LeenAzi: Nabil Raihan
Showing posts with label Nabil Raihan. Show all posts
Showing posts with label Nabil Raihan. Show all posts

Sunday, August 27, 2017

Birthday Nabil Raihan yang ke-5 tahun

Inilah Birthday kek Raihan untuk yang ke-5 tahun..besar dah anak mama..masa buat kek ni..dialah peneman setia aku kat dapur, tunggu kek dia siap, dari baking sampailah ke mendeco..teman setia tak berganjak walaupun dah mengantuk...tapi tahun ni dia request nak sebiji jer sebab nak makan makanan lain banyak kat school..katanya...selamat aku...tahun yang sudah-sudah bertingkat-tingkat request kek..mama dia tahun ni seronok sangat dengar kata nak setingkat jer...kek ni aku buat dua kilo punya adunan..

KEK SPIDERMAN
tema macam biasa spiderman..sarang spiderman dan nama NABIL RAIHAN tu dibuat dari coklat so berketar-ketar tangan mama mendeco dengan Raihan..kaluttttt betullll..sibuk dia komen nak deco ikut citarasa dia..yang bestnya, boleh ker dia complaint aku deco tak cantik..nak yang macam nilah..nak macam tulah..letak sinilah, letak situlah...dah tengah malam nak mendeco memang huru-haralah mama...aduhai anak...tapi yang seronoknya dia semakin berseni dan creatif..idea dia masuk akal...

BIRTHDAY CAKE SPIDERMAN
kebesokan paginya..pukul 6 pagi dah bangun, kebiasaannya jenuh kejut bangun pagi..tapi kali ni sekali kejut dah bangun terus mandiiiii,,,semangat betullll...sebelum pergi school aku suruh posing dulu dengan kek..pagi-pagi dah bagi pose yang happy...happy sungguh anak mama ni dapat kek birthday...akupun bagi panas line nyanyikan lagu birthday untuk dia...apalagi kembang kuncuplah hidung memberrrrr

Mama dan papa sentiasa mendoakan Raihan menjadi wangian syurga mama dan papa..berjaya dunia akhirat , berguna pada agama,bangsa dan negara, dijauhi dari segala anasir jahat dan hasutan syaitan..Aminnnnn

BIRTHDAY KEK SPIDERMAN

BIRTHDAY CAKE SPIDERMAN

Thursday, March 05, 2015

Kelahiran Permata Hatiku ~ Maljlis Cukur Jambul Nabil Raihan

Inilah permata hatiku Nabil Raihan..pengarang hati jantung kalbu..semua yang kami usahakan adalah untuk masa depan dan keselesaan dia, semoga dia menjadi anak yang soleh, berakhlak mulia dan menghormati orang tu serta yang paling utama, berguna pada agama,bangsa dan negara.Amin.

Majlis yang cukup sederhana tetapi meriah...

Sehabis jer berpantang 44 hari..terus buat majlis Akikah di Tapah Road.. Alang-alang masih dalam maternity leave ..so buat skali lah..


Ramai yang datang meraikan majlis akikah Raihan ni..insan yang penuh dengan kasih sayang disekelilingnya..Alhamdulillah...Raihan sekarang membesar dengan sungguh cepat..hampir tak perasan dia sudah pun masuk umur 2 tahun 7 bulan pada saat coretan ini ditulis..Syukur kepada Allah S.W.T.  

 Kalau perasan..kulit raihan gelapkan..ni adalah kesan kena letak bawah lampu dek kerana kuning..tapi now dah oklah sikit...x lah segelap dalam gambar tu..hikhikhik

Siapa x sayang anak...dialah nyawa, dialah penglipur lara..Dulu sebelum dapat anak, susah nak faham perasaan seorang ibu..but know..i'm so touching tau kalau kes-kes melibatkan bayi,kanak-kanak...ini semua kuasa Allah, anugerah dariNya untuk merasai nikmat dikasihi dan mengasihi..
 Bayi..wangi sentiasa..bau yang sentiasa maniss..segar jer...tapi kalau dah besar sikit...bau asyemmmm

Atok Jak cukur sikit rambut Raihan yer
Opah pulak nak cium Raihan..Raihan adalah cucu sulong keluarga suami dan juga cucu ke-4 keluarga I , but all boyzzz..Tok Jak x da cucu perempuan lagi at this moment..hikhikhik


Tadaaaaaaaaa....saya dah botak...gambar ni diambil selepas sahaja majlis akikah tu selesai..mama dan papalah orang yang membotakkan kamu wahai anak..hahahahaha..


SPONSORED BY NUFFNANG

New story