buat..lewat sikit sebab mama busy yang bukan-bukan...hihihihi..kek untuk birthday adik ni di buat dua tingkat, kek coklat bertemakan didi and friends...adik suka sangat cerita didi and friends ni,kalau tengok tv tak berkelip bijik mata..khusyuk...
Sehari sebelum buat kek dah siap nyanyi dah lagu birthday dia..happy bukan main siap bertepuk-tepuk tangan lagi adik...dah besar dah dia kan, kejap jer masa berlalu, rasa macam baru semalam habis pantang..hihihihihi
Birthday adik ni disambut dekat school dengan kawan-kawan dia..seronok sangatlah dia..sebenarnya jenuh juga mama dia mengasah otak nak buat design apa, last minit punya kerja di kala mama sibuk nak adapt new system kat tempat kerja, tapi demi anak mama gagahkan juga diri buat...sekurang-kurangnya adalah kenangan manis adik bersama kek kasih sayang mama, air tangan mama..masa mengadun ni jenuh berzikir dan berselawat semoga adik menjadi anak yang soleh dan membahagiakan..kenapa 2 tingkat??sebab mama niat nak bersedekah kat kawan-kawan adik sekali..buat banyak dapat ramai yang merasa...
Semasa proses membuat kek ni orang yang paling kalut ialah along Raihan...dia ingat mama nak buat kek dia..lepas dia, dia lagi, lepas dia, dia lagiiiii.....maaflah along...u kena terima hakikat kali ni kek adik pulak...Alhamdulillah along senang menerima perubahan...siap bagi idea dan kata semangat lagi kat mama bila mama menyuarakan pendapat..good job along!! dah nampak dah sifat prihatin dan abang-abang dia tu..
bangun je pagi dah buka fridge nak tengok kek adik..sebelum ke school mama suruh posing dulu untuk ambik gambar kenangan...dari gambar tu jer dah nampak adik happy bukan main walaupun kena mandi pagi-pagi hakhakhakhak..nak pakai bagi cantik nak potong kek...hahahaa..thanks to teacher kerana menemani adik potong kek..walau mama bekerja tapi mama iringi doa selawat sentiasa kepada anak-anak mama..love you both very much..
Birthday adik ni disambut dekat school dengan kawan-kawan dia..seronok sangatlah dia..sebenarnya jenuh juga mama dia mengasah otak nak buat design apa, last minit punya kerja di kala mama sibuk nak adapt new system kat tempat kerja, tapi demi anak mama gagahkan juga diri buat...sekurang-kurangnya adalah kenangan manis adik bersama kek kasih sayang mama, air tangan mama..masa mengadun ni jenuh berzikir dan berselawat semoga adik menjadi anak yang soleh dan membahagiakan..kenapa 2 tingkat??sebab mama niat nak bersedekah kat kawan-kawan adik sekali..buat banyak dapat ramai yang merasa...
Semasa proses membuat kek ni orang yang paling kalut ialah along Raihan...dia ingat mama nak buat kek dia..lepas dia, dia lagi, lepas dia, dia lagiiiii.....maaflah along...u kena terima hakikat kali ni kek adik pulak...Alhamdulillah along senang menerima perubahan...siap bagi idea dan kata semangat lagi kat mama bila mama menyuarakan pendapat..good job along!! dah nampak dah sifat prihatin dan abang-abang dia tu..
bangun je pagi dah buka fridge nak tengok kek adik..sebelum ke school mama suruh posing dulu untuk ambik gambar kenangan...dari gambar tu jer dah nampak adik happy bukan main walaupun kena mandi pagi-pagi hakhakhakhak..nak pakai bagi cantik nak potong kek...hahahaa..thanks to teacher kerana menemani adik potong kek..walau mama bekerja tapi mama iringi doa selawat sentiasa kepada anak-anak mama..love you both very much..
Kalau nak cari baju baby yang cantik-cantik ada kat shop bawah ni...tengah ada sales ni....waduhhhh....selamat mencuci mata...
P/S: kakak abang yang membaca blog entry ni...jom follow blog mama Rizqin ni...dah follow jangan lupa tinggalkan jejak di comment...nnt kita follow you back..thank youuuuu
Wednesday, October 04, 2017
Bahaya shopping online
Bahaya shopping online
Entry kali ni nak cerita tentang bahaya shopping online dan juga tips hebat...kalau dulu kegilaan aku shopping online dekat Lazada, shopee, 11street..sekarang muncul pulak Zmall (MY)..wah ini sudah menjadi persaingan sengit ni...kocek pun sengettttt...hakhakhakhak..tengok macam nak pengsan, barang-barang dia banyak jugak pilihan.
![]() |
| Zmall |
TIPS: untuk yang suka shopping online macam aku ni...bukalah semua shopping online yang korang suka..pastu bandingkan harga, walau pun nampak murah,,korang kira skali dengan shipping cost tu..kadang tu barang murah tapi shipping cost pulak mahal..kena rajin ushar harga ya...kalau dapat bandingkan barang dan jenama yang sama, baru match..jadilah pengguna yang bijak...;)
sekarang ni Zmall sedang buat promosi FREE Shipping & Agent Fee, kalau nak jadi agent pun boleh..promosi pun bukan lama sangat...dari 15Sept - 15Oct 2017 jer...cepat-cepatlah tengok apa yang ada..habis promosi rugi lah pulak...korang boleh klik link shopping kat bawah ni, BANDINGKAN HARGA....sekarang diaorang sedang berlumba-lumba buat iklan..peluang terbaik nih..bolelah berjimat masa ni kan...
![]() |
| 11Street |
Monday, October 02, 2017
Mossy Forest , hutan berlumut yang cantik
Mossy Forest , hutan berlumut yang cantik
Harini nak update entry pasal mossy forest ni..trip ni kami pergi hampir 2 minggu yang sudah 18 september 2017.. my shuben dah lama ushar tempat ni..katanya nak tengok sangat macamana tempatnya...pada aku, kalau sesiapa yang suka hiking tu memang sesuai sangat tempat ni...mencabar...jalan nak masuk sangat berliku dan curam..jalan pun tak berapa elok sebab keadaan muka bumi yang berbukit tu....so tak boleh lah nak expect jalannya berturap cantik tau...berlubang dan licin jalannya dan memanjat bukit..kalau nak naik kereta tu kena pastikan tayar kereta tu elok dan masih berbunga..kalau tak agak merbahaya...teknik pemanduan juga kena ada...yang bawa kereta tu kena ada hati yang kental untuk sampai ke puncak..kebanyakkan yang naik tu 4x4..relax jer panjat bukit..
Kedudukannya yang berada di Puncak Gunung Brichang Cameron Highland ni sentiasa sejuk dan berkabus..memang best tempat ni..melihat kejadian alam semulajadi ciptaan Allah s.w.t rasa sangat kerdil kita sebagai manusia...Sepanjang perjalanan kami ke puncak tu ada banyak pokok teh dan sayur-sayuran yang ditanam..makin tinggi makin kurang yang bercucuk tanam..bila dah nak sampai puncak tu banyak pokok-pokok hutan jer yang ada...
Tapi bila dah sampai puncak, hujan lebat...terpaksa kami menunggu dalam kereta dulu..maklumlah bawa dua orang jejaka cilik ni bukan boleh main redah jer hujan..
bila dah berhenti hujan tu barulah kami memanjat tangga untuk melihatkan mossy nyer tueeee..cantik sangat...dah lah sejuk...macam dalam cerita omputih yang berlumut-lumut tu...lantai kayunya licin..so kena berhati-hati ya jalannya...
Sesampai jer di rumah leen terus mandikan bebudak ni dengan air suam,walau dah malam...tapi nak kena mandi jugak..tak elokkan pakai baju masuk hutan tu...dah tu berpeluh2 pulak tu...Alhamdulillah adik dan along tido dengan nyenyak malam tu.
So kat sini ada beberapa tips yang nak dikongsi....
TIPS NO.1... kepada ibu bapa yang nak bawa anak masuk hutan macam kami ni...banyakkan membaca surah kursi dan 3qul sepanjang perjalanan..kalau boleh sampai rumah pun baca lagi...pasang ayat Ruqyah. sesampainya di rumah...bukan apa takut ada yang tak tidor malam pulak nanti...paham2lah yer...kena beringat...happy-happy jugak..beringat pun kena jugak..
TIPS NO.2....Kalau nak naik gunung ni sesuai sangat pakai kasut New Balance...tak licin dan ringan...korang boleh try ushar kasut New Balance ni..style and stylooo...jom klik link ni New Balance bolehlah tengok mana-mana yang berkenan di hati..tak beli sekarang tak pa, esok-esok manatahu dapat duit dari langit...hihihihi
Saturday, September 30, 2017
The Winner" Giveaway "Free Cake" design by Leen Azi
The Winner" Giveaway "Free Cake" design by Leen Azi
Harini 30/9/2017 adalah hari untuk memilih pemenang bagi giveaway ni...
Tahniah kepada Pemenang yang terpilih, undi dicabut oleh tangan kecik molek adik Nabil Rizqin dan dibentangkan khas oleh along Nabil Raihan..hehehehe
Pemenangnya..........................
Nisha Nisrina :
Terima kasih kepada yang sudi memberi sokongan kepada giveaway leen yang pertama kali dibuat ni.....kepada yang tak berjaya jangan putus asa InsyaAllah kalau ada rezeki kita buat lagi, selalulah melawat blog leen ya...
Leen akan update lagi entry ini bila kek dah siap..
kepada pemenang, sila hubungi leen Azi melalui Blog Leen Azi @ FB leen Azi @ komen di post ni..
Harini 30/9/2017 adalah hari untuk memilih pemenang bagi giveaway ni...
Tahniah kepada Pemenang yang terpilih, undi dicabut oleh tangan kecik molek adik Nabil Rizqin dan dibentangkan khas oleh along Nabil Raihan..hehehehe
Pemenangnya..........................
Nisha Nisrina :
Leen akan update lagi entry ini bila kek dah siap..
kepada pemenang, sila hubungi leen Azi melalui Blog Leen Azi @ FB leen Azi @ komen di post ni..
![]() |
| Senarai nama peserta yang terpilih |
Sunday, August 27, 2017
Birthday Nabil Raihan yang ke-5 tahun
Inilah Birthday kek Raihan untuk yang ke-5 tahun..besar dah anak mama..masa buat kek ni..dialah peneman setia aku kat dapur, tunggu kek dia siap, dari baking sampailah ke mendeco..teman setia tak berganjak walaupun dah mengantuk...tapi tahun ni dia request nak sebiji jer sebab nak makan makanan lain banyak kat school..katanya...selamat aku...tahun yang sudah-sudah bertingkat-tingkat request kek..mama dia tahun ni seronok sangat dengar kata nak setingkat jer...kek ni aku buat dua kilo punya adunan..
tema macam biasa spiderman..sarang spiderman dan nama NABIL RAIHAN tu dibuat dari coklat so berketar-ketar tangan mama mendeco dengan Raihan..kaluttttt betullll..sibuk dia komen nak deco ikut citarasa dia..yang bestnya, boleh ker dia complaint aku deco tak cantik..nak yang macam nilah..nak macam tulah..letak sinilah, letak situlah...dah tengah malam nak mendeco memang huru-haralah mama...aduhai anak...tapi yang seronoknya dia semakin berseni dan creatif..idea dia masuk akal...
kebesokan paginya..pukul 6 pagi dah bangun, kebiasaannya jenuh kejut bangun pagi..tapi kali ni sekali kejut dah bangun terus mandiiiii,,,semangat betullll...sebelum pergi school aku suruh posing dulu dengan kek..pagi-pagi dah bagi pose yang happy...happy sungguh anak mama ni dapat kek birthday...akupun bagi panas line nyanyikan lagu birthday untuk dia...apalagi kembang kuncuplah hidung memberrrrr
Mama dan papa sentiasa mendoakan Raihan menjadi wangian syurga mama dan papa..berjaya dunia akhirat , berguna pada agama,bangsa dan negara, dijauhi dari segala anasir jahat dan hasutan syaitan..Aminnnnn
Thursday, August 24, 2017
KHASIAT KUNYIT DAN PETUA MUDAH PENJAGAAN DALAMAN WANITA
Khasiat kunyit dan Petua mudah penjagaan dalaman wanita
entry kali ni nak share petua mudah untuk menjagaan dalaman wanita, amalkan minum air ni InsyaAllah sedap badan, ringan dan mudah berpeluh dan yang penting original tak ada bahan-bahan campuran lain...Leen pun sudah mula mengamalkan minum air kunyit ni selepas melahirkan Raihan lagi..bila ada masa leen buat, lebih-lebih lagi bila rasa badan dan mula sakit-sakit lah, letih lah...kekadang tu penat sangatkan...2 minggu sekali paling tidak..
So kat rumah memang berpasu-pasu leen tanam pokok kunyit, senang masak lemak dan buat masak rendang..bila nampak pokok kunyit tu dah nak tua..leen cabutlah ambil kunyitnya dan buat air..
kunyit ni mampu melawan kanser dan bertindak meneutralkan radikal bebas selain mampu menjadi antioksidan bagi memusnahkan radikal bebas sebagai faktor penyebab utama kepada kewujudan sel-sel kanser, baguskan kalau kita amalkan makan.minum kunyit ni..makanan zaman sekarang kita tak pasti apa campuran mereka..
dan yang paling utama untuk pengjagaan RAHIM wanita..lebih-lebih lagi yang baru bersalin..
kunyit ni boleh mengecutkan peranakkan...antara lain, paling mudah makan kunyit ni dibuat masak singgang...aduhhh sedapnyaaaaa, selain dibuat minuman..
bahan-bahannya...
2 inci kunyit hidup-racikkan
2 inci halia-racikkan
1 batang serai-racikkan
1 batang kulit kayu manis
2 biji bunga cengkih
2 biji bunga lawang
1 helai daun pandan-simpulkan
2 sudu gula merah/melaka(optional)
cara-caranya;
campurkan semua bahan tadi, letak dalam periuk berisi air kemudian rebus...minum suam-suam...senangkan , kalau tak habis simpan dalam fridge, esok panaskan sebelum minum.
antara minuman herbal lain yang leen amalkan ialah daun Afrika , jom baca entry yang ini pulak..Daun afrika amalan traditional untuk elak darah tinggi
BUGGER LELEH YANG CEPAT DAN SIMPLE
Bugger Leleh yang cepat dan simple
tumpang lalu............nak makan apa malam ni??? nak bagi idea skitlah...malam ni apa kata buat bugger leleh sendiri..hehehe
dapat soalan "nak makan apa" memang jem jap nak jawabkan..perut lapar tapi tak tahu nak makan apa...jenuh pikir nak makan apa, tapi nak yang cepat dan sedap..tak nak tunggu lama-lama, maghrib tak elok bawa budak-budak keluarkan...
tengok atas meja ada roti, bantai ajer lah, buat jer sandwich telur...dah malam malas nak makan nasi...teringat dalam fridge ada stok cheese beli banyak haritu...campur cheese mozzarella pon sodappp ..masa goreng telur tu letaklah cheesenya....bagi cair..kalau tak, nak kena masak dalam oven pulak..leceh...lepas tu taburlah sikit lada sulah dan black paper atas telur tu.....hiriskan bawang, tomato dan salad...letak sikit blackpaper sos, sos cili, mayonis..SIAP, Kejap ker dan settle....
husband nak tebal..so buat 3 layer...aku dan Raihan standard jer..seriously kalau nak kurus tak boleh makan menu ni....roti tu kalau nak rangup sapu butter sikit baru bakar...teknik lebih kurang sama macam buat bugger tepi jalan tu tapi ni kita buat sendiri kat umah.
Wednesday, August 23, 2017
Trip ke Pulau Pinang Hard Rock Hotel ~ Episode 2
Trip ke Pulau Pinang Hard Rock Hotel ~ Episode 2
Ok, ini adalah sambungan dari entry sebelum ni...Trip ke Pulau Pinang Hard Rock Hotel...keesokan harinya pagi-pagi lagi kami dah bangun, bersiap nak mandi pool dan makan breakfast di hotel..so kita review pulak makanan hotelnya yaaa...Pada aku, makanan di Hard Rock ni jatuh tangga ke-3, chef yang pandai masak dan sedap adalah di The Royale Chulan Penang (Trip ke Pulau Pinang The Royale Chulan Penang)..serius kena dengan tekak tembolok aku ni..satu lagi variety makanan dia...di Hard Rock ni menu "biasa-biasa" jer lah..kecuali pizza..pagi-pagi makan pizza kooo...orang melayu mana boleh telan pizza pagi-pagi..tapi dek nak cuba...rasa jer lah...yang omputih tu depa biasalahhh..tapi yang ramai pak arab jer aku tengok..
![]() |
| nasi lemak, pastri, teh tarik pekat mantap sedap...teh tarik dia winnn |
![]() |
| Roti canai, kuah kari dhal, roti bakar, pizza. |
Kuah kari dhal tu kalau diletak daging kambing mesti mengembekkkkkk..tak cukup flavor aku rasa..kalau diletak daging dah sedap dahhhh...roti canai liat sikit, chef kena uli lebih skit kot...jenuh nak kunyah tambah bila dah sejuk....roti telur ok-ok jer...sosej tak ada pilihan macam-macam..satu jenis jer...Nasi lemak tak leh go-onlah...Raihan pun tak habis makan..bau daun pandan pun tak ada..lemak pun tidak..tapi teh tarik kaw gilerrr...pekat dan sedap...seminggu tak pergi tandas....oppsss banyak pulak komen ko yer leen...hahahaha..tapi facilities memang Terbaikkkk..yang tu memang tak boleh nak komen...
![]() |
| budak ni tak berapa nak sihak...jadi mama celup-celup jer badan dia..tak boleh lama-lama...bagi happy jer... |
![]() |
| adik ditemani oleh itiknya...along tak boleh tunggu adik..dia ada aktiviti lain...menyelamatkan bumi..hahaha |
![]() |
| tengok wajah anak yang tengah gelak ketawa macam ni memang membahagiakan..tenang rasa hati.. |
![]() |
| along beraksi...ditepi pool.. |
![]() |
| Happy boy mama nih... |
![]() |
| tengok tu...suka bukan main dia... |
![]() |
| manja mama nihhhh |
![]() |
| heloooo helooo hellooo tengok lah saya berani!!!..tak takut air pun....kaki pun dah berkayuh laju jer kat bawah tu... |
![]() |
| ambik nafas jap...berehat yer adik..awak tu ketegori baby lagi tau..tak boleh berendam lama sangat... |
![]() |
| dapat tutup dengan towel suam memang mata pun melayuuuuu jer adik tu...disumbat pulak puting tu...tunggu masa jer tu nak tertido... |
![]() |
| Raihan bersiap dengan aksinya nak melompat ke dalam air |
Subscribe to:
Posts (Atom)
SPONSORED BY NUFFNANG
New story






































